Archive for September, 2006
Friday, September 15th, 2006
Mutiara Kata
Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan. Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan. ~Osman Affan
Saya percaya anda ada matlamat, sebab itulah anda membaca petua harian ini untuk membantu usaha anda. Tips-tips motivasi diri menjelang peperiksaan sepanjang minggu ini menekankan tentang usaha anda untuk mencapai kejayaan. Walaupun ia mungkin kelihatan mudah, ia […]
No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan
Thursday, September 14th, 2006
Teknik berdoa
Anda tentu sudah tahu langkah satu dan langkah dua teknik berdoa kan? Bagaimana pula dengan langkah seterusnya?
Langkah Tiga - bayangkan anda sudah mendapat apa yang anda minta dan hajatkan. Semasa anda melafazkan doa anda, bayangkan dalam minda anda sejelas-jelasnya akan apa yang anda minta. Jika anda berdoa untuk dapat 5A, bayangkan hari anda mengambil keputusan […]
No Comments » - Posted in Teknik Belajar by Osman Affan
Wednesday, September 13th, 2006
Teknik berdoa
Setelah anda tahu 5 asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara melaksanakan doa supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat anda. Kebanyakan pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar yang tahu 5 asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaksanakannya.
Ada 5 langkah […]
4 Comments » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Tuesday, September 12th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi terakhir untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah tips yang paling penting dan meliputi semua tips-tips yang telah saya berikan. Tips hari ini ialah doa yang khusus.
Sepanjang pengalaman saya dan rakan-rakan saya sebagai pelajar dulu, kami percaya doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Jika anda […]
No Comments » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Monday, September 11th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi diri menjelang peperiksaan hari ini ialah dengan mulakan dengan nyalaan api yang kecil. Satu cara yang saya kongsikan untuk menyalakan api yang kecil itu ialah dengan menguasai satu bahagian kecil dalam pelajaran anda dan biarkan ia merebak ke bahagian lain matapelajaran itu.
Tips hari ini ialah untuk anda menyalakan api kecil itu, bukan dengan menguasai subjek, tetapi […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Sunday, September 10th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi hari agak penting. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, jika anda hendak mengekalkan motivasi diri, anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!
Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah […]
1 Comment » - Posted in Motivasi, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Saturday, September 9th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi diri menjelang peperiksaan hari ini ialah, mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.
Biasanya, anda tidak bersemangat tentang suatu subjek kerana anda tidak pandai subjek itu. Jika anda tidak pandai Bahasa Inggeris, pasti anda tidak suka subjek itu. Kalau ada masa […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Friday, September 8th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi hari ini, sama seperti petua semalam, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.
Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Thursday, September 7th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi ada kaitannya dengan imej positif. Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang sukar. Terlalu banyak perkara negatif disekeliling anda yang boleh mempengaruhi apa yang anda fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda pelajar lebih mudah diisi dengan unsur-unsur negatif atau positif……..????
Jawapannya tentulah unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar untuk meletakkan unsur […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Wednesday, September 6th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi hari ini adalah berkenaan minda anda. Tips paling utama yang saya ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. (There could be […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Tuesday, September 5th, 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Motivasi adalah amat diperlukan ketika menjelangnya peperiksaan. Ini kerana, menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.
Ada sahabat saya seorang guru […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Monday, September 4th, 2006
Selamat menduduki peperiksaan UPSR!
Hari ini adalah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh pelajar darjah 6 seluruh Malaysia. Peperiksaan UPSR bermula hari ini. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia.
Ucapan khas saya juga adalah untuk adik lelaki saya yang sama menduduki peperiksaan UPSR hari, Qamarul Arifin yang mengambil peperiksaan ini […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Sunday, September 3rd, 2006
Mutiara Kata
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda. ~Jim Rohn
Semasa menjalankan sesi kaunseling, saya dengar banyak cerita daripada ibu bapa tentang anak-anak mereka yang mulanya cemerlang di dalam darjah 1,2 dan 3 tetapi kemudian semakin merosot apabila masuk darjah 4 ke atas. Apakah puncanya? Jika saya tanya ibu bapa apakah […]
No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan
Saturday, September 2nd, 2006
Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan
Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
Seperti yang telah kita bincangkan beberapa hari ini, tekanan […]
No Comments » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Friday, September 1st, 2006
Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan
Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?
Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga […]























