Archive for February, 2007

Tuesday, February 13th, 2007

Kemahiran berkawan – tips 1.1

Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap. Apabila saya katakan kurangkan bercakap, ia tidak bermaksud anda patut berdiam diri dan langsung tidak bercakap dengan kawan-kawan anda. Ia bermaksud, anda perlu latih diri anda mendengar apa yang kawan-kawan anda perkatakan. Menurut pemerhatian saya dan pengalaman saya sebagai pelajar dulu, ada segolongan pelajar yang terlalu suka bercakap terutama sekali tentang [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by Osman Affan

Monday, February 12th, 2007

Gerbang Kerjaya – Universiti Putra Malaysia

Sabtu lalu saya berpeluang berdiri di hadapan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Ke 14 Universiti Putra Malaysia. Mereka menganjurkan program yang bertajuk “Fight For the Future” iaitu program mengenai kerjaya selepas tamat pembelajaran. Saya memberi ceramah pembukaan yang bertajuk “Kenali Potensi Diri”. Ini adalah tajuk yang sama saya bentangkan di UKM beberapa minggu lepas. Cuma semasa [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by Osman Affan

Sunday, February 11th, 2007

Usahawan Kreatif mencipta peluang perniagaan

Pada hari Jumaat lalu, saya mengendalikan satu program dengan tajuk diatas. Peserta program ini ialah mahasiswa dan mahasiswi di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Program ringkas ini bertujuan membuka minda peserta tentang apa yang boleh mereka lakukan selepas mereka tamat belajar. Secara khususnya, mereka didedahkan kepada satu teknik asas dalam mencari [...]

4 Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by Osman Affan

Saturday, February 10th, 2007

Soft Skills – Kemahiran Berkawan

Semalam saya ada memberi cadangan supaya menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di tempat anda belajar. Selain daripada mendapat pengalaman dalam melakukan tugas, anda boleh belajar bagaimana cara mahu bergaul dengan baik dengan kawan-kawan anda. Jika anda menyertai aktiviti sebegini, kadangkala anda dapat berkenalan dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada sekolah. kolej atau universiti lain. Ini [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by Osman Affan

Friday, February 9th, 2007

Soft Skills – Kemahiran berkawan

Tahukah anda, menurut satu kajian di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja. Semasa anda berusaha untuk berjaya di zaman persekolahan dan universiti, anda lakukan untuk kejayaan peribadi anda. Anda bekerja [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by Osman Affan

Thursday, February 8th, 2007

Soft Skills – Pentingkah kawan?

Setelah anda fikirkan tentang kemampuan anda bersaing, anda akan nampak apa persediaan yang anda perlu lakukan mulai sekarang. Saya akan bincangkan mengenai kemahiran-kemahiran yang anda boleh perolehi semasa anda masih bergelar seorang pelajar. Hari ini, mari kita bercakap tentang kemahiran yang anda sedia ada. Kaji diri anda. Apakah kemahiran atau kekuatan anda yang sedia ada? [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Persediaan Minda,Soft Skills by Osman Affan

Wednesday, February 7th, 2007

Soft Skills – Mampukah anda bersaing?

Semasa saya di zaman persekolahan dan universiti dahulu, saya tidak pernah fikirkan tentang persaingan selepas tamat belajar. Saya fikir selepas belajar, semua graduan dijamin pekerjaan mereka. Mereka akan hidup senang kerana sudah tamat belajar kerana ramai pelajar yang tidak berjaya menamatkan pelajaran mereka. Ternyata saya silap. Persaingan selepas tamat belajar sangatlah tinggi. Kadangkala, saya rasa [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Persediaan Minda,Soft Skills by Osman Affan

Tuesday, February 6th, 2007

Soft Skills – mampukah anda bersaing

Saya telah terangkan minggu lepas tentang situasi semasa anda mahu bersaing di temuduga dengan graduan atau pelajar-pelajar lain diseluruh Malaysia. Saya ada terangkan bahawa rekod anda akan dilhat. Jadi, jika anda mempunyai rekod yang baik terutama dalam bidang akademik dan kurikulum, anda mempunyai daya saing yang kuat. Namun, satu perkara lagi yang anda perlu tahu, [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Persediaan Minda,Soft Skills by Osman Affan

Sunday, February 4th, 2007

Mutiara kata

“When the going gets tough, the tough gets going” Agak sukar untuk saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu. Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Mutiara Kata by Osman Affan

Saturday, February 3rd, 2007

Soft Skills – Mampukah anda bersaing?

Setelah anda fikirkan dan bayangkan situasi sewaktu anda perlu bersaing dengan ribuan pelajar lain, dapatkah anda bayangkan apa yang anda perlu sediakan supaya anda boleh jadi seorang pesaing terhebat? Anda mungkin terfikir yang anda mungkin perlu mendapat keputusan peperiksaan terbaik, rekod kegiatan ‘extra-curricular- terbaik, rekod kegiatan sukan, persatuan, kelab dan aktiviti-aktiviti anda mewakili sekolah dan [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Persediaan Minda,Soft Skills by Osman Affan

Friday, February 2nd, 2007

Soft Skills – Mampukah anda bersaing?

Selama ini, anda mungkin hanya melihat beberapa tahun ke hadapan anda. Contohnya, jika anda di tingkatan satu, anda fikir apa yang anda mahu capai di akhir tingkatan satu atau di akhir peperiksaan PMR nanti. Jika anda di tahun pertama universiti, anda mungkin fikirkan tentang apa yang anda mahu capai sewaktu anda berada di universiti dan [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Persediaan Minda,Soft Skills by Osman Affan

Thursday, February 1st, 2007

Soft Skills – Bagaimana hendak bermula

Saya telah terangkan bahawa terdapat banyak soft skills atau kemahiran yang anda boleh kuasai untuk meningkatkan daya saing anda setelah tamat belajar nanti. Namun persoalannya, di mana anda harus bermula? Jika anda meminta pendapat saya, saya akan katakan anda harus bermula dengan di mana anda mahu berakhir. Seperti satu teknik daripada Stephen Covey, “Begins with [...]

No Comments » - Posted in Keyakinan Diri,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan