Archive for March, 2007
Thursday, March 15th, 2007
21 Tips Microsoft powerPoint - tip 3
Tips yang ketiga agak mudah. Elakkan daripada menggunakan bunyi-bunyi yang tidak berkenaan. Anda mungkin pernah lihat presentation yang mengeluarkan pelbagai bunyi setiap kali perkataan atau gambar keluar kan? Kadang-kadang ada bunyi yang keluar setiap kali slide bertukar. Ada bunyi orang tepuk tangan, bunyi machinegun, bunyi kereta berhenti kecemasan dan bermacam-macam bunyi lagi.
Pada pendapat saya, bunyi-bunyi […]
No Comments » - Posted in Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar by Osman Affan
Wednesday, March 14th, 2007
21 tips Microsoft PowerPoint - Tip 2
Tip kedua ini adalah sangat penting. Ini adalah kesalahan utama bagi mereka yang jarang membuat presentation dan yang baru berjinak-jinak dalam membuat powerpoint presentation. Jika anda lakukan kesilapan ini, serta-merta anda akan kelihatan seperti amatur atau budak-budak baru belajar.
Kesilapan itu ialah meletakkan imej animasi dalam presentation anda. Maksudnya, bila anda buat presentation, ada imej […]
No Comments » - Posted in Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar by Osman Affan
Tuesday, March 13th, 2007
21 Tips Microsoft PowerPoint - tip 1
Tip Microsoft PowerPoint yang pertama ialah, elakkan daripada menggunakan background berwarna putih sahaja. Kadangkala anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia lalu anda cuma gunakan latar belakang tanpa apa-apa warna dan design.
Apa akan jadi jika anda menggunakan warna putih itu sahaja sebagai latar belakang?
Pertama, anda kelihatan seperti tidak bersedia, dan membuat kerja pada […]
No Comments » - Posted in Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar by Osman Affan
Monday, March 12th, 2007
21 Tips Microsoft PowerPoint
Setelah saya fikirkan apakah soft skills yang boleh saya kongsikan bersama anda disini, saya terfikir tentang kemahiran menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Perisian ini adalah amat penting jika anda mahu membuat sebarang presentation tidak kira anda masih belajar atau anda sudah bekerja. Di dalam era informasi ini, anda akan jauh ketinggalan jika anda tidak tahu menggunakan […]
No Comments » - Posted in Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar by Osman Affan
Sunday, March 11th, 2007
Osman Affan di Terengganu Darul Iman
Hari Rabu dan Khamis yang lepas, saya berada di Terengganu Darul Iman bagi menjalankan program SmartStudy Learning Skills untuk dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan dan Sekolah Kebangsaan Durian Burung. Program ini adalah untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini.
Di dalam program ini, saya kongsikan bersama pelajar pengalaman […]
No Comments » - Posted in Cerita, Keyakinan Diri, Motivasi, Persediaan Minda, Psikologi Peperiksaan by Osman Affan
Saturday, March 10th, 2007
Mutiara Kata
“Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari. ~Osman Affan~”
Pernahkah anda rasa semua benda yang anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut dan baju anda […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Mutiara Kata by Osman Affan
Friday, March 9th, 2007
Kemahiran berkawan
Alhamdulillah…saya telah kongsikan 5 tips utama dalam berkawan… saya percaya banyak lagi tips yang boleh anda gunakan. Namun, dengan 5 tips pertama ini, harapan saya minda anda akan terbuka untuk melihat tips-tips yang lain sama ada melalui pembacaan anda atau melalui pengalaman anda sendiri. Pengalaman adalah guru terbaik. Anda boleh belajar daripada pengalaman anda sendiri […]
2 Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Thursday, March 8th, 2007
Kemahiran berkawan - tips 5.1
Semasa saya di alam persekolahan, saya ada beberapa kawan yang saya suka dampingi. Kawan-kawan ini berbeza sedikit daripada kawan-kawan lain. Mereka kelihatan seolah-olah mereka sudah tahu dan jelas apa yang mereka mahu capai dalam hidup mereka. Mereka fokus dalam kerja mereka dan mereka sangat hebat dalam apa-apa yang mereka lakukan.
Jika mereka bermain sukan, mereka dapat […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, March 7th, 2007
Kemahiran berkawan - tips 4.5
Tips 4 yang terakhir ialah, walau apa pun yang anda lakukan atau katakan, elakkan daripada menjatuhkan air muka kawan-kawan anda. Jatuh air muka selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang memalukan. Contohnya, jika kawan anda sedang bercakap di depan kelas, jangan ketawakan beliau jika beliau tersilap cakap. Jangan ketawakan kawan anda jika mereka terjatuh dari kerusi atau […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, March 6th, 2007
Kemahiran berkawan - tips 4.4
Ada masanya, anda mahu memberi komen atau teguran yang mungkin mengguris hati kawan-kawan anda. Namun, jika anda tidak memberi komen atau teguran tersebut, kawan anda mungkin akan meneruskan kesilapan beliau. Anda juga mungkin bimbang jika anda katakan sesuatu yang mengguris hati, anda akan tergolong dalam pelajar bermulut laser pula.
Begini, menegur atau memberi komen yang mengguris […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Monday, March 5th, 2007
Career Expose Camp
Sabtu lalu, Unit Alumni & Career Service UIA Gombak telah menjemput saya untuk mengendalikan hari pertama dalam Career Expose Camp anjuran mereka. Kursus ini adalah percuma untuk para peserta. Saya mengendali sesi-sesi yang mahu membantu peserta dalam dua perkara iaitu
Pertama: Mengenali potensi peserta yang selama ini terpendam
Kedua: Menguasai ‘Communication skill & Public speaking skill’.
Para peserta […]
4 Comments » - Posted in Khas, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Sunday, March 4th, 2007
Mengurus masa menjelang peperiksaan
Hari Khamis lalu, saya mengendalikan satu program pengurusan masa dengan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Seperti biasa, saya bertanya kepada peserta apakah yang mereka faham tentang teknik pengurusan masa. Jadi, jawapan yang biasa saya perolehi ialah, teknik pengurusan masa = teknik buat jadual. Adakah anda rasa ia begitu?
Saya terangkan kepada peserta program saya […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Thursday, March 1st, 2007
Kemahiran berkawan - tips 4.3
Kebiasaannya, anda tidak sedar yang anda adalah tergolong dalam golongan pelajar bermulut laser. Ini disebabkan tidak ada sesiapa yang mahu menegur apa yang anda lakukan. Selalunya juga, pelajar-pelajar lain sebenarnya tidak tahu bagaimana caranya mahu menegur anda. Ini boleh menyebabkan anda dipulaukan tanpa anda sedari. Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda adalah pelajar bermulut […]









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













