Archive for November, 2007
Tuesday, November 13th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 5
Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari. Hmm… jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan oleh wanita? […]
1 Comment » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Monday, November 12th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 4
Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah ‘Berfikir dalam Bahasa Inggeris’. Apakah maksudnya?
Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini. Contohnya, […]
1 Comment » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Saturday, November 10th, 2007
Seni pertahan diri dalam seni bersyarah
Hari ini, seperti hari-hari Sabtu lain, kita rehatkan minda dengan topik yang santai. Kisahnya begini, beberapa hari lalu saya menerima beberapa keping gambar yang telah diambil semasa program Wealth Summit yang lalu. Ketika sedang khusyuk melihat gambar-gambar tersebut, tiba-tiba isteri saya bersuara sambil tersengih, “Ni berceramah ke tengah ajar silat ni?” Bila saya lihat semula, […]
1 Comment » - Posted in Khas by Osman Affan
Friday, November 9th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 3
Petua ketiga ialah anda perlu kuasai ‘English Grammar’ sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang. Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata “Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam […]
1 Comment » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Thursday, November 8th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 2.2
Semalam saya ada ceritakan bagaimana anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas perbendaharaan kata. Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha memiliki buku khas perbendaharaan kata itu, anda perlu baca tips seterusnya ini. Tips ini berbunyi, anda perlu ‘jatuh cinta dengan KAMUS’.
Mengapa jatuh cinta? Kamus adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. […]
No Comments » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Wednesday, November 7th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 2.1
Seperti yang saya nyatakan semalam, untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut. Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.
Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United […]
4 Comments » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Tuesday, November 6th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 2
Untuk petua yang kedua, cuba anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan? Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya ialah dengan menguasai perbendaharaan kata […]
1 Comment » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Monday, November 5th, 2007
Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint
Alhamdulillah, saya telah selesai menyiapkan ebook 21 tips microsoft PowerPoint yang saya pernah paparkan sebelum ini. Ebook ini sebenarnya adalah kompilasi petua ‘21 Tips Microsoft PowerPoint’ yang pernah saya paparkan dalam blog saya. Anda juga boleh membacanya di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm.
Di dalam ebook ini, anda boleh pelajari 21 tips yang terbahagi kepada 3 bahagian:
# 7 perkara yang […]
5 Comments » - Posted in Khas, PowerPoint by Osman Affan
Saturday, November 3rd, 2007
Mutiara Kata
“Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.” Robert F. Kennedy.
Kata mutiara hari ini membuat saya terfikir, apakah sesuatu yang saya benar-benar mahu lakukan dan dalam masa yang sama saya benar-benar takut jika saya gagal? Hmm… ada beberapa perkara sebenarnya. Kegagalan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Banyak kegagalan yang telah saya […]
3 Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan
Friday, November 2nd, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - petua 1
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah ‘kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda’. Bagi saya, jika anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah petua yang paling penting. Mengapa?
Saya percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris bermula di dalam minda […]
1 Comment » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Thursday, November 1st, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku?
Jika anda seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek […]









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













