Archive for December, 2007

Tuesday, December 11th, 2007

Teknik motivasi diri untuk belajar

Saya buka posting ini untuk menjawab beberapa soalan yang diberikan di ruangan ‘mesej anda’ di sebelah. Tak muat nak jawab dalam ruangan tersebut.
Terima kasih kepada yang bertanya. Saya akan jawab sebaik mungkin mengikut apa yang saya tahu atau apa yang pernah saya pelajari daripada pakar-pakar yang lain.
Untuk adik Aminah, soalannnya “as’salamualaikum w.b.t en. osman…thn […]

No Comments » - Posted in Jawapan, Motivasi by Osman Affan

Tuesday, December 11th, 2007

7 Petua Skor A 2008 - Petua 3

Ini adalah bahagian terakhir petua ketiga. Kita akan bincangkan bagaimana cara hendak menguruskan masa berpandukan matlamat. Mudah sahaja topik hari ini. Semasa kita merancang masa untuk belajar atau buat sesuatu, fikirkan tentang keberkesanan, bukan jumlah waktu. Maksudnya, jika kita mahu merancang masa untuk belajar, jangan terlalu fikirkan berapa jam mahu belajar, tetapi fikirkan berapa lama kita […]

No Comments » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan

Monday, December 10th, 2007

7 Petua Skor A 2008 - Petua 3

Kita masih lagi dalam petua ketiga - uruskan masa mengikut matlamat. Hari ini kita akan bincangkan bagaimana hendak menguruskan masa untuk subjek yang kita lemah. Sebelum itu, apa yang dimaksudkan subjek yang kita lemah? Secara mudahnya begini. Kalau satu subjek itu kita hendak dapat gred A tetapi sekarang kita dapat gred C ke bawah, kita […]

No Comments » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan

Sunday, December 9th, 2007

Binaan Wacana Penulisan Dalam Persembahan

Khamis lalu saya berada di Akademi Audit Negara yang terletak tidak berapa jauh daripada lapangan terbang KLIA. Kali ini, saya berpeluang mengendalikan program bertajuk seperti di atas. Program ini ialah program bagaimana hendak berucap atau membuat ‘presentation’ di hadapan khalayak ramai.
Peserta program ini terdiri daripada para pegawai Jabatan Audit Negara. Hmmm… boleh saya katakan mereka […]

No Comments » - Posted in Khas, PowerPoint, Soft Skills by Osman Affan

Saturday, December 8th, 2007

Indahnya Petronas Twin Tower

Selasa lalu sekali lagi saya berada di bangunan Petronas Twin Tower. Kali ini, saya perlu membentangkan sekali lagi apa yang bakal saya persembahkan di hadapan lebih kurang 300 staff Petronas dalam satu sesi ‘Motivational Talk dan Teambuilding’. Alhamdulillah, consultant yang menggunakan khidmat saya untuk program ini telah terpilih untuk menjalankan program tersebut. Mungkin apa yang […]

2 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Friday, December 7th, 2007

Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint

Alhamdulillah. Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada mulanya saya sangka hanya pelajar di peringkat universiti sahaja yang mungkin berminat untuk mendapatkannya. Tapi saya lupa tentang pembaca-pembaca daripada kalangan pegawai-pegawai di jabatan kerajaan dan juga swasta. Mereka juga boleh mendapat manfaat melalui ebook ini. Malah ada juga beberapa muat turun oleh sahabat-sahabat […]

2 Comments » - Posted in Khas, Motivasi, PowerPoint by Osman Affan

Friday, December 7th, 2007

7 Petua Skor A 2008 - Petua 3

Setelah kita tulis matlamat gred yang kita hendak capai dan setelah kita kaji kekuatan dan kelemahan kita, sekarang tiba masanya kita mulakan langkah kecemerlangan dengan mempelajari petua yang ketiga. Petua ketiga ini berbunyi, uruskan masa berpandukan matlamat.
Petua ketiga ini sangat berkesan untuk mengatasi satu masalah yang saya namakan ‘gejala azam tahun baru’. Maksudnya, pada awal […]

2 Comments » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan

Thursday, December 6th, 2007

7 Petua Skor A 2008 - Petua 2

Setelah kita kaji kekuatan yang ada pada diri kita, kita juga akan sedar tentang kelemahan yang selalu mengganggu keyakinan diri kita untuk berjaya. Apabila kita sudah tulis gred yang kita mahu dapat dan gred yang kita dapat sekarang, kelemahan diri kita boleh nampak ketara. Apa yang perlu dilakukan terhadap kelemahan ini? Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita […]

4 Comments » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan

Wednesday, December 5th, 2007

7 Petua Skor A 2008 - Petua 2

Apa khabar semua? Bagaimana dengan latihan menulis matlamat pencapaian akademik? Sudahkah anda jelas apa yang anda hendak capai? Baiklah….kita teruskan dengan petua kedua. Petua kedua berbunyi, kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda. Mudah sahaja bukan?
Sebenarnya, apabila kita sudah tulis gred yang biasa kita dapat sekarang dan gred yang kita mahu capai pada masa akan datang, […]

No Comments » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan

Tuesday, December 4th, 2007

7 Petua Skor A 2008 - Petua 1

Adakah anda sudah menulis langkah semalam? Kalau sudah, bagus. Kalau belum, lakukan sekarang. Walaupun langkah ini nampak terlalu mudah atau kelihatan tidak penting, saya tidak dapat gambarkan betapa hebatnya teknik ini untuk kita mencapai sebarang cita-cita.
Untuk mencapai kecemerlangan akademik, anda perlu menulis matlamat pencapaian akademik anda. Bagaimana jika anda tidak tahu dan tidak pasti apa […]

No Comments » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan

Monday, December 3rd, 2007

7 Petua Skor A 2008 - Petua 1

Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petua ini sudah berulang-ulang kali saya tuliskan di dalam blog saya ini. Namun, kepentingannya menyebabkan ia tidak dapat dipisahkan daripada 7 petua penting untuk skor A dalam tahun 2008 ini. Petua pertama ialah, tulis di atas sekeping kertas subjek apa yang anda mahu dapat gred A itu.
Menulis apa […]

1 Comment » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan

Saturday, December 1st, 2007

Sidang Akhbar Dr Irfan sebagai duta MIBO

Selasa lalu saya berpeluang menghadiri satu sidang akhbar di hotel JW Marriot. Sidang akhbar ini adalah majlis untuk merasmikan sahabat saya Dr Irfan sebagai duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). MIBO merupakan satu program bagi mewujudkan usahawan yang meletakkan sasaran 1000 usahawan baru dalam tahun 2008.
Majlis ini dipengerusikan oleh Abang Nizal Mohd. Majlis ini turut […]

2 Comments » - Posted in Internet, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan