Archive for June, 2009
Tuesday, June 30th, 2009
Program Mind Power bersama kakitangan Institute of Medical Research (IMR) KL
Pada 15 hingga 16 Jun yang lalu, saya buat pertama kalinya berpeluang mengendalikan program bersama kakitangan Institute of Medical Research, Kuala Lumpur. Intitut ini betul-betul terletak di sebelah Hospital Besar Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh staff-staff IMR yang terdiri daripada Doktor-doktor perubatan, kakitangan penyelidikan dan juga beberapa orang kakitangan sokongan. Ini juga merupakan [...]
No Comments » - Posted in Cerita,Program Motivasi by Osman Affan
Monday, June 29th, 2009
Ada bakat tetapi tidak ada kemahiran…
Tidak berapa lama dulu saya ada menonton rancangan televisyen yang bertajuk Ellen Degeneres Show. Ketika itu Ellen menjemput Will Smith, seorang pelakon serba boleh yang terkenal dengan filem i-Robot, I am Legend, Hancock, 7 Pounds dan banyak lagi filem hebat lakonannya. Saya sebenarnya suka mendengar temuramah orang-orang yang dikategorikan sebagai berjaya dalam bidang mereka yang [...]
2 Comments » - Posted in Fikir by Osman Affan
Saturday, June 27th, 2009
Saya dah cuba macam ni, tapi ini pula yang berlaku…
Hari ini saya membaca semula beberapa email dan soalan yang pernah saya terima melalui email dan juga blog. Satu soalan ini menarik perhatian saya. Soalan ini datangnya daripada seorang mahasiswa daripada universiti tempatan. Beliau menulis soalan ini di dalam posting saya pada awal tahun lalu tetapi saya tidak sempat membalasnya. Ini soalannya. “saya ipta student. awal semester [...]
3 Comments » - Posted in Jawapan,Persediaan Minda by Osman Affan
Thursday, June 25th, 2009
Semuanya nampak senang je kan En Osman?
Hari ini entah kenapa saya teringat tentang satu komen/pertanyaan yang diajukan kepada saya beberapa bulan lalu. Komen ini diberikan oleh beberapa orang pelajar universiti yang bertugas sebagai urusetia dalam program pelajar yang mereka anjurkan. Ketika kami sedang berehat untuk minum pagi, seorang urusetia, mahasiswi tiba-tiba berkata kepada saya, “Kerjaya En Osman sekarang ni, nampak [...]
3 Comments » - Posted in Cerita,Fikir by Osman Affan
Wednesday, June 24th, 2009
Pengajaran berkesan dan mampu menarik minat
Ketika membuka laman Facebook saya (Osman Affan) hari ini, saya mendapat satu soalan daripada Puan Hamymuharniza berkenaan tips pengajaran berkesan. Sebenarnya saya sudah kerap kali mendapat soalan sebegini terutamanya daripada guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk memajukan cara mereka mengajar dan guru-guru yang bersemangat untuk melihat anak didik mereka berjaya. Ini adalah soalan Puan Hamymuharniza: Assalamualaikum….sebagai motivator yang disukai [...]
3 Comments » - Posted in Jawapan by Osman Affan
Friday, June 12th, 2009
Selepas membaca ‘Buat Duit Dengan Tuisyen’.
Hari ini saya mendapat satu email yang agak berlainan dan menarik perhatian saya. Apa yang menarik bukanlah cerita baik mengenai buku yang saya tulis, tetapi secebis kisah seorang guru yang mempunyai latar belakang seperti saya. Selamat membaca. Terima kasih HH kerana menghantar email ini kepada saya. salam…. maaf jika saya mengganggu… saya baru selesai membaca [...]






















