Archive for December, 2009

Thursday, December 31st, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip 7

Tips latihan menguruskan masa sepanjang cuti sekolah yang terakhir ialah ‘luangkan lebih masa untuk aktiviti yang paling mendatangkan hasil.’ Di dalam subjek ekonomi, ada satu terma yang dinamakan ‘The Pareto Principle’. Walaupun ia berasal daripada perbincangan mengenai ekonomi, rupa-rupanya ia boleh diaplikasikan kepada banyak bidang lain termasuk bidang pengurusan masa. Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa [...]

4 Comments » - Posted in Urus Masa by

Wednesday, December 30th, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip 6

Tips latihan menguruskan masa sepanjang cuti sekolah yang keenam ialah ‘jadi lebih fleksibel semasa menguruskan masa’ atau dalam bahasa Inggerisnya, ‘Be flexible’. Ini bermaksud, semasa kita merancang dan menguruskan masa, kita perlu bersedia untuk berubah atau sedikit terpesong daripada rancangan awal kita. Sebagai contoh, jika kita merancang untuk belajar Matematik selama 40 minit dan belajar [...]

4 Comments » - Posted in Urus Masa by

Monday, December 28th, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip 5

Tip latihan menguruskan masa sepanjang cuti sekolah yang kelima adalah mudah sahaja. Ia berbunyi, ‘belajar untuk berkata TIDAK!’ Kali pertama saya pelajari tentang teknik pengurusan masa ini, saya rasa amat pelik. Apa kena mengena pula berkata tidak dengan pengurusan masa. Namun setelah saya fikir-fikirkan, ternyata benar, banyak masalah berkenaan pengurusan masa adalah disebabkan kita tidak [...]

No Comments » - Posted in Urus Masa by

Thursday, December 24th, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip 4

Tips latihan menguruskan masa sepanjang cuti sekolah yang keempat ialah ‘tetapkan masa aktif’. Menurut Dr. Tara Kuther, ini beliau namakan ‘Go with the Flow’. Saya definisikan masa aktif sebagai masa di mana anda rasa paling bertenaga, bersemangat dan cergas untuk melakukan sesuatu. Saya percaya semua orang ada masa aktif mereka sendiri. Namun setiap orang mempunyai [...]

No Comments » - Posted in Urus Masa by

Wednesday, December 23rd, 2009

Selamat Hari Lahir Kedua Danish!

  Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ini genaplah umur anak kedua saya, Danish, 2 tahun. Tahun ini saya dapat ucapkan selamat hari lahir dan bersama-sama isteri saya membaca doa selamat untuk anakanda saya ini tepat jam 12 tengah malam tadi. Ini kerana Danish ini ada tabiat tidur lewat malam. Susah hendak tidur awal. Mungkin [...]

No Comments » - Posted in Pengumuman by

Tuesday, December 22nd, 2009

Di rumah susah, di asrama pun susah.

Saya menerima email ini daripada A.I. mengenai cabaran yang dihadapinya.  ‘saya salah seorang calon yang akan menghadapi SPM tahun 2010. saya menghadapi masalah belajar di rumah mahupun di sekolah.saya berasa amat takut untuk menghadapi peperiksiaan yang kian hampir.hal ini amat mencabar saya kerana saya merupakan anak bongu dalam lapan beradik.hampir kesemua adik beradik saya berjaya [...]

1 Comment » - Posted in Jawapan by

Monday, December 21st, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip 3

Tips latihan pengurusan masa sepanjang cuti sekolah kita yang ketiga ialah ‘Fokuskan minda kepada satu perkara sahaja pada satu masa’. Ini kerana salah satu sebab mengapa banyak kerja tidak dapat disiapkan, mengapa kita cuba bertangguh melakukan sesuatu kerja dan mengapa kita tidak dapat menguruskan masa dengan baik ialah kita selalu fikir tentang banyak perkara dalam [...]

3 Comments » - Posted in Urus Masa by

Sunday, December 20th, 2009

Ceramah ‘Menuju Kecemerlangan Berterusan’ di Felda Bilut Pahang

  Khamis lalu (17 Disember 2009) saya berada di Felda Bilut bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Menuju Kecemerlangan Berterusan’ kepada lebih kurang 140 pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Program ini turut dihadiri ibu bapa pelajar-pelajar yang kelihatan begitu gembira dengan kejayaan anak-anak masing. Sudah tentulah. Siapa yang tidak rasa bangga atau [...]

2 Comments » - Posted in Program Motivasi by

Thursday, December 17th, 2009

Program SmartStudy Memory Skills di Terengganu

Sabtu ini, 19 Disember 2009 saya akan berada di negeri Terengganu Darul Iman bagi menjayakan program SmartStudy learning Skills. Ini adalah peluang keemasan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program SmartStudy kerana agak sukar dan tinggi kosnya jika mahu pergi ke Kuala Lumpur bagi menghadiri program ini. Buat peserta yang telah mendaftar, jumpa anda Sabtu ini! [...]

No Comments » - Posted in Program Motivasi by

Wednesday, December 16th, 2009

Selamat hari lahir Darwish!

 Alhamdulillah, hari ini genaplah umur anakanda sulung saya, Darwish 4 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru sahaja saya dan isteri berkejar ke Hospital Besar Kuala Lumpur dengan penuh rasa berdebar kerana mahu menyambut kelahiran anak pertama. Hari ini adalah hari yang istimewa untuk Darwish. Di hati saya dan isteri, semua hari dalam setahun [...]

2 Comments » - Posted in Khas by

Tuesday, December 15th, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip 2

Setelah kita pelajari bahawa langkah penting dalam menguruskan masa ialah menulis dan merancang aktiviti untuk hari esok, tip kedua pula ialah ‘Tetapkan masa akhir’ untuk menyempurnakan sesuatu. Di dalam bahasa Inggeris, ia dikatakan sebagai ‘set a deadline’. Menetapkan masa akhir bermaksud jika kita mahu lakukan sesuatu, anggarkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu. [...]

No Comments » - Posted in Urus Masa by

Saturday, December 5th, 2009

SmartStudy Learning Skills Bersama Mahasiswa Mahasiswi Politeknik Port Dickson

  Isnin lalu, 30 November 2009 saya sekali lagi menjejakkan kaki ke Politeknik Port Dickson bagi menjayakan dua sesi program bersama pelajar fakulti kejuruteraan. Sesi pertama ialah untuk pelajar semester pertama yang bertajuk Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan. Sesi kedua pada waktu petang pula ialah untuk pelajar semester 2 dan 3 yang bertajuk Kemahiran Belajar. Untuk [...]

6 Comments » - Posted in Program Motivasi by

Friday, December 4th, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip 1

Tip menguruskan masa yang pertama ialah ‘Buat satu senarai tugasan yang perlu dilakukan’. Di dalam Bahasa Inggeris, ini dinamakan ‘To Do List’. Untuk menyediakan senarai ini adalah satu kerja yang sangat mudah sebenarnya tetapi kesannya kepada cara kita melakukan sesuatu kerja adalah amat besar sekali. Jika anda seorang pelajar, di masa cuti sekolah ini, pada [...]

2 Comments » - Posted in Urus Masa by

Thursday, December 3rd, 2009

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah

  Satu masalah utama yang disebut-sebut oleh pelajar ialah masalah pengurusan masa. Walaupun semua pelajar tahu bahawa kita semua sama-sama ada 24 jam sehari, mereka tetap hadapi kesukaran memahami mengapa ia terasa seperti cuma ada 12 jam sahaja sehari dalam hidup mereka. Jangan kata pelajar, orang dewasa juga hadapi masalah yang sama. Jika saya imbas [...]

10 Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by

Wednesday, December 2nd, 2009

Program SmartStudy Learning Skills Jelajah Felda Pahang

  Alhamdulillah, sepanjang cuti persekolahan bulan November dan Disember 2009 ini, saya akan membawa Program SmartStudy Learning Skills menjelajah beberapa Felda di Pahang. Program ini bakal dijalankan untuk pelajar di peringkat darjah 4 hinggalah ke tingkatan 5. Di bawah adalah jadual dan tempat program-program tersebut dijalankan.        1)  Zon Mempaga Koyan  (sekolah rendah)                           Tarikh  [...]

4 Comments » - Posted in Program Motivasi by