Author Archive
Sunday, June 13th, 2010
Buku Teknik Memori SmartStudy – Sudah Terbit!
Alhamdulillah. Setelah menunggu sekian lamanya, akhirnya buku panduan mengajar Teknik Memori buat guru, pensyarah dan juga ibu bapa telah terbit. Buku yang sama versi pelajar pula akan terbit tidak lama lagi.Di dalam buku ini, saya kongsikan beberapa teknik berkesan bagi menghafal fakta-fakta yang dipelajari di sekolah. Kebanyakan pelajar dan guru terkeliru antara maksud ‘faham’ dan [...]
2 Comments » - Posted in Pengumuman by Osman Affan
Thursday, June 10th, 2010
Bersama Pelajar MRSM Kuala Terengganu
Pada 4 Jun yang lalu, saya berada di MRSM Kuala Terengganu bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills. Program sehari ini dijalankan buat 270 pelajar tingkatan 3 dan 5. Fokus utama program ini ialah ‘Bagaimana untuk belajar dengan lebih fokus dan berkesan.’Bagi mencapai objektif program ini, saya telah kongsikan bersama pelajar 3 langkah untuk mencapainya. [...]
3 Comments » - Posted in Khas,Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan
Sunday, May 30th, 2010
Jangan berkawan dengan mereka!
Pernahkah anda dengar seseorang merungut tentang sesuatu? Sudah tentu pernah bukan? Cuba ingat semula, apa yang mereka selalu rungutkan? Maksud saya, mereka asyik-asyik merungut tentang apa? Kerja banyak? Sakit hati dengan orang itu dan ini? Dianiaya? Itu dan ini tidak adil? Semua orang penipu dan pembelit? Pilih kasih?Senarai rungutan tentu tidak putus-putus bukan? Saya [...]
2 Comments » - Posted in Fikir by Osman Affan
Wednesday, May 26th, 2010
Gunakan bahasa yang difahami pendengar.
Semasa sibuk mengemas dan menyusun semula bilik kerja saya, terjumpa pula satu buku nota kecil yang sering saya bawa bersama beg laptop saya tidak lama dulu. Saya suka baca semula apa yang pernah saya tuliskan. Antara sebabnya ialah kadang-kala saya tuliskan apa yang mahu beli atau buat satu hari nanti. Jadi apabila saya baca semula [...]
No Comments » - Posted in Soft Skills by Osman Affan
Monday, May 24th, 2010
Ayah, bolehkah kita menukar bintang kita?
Beberapa tahun lalu, hati saya benar-benar tertarik dengan satu ‘movie’ yang saya tonton. Tajuknya ialah “A Knight’s Tale”. Filem ini dilakonkan oleh mendiang Heath Ledger, yang begitu dikenali berlakon sebagai Joker di dalam movie Batman, Dark Knight. Beberapa hari lepas, hati saya terdetik kembali mengenang satu babak di dalam movie ini yang benar-benar menyentuh [...]
2 Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Thursday, May 13th, 2010
Anakanda Hana Khalilah.
Esok, genaplah umur anakanda saya Hana 4 bulan. Hana masih belum pandai meniarap tetapi sejak 2 bulan lepas sudah pandai senyum dan ketawa. Apabila Hana ketawa, saya, isteri dan abang-abang Hana pula akan ketawa. Sememangnya senyuman kanak-kanak yang masih bergelar ‘baby’ sangat menarik perhatian dan menambahkan rasa geram untuk mencubit-cubit pipinya. Apabila saya ingat-ingat [...]
2 Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Wednesday, May 12th, 2010
Bersama Pakar Memori Bertaraf Dunia Dr Koh Ming Kwang
Selasa lalu, 11 Mei 2010, merupakan satu hari yang amat bermakna dan berbeza buat diri saya apabila berpeluang bersemuka dengan seorang pakar memori bertaraf dunia, Dr Koh Ming Kwang. Apabila disebut nama beliau, saya terbayang seorang yang sudah berumur dan kelihatan seperti seorang professor di universiti. Namun apa yang mengejutkan saya ialah beliau rupa-rupanya 2 [...]
No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Saturday, May 8th, 2010
Terima kasih cikgu…terima kasih anak muridku…
Beberapa hari lepas, setelah selesai menjalankan program SmartStudy Learning Skills di sebuah sekolah menengah di Pasir Gudang Johor, seorang pelajar perempuan tingkatan 5 menghampiri saya. Dia meminta kebenaran bagi mengambil gambar bersama saya. Setelah mengambil gambar, dia berkata, “Cikgu, saya nak ucapkan terima kasih.” “Sama-sama. Kenapa ya?” Soal saya ingin tahu. “2 tahun lepas, semasa [...]
2 Comments » - Posted in Cerita,Fikir by Osman Affan
Saturday, May 1st, 2010
Jawapan – Masalah Bahasa Inggeris.
Soalan 1: salam 1 malaysia encik osman affan..sya N berasal dari sabah masih bersekolah d tgkatan 5 ..masalah utama saya d sini adalah sya lemah dalam subjek bahasa english..sdh banyak cara saya pratikkan untuk belajar bahasa english namun masih juga gagal dalam setiap ujian ataupun peperiksaan….jadi d sini sya harap enck osman dapat membantu dan memberi [...]
3 Comments » - Posted in Jawapan by Osman Affan
Monday, April 19th, 2010
Dugaan dan cabaran menambahkan rasa nikmat
Beberapa hari lalu, ketika mengisi minyak kereta, tiba-tiba hati saya terasa sangat-sangat sayu, gembira dan kemudian bersyukur. Mengapa? Ia kerana tiba-tiba sahaja saya teringat ketika saya diduga dengan kesempitan wang dan tidak mampu mengisi minyak kereta. Saya juga teringat pengalaman basah kuyup di dalam hujan ketika menunggang motosikal dan berhenti di stesen minyak untuk berteduh [...]
6 Comments » - Posted in Fikir by Osman Affan
Monday, April 19th, 2010
Ebook 7 Petua Pandai Bahasa Inggeris & 7 Tanda anda akan gagal di universiti
2 Ebook saya yang bakal terbit tidak lama lagi.
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Sunday, March 28th, 2010
Seminar Pendidikan PTS, Tuan Fauzul Naim dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Jumaat lalu, 26 Mac 2010, saya berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menjayakan seminar pendidikan yang bertajuk “Adakah buku pendidikan bosan dibaca ?”. Dua ahli panel dijemput bagi menjayakan seminar ini iaitu Tuan Fauzul Naim dan saya sendiri. Sebelum saya memberi komen tentang tajuk seminar ini, saya terangkan kepada hadirin bahawa lebih [...]
No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Monday, March 15th, 2010
Buku Tip Belajar Saat Akhir
Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa buku terbaru saya Tip Belajar Saat Akhir akan masuk ke setor PTS esok (Selasa). Seperti biasa, ini merupakan satu masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh seorang penulis. Betapa seronoknya melihat apa yang telah diusahakan selama beberapa minggu menjadi sebuah buku di depan mata. Buku ini adalah mengenai teknik bagaimana untuk bersedia [...]
2 Comments » - Posted in Pengumuman by Osman Affan
Sunday, February 28th, 2010
Program Mind Power Bersama 400 Atlet Negara MSN Bukit Jalil
Alhamdulillah, pada 25 Februari lalu, saya telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan satu program buat 400 atlet negara di MSN Bukit Jalil. Program yang bertajuk Mind Power ini adalah mengenai bagaimana caranya atlet-atlet negara kita boleh menggunakan kuasa dan keupayaan minda mereka dalam menangani cabaran seharian. Fokus utama program ini juga adalah untuk [...]
No Comments » - Posted in Program Motivasi by Osman Affan
Saturday, February 20th, 2010
Bagaimana mengelakkan tergagap semasa berucap?
Pelajar kita sering segan@malu ingin kan bertanya sesuatu ketika pembelajaran… Bagaimanakah kita ingin menyakin diri kita? Apabila kita membuat pembentangan di depan, dalam sesuatu subjek B.I@B.A… bagaimana nak mengelakkan kita tergagap? Daripada: B.A. Assalamualaikum. B.A., terima kasih kerana menghantar mesej dan soalan ini kepada saya. Seringkali juga saya terima soalan ini apabila saya kendalikan program [...]






















