Author Archive
Saturday, October 27th, 2007
Sehari bersama usahawan di Wealth Summit
Sekarang ini saya berada di Cititel Hotel untuk menjayakan program Wealth Summit anjuran True Wealth Sdn Bhd (Milik Azizi Ali). Program ini mendedahkan beberapa cabang keusahawanan yang bakal disampaikan oleh 5 penceramah utama iaitu Azizi Ali, Eruwan Gerry Norsen, Irwan Dahnil, Zamri Nanyan dan saya sendiri.
Ini adalah satu majlis ilmu yang menarik buat saya. Walaupun […]
1 Comment » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, October 25th, 2007
Mutiara Kata - Sumbangan Muliyadi
Hari ini saya paparkan satu sumbangan daripada pelawat blog ini yang merupakan satu komen kepada mutiara kata yang saya paparkan satu ketika dulu. Terima kasih Muliyadi atas pandangan dan hasil tulisan yang baik ini.
(Ini adalah mutiara kata yang saya paparkan)
“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~
Ada dua perkara yang […]
No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan
Tuesday, October 23rd, 2007
Kalau hendak seribu daya.
Beberapa hari ini saya bersengkang mata menguruskan satu laman web baru saya. Sebenarnya, laman web ini adalah untuk blog saya ini. Sudah lama saya bercadang untuk mengalihkan blog ini ke satu laman web lain agar tidak bercampur aduk dengan osmanaffan.com. Nanti saya akan umumkan masanya saya hentikan posting di sini dan berpindah ke laman web […]
4 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, October 11th, 2007
Salam Aidilfitri
Alhamdulillah, dalam kesibukan menjalankan training dan menulis untuk buku seterusnya, saya masih diberikan kemampuan untuk menulis dan mengemaskinikan blog saya ini. Untuk pembaca setia blog saya ini saya ucapkan terima kasih. Sokongan anda menambahkan semangat dan keinginan saya untuk berkongsi sesuatu yang berguna di blog ini.
Kepada yang menghantar email kepada saya, saya ucapkan terima kasih. […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Wednesday, October 10th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Jadi bagaimanakah Ramadhan mengajar anda menghargai sesuatu yang anda sedia ada? Seperti yang pernah saya tulsi sebelum ini, apabila anda sedang berpuasa, makanan yang selama ini anda tidak suka dan tidak menyelerakan bagi anda pun kelihatan sungguh hebat dan menyelerakan. Bayangkan anda mahu makan ayam goreng pada waktu sahur dan terlewat bangun. Lalu anda tidak […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Tuesday, October 9th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Satu sifat yang biasa dilihat pada orang-orang yang berjaya ialah mereka pandai dan cekap mengambil peluang yang ada. Jika mereka lihat ada peluang yang melintas di depan mereka, dan jika mereka percaya bahawa peluang itu boleh membantu mencapai matlamat mereka, mereka pasti tidak lepaskan.
Mengambil peluang merupakan satu sifat yang jarang dilihat pada orang-orang yang kurang […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Monday, October 8th, 2007
21 Tips Microsoft PowerPoint
Jika anda sudah biasa melawat blog saya ini, sudah pasti anda pernah membaca 21 tips menggunakan microsoft powerpoint yang saya pernah tuliskan dulu. Saya juga ada letakkan semula tips ini di dalam ruangan kompilasi, www.osmanaffan.com/kompilasi.htm .
Saya dapati terdapat sambutan yang sangat menggalakkan untuk tips microsoft PowerPoint ini. Apabila saya buat program presentation skills atau public […]
No Comments » - Posted in Khas, PowerPoint, Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, October 3rd, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Apa kaitan Ramadhan dan disiplin diri? Hmm… saya percaya anda sudah boleh menekanya. Di dalam bulan Ramadhan, anda sentiasa berperang dan berlawan dengan nafsu anda untuk makan, minum dan membuat sesuatu yang dilarang. Dalam bulan Ramadhan, bukan sahaja anda menahan diri dari makan dan minum, malah melarang diri daripada berkata atau melihat sesuatu yang tidak baik. […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Tuesday, October 2nd, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Menurut Stephen Covey, penulis buku 7 Habits of highly effective people, disiplin bermaksud kebolehan untuk membuat janji dan mengotakannya. Contohnya, disiplin diri yang mudah ialah mengemaskan tempat tidur sebaik sahaja bangun daripada tidur. Banyak ketikanya, apabila anda sudah berniat atau berazam untuk mengemas tempat tidur setiap pagi, anda tidak terasa hendak melakukannya kerana mengantuk, hendak cepat […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Monday, October 1st, 2007
Selamat Menjalani Peperiksaan PMR
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang mula menduduki peperiksaan PMR hari ini. Semoga semua persiapan yang telah dijalankan akan membuahkan hasil dan kejayaan yang sangat cemerlang.
Saya juga doakan agar hati semua pelajar mendapat ketenangan dan keselesaan semasa menjawab soalan nanti. Insyaallah, usaha tanpa putus asa pasti akan membuahkan hasil […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Sunday, September 30th, 2007
Program bersama KRS, Universiti Putra Malaysia
Semalam saya berada hampir sehari di Universiti Putra Malaysia bagi menjayakan program persediaan menjelang peperiksaan akhir anjuran kelab Rakan Siswa (KRS) UPM di bawah naungan unit bimbingan dan kaunseling. Seperti program yang saya jalankan bersama MEDCY UIA awal Ramadhan lalu, saya sangat berbangga dengan usaha urusetia yang terdiri daripada para mahasiswa dan mahasiswi sendiri dalam […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Friday, September 28th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Seperti yang saya nyatakan semalam, orang-orang berjaya mempunyai satu sifat yang mampu menangguhkan keseronokan mereka supaya kejayaan mereka jadi lebih bermakna. Apa kaitannya dengan bulan Ramadhan?
Di dalam bulan Ramadhan, rasa lapar dan dahaga adalah perkara biasa. Namun ada ketikanya anda rasa terlalu lapar atau dahaga hingga anda rasa seperti tidak mahu meneruskan puasa anda. Ketika […]
3 Comments » - Posted in Motivasi by Osman Affan
Thursday, September 27th, 2007
Tinggalkan mesej anda
Setelah saya fikirkan buat satu jangka masa yang sangat lama, akhirnya saya buat keputusan untuk meletakkan cbox (seperti yang anda lihat di sebelah) di dalam blog saya ini. Selama ini saya ada terfikir untuk meletakkan cbox ini cuma ada rasa bimbang jika saya tidak berkesempatan untuk mengemaskininya.
Namun, saya percaya saya ada masa untuk ini. Tambahan […]
1 Comment » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, September 27th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Apakah lagi sifat dan ciri-ciri yang anda pelajari dan amalkan di dalam bulan Ramadhan, yang membantu anda menuju ke arah kejayaan? Mari kita bincangkan.
Menurut pendapat pakar-pakar psikologi barat, antara satu sifat paling utama individu yang berjaya dan kaya-raya ialah”having the ability to delay gratification” (mempunyai kebolehan untuk menangguhkan keseronokan). Ia bermaksud, orang-orang yang berjaya selalunya […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi by Osman Affan
Wednesday, September 26th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Setelah anda ada niat, tahu bila ia mahu dicapai dan tahu mengapa dia perlu dicapai, semangat anda akan jadi semakin kuat untuk berusaha mencapainya. Jika anda sudah berniat untuk berpuasa dan mahu melakukannya bersungguh-sungguh, adakah iman anda akan mudah tergugat dengan burger yang dimakan oleh adik-adik anda? Saya percaya tentu tidak bukan. Jika iman anda tergugat lalu makan burger […]























