Author Archive

Tuesday, September 25th, 2007

Ramadhan dan Kejayaan

Satu perkara yang saya selalu tanya kepada para pelajar mengenai puasa ialah, jika esok puasa, apakah yang mereka lakukan malam ini. Kebanyakannya akan menjawab ‘membaca niat’ (tapi ramai juga yang jawab “makan sahur”    ). Niat merupakan satu matlamat yang hendak dicapai. Jika anda hendak mencapai sesuatu, cara terbaiknya ialah anda berniat dahulu. Niat anda [...]

No Comments » - Posted in Motivasi by Osman Affan

Monday, September 24th, 2007

Ramadhan dan Kejayaan

Sama ada anda sedar atau tidak, Ramadhan membawa pelbagai rahmat bukan sahaja dari segi pahala berbuat amalan yang digalakkan dan amalan kebajikan, tetapi dari segi membentuk sifat dan keperibadian untuk menuju kejayaan. Apakah yang saya maksudkan? Cuba anda lihat orang-orang yang berjaya di sekeliling anda atau orang berjaya yang anda kenal. Tentu mereka mempunyai sifat-sifat [...]

No Comments » - Posted in Khas,Motivasi by Osman Affan

Sunday, September 23rd, 2007

Seketika di Resensi, Selamat Pagi Malaysia, RTM

Rabu lalu, 19 Spetember, saya berpeluang untuk bercerita secara ringkas mengenai buku terbaru saya “Menjual Perkhidmatan di Internet” di rakaman rancangan Selamat Pagi Malaysia, Slot Resensi. Slot ini dikendalikan oleh Syed Munawar yang sudah tidak asing lagi kepada saya kerana sendiri telah bertemu beliau beberapa kali. Di dalam sesi rakaman ini, saya diberi peluang untuk [...]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Thursday, September 20th, 2007

PMR di Bulan Ramadhan

Pernahkah anda terfikir, mengapa, di bulan ramadhan, semua makanan yang selama ini nampak tidak menarik, tidak sedap, membosankan dan tidak menyelerakan kelihatan sebaliknya? Maksud saya, di bulan ramadhan, air mineral dan roti kosong pun nampak sangat menyelerakan. Bahkan, goreng pisang dan keropok goreng yang dijual di tepi jalan yang selama ini kita tak pandang pun [...]

3 Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Wednesday, September 19th, 2007

PMR di Bulan Ramadhan

Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, cabaran menghadapi peperiksaan dalam bulan Ramadhan ialah anda mungkin tidak biasa menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan lapar dan dahaga. Bagi pelajar yang biasa mengamalkan puasa sunat, Insyaallah tidak ada masalah untuk menghadapi situasi ini. Ada beberapa nasihat yang pernah saya pelajari mengenai menjawab soalan peperiksaan di dalam bulan [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Tuesday, September 18th, 2007

PMR di Bulan Ramadhan

Jika anda merasa bimbang kerana peperiksaan PMR akan dijalankan pada bulan Ramadhan, ada berita baik untuk anda. Minggu ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Hari ini, kita akan bincangkan mengenai persediaan yang anda perlu buat di saat akhir ini. Merasa penat, mengantuk dan tidak bermaya dalam bulan [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Monday, September 17th, 2007

PMR di bulan Ramadhan

Tahun ini, pelajar PMR akan menghadapi peperiksaan utama mereka dalam bulan Ramadhan. Saya percaya, bagi kebanyakan pelajar, ini adalah perkara biasa sahaja. Namun bagi sesetengah pelajar, ini boleh jadi satu perkara yang sangat mencabar. Mengapa? Apabila saya mengendalikan program untuk pelajar di waktu pagi, ada pelajar yang merungut kerana mereka belum bersarapan. Ini membuat mereka [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Sunday, September 16th, 2007

SmartStudy bersama MEDCY

Sabtu 15 September bersamaan 3 Ramadhan, saya telah diundang oleh ahlijawatankuasa MEDCY, sebuah persatuan jurusan perubatan Matrkulasi Universiti Islam Antarabangsa, untuk menjalankan program Bengkel Kemahiran Belajar SmartStudy. Ini kali pertama saya menjalankan program untuk persatuan ini. Pendapat pertama saya ialah, persatuan ini sangat hebat kerana dapat menjalankan dan menganjurkan program walaupun dalam bulan Ramadhan. lebih [...]

4 Comments » - Posted in Khas,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan

Thursday, September 13th, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umunya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua. Selamat Berpuasa.            

2 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Monday, September 3rd, 2007

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Kepada semua pelajar tahun 6, hari ini merupakan hari yang sangat penting buat mereka. Hari peperiksaan UPSR bermula. Ini bermakna, segala persiapan yang telah dibuat selama ini akan teruji hari ini. Segala penat dan lelah semasa belajar akan dapat dilihat hasilnya tidak lama lagi. Saya percaya, jika anda berusaha, kejayaan pasti akan menjadi milik anda. [...]

No Comments » - Posted in Khas,Motivasi by Osman Affan

Thursday, August 30th, 2007

Program Pecutan Akhir

Sejak Sabtu lalu hingga semalam, saya berada di Johor Baru bagi menjayakan program ‘Pecutan Akhir’ bagi Yayasan Bandaraya Johor Baru dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa. Selama beberapa hari saya tinggal di hotel berhampiran bangunan Kotaraya Johor Baru. Itu bermakna, makan tengahari, minum petang atau makan malam, saya sentiasa ke bangunan Kotaraya ini. Bangunan [...]

No Comments » - Posted in Khas,Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Tuesday, August 28th, 2007

Program di Karangkraf

Sejak bulan Mac 2007, saya menulis ruangan teknik belajar di majalah Fokus SPM terbitan Karangkraf Sdn Bhd.. Karangkraf sudah agak terkenal kerana menerbitkan banyak bahan bacaan terutamanya majalah. Buat kali pertama pada minggu lalu, saya berpeluang mengendalikan satu program SmartStudy bersama anak-anak kakitangan di Karangkraf ini. Program ini bermula dengan taklimat awal oleh En Hashim, [...]

No Comments » - Posted in Khas,Motivasi by Osman Affan

Monday, August 27th, 2007

Universiti Darul Iman

Pada 18 Ogos yang lalu, saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Universiti Darul Iman sebagai penceramah untuk program kecemerlangan pelajar. Sebenarnya, itu bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti tersebut yang lebih dikenali dengan nama Kusza (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Saya dibesarkan di Terengganu dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan [...]

2 Comments » - Posted in Khas,Motivasi by Osman Affan

Friday, August 24th, 2007

Selamat Bersedia Menghadapi Peperiksaan UPSR

Setiap tahun pelajar UPSR dahulu yang akan menghadapi medan penguji tahap pengetahuan mereka setelah 6 tahun berada di sekolah kebangsaan. Bagi saya sendiri, sekolah kebangsaan merupakan satu asas dan persediaan bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar dan menarik di sekolah menengah kebangsaan. Untuk semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, saya ucapakan selamat [...]

No Comments » - Posted in Khas,Motivasi by Osman Affan

Thursday, August 23rd, 2007

Tenaga Fikiran dan Cita-cita

Apakah cita-cita sebenar anda? Maksud saya, jika tidak ada halangan untuk anda jadi apa sahaja, apakah akan anda pilih sebagai cita-cita? tukang masak? Mekanik? Usahawan? Doktor? Kontraktor? Apa sahaja cita-cita anda boleh tercapai jika anda menggunakan tenaga fikiran. Maksudnya, apa sahaja yang anda mahu capai akan mudah tercapai jika anda pandai berfikir. Cita-cita tidak semestinya [...]

1 Comment » - Posted in Motivasi,Soft Skills by Osman Affan