Author Archive

Wednesday, August 22nd, 2007

Tenaga Fikiran

Beberapa minggu kebelakangan ini saya sangat banyak menjalankan program pelajar dari usia 8 tahun hinggalah ke pelajar di peringkat universiti. Malah, terdapat juga beberapa aktiviti yang saya jalankan untuk orang dewasa dari usia 25 tahun hinggalah yang sudah bersara. Melalui program-program ini, ada satu mesej yang sama yang sentiasa saya cuba sampaikan. Mesej itu ialah [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by Osman Affan

Tuesday, August 21st, 2007

Salah guna perkataan ‘Semua’.

Pernahkah anda dengar mana-mana pelajar yang didenda guru disiplin dan berkata, “Semua cikgu disiplin memang macam ni, suka je nak rotan orang!” Atau Seseorang yang tidak dilayan dengan baik semasa berurusan di jabatan kerajaan lalu merungut, “Semua kakitangan kerajaan memang macam ni, tak cekap!”. Atau Seorang wanita yang ditinggalkan kekasih berkata, “Semua lelaki memang tak [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Persediaan Minda by Osman Affan

Monday, August 20th, 2007

Projek Mutiara Johor 2007 oleh PERDASAMA

Rabu lalu saya berada di Kota Tinggi Johor bagi menjayakan Projek Mutiara Johor yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia(PERDASAMA) Nasional. Projek ini dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman. Projek ini dihadiri oleh Presiden Perdasama Nasional Dato’ Moehamad Izat Emir dan juga YB Tuan Haji Zainal Abidin Bin [...]

No Comments » - Posted in Khas,Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Friday, August 17th, 2007

Program bersama Johor Corporation

Minggu lalu saya berada di Johor Baru bersama para pegawai daripada Johor Corporation bagi mengadakan satu sesi Program SmartStudy bersama guru-guru kaunseling di sekitar Johor Baru. Ini merupakan kali pertama saya mengadakan program bersama Johor Corporation dan juga ini kali pertama saya berada dihadapan para guru kaunseling di Johor. Di dalam program setengah hari ini, [...]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Thursday, August 16th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – Kesimpulan

Alhamdulillah, saya telah berjaya kongsikan 7 petua untuk mudah ingat apa yang dipelajari. Dengan menggunakan petua ini, anda boleh meningkatkan kebolehan anda untuk mengingat sesuatu yang anda pelajari hingga 2-3 kali ganda. Bayangkan jika anda lebih mudah ingat, apakah kesannya kepada pencapaian akademik dan keyakinan diri anda? Satu pesan saya, anda perlu ingat, kebolehan yang [...]

17 Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Wednesday, August 15th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – petua 7

Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’. Hmm…jangan risau jika anda kurang pasti apa maksudnya…..   Begini, bayangkan anda sedang belajar tulisan dalam bahasa Cina. Jika anda pertama kali melihat tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa sangat sukar mengenal [...]

4 Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Tuesday, August 14th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – petua 6

Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘. Saya selalu perhatikan gelagat pelajar semasa berada di dalam kelas, ceramah atau kursus. Mereka selalu leka mendengar atau mengelamun tanpa berbuat apa-apa mengenai apa yang mereka dengar. Perkara ini juga mengingatkan saya kepada seorang ustazah saya yang mengajar bahasa Arab semasa saya [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Monday, August 13th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – petua 5

Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta. Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut. Mengapa? Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Friday, August 10th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – petua 4

Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah dengan menjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi. Di waktu pagi selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Thursday, August 9th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – petua 3

Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat. Tentu [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Wednesday, August 8th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – petua 2

Sebelum anda pelajari petua kedua, tahukah anda bahawa bahasa memori anda ialah ‘gambar‘? INi bermaksud, anda berfikir dan mengingat dengan cara bergambar. Jika sesoerang menyebut perkataan ‘asap’, anda akan terbayangkan gambar asap yang berkepul-kepul, bukan tulisan ‘a.s.a.p’. Dengan mengetahui bahasa memori ini, anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih mudah. Petua kedua berbunyi, ‘tukarkan maklumat yang [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Tuesday, August 7th, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari – petua 1

Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Begini, dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita. Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi kawan-kawan sedang bercakap, bau makanan yang datang dari kantin, suara cikgu sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar [...]

1 Comment » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Friday, August 3rd, 2007

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari

Beberapa minggu lalu saya ada terfikir untuk menulis beberapa tips dan petua berkenaan teknik ingat apa yang sudah dipelajari. Namun, saya sudah tuliskan isi-isinya dalam kemahiran menghafal. Di dalam petua yang saya ingin kongsikan beberapa hari ini agak berbeza kerana ini adalah cara praktikal yang anda boleh gunakan untuk mengingati sesuatu dengan lebih mudah. Petua [...]

5 Comments » - Posted in Motivasi,Teknik Belajar by Osman Affan

Thursday, August 2nd, 2007

Posting tertunda….

Hmm…. beberapa hari ini saya mengalami beberapa cabaran yang menghalang saya mencoretkan sesuatu di dalam blog saya ini. Cabaran pertama ialah mengenai hosting saya ini. Ia akan tamat tempoh dalam beberapa hari sahaja lagi tetapi saya masih gagal mendapatkan hosting yang baru. Entah kenapa, ada masalah dalam proses pembelian hosting saya. Jadi saya agak sibuk membuat [...]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Tuesday, July 31st, 2007

Tempat jatuh lagi dikenang…

Inikan pula tempat bermain…… Semalam saya ada ceritakan saya ke Kelantan bagi menjayakan program Pengurusan Pelanggan Di Kaunter. Sesi saya berakhir pada malam hari Khamis. Keesokan harinya (Jumaat), walaupun saya perlu checkout pada pukul 12 tengahari, saya bergegas untuk checkout sejurus selepas sarapan pagi, lebih kurang pukul 8.30 a.m. Saya berdua sebenarnya ke Kelantan, tetapi [...]

10 Comments » - Posted in Cerita,Khas by Osman Affan