Fri 31 Jul 2009
Kurang minat belajar Bahasa Inggeris.
Posted by Osman Affan under Bahasa Inggeris, Fikir, Jawapan
[6] Comments
Assalamualaikum encik osman..
apa khabar?
diharap kehadiran emel saya ini tidak mengganggu kesibukan urusan en.Osman.
Straight to the point, saya adalah seorang guru di sebuah sekolah swasta di Pantai Timur Malaysia. Kebiasaannya di tempat kami, sekolah swasta adalah tempat pelajar-pelajar yang kandas SPM dan STPM mengambil peperiksaan ulangan (dan selebihnya adalah pelajar-pelajar yang dibuang sekolah kerana masalah disiplin, ataupun berhenti awal dan tiba-tiba sampai seru untuk belajar semula).
Jadi, seperti yg dapat di agak, mereka adalah golongan cicir dan tiada minat untuk belajar. Jika di sekolah kerajaan, mereka dilarang merokok dan ponteng, di sini mereka bebas merokok walaupun di dalam kawasan sekolah, dan kadang-kadang meninggalkan kelas semasa kami guru-guru sedang mengajar. soal lompat pagar tidak timbul kerana mereka bebas ponteng melalui pintu utama. kadang-kadang bengkek la jugak dgn perangai tak senonoh budak-budak tak makan saman ni.. soal hormat kepada guru bukan soal pokok kerana hanya 10-15% daripada mereka betul-betul hormatkan guru dan betul-betul insaf atas kegagalan lampau.
Sebagai seorang fresh grad, saya tiada pengalaman mengajar, dan tiada latihan mengajar. jadi semuanya saya lakukan berdasarkan try and error. saya banyak membaca buku-buku motivasi dan teknik belajar, supaya saya dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Sebagai guru bahasa inggeris, cabaran agak besar buat saya kerana mereka sangat prejudis dan berminda negatif dengan bahasa inggeris itu sendiri. berbekalkan bimbingan buku, saya cuba adakan permainan kuiz di dalam kelas, wajibkan pelajar menghafal perkataan mudah (yg mana petuanya saya ambil dari blog en. Osman sendiri), banyakkan soal jawab, buat lawak dalam kelas, dan lebihkan perhatian secara individu. saya hafal nama setiap pelajar, dan setiap seorang tidak akan terlepas dari perhatian, leteran, gurauan malah pujian dari saya.
Masalahnya sekarang en. osman, mereka masih tidak minat untuk belajar! peperiksaan tinggal 4 bulan saja lagi, dan saya sudah habis daya dan mati kutu untuk membuatkan mereka minat, rajin dan akhirnya score kertas bahasa inggeris. sukatan pelajaran memang tak banyak yang saya sentuh, sebab setiap kali saya ajar mereka benda-benda yang sukar, mereka mula bising, buat lawak, berbual dan buat hal sendiri. tapi setiap kali saya menyoal makna perkataan, barulah mereka berminat.
En. Osman.. tolong saya..
NAF, Pantai Timur Malaysia
Waalaikumsalam Warahmatullah.
NAF, terima kasih kerana menghantar email kepada saya. Sangat menarik apa yang NAF ceritakan kerana saya rasa ini adalah pengalaman pertama saya dengar kisah daripada guru sekolah swasta. Berdasarkan cerita NAF, ada beberapa pandangan dan pendapat yang ingin saya kongsikan.
Pertama, tahniah kerana NAF ada gunakan bahan bacaan sebagai panduan untuk mengajar. Tidak perlu rasa rendah diri jika tidak ada latihan asas mengajar kerana itu bukan kunci utama untuk menjadi seorang guru hebat. Saya sendiri juga tidak ada latihan asas dan banyak gunakan teknik yang NAF gunakan juga iaitu trial and error. Namun teknik ini agak lambat untuk membuahkan hasil. Cara terbaik untuk cepat memajukan cara kita mengajar ialah dengan menggunakan pengalaman ataupun trial and error yang telah dilakukan oleh orang lain. Selalunya pengalaman ini kita boleh dapati daripada bahan bacaan, seperti yang NAF perolehi daripada membaca tulisan saya di blog.
Jika ada kesempatan, baca juga buku saya yang bertajuk Buat Duit Dengan Tuisyen kerana di dalamnya saya ada tulis beberapa prinsip, petua dan etika mengajar berkesan. Malah ada beberapa tips yang kalau diamalkan, kita akan jadi seorang guru yang hebat dan sangat menyerlah suatu hari nanti.
Kedua, ada satu pepatah Inggeris yang bermaksud, kita boleh bawa kuda kepada air tetapi kita tidak boleh memaksanya untuk minum. Ini bermaksud, di dalam konteks ini, kita boleh cuba seribu macam cara untuk membuat anak murid kita faham, ingat dan kuasai apa yang kita ajar. Namun hasil terakhir sama ada berjaya atau tidak terletak di tangan murid kita itu sendiri. Tambahan pula anak murid NAF semuanya sudah dewasa. Mereka sudah boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka lakukan.
Jadi mesej saya di sini, jika kita sudah cuba sedaya mungkin tetapi pelajar masih degil tidak mahu ikut, ingat dua perkara:
- Teruskan berusaha, jangan merungut dan sentiasa cari lagi pelbagai cara berlainan untuk menyampaikan apa yang hendak diajar. Hasilnya, kepakaran dan kemahiran diri kita akan meningkat.
- Jangan ambil hati jika pelajar tetap juga tidak mahu ikut. Apa yang mereka lakukan itu tidak ada kena mengena dengan diri kita. Its not about us. Jika guru paling pakar dalam dunia mengajar mereka sekalipun dan mereka tidak mahu terima, hasilnya pasti tetap sama. Jadi jangan sampai gelagat mereka ini melemahkan semangat NAF untuk memajukan diri sebagai seorang guru.
Ketiga, tahniah atas kelainan yang NAF lakukan di dalam kelas. Kelainan bukan sahaja boleh menarik minat pelajar malah boleh meningkatkan kebolehan kita untuk mengajar. Pada pendapat saya, sukatan pelajaran adalah sebagai panduan apa yang perlu dikuasai. Bagaimana caranya untuk ia disampaikan, banyak bergantung kepada guru itu sendiri. Jadi kalau NAF ada nampak beberapa cara yang pelajar timbul rasa minat, OLAH lagi cara tersebut agar sukatan pelajaran juga boleh disampaikan dengan cara yang sama.
Satu perkara lagi, situasi NAF ini agak rumit berbanding dengan situasi guru sekolah biasa kerana gelagat pelajar yang begitu. Tidak semua orang ada jalan penyelesaian terbaik untuk masalah NAF termasuk saya sendiri. Jadi, ini merupakan SATU PELUANG untuk NAF. Bayangkan jika NAF boleh cari jalan untuk meningkatkan minat pelajar sebegini untuk belajar Bahasa Inggeris, NAF satu hari nanti akan jadi rujukan oleh semua guru di seluruh Malaysia. Besar kemungkinan ketika itu NAF akan jadi salah seorang pakar di Malaysia yang akan sentiasa menjadi rujukan jika ada situasi mengajar begini muncul. Bukankah ini satu perkara yang sangat hebat?
Saya ucapkan selamat berjaya kepada NAF. Semoga satu hari nanti NAF pula yang akan menjadi pakar, sumber rujukan dan menjawab soalan melalui email-email begini.
Semasa tiba di UIA lebih kurang pukul 9.10 pagi, badan saya agak letih sebenarnya kerana saya keluar rumah seawal 5 pagi dan balik pada pukul 9 malam untuk ke Kuantan hari sebelumnya. Namun saya masih dapat cari sedikit tenaga dan semangat untuk menghadiri kursus yang dijalankan oleh dua Coach hebat ini. Saya mengenali mereka buat pertama kali ialah semasa di kursus training of trainers yang saya anjurkan untuk penulis pts. Mereka hadir sebagai peserta walaupun tahap kepakaran mereka ini sudah tidak perlu menghadiri kursus asas training yang saya anjurkan itu.
Alhamdulillah, saya telah berjaya menulis 7 petua untuk cepat pandai dalam Bahasa Inggeris untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada diantara anda yang terfikir, pentingkah petua ini semua? Hmmm…. Di dalam dunia ini, anda boleh pelajari apa sahaja. Tetapi anda ada pilihan sama ada mahu belajar dengan cepat atau mahu belajar dengan lambat.
bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 petua ini untuk anda:
Petua pandai Bahasa Inggeris yang ketujuh dan yang terakhir ialah ‘Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian’. Maksudnya begini, apa yang membuat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu bagaimana cara untuk menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Contohnya kalau anda mahu kata ’saya rasa tidak sihat’ dan tidak tahu apa ayat yang biasa digunakan untuk menggambarkan situasi ini, mungkin sukar jadinya. Apa yang anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi?
Petua terakhir ini menyuruh anda menghafal ungkapan-ungkapan dan eskpresi dalam Bahasa Inggeris. Dalam buku khas vocabulary anda yang anda sudah sediakan, tulis juga ungkapan-ungkapan yang anda tahu. Mula kumpul dan hafal ungkapan-ungkapan yang anda boleh gunakan setiap hari. Contohnya, apa yang anda perlu kata untuk bertanya tentang waktu, “What time is it?”, untuk memberitahu yang anda rasa begitu gembira, “I feel great!” dan sebagainya.
Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. Mengapa?
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris,
Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari. Hmm… jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari?
Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah ‘Berfikir dalam Bahasa Inggeris’. Apakah maksudnya?
Apabila anda mula berfikir begini, anda juga akan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi kosong. Anda mahu katakan “Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk.” Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara menyebutnya.
Petua ketiga ialah anda perlu kuasai ‘English Grammar’ sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang. Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata “Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala Lumpur dari?” Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan.
Ini satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini.
berapa banyak prepaid handphone sebulan, ada yang kata RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut bercampur geram juga saya jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan harga lebih kurang RM11 sahaja.
Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun 1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima. Jadi, saya fikir semula apa yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya?
Untuk petua yang kedua, cuba anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan? Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya ialah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary).
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah ‘kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda’. Bagi saya, jika anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah petua yang paling penting. Mengapa?
mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang saya katakan pada awal petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.
Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku?






















