Cerita


Buat Duit Dengan TuisyenHari ini saya mendapat satu email yang agak berlainan dan menarik perhatian saya. Apa yang menarik bukanlah cerita baik mengenai buku yang saya tulis, tetapi secebis kisah seorang guru yang mempunyai latar belakang seperti saya. Selamat membaca. Terima kasih HH kerana menghantar email ini kepada saya.

salam….

maaf jika saya mengganggu…

saya baru selesai membaca buku encik “buat duit dengan tuisyen”

saya memang sudah berjinak-jinak dengan bidang bisnes tuisyen dar iawal tahun…

selepas saya berpengalaman setahun menjadi GSTT(guru sandaran tidak terlatih)

tujuan saya melibatkan diri dengan bidang tuisyen untuk mencari pendapatan tambahan semasa saya menunggu untuk

kontrak gstt saya disambungkan untuk 2009.

Alhamdullilah kontrak saya disambungkan…itu la dilema graduan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kemudian saya terpanggil untuk mengajar tuisyen di salah satu pusat tuisyen di bandar saya…bandar melaka.

Walaupun kontrak sebagai gstt disambung saya menerima peluang yang saya tunggu dua ke tiga bulan.

Kemudian saya memberanikan diri untuk membuka tuisyen di rumah atas dorongan ibu bapa saya. dengan tanggungjawab di sekolah sebagai gstt yang agak dibebankan tugas (erti kata kurang sopan “dibuli”) …di manakah guru2 terlatih yang berpengalaman dan yang memandang rendah kepada gstt.

Sebagai guru gstt yang sentiasa diperlekehkan oleh golongan yang terlatih dengan teknik P&P(walaupun bukan semua pihak yang beranggapan demikian) tetapi tanggapan kepada gstt tetap masih lagi seperti pisau yang terhiris isi…saya masih perlu bersabar…rezeki saya masih takat kontrak sahaja..tidak guna cerita tanggapan orang…kerana tiada ketentuan yang ditentukan oleh mulut-mulut yang sentiasa tidak berpuas hati dengan rezeki org lain…walaupun rezeki yang kurang daripada mereka…

Suatu hari di kedai buku Popular…di Tesco Melaka….

saya seperti biasa mencari buku2 yg menarik untuk dijadikan teman di kala kebosanan cuti sekolah…erm…erm..masih mencari..walau pun tiada saya ingin juga membeli…pada mula nya saya ingin mengambil novel ‘ayat2 cinta’ tetapi…saya tidak pernah membeli novel sebelum ini…kemudian di ruangan buku2 motivasi…saya berminat untuk mengetahui apakah isi yang terdapat pada ‘buat duit dengan tuisyen’. Tanggapan pertama….’buat duit dgn buku buat duit……’

Hati saya masih berat utk meletakkan buku itu lagi…

erm….

saya menelek isi kandungan buku tersebut…dengan berfikir panjang…ada ketentuan yang boleh saya usahakan atau ikhtiarkan daripada idea yang tuan akan sampaikan.jadi saya membeli buku tuan…

Mengambil masa seharian…

menghabiskan buku tuan…

banyak yang saya sudah lalui….dan saya dapat dengan secara terperinci dan boleh diperbaiki….

malah saya berterima kasih dengan pihak tuan….

kerana menaikkan semagat saya untuk meneruskan usaha….untuk menambahkan bilangan kelas malah murid di kelas tuisyen saya…

(3 murid di rumah…dan 3 kelas di pusat tuisyen) …..malah….saya ada terfikir untuk mengadakan atau menguruskan program motivasi untuk pelajar-pelajar melaka yang masih kecil pasaran nya….insyallah..kalau saya berjumpa dengan orang yang sesuai untuk merealisasikannya..cukup untuk berpengalaman menguruskan pada awalnya….cukup berbaloi….

Terpanggil nya saya ….

untuk mencoretkan luahan rasa….

walaupun saya tidak berharap pihak tuan membaca coretan saya yang tidak sepenting aktiviti2 pihak tuan….

apabila saya membaca bab 10 pengalaman mengajar tuisyen dalam buku tuan…

1) en. Osman Affan …..bermula daripada seoranhg gstt

2)cikgu Rahaza….juruteknik….erm…seorg guru kepercayaan smartstudy….

3)cikgu Shila…kerani…erm….juga seorg guru kepercayaan smartstudy….

di sini….terbukalah mata….hati dan minda saya….

Seorang guru..pendidik…bukan lah dari awal pembelajaran sebagai graduan dr maktab atau graduan pendidikan….

ada juga yang ditakdirkan masuk ke maktab atau ijazah pendidikan….tidak berminat untuk menjadi guru….

hasil nya jadi la guru2 sesetengah…..

saya berbangga…insyallah…jika saya berpeluang maju seperti tuan…kita akan jumpa di hari saya ditakdirkan maju dengan haluan dan ikhtiar saya…insyallah…

coretan guru sandaran tidak terlatih

salam penghormatan

dari ilmu yang pihak tuan berikan..

Radio Asyik fm 

Jumaat lalu sekali lagi saya berada di Angkasapuri. Namun kali ini saya bukan berada di wisma tv tetapi di wisma radio. Ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke tempat ini sebenarnya. Saya berada di sini di atas jemputan Puan Azizah daripada Jakim untuk merakamkan lebih kurang 30 episod segmen motivasi pendek di dalam saluran radio Asyik.fm.

Saya dimaklumkan bahawa saluran ini adalah saluran khas untuk orang-orang asli. Jika tidak silap saya ada 4 loghat utama yang digunakan sebagai bahasa pengantar utama stesen ini. Banyak juga perkara baru yang saya pelajari di sini.

Segmen motivasi yang perlu saya rakamkan ialah segmen selama lebih kurang 2-3 minit sahaja. Namun ada 30 segmen yang perlu dirakamkan yang dicadangkan untuk disiarkan selama 30 hari. Agak kekok apabila saya masuk kebilik rakaman tersebut. Ini kali pertama saya buat rakaman sebegini jadi banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh Puan Azizah.

Asyik FM

Disebabkan masa yang singkat dan juga saya perlu bersedia untuk menunaikan sembahyang Jumaat, rakaman tidak sempat dihabiskan. Namun ini memberi saya peluang untuk membuat lebih banyak kajian tentang apa topik-topik yang sesuai untuk saya sampaikan nanti. Terima kasih kepada Puan Azizah secara khususnya dan kepada Jakim secara umumnya kerana menjemput saya bagi menjayakan segmen ini.

 Selamat Pagi Malaysia

Pagi tadi saya berada di RTM1 bersama hos Selamat Pagi Malaysia, Shuhaimi dan Eisya bagi membincangkan topik gelombang internet. Segmen ini disiarkan secara langsung selama lebih kurang 25 minit di saluran TV1.

Fokus perbincangan segmen ini ialah apakah kesan-kesan dan pengaruh internet kepada penduduk di Malaysia. Lebih spesifik lagi, apakah kesan-kesan baik dan juga kesan buruk akibat penggunaan meluas internet di Malaysia.

Saya ada berikan beberapa pendapat bagaimana internet memberikan kesan yang baik dan yang buruk. Bagi saya, internet sama seperti apa-apa elemen yang ada disekeling kita. Sebagai contohnya, air. Air ada fungsi yang baik dan ada fungsi yang buruk. Kalau kena caranya, ia boleh menghilangkan dahaga. Kalau salah situasinya boleh lemas kita dibuatnya.

Jadi, untuk mengelakkan kesan yang tidak baik daripada internet, langkah terbaik ialah kita menimba ilmu tentang internet ini. Kita perlu belajar bagaimana kalau anak-anak menggunakan internet, mereka terhindar daripada anasir-anasir tidak baik seperti bahan-bahan lucah atau bahan bacaan yang boleh memesongkan pegangan akidah mereka.

Selamat Pagi Malaysia

Langkah termudah ialah, rujuk kepada sesiapa yang lebih faham dan arif tentang cara mengelakkan perkara ini semua. Saya sendiri mungkin tidak berkesempatan untuk menulis semua cara untuk menghindari kesan tidak baik. Ini kerana ada seribu satu macam kesan yang tidak baik daripada penggunaan internet. Jadi setiap kali ada masalah, rujuk kepada seseorang yang boleh dipercayai dan berpengetahuan untuk membantu kita dalam memberikan nasihat dan panduan yang bernas.

Selamat melayari internet. :)

Hmm… lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di sini. Sibuk dan seronok dengan SmartStudy Tour saya sejak awal bulan Mac ini. Sejak awal Mac ini saya berusaha sedaya upaya memenuhi undangan program di Terengganu, Klang, Johor, Port Dickson dan Pulau Pinang. Walaupun kesihatan sedikit terjejas dengan kesibukan ini, keseronokannya tetap dapat saya rasakan.

Hari ini tergerak hendak bercerita tentang satu panggilan yang diterima oleh staff saya beberapa bulan lalu. Menurut seorang staff saya, pejabat menerima satu panggilan pada pukul 1 pagi. Ya, saya tidak tersilap tulis, pada pukul 1 pagi! Panggilan ke pejabat saya, selepas waktu pejabat akan disambungkan terus ke telefon bimbit staff saya. Jadi kebetulan staff saya itu belum tidur, jadi dia menjawab panggilan tersebut. Apa yang membimbangkan, apabila staff ini menjawab panggilan tersebut, pemanggilnya terus meletakkan telefon.

Mula timbul kebimbangan di hati staff saya. Ada kemungkinan ini dilakukan oleh pencuri yang mahu memecah masuk pejabat kerana mereka saja mahu mencuba jika ada sesiapa yang masih berada di pejabat. (Kejadian ini pernah berlaku kepada pejabat di bangunan tingkat atas pejabat saya). Jadi staff saya segera menelefon nombor telefon itu semula.

Lebih membimbangkan, pemanggil itu segera menolak panggilan staff saya ini. Setelah ditelefon beberapa kali, masih juga dia tidak mahu menjawab. Jadi, staff saya mula mengikut prosedur biasa. Dia menghant sms kepada nombor handphone tersebut agar menjawab panggilan atau nombor itu akan dihantar dan dilaporkan ke balai polis berdekatan pejabat saya.

Kemudian, staff saya menerima satu sms. Katanya lebih kurang macam ni, “saya telefon nak tanya tentang program smartstudy. Saya baca diinternet tuan ada banyak tulis tentang motivasi. Janganlah cepat berfikiran negatif.”

Saya tergelak besar mendengar cerita staff saya ini. Telefon nak tanya program pada pukul 1 pagi? Lepas tu bila orang jawab tidak mahu pula dia bercakap. Bila ditelefon semula dia menolaknya. Dan kemudian dia mengatakan saya (staff saya) berfikiran negatif? (pemanggil ini sangka saya yang menjawab telefon dan menghantar sms tersebut.

Hmm… memang banyak perkara menarik yang berlaku dalam dunia ni. :)

Baru-baru ini saya menonton satu ‘movie’ Cina berkisahkan peperangan. Ada satu watak pahlawan yang sangat handal di dalam movie ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah pahlawan ini sangat berani dan handal di medan perang, tetapi apabila pulang ke kampung halaman, dia bekerja sebagai guru yang mengajar anak-anak orang miskin membaca. Tersentuh juga saya apabila menonton watak sebegini kerana watak pahlawan dan guru untuk kanak-kanak selalunya adalah besar jaraknya.

Paling menarik hati saya ialah apabila seorang kanak-kanak kecil berkepala botak menyoal pahlawan ini semasa sedang belajar membaca buku beramai-ramai. Kata kanak-kanak ini, “Cikgu, kenapa kita sibuk belajar membaca sedangkan membaca tidak boleh membuat perut yang lapar ini kenyang?”

Pahlawan ini tersenyum sambil berkata, “Kau masih kanak-kanak lagi. Apabila kau sudah dewasa nanti, kau akan tahu bahawa kalau kita belajar membaca hari ini, kita akan kenyang pada hari-hari yang akan datang, bukan kenyang hari ini.”

Bagi saya, kata-kata ini membawa maksud yang sungguh mendalam.

  • Pertama, membaca adalah satu proses menuntut dan menimba ilmu. Sudah pasti ia tidak mengenyangkan serta merta.
  • Kedua, kanak-kanak selalunya masih tidak faham mengapa pentingnya menuntut ilmu sekarang. Ini disebabkan mereka membandingkan proses menuntut ilmu dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan seperti bermain atau makan.
  • Ketiga, timbul persoalan di minda saya, kalau kita mahu betul-betul kenyang suatu hari nanti, berapa banyak ilmu yang perlu kita timba?

Berbelanja ke arah pendidikanApabila asyik memikirkan tentang perkara ini, saya nampak lojiknya mengapa pelajar biasanya tidak nampak kepentingan menuntut ilmu sekarang. Saya faham kenapa pelajar tidak sanggup belanjakan RM15 untuk membeli kamus dan lebih rela membeli prepaid handphone. Saya faham mengapa pelajar tidak sanggup membeli buku dan lebih sanggup membeli makanan ringan atau tiket wayang.

Namun yang lebih membimbangkan, begitu ramai juga orang dewasa yang masih berfikiran seperti kanak-kanak ini. Maksud saya, mereka tidak sanggup berbelanja ke arah sesuatu yang mengenyangkan minda mereka. Malah ada orang dewasa yang tidak pernah keluarkan sesen pun ke arah kemajuan minda mereka sejak mereka tinggalkan zaman persekolahan.

Saya percaya, jika kita mahu maju seperti bangsa-bangsa lain di Malaysia dan di dunia, kita perlu bersedia untuk berbelanja untuk ilmu. Tidak perlu hairan jika kita belanja RM15, RM30, RM100 atau RM200 untuk belajar sesuatu. Jika kita bercakap besar tentang harga-harga yang kita bayar itu tadi untuk menuntut ilmu, bangsa lain akan mengetawakan kita kerana mereka berbelanja 10 hingga 100 kali ganda lebih besar daripada itu. Sebagai contoh, bagi bangsa lain, saya lihat harga purata yang dikenakan untuk program pembangunan diri untuk seorang ialah antara RM700 hingga RM1500 sehari. Mereka sanggup keluarkan belanja tersebut kerana mereka dapat lihat betapa banyak masa dan tenaga yang dapat dijimatkan apabila menghadiri program yang membolehkan mereka berdepan dengan pakar dalam sesuatu bidang.

Jimat masa dan tenaga? Bagaimana?

Contohnya, saya biasa mendengar rungutan penganjur program sama ada pihak sekolah, kolej atau universiti mengenai kos program sebanyak RM1500 sehari. Peserta yang hadir adalah antara 100 hingga 200 pelajar.

Berbelanja ke arah pendidikanKatakanlah saya ambil jumlah yang paling kecil, 100 orang pelajar. RM1500 jika dibahagikan dengan 100 orang pelajar, hasilnya menunjukkan kos seorang pelajar ialah RM15. Katakan program ini tidak mahu dijalankan kerana terlalu mahal. Ambil RM1500 itu dan berikan kepada 100 orang pelajar tadi. Jadi setiap pelajar akan menerima RM15. Persoalannya, apakah yang mampu diperolehi oleh pelajar tersebut dengan duit RM15 tersebut? Beli buku? Mungkin dapat beli sebuah buku sahaja. Mahu tuisyen? Saya pasti ia tidak cukup. Mahu makan? Kenyang selama 3-4 jam sahaja.

Katakanlah seorang pelajar dapat RM150 sekalipun dan mereka mampu membeli 10 buah buku seorang, berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk membaca dan memahami 10 buku tersebut? Berapa banyakkah tenaga yang perlu digunakan? Apa pula akan jadi jika mereka tidak faham apa yang dibaca? Bolehkah ilmu-ilmu tersebut dikuasai?

Persoalan ini  semua banyak memberi pengajaran kepada diri saya sendiri terutama jika saya terasa berat untuk mengeluarkan belanja bagi mempelajari sesuatu. Selagi kita masih berkira untuk membayar harga untuk minda yang lapar, selagi itulah kita akan jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa yang begitu kenyang minda mereka.

 Hot at One RTM1

Pagi ini (Isnin, 23 Februari), saya berada di Studio RTM bagi menjayakan slot di Hot @ One bersama tiga hos sensasi. Saya dijemput bagi memberikan pandangan dan pendapat mengenai satu topik yang agak menarik iaitu ‘Who’s the big Spender, Men or Women’. Seorang lagi tetamu undangan ialah seseorang yang saya sudah biasa lihat di kaca televisyen sejak di bangku sekolah lagi, Juliza Adlizan.

Topik ini agak santai sebenarnya. Walaupun tidak terlalu berat, agak mendebarkan juga semasa saya mula-mula masuk dan duduk di hadapan kamera. Mana tidaknya, saya baru terperasan yang saya akan bertikam lidah dengan 3 wanita (2 hos dan Juliza). Namun hos rancangan ini pandai mewujudkan suasana ceria yang membuatkan saya dan Juliza seperti tidak sedar masa setengah jam sudah tamat.

Hot at One RTM1

Satu nasihat akhir yang saya berikan (yang ditujukan kepada diri saya sendiri juga), kita perlu menjaga emosi jika mahu mengelakkan diri daripada berbelanja besar. Belanja besar yang dimaksudkan di sini ialah berbelanja di luar kemampuan. Saya terangkan sedikit bahawa iklan-iklan di tv, surat khabar, majalah dan di mana-mana sahaja selalunya akan menyerang emosi bakal pembeli. Saya tahu perkara ini kerana saya juga jalankan program-program keusahawanan yang melibatkan proses pemasaran.

Tugas kita sebenarnya ialah untuk sentiasa mengkaji sama ada apa yang kita mahu beli (terutamanya yang besar dan diluar kemampuan) adalah disebabkan keperluan atau disebabkan tuntutan emosi yang tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada.

Osman AffanIsnin lalu, 16 Februari 2009, genaplah umur saya 33 tahun. Sekali lagi, seperti biasa, meningkat TUDM Kuantansetahun lagi usia saya. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan kurniaan Allah yang sedang saya kecapi sepanjang tahun lepas hingga ke hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menghantar sms, email dan juga yang meninggalkan mesej di facebook saya (Osman Affan). Moga semua ucapan dan doa itu dimakbulkan untuk diri saya dan untuk diri anda semua.

UTHMSaya selalu cuba untuk ingat apa yang saya lakukan semasa saya menyambut hari lahir. Pada tahun 2007, saya menyambut hari lahir di Kuantan kerana menjalankan program bersama pegawai TUDM. Tahun 2008 saya luangkan bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Tahun ini, saya sambut hari lahir saya dengan menjalankan program bersama lebih kurang 60 orang guru di Besut, Terengganu.

Tahun ini, saya sambut hari jadi saya dengan penuh debaran. Ini adalah kerana saya perlu mempersembahkan teknik memori yang saya ajar selama kepada orang yang mahir dan sudah terdedah kepada teknik-teknik ini. Saya perlu persembahkan teknik ini kepada Dato’ Seri Idris Jusoh (bekas Menteri Besar Terengganu) dan juga 60 orang guru yang sudah mengikuti program 3 hari tentang teknik memori. Agak berat tugas ini hingga menimbulkan sedikit keresahan di hati saya sebenarnya. Apa yang membimbangkan ialah adakah teknik yang bakal saya persembahkan menawarkan sesuatu yang berbeza dan bermanfaat kepada Dato’ Seri dan guru-guru ini?

Imtiaz Besut

Alhamdulillah, melalui komen dan maklumbalas yang saya perolehi daripada Dato’ Seri, Toh Puan Sri dan juga guru-guru yang hadir, teknik yang saya persembahkan adalah ringkas, mudah dan boleh diaplikasikan serta merta ke dalam sukatan pelajaran di sekolah. Ini bererti, teknik ini boleh membantu pelajar mengingati apa yang mereka pelajari di sekolah. Malah perancangan sedang dibuat agar teknik yang saya ajarkan ini boleh disebarkan kepada lebih banyak sekolah-sekolah di Besut dan juga di Maktab Rendah Sains Mara di sini.

Dato' Seri Idris Jusoh

(Gambar: Toh Puan Seri & Dato’ Seri Idris Jusoh, saya dan Tuan Haji Wan Zikri, CEO Imtiaz)

Maklumbalas ini membuat saya agak terharu sebenarnya. Ini adalah usaha saya sejak tahun 2005. Usaha untuk mendedahkan pelajar kepada teknik belajar dan teknik menghafal yang berkesan. Hari ini, pada hari lahir saya, saya rasa usaha saya ini telah diiktiraf oleh individu dan kumpulan yang layak memberi pengiktirafan di atas hasil kerja saya selama ini. Terima kasih diucapkan. Ini semua membuatkan hari lahir saya pada tahun ini begitu bermakna. :)

 Wisma Darul Iman

Jumaat lalu, 13 Februari 2009, saya telah melakar sejarah buat diri saya sendiri apabila kali pertama menjalankan program untuk pelajar seramai lebih kurang 2200 pelajar di Negeri Terengganu Darul Iman. Program kecemerlangan pelajar ini dijalankan di Dewan Utama Bangunan Wisma Darul Iman Terengganu. Pada asalnya, pelajar yang dijangka akan hadir ialah seramai 2000 orang sahaja. Namun atas permintaan yang agak tinggi, jumlah yang hadir hampir kepada 2200 orang pelajar.

Pendaftaran

Program ini adalah hasil kerjasama dengan sahabat baik saya En Redzuan Aziz, pemilik Institusi Kemahiran Showme (kolej kemahiran untuk pelajar lepasan SPM) Kuala Terengganu. Ia juga mendapat kerjasama baik daripada Yayasan Terengganu dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Buku SmartStudy

Di dalam program ini, saya dedahkan kepada pelajar tentang teknik belajar yang berkesan terutamanya teknik untuk menghafal apa yang telah dipelajari. Suasana dewan utama ini gamat dengan suara pelajar yang terdiri daripada pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ada juga beberapa orang pelajar di peringkat kolej dan universiti yang menghadiri program ini.

Saya tekankan kepada pelajar bahawa, ‘tidak kira orang kata kita pelajar cemerlang atau tidak, tidak kita sama ada cikgu sasarkan kita untuk menjadi pelajar cemerlang atau tidak, kecemerlangan sebenarnya terletak di atas kemahuan diri kita sendiri’. Saya berkata begini kerana kebanyakan pelajar terlalu bergantung kepada pendapat orang lain mengenai diri mereka. Maksudnya, jika mereka dikelas belakang, mereka rasa mereka tidak pandai dan tidak berpotensi. Padahal, kelas belakang bukanlah petunjuk kepada bakat dan kebolehan mereka untuk berjaya.

Osman Affan

Pelajar juga terlalu mudah percaya apa yang orang kata kepada mereka. Jika kawan-kawan atau guru mengatakan bahawa mereka tidak cemerlang dan tidak boleh berjaya, mereka hanya percaya dan menurut sahaja. Jadi mesej saya, ‘jika kita mahu berjaya atau mahu cemerlang, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kita untuk mencapainya.’

Program ini amat besar maknanya buat matlamat hidup saya. ketika saya mula-mula berdiri dihadapan pelajar dan menjalankan program-program teknik belajar pada awal tahun 2005 dulu, saya pernah berangan-angan dan bercita-cita untuk berdiri di hadapan 2000 orang pelajar. Bagi saya ketika itu, ini adalah tanda kejayaan saya dalam bidang ini.

Wisma Darul Iman

Kini cita-cita itu sudah tercapai. Dengan rasa terharu, saya bersyukur dengan kurniaan ini dan dengan penuh semangat saya meletakkan beberapa cita-cita dan matlamat baru yang hendak dicapai.

Jutaan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada beberapa pihak yang bekerja keras untuk menjayakan program ini terutamanya sahabat saya En Redzuan Aziz dan kakitangan Showme terutamanya Aida dan Aswadi.

Wisma Darul Iman

Tidak dilupakan kepada para pegawai Yayasan Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang memastikan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Jumaat hingga Ahad lalu saya bersama 2 fasilitator berada di Samudera Bidara Resort Melaka bagi menjayakan program ‘Academic Excellence’ bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Johor. Terdapat lebih kurang 120 peserta yang menjayakan program kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Noraishah, Kaunselor UTHM dan juga Puan Nora dan En Imran yang bertungkus-lumus bekerja untuk memastikan kejayaan program ini. Terima kasih juga di atas layanan istimewa yang kami terima sepanjang program.

Dr Asri Selamat

Satu perkara yang sangat menarik saya perolehi melalui program ini ialah apabila saya dapat mendengar ucapan dan perkongsian kisah daripada Pengarah Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar UTHM, Dr Asri Selamat. Kisah pengalaman hidup beliau sejak muda hingga berjaya mendapat gelaran Dr. sangat menarik, mengkagumkan dan juga banyak mencuit hati. Sayang beliau hanya berucap selama lebih kurang 30 minit sahaja. Jika tidak tentu lebih banyak perkara yang dapat saya pelajari.

120 mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ini begitu ceria sekali. Mereka begitu cekap mengesan ayat-ayat atau ucapan saya yang mengandungi unsur lawak jenaka. Ini membuatkan saya rasa 3 hari diluangkan bersama mereka langsung tidak memenatkan. Malah saya rasa bersemangat untuk terus berkongsi rahsia kejayaan dan teknik belajar pelajar cemerlang bersama mereka.

Osman Affan

Selain daripada menerangkan tentang teknik mudah belajar dan teknik mudah ingat, mahasiswa dan mahasiswi ini juga didedahkan kepada beberapa tips dalam menyampaikan persembahan yang baik di hadapan khalayak ramai. Alhamdulillah, setelah program tamat, kebanyakan pelajar menyatakan yang mereka telah pelajari sesuatu untuk mengubah tahap kejayaan diri mereka. Saya kongsikan beberapa komen dan  maklumbalas yang saya terima di dalam program ini.

UTHM

“Saya amat kagum dengan cara penyampaian En Osman kerana beliau begitu memahami masalah-masalah yang dialami pelajar universiti seperti kami. Beliau seolah-olah pelajar seperti kami dan banyak nasihat berguna yang telah diberikan.” ~Julia Suhaimi~

“En Osman amat pandai memotivasi semua pelajar. Saya pernah mengikuti banyak kursus motivasi tetapi ini adalah yang paling best, menyeronokkan, membina dan telah membuka minda dengan berfikiran lebih jauh. Walaupun kebiasaannya program motivasi membosankan tetapi En Osman amat berjaya dalam program ini. Tahniah dan terima kasih.” ~Muhammad Sofwan Che Alhadi~

“Program ini adalah program yang paling menarik antara program yang pernah saya ikuti sebelum ini. Gaya En Osman seakan bercerita dengan selamba, meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Terima kasih.” ~Mohd Zahid Zakaria Ansor~

UTHM

“Saya rasa amat bertuah kerana dapat berkampung dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan En Osman. Keyakinan diri saya makin bertambah dan apabila saya berjaya kelak, En Osman merupakan salah seorang pendorong dansumber inspirasi saya. Terima kasih banyak-banyak.” ~Dzatul Ainie Mohd Ishak~

“Program ini teramat bagus dan telah membantu pelajar menaikkan lagi semangat serta menanam azam baru untuk lebih berjaya. Lastly, En Osman is my idol now!! He’s a great man & brilliant….” ~Hafizah Mohd Mahfodz~

“Program ini perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar yang lemah supaya dapat mencari kelebihan diri sendiri. Saya telah dapat mencari matlamat dan kelebihan diri saya.” ~Ahmad Syukri Kasim~

“Program ini merupakan program yang pertama saya ikuti di mana perisiannya lengkap dengan objektif program dan kaedah yang ditunjukkan adalah sempurna jika diikuti.” ~Muhammad Fauzan Yahaya~

UTHM

“Well done! Cara penyampaian yang menakjubkan.” ~Mohd Idzham Mohd Hair~

“Program ini dapat membuka setiap peserta yang menyertainya. En Osman dapat menyelami perasaan setiap peserta dan  membuat program ini menjadi kenangan manis bagi setiap peserta.” ~Muhamad Soqhimi Mohd Isa~

“Kursus yang paling berkesan pernah saya ikuti. Terima kasih pada En Osman Affan dan rakan-rakan kerana telah memotivasikan diri saya untuk belajar dengan lebih tekun dan mencapai matlamat.” ~Mohd Iqbar Yusof~

“Program yang bagus. Kami rasa amat selesa. En Osman membuatkan kami lupa bahawa pada asalnya kami ini golongan pelajar yang lemah dalam pelajaran dan sentiasa mendorong kami untuk lebih berjaya.” ~Muhamad Firdaus Ismail~

“Program ini mengajar saya supaya mempunyai matlamat hidup dan tidak menganggap kegagalan itu untuk selama-lamanya. Program ini juga meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap di hadapan orang ramai dan juga penceramahnya, En Osman yang sentiasa menarik minat audience untuk dengar apa yang disampaikannya. Terima kasih En Osman.” ~Mohd Ruzaimi Abdul Rahman~

UTHM

“Sangat memuaskan program ini dan penerangan yang diberikan jelas. Terima kasih En Osman kerana memberikan motivasi yang bertenaga dan menarik.” ~Muhammad Faiz Azhari~

“Program ini memberikan kesan yang mendalam pada diri saya dan saya tidak akan lupakan memori saya di sini. Terima kasih En Osman!! ~Shaidatul Akma Mohd Hanafi~

“The best programme ever! Kejayaan pasti tiba…. ” ~Zuraidah Jaffar~

“Saya sukakan program ini kerana dapat memberikan saya banyak maklumat berkaitan pelajaran. Sebelum ini saya pernah didedahkan dengan teknik sebegini tetapi pada hari ini saya lebih yakin dan faham penggunaan yang disampaikan.” ~Nurhidayah Md Isa~

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk diberi motivasi dan ceramah oleh En Osman Affan kerana semua pendekatan dan teknik pembelajaran beliau dapat memberikan kesan yang positif kepada saya dan rakan-rakan lain.” ~Hasnizam So’od~

“Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah sahaja yang boleh membalasnya. Saya ingin menjadi En Osman Affan suatu hari nanti Insyaallah!” ~Mohd Shaharudin~

“Bagi saya program ini sungguh memberi kesan dalam diri tentang cita-cita saya di mana ia dapat membantu hala tuju saya selepas ini. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman. Program amat memberangsangkan minda walaupun dalam bilik program sahaja.” ~Cseetee Jimiliah Nur Hajar Marwah~

“Kembali bersemangat, bertenaga dan keyakinan bertambah! Hanya itulah ayat yang saya mampu terjemahkan dari apa yang berlaku pada diri saya setelah melalui program ini walaupun dalam tempoh yang amat singkat!! Thanks.” ~Muhammad Aizuddin Rosli~

“Program ini merupakan satu program yang paling menarik yang pernah saya ikuti. Saya begitu berpuas hati dengan penceramah En Osman dan sangat seronok dengan program ini. Thanks for everything.” ~Mohammad Shahril Mohd Anuar~

“Program ini betul-betul ‘mengubati’ kemurungan dan kekecewaan akibat kegagalan yang lepas dan memberikan semangat kepada saya untuk teruskan perjuangan yang belum selesai. Insyaallah saya akan berjaya suatu hari nanti. Two thumbs up!” Mohamad Salam Muda~

“Program ini membina semula semangat saya yang telah luntur. Moga-moga selepas ini keputusan saya akan meningkat semula…chaiyok!” ~Majidah Mansor Adabi~

Antara program dan motivator terbaik yang pernah saya jumpa. Ia mengajar saya tentang siapa diri saya. Teruskan untuk memajukan Agama, Bangsa dan Negara.” ~Mohd Asrul Hafiz Abdul Manaff~

“Saya merasakan diri ini bagai dilahirkan semula. Program ini menaikkan semangat saya untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan seorang yang berjaya di masa depan. Insyaallah.” ~Muhammad Ikmal Abdul Rashid~

“I enjoy this program. First time saya join program yang gagal buat saya tidur… thanks.” ~Erma~

“Excellent! Betul-betul berguna kepada saya. Memberi semangat baru dan membina keyakinan diri yang lebih tinggi. Saya suka Osman Affan kerana beliau bercerita dan menggambarkan sesuatu dengan jelas. Harap dapat jumpa lagi dan belajar lebih banyak ilmu. ~Siti Ashraf Abdullah~

“Program yang amat membantu membina keyakinan diri saya. Tak rasa macam program motivasi tapi macam percutian yang memberi ilmu. Terima kasih kerana telah menolong saya dan saya akan praktikkan apa yang telah ditunjukkan mulai hari ini.” Norwahyuddin Kamaruddin~

“En Osman pandai menarik perhatian audience sekaligus memberi impak yang amat besar kepada mereka kerana biasanya penceramah tidak mempunyai kebolehan seperti beliau. Saya amat berpuas hati sepanjang 3 hari ini. Terima kasih dan good luck for your future.” ~Anas Abdul Halim~

“Don’t worry, this programme will not waste your time at all. Every single minute is worth it. Lots of input, enjoyful and really useful. Really should attend one of his programme. Feel like want to attend some more. Thanks Mr Osman Affan. Thank you very much.” ~Haizum Aqilah Hishamuddin~

“Saya amat bertuah kerana dapat mendengar motivasi dari En Osman. Program motivasi ini dapat dan telah meningkatkan lagi keyakinan diri saya untuk menjadi lebih cemerlang. Terima kasih En Osman.” ~Katherine Lemma Anak Jadam~

“Program ini amat memberi kesan kepada saya bagi memupuk keyakinan diri saya serta program ini mampu meningkatkan keyakinan diri. En Osman Affan banyak memberi sokongan, pandangan, keyakinan bukan sahaja kepada saya malah kepada peserta-peserta lain bahawa kejayaan sentiasa ada. Thank you En Osman Affan! You are the best!” ~Hani Umaira Mohammad~

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang memberi maklumbalas. Maafkan saya kerana tidak dapat tuliskan semua maklumbalas yang telah diterima. Agak memeningkan kepala saya apabila hendak memilih maklumbalas yang mana satu hendak dipaparkan. Semua maklumbalas ini benar-benar menaikkan semangat saya untuk terus berkongsi teknik dan petua untuk belajar lebih berkesan. Selamat berjaya! :)

Astana DugangSelasa dan Rabu, 6 & 7 Januari saya dan keluarga meluangkan masa di Teratak Hijjaz yang dikenali sebagai Astana Dugang, Putrajaya. Sudah lama rasanya saya tidak kembali ke suasana kampung seperti yang pernah saya alami dulu. Apabila saya sampai, bau-bauan yang datang daripada pokok-pokok pisang danjuga kolam ikan di sana mengingatkan saya kepada pengalaman berada di kawasan sawah padi dan juga semasa saya membesar di Kuala Terengganu dulu.

Lawatan kali ini ke sini sememangnya dengan tujuan untuk bercuti bersama keluarga. Bulan November dan Disember lalu agak sibuk bagi saya jadi apabila ada kesempatan untuk bersama begini tentunya sukar untuk dilepaskan.

TalapiaTalapiaSaya rasa seronok melihat anak-anak saya bermain pasir dan tanah berhampiran kolam ikan. Walaupun terdetik rasa bimbang tentang kekotoran tanah yang sedikit berselut, saya percaya anak-anak saya ini perlu didedahkan dengan cara kehidupan kampung juga seperti yang pernah saya alami dulu.

Saya dan keluarga banyak habiskan masa di hadapan tempat penginapan kami. Di situ letaknya kolam ikan yang agak besar juga. Saya dapat memancing beberapa jam sambil memerhatikan anak-anak saya sibuk membaling batu ke dalam kolam. Seronok benar nampaknya mereka tu. Maklumlah di Kuala Lumpur tidak boleh baling batu sebarangan ke dalam kolam. Kalau ada kolam yang hendak di baling pun mungkin kolam renang atau kolam loji penapisan. :) Banyak masalah pula nanti.

Darwish & DanishSaya percaya dalam kesibukan harian mengejar matlamat dan impian, ada masanya kita perlu berhenti seketika sambil duduk, tidak memikirkan apa-apa. Bagi orang yang biasa sibuk dengan bermacam-macam perkara, duduk tanpa melakukan sesuatu atau memikirkan apa-apa mungkin kelihatan sukar. Namun dengan aktiviti ini, saya percaya minda akan jadi lebih tenang dan tenaga kembali meningkat untuk menghadapi cabaran-cabaran seterusnya.

Untuk pembaca setia blog ini, saya ucapkan selamat berhenti seketika dan tingkatkan semula tenaga bagi merentasi apa juga halangan dan cabaran yang sedang melintang di hadapan sepanjang tahun 2009 ini.

Esok cuti Krismas. Majoriti sahabat saya yang bekerja kelihatan ceria dengan kehadiran cuti umum ini. Saya juga ceria. Mungkin bukan kerana cuti Krismas tetapi kerana ibu saya ada bersama saya di Kuala Lumpur. Maklumlah, musim cuti sekolah, ramai saudara mara di sebelah Kuala Lumpur akan berkahwin. Beberapa hari lagi ayah dan adik-adik saya pula akan tiba ke Kuala Lumpur. Meriahlah nampaknya rumah saya nanti.

Namun ketika ini saya berada di KLIA Sepang, menunggu penerbangan ke Kota Bharu Kelantan. Esok saya dijadualkan akan menjalankan program SmartStudy Learning Skills bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Hmmm…. ada yang tanya saya, mereka ni tak bercuti ke? :)

Ini adalah kali pertama saya akan menjejakkan kaki ke UMK. Sudah beberapa kali saya ke Kelantan untuk menjalankan program tetapi belum ada rezeki untuk singgah di UMK. Jadi inilah peluangnya.

Kepada anda yang bakal bercuti dan balik kampung esok, saya ucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung.

Danish 

Hari ini genaplah umur anakanda bongsu (buat masa ini) saya 1 tahun. Setahun yang lalu, ketika beliau lahir ke dunia, saya sedang menjalankan tanggungjawab sebagai trainer di Besut bersama pegawai-pegawai daripada IKM Pasir Mas Kelantan. Masih teringat lagi bagaimana saya hanya dapat berjumpa dengan anakanda saya ini selepas dia berumur beberapa hari.

Danish 6 bulanAnakanda saya ini lebih bersemangat tubuhnya berbanding abangnya Darwish. Lebih sedap dipeluk. Saya sangka dengan tubuh yang agak montel begitu Danish akan lambat sedikit kemajuan dari segi fizikal. Ternyata saya silap. Danish sudah mula belajar berjalan ketika berusia 9 bulan dan boleh berjalan dengan laju tanpa jatuh ketika berusia 10 bulan. Kini beliau sudah aktif mengejar abangnya berlari. Alhamdulillah.

Anakanda saya adalah jantung hidup saya. Bak kata pepatah, kadang-kadang menjadi ‘racun’, tetapi selalunya menjadi penawar dan penguat semangat. Untuk anakanda Danish, saya sentiasa berdoa agar pintu hatinya sentiasa dibuka untuk menuju jalan yang diredhai, jalan yang dihujani dengan rahmat dan berkat serta rezeki yang melimpah ruah di dunia dan akhirat.  Amin.

Selamat Hari Lahir Danish!

Darwish 

Hari ini genaplah umur anakanda kesayangan saya Darwish 3 tahun. Saya masih ingat betapa gembiranya saya ketika Darwish tiba ke dunia ini tiga tahun lalu. Hari jadi tahun ini disambut Darwish 2 tahunbegitu awal, lebih kurang pukul 12.01 pagi tadi kerana Darwish masih belum tidur lagi.

Kelakar pula rasanya apabila Darwish tersengih-sengih seperti pelik kenapalah agaknya ibu dan ayahnya menyanyi-nyanyi sambil memeluknya.

Seperti doa saya tahun-tahun yang sudah, di hari yang istimewa ini, saya berdoa agar anakanda saya sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah dan di tunjukkan jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat. Saya juga berdoa agar diri saya mampu menjadi seorang ayah yang terbaik terutama sekali dalam memberikan anakanda saya pendidikan terbaik dan mengembangkan lagi segala potensi kejayaan yang sedia ada di dalam dirinya. Amin.

Selamat Hari Lahir Ketiga Darwish!

Anggun PesonaSebentar tadi saya baru sahaja selesai merakamkan satu episod pendek rancangan Anggun Pesona yang bakal ditayangkan di RTM2 pada awal tahun 2009 ini. Tajuk yang dibincangkan ialah Keluarga dan Kerjaya.

Segmen pendek ini membincangkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita yang bekerja. Antara soalan yang diajukan kepada saya ialah tentang impak menggunakan pembantu rumah kepada pembangunan mental anak-anak dan apakah jenis tekanan yang biasanya melanda kaum wanita yang bekerja.

FamilyHmmm… nampak macam mudah sahaja isu ini. Namun apabila saya lihat betapa kuatnya isteri saya bekerja untuk memastikan rumah dan anak-anak terurus, saya percaya ini bukan satu isu yang mudah. Isteri saya tidak bekerja sepenuh masa. Beliau cuma membantu saya menguruskan pusat tuisyen (dengan bantuan beberapa orang guru tetap) dan kadangkala menjawab panggilan telefon. Kerja sepenuh masa beliau ialah membesarkan dua ‘hero‘ saya di rumah. Kedua-dua hero ini pula mempunyai kelebihan seperti juga hero-hero milik sesiapa iaitu suara yang kuat dan nyaring dan tidak pernah mahu duduk diam.

Pernah sekali saya perlu jaga kedua-dua hero ini kerana isteri saya mahu pergi ke klinik. Saya perlu jaga tidak sampai pun satu jam. Tetapi….. ish ish… penatnya macam sehari berdiri di tengah panas. Rasanya saya berdiri berceramah sepanjang hari pun tidak sepenat itu.

Danish & Darwish 

Sebab itulah saya benar-benar hargai pengorbanan isteri saya ini yang kadang-kadang nampak macam dah lali dengan kecergasan kedua-dua hero saya tadi. Saya percaya, kelebihan seorang wanita dan seorang isteri untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga beginilah yang membuat mereka kelihatan ANGGUN dan memPESONAkan. :)

LHDN 

Selasa dan Rabu lalu saya menjalankan program Pembangunan Modal Insan sesi kedua untuk para pegawai LHDN bahagian cukai korporat. Program kali ini juga dihadiri lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah yang mempunyai pengalaman antara 10 hingga 30 tahun bersama LHDN.

Menurut apa yang saya diberitahu oleh peserta, biasanya para pegawai ini semua akan menjalani program-program atau kursus yang berbentuk teknikal. Kursus teknikal pula selalunya agak memenatkan kerana banyak perkara rumit yang perlu dipelajari dalam masa yang sangat singkat.

Jadi dengan adanya program begini, para peserta merasa ia agak kurang memenatkan. Malah ramai antara peserta kelihatan begitu ceria dan seronok sepanjang program. Saya sendiri langsung tidak terasa penat semasa menjalankan program bersama mereka.

LHDN

Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang begitu ‘sporting’ dan bersemangat dalam mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Semoga ada rezeki di masa akan datang agar saya dapat bertemu kembali dengan anda semua.

Beberapa maklumbalas daripada peserta program:

“Ingin menghadiri kursus ini lagi (lanjutan) dengan lebih lanjut (lebih detail) lagi.” ~Ruhani Che Ibrahim~

“Terima kasih kepada En Osman kerana melalui kursus ini saya lebih berkeyakinan dalam mencapai matlamat yang selama ini saya rasa sukar untuk dicapai. Ilmu yang saya perolehi akan saya gunakan untuk mendidik anak-anak saya untuk jadi insan yang punya matlamat dalam hidup dan lebih yakin.” ~Haslindah Mohd Yusoff~

“Satu kursus yang perlu dihadiri oleh semua pegawai dan staff LHDN. Satu-satunya kursus pernah saya hadiri yang saya tidak jemu dari hari pertama sehingga ke akhir kursus. Tahniah!” ~Roslina Ibrahim~

“Program yang tidak membosankan dan membuatkan suasana ceria selalu. Penceramah senang didekati dan suka berkongsi pengalaman. Tahniah dan terima kasih.” ~Che Mustaffa Che Ali~

LHDN

“Program seperti ini sangat bagus untuk membuka minda, meningkatkan motivasi, kemahiran komunikasi dan mengenal potensi diri. Sangat bagus jika didedahkan kepada golongan remaja.” ~Mohd Nasir Deraman~

“Program ini sangat berlainan kerana tidak seperti program motivasi lain. Kita dapat memahami diri kita dengan lebih lagi. Syabas diucapkan, kelakar habis!” ~Laili A. Ghani~

“Program ini amat berguna sebagai panduan untuk mereka yang ingin mencungkil keistimewaan diri yang tidak diketahui selama ini.” ~Zaiton Rakun~

“Walaupun program ini cuma 2 hari, topik yang disentuh sangat padat tetapi tidak berat. Cara penyampaian yang bersahaja, tak sempat nak rasa mengantuk.”~Rosenah Abd Rashid~

Urusetia Program

“Program ini amat memberangsangkan dan berjaya membuka minda saya tentang peluang yang boleh dicapai oleh seseorang individu dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.” ~Shalehah Yahya~

“Saya telah banyak hadiri kursus & program motivasi tapi kursus kali ini berbeza dan menyentuh beberapa perkara menarik yang belum saya dengar sebelumnya. Saya harap dapat mengikuti lagi kursus Tuan di masa depan.” ~Khadijah Mohd Jaafar~

“This program teaches me to go back to basics. Overcome my weaknesses and build my confidence. I find that En Osman is very sincere in disseminating his knowledge and experience by making the program lively and interesting. And so I convey my sincere thanks.” ~Angela Low~

“Satu kursus yang amat seronok. Sebagai peserta saya sentiasa merasa seronok dan menjadi sebahagian dari sesi perbincangan secara natural dan memberikan respons secara bersahaja. Kandungan kursus senang difahami. Penceramah adalah seorang yang berilmu dan mampu ‘stimulate’ penyertaan peserta secara spontan dan menyeronokkan. Terima kasih En Osman.”~Zailani Ibrahim~

“A lot of laughter. Many interesting anecdotes. On the whole, very stress relieving.” ~Yap Siow Moy~

“Program ini sangat berguna kepada saya. Fruitful is the word. Keep it up!” ~Khoo Lean See~

“Sangat seronok. Tidak membosankan. Rasanya dua hari kursus tidak mencukupi,s angat sesuai untuk generasi muda agar mereka mempunyai impian yang ingin dicapai.” ~Nik Marzan Mohamad~

“Program pembelajaran yang sungguh memberi kesan kepada individu mahupun kepada organisasi kerana mewujudkan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan.” ~Abu Samah Abu Bakar~

“Satu kursus yang unik dan memberi keyakinan diri yang tinggi di dalam diri kita. Syabas!” ~Khatijah Abu Bakar~

“Program ini adalah program motivasi yang sangat berbeza daripada program-program yang pernah saya hadiri sebelum ini. Semua topiknya akan meninggalkan kesan kepada pesertanya. Insyaallah.” ~Fauziah Danian~

LHDN

“Satu kursus yang amat bermakna…kerana sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menyenaraikan keinginan yang menjadi idaman, yang boleh membahagiakan hati rupanya.”~Siti Rusnah Mohd Ali~

“Satu program yang sangat bagus dan berguna, bukan sahaja kepada orang yang telah lewat usia seperti saya (53 tahun) namun ia juga amat berfaedah untuk pegawai generasi muda yang akan menempuh perjalanan kehidupan mendatang lebih jauh.” Syabas ‘CQE’ (Creative Questions Enterprise).”~Jamaliah Amad Saian~

“Salah seorang penceramah yang telah berjaya menarik perhatian 100% peserta sepanjang menghadiri program ini selama 2 hari.” ~Zakaria Ismail~

“Program ini memberi suntikan yang segar dan cara pendekatan oleh En Osman dapat menghilangkan tekanan kerja dengan gurauan yang mencuitkan dan fakta-fakta rujukan yang tidak memberatkan dan membosankan. Syabas dan saya doakan kejayaan dan pada suatu hari nanti anda akan menjadi tersohor di Malaysia.” ~Che Maheran Zainal Abidin~

« Previous PageNext Page »