Tue 20 Dec 2011
Malas berfikir, tanya ‘soalan bodoh’…
Posted by Osman Affan under Fikir
No Comments
Adik-adik pelajar yang saya kasihi,
tentu adik-adik pernah mendengar pepatah Melayu ini, ‘Malu bertanya sesat jalan’. Ia mengingatkan kita tentang kepentingan bertanya untuk mengetahui sesuatu. Aktiviti bertanya soalan kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi kadangkala ia begitu sukar dilakukan. Saya dapati kebanyakan pelajar malu hendak bertanya kerana mereka rasa, apabila mereka bertanya, ia menunjukkan bahawa mereka tidak tahu. Ia kelihatan seperti mereka ini tidak berilmu dan lebih buruk lagi, mereka rasa seperti orang bodoh.
Persoalannya, adakah bertanya soalan boleh membuat kita kelihatan seperti ‘orang bodoh‘?
Sudah tentu tidak bukan? Ramai guru atau cikgu kita yang ingatkan bahawa ‘Tidak ada soalan bodoh di dalam dunia ini‘. Jika kita mahu tahu apa-apa, tanya sahaja kerana soalan kita itu tidak mungkin soalan yang bodoh. Jadi adik-adik, mulai hari ini, jangan malu bertanya jika kita mahu tahu apa-apa.
Namun, setelah beberapa lama saya fikirkan, ada ketikanya, kita memang ada mendengar soalan yang boleh dikategorikan sebagai soalan bodoh. Contohnya mungkin
1) Ketika melawat seorang sahabat yang sedang sakit kuat di hospital, kita datang dan bertanya, “apa khabar kau, sihat?”
2) Ketika melihat kawan sedang membasuh kereta, kita bertanya, “buat apa tu?”
3) Kita melihat kawan yang jatuh basikal hingga berdarah lutut, betis dan siku, lalu kita bertanya, “sakit ke?”
4) Kita lihat kawan kita menangis hingga merah mata selepas keluar dewan peperiksaan lalu kita tanya, “susah sangat ke soalan tadi?”
Apa yang perlu adik-adik lihat di sini ialah soalan ini semua adalah soalan yang biasa sahaja. Apa yang membuat ia dikategorikan sebagai soalan bodoh ialah kerana ‘situasi’ atau ‘suasana’ semasa soalan itu diajukan. Jadi, soalan itu sendiri bukan soalan bodoh. Cuma ia diajukan pada masa yang tidak sesuai hingga ia boleh dikategorikan sebagai soalan bodoh.
Sebagai pelajar, bagaimanakah keadaannya kita mungkin bertanya soalan yang bodoh? Jika kita tidak tahu sesuatu dan bertanya, adakah ia akan jadi soalan bodoh lalu menampakkan diri kita sebagai seorang yang bodoh juga?
Jangan bimbang. Saya ingin kongsikan dengan adik-adik satu tips mudah. Jika adik-adik rasa bimbang tertanya soalan bodoh, ingat definisi ‘soalan bodoh’ ini.
Saya definisikan soalan bodoh sebagai ‘soalan yang diajukan tanpa berfikir terlebih dahulu‘. Maksudnya, jika mahu tanya soalan, tanya diri kita soalan itu terlebih dahulu. Apabila kita tanya diri kita dahulu, kita akan terpaksa BERFIKIR. Daripada apa yang telah kita fikirkan, kita akan tanya soalan yang lebih baik.
Sebagai contoh, 4 contoh soalan di atas tadi adalah soalan yang diajukan tanpa berfikir terlebih dahulu. Ia umpama melepaskan tembakan tanpa melihat sasarannya. Bayangkan situasi pertama di mana kita berada di hospital melawat sahabat yang sedang sakit. Sebelum kita tanya kawan kita “apa khabar kau, sihat ke?”, cuba tanya soalan tersebut di dalam minda kita sendiri. Bagaimanakah bunyinya? Bolehkah kita jawab soalan itu sendiri?
Saya percaya, kalau kita tanya diri sendiri dan cuba fikirkan jawapannya, tentu kita akan terfikir, “Eh, mestilah kurang sihat. Sebab itulah ada dekat hospital!”
Apabila kita tanya diri sendiri tentang jawapan kepada soalan ini dan FIKIRkan jawapannya, akan timbul pula soalan lain yang lebih mendalam. Kita mungkin terfikir, “Memang sahabat aku ni sedang sakit, tetapi, adakah sakitnya semakin berkurangan?”
Besar kemungkinannya yang kita benar-benar tidak tahu jawapan kepada soalan kedua ini. Jadi, ini adalah soalan yang lebih baik untuk kita tanya sahabat kita. Bayangkan, kita melawat kawan kita yang bernama Ahmad yang sedang sakit di hospital. Kita bertanya, “Doktor sudah bagi ubat Mad?”
“Sudah.” Jawab Ahmad. Kita bertanya lagi, “Ada kurang atau tidak sakitnya?”
Soalan begini lebih baik daripada soalan awal tadi bukan? Ia bukan sahaja menunjukkan kita sudah fikir dahulu malah ia membuat kita kelihatan lebih prihatin terhadap kesihatan sahabat kita ini.
Jadi, tips mudah hari ini, fikir dahulu sebelum kita bertanya. Sebelum kita ajukan soalan kepada seseorang, ajukan soalan itu kepada diri sendiri dahulu dan dengar bunyinya. Ia tidak memakan masa yang lama. Ingat,
Soal diri sendiri dalam minda ==> Fikir jawapannya ==> Timbul soalan yang tidak boleh dijawab ==> Ajukan soalan
Aktiviti menyoal diri sendiri ini benar-benar akan meningkatkan kebolehan kita untuk berfikir dan kemudian memudahkan kita untuk belajar sesuatu yang baru kelak.
Insyaallah saya akan sambung dalam bahagian kedua bagaimana mahu cepat belajar ilmu baru dengan bertanya kepada diri sendiri.







Mereka pergi kerja, merungut tentang bos yang terlalu ‘tegas’ dan tidak bertolak ansur. Jika bos mereka bertolak-ansur dan tidak tegas, mereka akan merungut mengatakan bos tidak ada ciri-ciri kepimpinan.
Namun, satu peringatan, maksud jangan berkawan bukan bermakna saya minta anda putuskan hubungan persahabatan atau persaudaraan dengan mereka. Maksudnya ialah jauhkan sedikit diri kita daripada mereka. Kita tentu masih ingat apa yang Ustazah dan Ustaz kita ajar semasa di sekolah mengenai perumpamaan berkawan dengan tukang besi dan penjual minyak wangi. Saya berani katakan dengan yakin bahawa apa yang kita belajar itu adalah benar.Berkawan dengan orang kuat merungut membuat kita juga mudah merungut.



Beberapa hari lalu, ketika mengisi minyak kereta, tiba-tiba hati saya terasa sangat-sangat sayu, gembira dan kemudian bersyukur. Mengapa? Ia kerana tiba-tiba sahaja saya teringat ketika saya diduga dengan kesempitan wang dan tidak mampu mengisi minyak kereta. Saya juga teringat pengalaman basah kuyup di dalam hujan ketika menunggang motosikal dan berhenti di stesen minyak untuk berteduh dan mengisi minyak motor.
Sekali lagi, ketika saya singgah di salah sebuah kedai buku MPH bagi membeli buku, perasaan sayu, gembira dan bersyukur menguasai diri saya. Saya teringat satu ketika beberapa tahun dahulu di mana saya sedang berdiri di sebuah kedai buku di Terengganu sambil memegang sebuah ‘note pad’ berharga RM1.30. Saya berdiri selama beberapa minit sambil memegang note pad itu kerana saya cuba fikirkan sama ada saya perlu dan patut beli note pad tersebut. Harganya kelihatan agak besar bagi saya ketika itu yang baru gagal dalam beberapa perniagaan.

Pada satu malam, anak sulung saya, Darwish yang akan genap umur 4 tahun tidak berapa lama lagi tiba-tiba berkata kepada saya, ‘Abah, Darwish nak lampu tu.” sambil menunjukkan ke arah lampu bulat di siling rumah saya.
Daripada gelagat anak saya ini, banyak sungguh perkara yang bermain di fikiran saya. Antara yang saya fikirkan ialah betapa kanak-kanak mudah mahu mencontohi apa sahaja yang mereka lihat. Apa yang menggembirakan saya ialah bagaimana anak saya boleh mengaitkan lampu siling itu seperti lampu di dada Ironman. Ini bermakna sekurang-kurangnya anak saya ini normal cara pemikirannya.
Sebahagian daripada kanak-kanak yang meminati watak-watak ini akan lupa dan hilang minat apabila mereka meningkat dewasa. Namun sebahagian daripada mereka kekal begitu dan masih begitu sayangkan watak-watak superheroes tadi. Persoalannya, mengapa kanak-kanak malah orang dewasa begitu minat dengan watak-watak superheroes ini?
Saya percaya, jika kita lihat disekeliling kita, pasti dapat kita lihat superheroes dalam bentuk yang berbeza. Mereka tidak memakai kostum berwarna-warni atau menutup muka dengan topeng hitam.
Maksud saya, kebanyakan pemandu yang terlupa di mana mereka parking kereta mereka ialah kerana mereka terlupa untuk simpan dahulu (daftar masuk) maklumat di mana mereka parking kereta tersebut. Apabila mereka sampai di tempat parking, mereka sama ada
Masalah tidak register ini sama seperti masalah orang yang kehilangan kunci. Pernahkah anda hilang kunci rumah, kunci kereta atau kunci apa-apa sahaja? Apabila hilang, anda cuba bersungguh-sungguh untuk mencarinya tetapi gagal. Anda cuba teknik duduk diam seketika dan ingat semula di mana anda simpan, tetap gagal juga. Akhirnya setelah lama mencari, anda jumpa juga kunci tersebut secara tidak sengaja. Anda tidak sengaja tertinggal kunci tersebut di dalam peti ais.
Jadi masalah lupa di mana kita parking boleh diselesaikan dengan menyempurnakan langkah pertama kita mengingat sesuatu. Walaupun ramai yang mungkin beri cadangan supaya kita tulis atau ambil gambar tempat kita parking, realitinya, apabila sudah lupa, hendak tulis dan ambil gambar pun kita akan lupa.
Jadi, saya ada satu soalan lagi untuk anda. Kebanyakan orang yang lupa di mana mereka parking kereta, langkah manakah (antara Register, Retention dan Recall) yang mereka lemah dan tidak lakukan dengan sebaik-baiknya? Langkah manakah yang mereka selalu tidak lakukan hingga mereka langsung tidak ingat di mana mereka letakkan kereta mereka?
Sebagai guru bahasa inggeris, cabaran agak besar buat saya kerana mereka sangat prejudis dan berminda negatif dengan bahasa inggeris itu sendiri. berbekalkan bimbingan buku, saya cuba adakan permainan kuiz di dalam kelas, wajibkan pelajar menghafal perkataan mudah (yg mana petuanya saya ambil dari blog en. Osman sendiri), banyakkan soal jawab, buat lawak dalam kelas, dan lebihkan perhatian secara individu. saya hafal nama setiap pelajar, dan setiap seorang tidak akan terlepas dari perhatian, leteran, gurauan malah pujian dari saya.
NAF, terima kasih kerana menghantar email kepada saya. Sangat menarik apa yang NAF ceritakan kerana saya rasa ini adalah pengalaman pertama saya dengar kisah daripada guru sekolah swasta. Berdasarkan cerita NAF, ada beberapa pandangan dan pendapat yang ingin saya kongsikan.



























