Mon 29 Jun 2009
Ada bakat tetapi tidak ada kemahiran…
Posted by Osman Affan under Fikir
[2] Comments

Tidak berapa lama dulu saya ada menonton rancangan televisyen yang bertajuk Ellen Degeneres Show. Ketika itu Ellen menjemput Will Smith, seorang pelakon serba boleh yang terkenal dengan filem i-Robot, I am Legend, Hancock, 7 Pounds dan banyak lagi filem hebat lakonannya. Saya sebenarnya suka mendengar temuramah orang-orang yang dikategorikan sebagai berjaya dalam bidang mereka yang tersendiri. Will Smith ini dilabelkan sebagai pelakon yang membawa keuntungan kerana bukan sahaja lakonannya memberi kesan dan meyakinkan, pulangan filem-filem lakonannya dikatakan telah melebihi 5 billion US Dolar.
Namun hari ini saya bukan hendak bercerita tentang lakonan atau kejayaan beliau. Saya cuma ingin menyebut semula ada satu ayat ringkas yang diluahkan oleh Will Smith semasa disoal oleh Ellen. Ketika Ellen memuji Will Smith dengan mengatakan bahawa Will Smith sangat berbakat dan hebat dalam apa sahaja yang dilakukannya, Will Smith dengan tersenyum menjawab, “Terima kasih”. (Ini adalah satu contoh bagus bagaimana hendak menjawab atau membalas apabila orang memuji kita. Sebut terima kasih, bukan mengutuk diri kita semula)
Sambil menjawab, Will Smith ada berkata sesuatu yang benar-benar menarik perhatian saya. Kata beliau,

“Your talent will fail you if you are not skilled” (Walaupun berbakat, anda akan gagal juga jika anda tidak mempunyai kemahiran.”
Kata-kata beliau ini cukup jelas menerangkan bahawa untuk berjaya di dalam dunia ini, bakat sahaja tidak mencukupi. Apa yang perlu ditambah kepada bakat ialah kemahiran. Apa maksudnya?
Begini. Pernahkah kita lihat seseorang yang sangat berbakat tetapi tetap tidak berjaya dalam hidupnya? Pencapaian hidup mereka hanya sederhana sedangkan dengan bakat mereka, kita percaya mereka boleh mencapai kejayaan yang jauh lebih besar.
Sebagai contoh, ada orang yang ada bakat melukis yang hebat, tetapi bakat mereka hanya terbatas kepada melukis gambar-gambar untuk simpanan sendiri. Ada orang yang berbakat membuat kuih yang paling sedap, tetapi bakat mereka terbatas kepada menjual kuih ini kepada rakan-rakan dan saudara terdekat sahaja. Ada pelajar yang kelihatan seperti ada semua bakat dalam dunia semasa di sekolah, tetapi apabila masuk alam pekerjaan bakat itu semua seperti tidak bermakna lagi.
Persoalannya, apakah beza bakat dan kemahiran? Satu soalan yang bagus untuk difikirkan. Secara mudah, kita faham bahawa bakat wujud dalam diri kita sejak kita lahir. Ada orang berbakat melukis, ada yang berbakat memasak, ada berbakat menyanyi dan sebagainya. Bakat ini membuatkan kita mampu membuat sesuatu lebih baik daripada orang lain. Jadi, satu soalan, adakah anda mempunyai apa-apa bakat? Apa kata sambil membaca ini, kita senaraikan semua bakat semula jadi yang kita ada.
Kemahiran pula adalah kebolehan yang diperolehi melalui latihan berterusan, kerja keras, membuat sesuatu berulang-ulang kali, meniru aksi orang yang sudah mahir dan sebagainya. Kita tidak lahir dengan kemahiran ini. Maksudnya, ini adalah satu berita baik kerana semua orang boleh dapatkan kemahiran jika mereka mahu.
Namun, menurut pemahaman saya, jika kita mahu berjaya, kita perlu gabungkan bakat dan kemahiran. Sebagai contoh, jika kita ada bakat menyanyi, kita perlu dapatkan kemahiran menyanyi dengan belajar daripada guru vokal, belajar asas nyanyian, belajar main muzik dan sebagainya. Sama juga seperti kita ada bakat main bola. Kita perlu belajar teknik-teknik asas bermain bola. Apabila bakat dan kemahiran digabungkan, kita akan jadi lebih unik dan sukar ditandingi oleh orang lain. Jadi peluang untuk menyerlah dan hebat adalah lebih besar.
Masalahnya ramai yang kurang faham tentang bakat dan kemahiran ini. Kita lihat ada orang berbakat tetapi tidak pernah cuba meningkatkan kemahiran mereka. Jika pandai menyanyi (bakat), mereka hanya menyanyi tanpa panduan (kemahiran) dan tahap yang boleh mereka capai hanyalah tahap penyanyi karaoke sahaja.
Ada pula orang yang cuba meningkatkan kemahiran dalam bidang yang mereka tidak ada bakat. Contoh mudah adalah penyanyi juga. Dia tidak ada bakat seperti suara agak sumbang, tidak cekap mengesan beza nada suara dan tidak pandai membuat lenggok lagu. Namun dia bersungguh-sungguh belajar menyanyi hingga sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit. Hasilnya, dia pasti boleh menyanyi dengan teknik yang betul tetapi dia akan hadapi kesukaran untuk menyerlah dan menjadi yang terbaik. Ini kerana kemahiran itu tidak selari dengan bakatnya.
Jadi, cadangan saya untuk diri saya dan sahabat-sahabat pembaca sekalian, jika kita mahu cepat menyerlah, lebih unik, diiktiraf dan kebolehan kita dihargai, apa kata kita lakukan 2 langkah ini:
- Senaraikan bakat-bakat yang kita sedia ada. (Untuk mudah mengenali bakat, kita boleh lakukan perkara itu lebih baik daripada orang lain secara semula jadinya. Ada orang yang tidak pernah belajar melukis tetapi apabila dia melukis, ia kelihatan sangat hebat dan cantik. Ini bakat semulajadi)
- Usahakan agar kita dapat menambah kemahiran untuk memperhebatkan bakat ini. Jika bakat itu ialah bakat melukis, belajar teknik melukis, teknik penggunaan warna dan bermacam-macam teknik lagi yang membolehkan kita melukis dengan lebih hebat. Jika bakat itu ialah bakat berniaga, pelajari lebih mendalam teknik-teknik perniagaan agar perniagaan yang kita ceburi akan jadi lebih besar dan keuntungan akan lebih mengkagumkan.
Saya ucapkan selamat berjaya dalam mencari bakat dan meningkatkan kemahiran yang ada dalam diri. Semoga perkongsian kali ini ada mencetus sesuatu dalam diri sahabat-sahabat sekalian dan mendorong diri kita semua untuk melakukan sesuatu hari ini. Sesuatu yang dilakukan itu pula adalah sesuatu yang akan menambahkan tahap kejayaan, keceriaan dan keharmonian hidup kita semua. Selamat berjaya!


Apabila asyik memikirkan tentang perkara ini, saya nampak lojiknya mengapa pelajar biasanya tidak nampak kepentingan menuntut ilmu sekarang. Saya faham kenapa pelajar tidak sanggup belanjakan RM15 untuk membeli kamus dan lebih rela membeli prepaid handphone. Saya faham mengapa pelajar tidak sanggup membeli buku dan lebih sanggup membeli makanan ringan atau tiket wayang.
Katakanlah saya ambil jumlah yang paling kecil, 100 orang pelajar. RM1500 jika dibahagikan dengan 100 orang pelajar, hasilnya menunjukkan kos seorang pelajar ialah RM15. Katakan program ini tidak mahu dijalankan kerana terlalu mahal. Ambil RM1500 itu dan berikan kepada 100 orang pelajar tadi. Jadi setiap pelajar akan menerima RM15. Persoalannya, apakah yang mampu diperolehi oleh pelajar tersebut dengan duit RM15 tersebut? Beli buku? Mungkin dapat beli sebuah buku sahaja. Mahu tuisyen? Saya pasti ia tidak cukup. Mahu makan? Kenyang selama 3-4 jam sahaja.
Saya berikan contoh. Jika anda seorang pelajar, hari ini anda terlintas di hati untuk jadi seorang pelajar terbaik dan skor A dalam semua subjek yang anda ambil. Yang mana lebih mempengaruhi anda, potensi untuk berjaya dan merasa bangga atau potensi untuk gagal dan kecewa akibat tidak berjaya mencapai matlamat tersebut?
Menurut pemerhatian dan pembacaan saya, orang-orang yang berjaya mengeluarkan potensi diri mereka begitu fokus kepada sesuatu yang bakal menggembirakan mereka. Maksudnya, jika mereka mahu capai sesuatu, minda mereka akan sentiasa fokus kepada gambaran di mana mereka gembira dan seronok kerana telah mencapai matlamat tersebut. Walaupun mereka sedang gagal dan belum mencapai matlamat tersebut, mereka tidak berganjak dan tidak berputus asa dengan keputusan untuk mencapai matlamat tadi. Hasilnya, mereka mampu keluarkan semua bakat dan potensi yang terpendam di dalam diri mereka.
Tanda keempat yang perlu kita bincangkan ialah ‘terlalu sayangkan bantal busuk’. Saya percaya anda faham dengan maksud bantal busuk. Kita biasa lihat kanak-kanak kecil yang tidur dengan satu bantal kegemarannya. Bantal itu mungkin sudah lusuh, buruk dan berbau kerana sudah terlalu lama digunakan tetapi kanak-kanak ini masih perlukannya untuk tidur. Malah, bantal ini perlu dibawa oleh ibu bapa ke mana-mana sahaja supaya tidak timbul masalah semasa kanak-kanak ini mahu tidur nanti.
Untuk orang dewasa pula, ramai yang terlalu sayangkan cara lama melakukan sesuatu. Sebagai contoh, jika mereka sudah biasa berucap dengan panjang dan dengan nada yang membosankan, mereka sayangkan cara itu dan langsung tidak mahu berubah. Mereka tidak mahu berubah walaupun dia sedar bahawa lebih separuh pendengar tidur dan tidak mempedulikan ucapannya. Jika ini berterusan, orang dewasa ini tidak akan dapat mengeluarkan bakat sebenarnya dalam menarik perhatian orang ramai untuk mendengar ucapannya.
Hari ini, apa kata kita berfikir bersama-sama sejenak. Apakah kita juga terlalu sayangkan bantal busuk kita? Apakah kita masih memeluk bantal itu sedangkan kita sedar ia tidak cantik dipandang dan tidak sedap baunya di sisi orang-orang disekeliling? Jika ada masa, apa kata kita senaraikan beberapa perkara yang kita lakukan yang masih menggunakan cara lama. Harapannya, jika kita sudah mula sedar bahawa cara lama ini adalah hanya bantal busuk kita, kita mungkin akan timbul keinginan untuk memiliki bantal yang baru, cantik dan wangi pula. Selamat memeluk bantal baru!
Sebagai contohnya, katakan anda mahu memasuki catur. Kemudian anda ceritakan kepada beberapa orang kawan. Salah seorang kawan anda itu berkata, “Kau boleh ke main catur? Aku tengok cara kau main tak berapa cekap sangat, banyak lagi kelemahan. Kena ada bakat kalau nak menang main catur ni.”
Hasilnya, pada akhir tahun, semasa ujian kenaikan tali pinggang, saya berjaya mendapat markah tertinggi. Malah, saya seorang sahaja di antara sahabat-sahabat saya itu yang berjaya menguasai teknik lompatan ke belakang (back-handspring & back-summersault). Namun ia tidaklah sehebat ahli gymnastic professional. 
Saya percaya ada yang akan kata mahukan kedua-duanya. Namun, jika terpaksa memilih, yang mana satukah Tuan-tuan dan Puan-puan akan pilih?
Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2008. Kalau azam 2008 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘tidak sengaja’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang.
Apa yang saya cuba katakan ni?
Adakah anda suka berangan atau berkhayal? Kebanyakan orang dewasa mengatakan mereka tidak suka berangan atau berkhayal. Membuang masa kata mereka. Benar, berangan boleh jadi satu aktiviti yang membuang masa.
Tanda kedua halangan minda mungkin sedang menyekat bakat terpendam anda ialah apabila anda ‘lebih suka mengenang kegagalan yang lalu’.
Anda perlu ingat, kegagalan di masa lepas bukanlah petanda kepada kebolehan diri anda. Ia cuma menunjukkan ada sesuatu yang anda lakukan di masa lepas tidak betul dan tidak kena caranya. Mungkin dulu anda tidak pernah tahu tentang teknik belajar berkesan. Mungkin dulu anda tidak ada pembimbing. Apa yang bahayanya di sini ialah, disebabkan anda asyik terkenangkan kegagalan lepas, anda jadi takut, bimbang dan mungkin buat keputusan untuk menangguhkan usaha menyambung pelajaran.
Malangnya, jika itu yang anda ulang dan ulang di dalam minda, ia pasti akan terjadi semula. Maksudnya, apabila anda mahu berucap semula nanti, kesilapan yang sama pasti akan berulang. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda perlu ‘review success, not failure’. Maksudnya, ingat semula kejayaan yang telah anda lakukan semasa berucap tadi. Wujudkan rasa seronok dalam diri disebabkan kejayaan tersebut. Bayangkan juga bahawa ia akan berulang dalam ucapan akan datang. Kemudian, barulah fikirkan bagaimana anda boleh baiki beberapa kelemahan yang anda dalam ucapan tadi. Dengan cara ini, semangat anda tidak akan jatuh dan halangan minda tidak akan menguasai diri dan minda anda.
“Kami nak lantik awak jadi presiden, setuju tak?” “Hmmm… jadi presiden tu tak ada masalah….. tapi….bagi la peluang pada orang lain…lagi pun saya sibuk sekarang ni….”
Bagaimana dengan anda? Sekarang, apa kata anda fikirkan untuk lakukan sesuatu (sudah tentu yang baik) yang selama ini anda tidak pernah berani untuk lakukan. Mungkin anda fikir untuk menulis buku, memberi tazkirah di surau, azan di surau, berniaga, cari kerja baru, sambung belajar, bertegur sapa dengan seseorang yang anda sudah lama menaruh hati atau apa sahaja. Mungkin juga anda adalah seorang yang takut pada kegelapan dan anda terfikir untuk cabar diri anda pergi ke tempat yang sunyi dan gelap tanpa berteman seperti ke kawasan perkuburan 
lena di dalam diri anda. Sebagai contoh, saya kerap kali ditanya oleh peserta (dewasa) apabila saya menjalankan program Pembangunan Modal Insan, ‘macam mana En Osman boleh melompat daripada bidang perakaunan ke bidang training?” Mereka bertanya begini kerana 2 bidang ini adalah sangat berbeza kerana orang dalam bidang perakaunan dibayangkan sebagai orang yang pendiam, suka menyendiri, bekerja seorang diri dan sentiasa berada di depan komputer atau buku laporan kewangan dan di belakang tabir.
Sejak itu saya terfikir, “aku memang tak ada bakat nak bercakap depan orang. Jangan harap la kalau nak kerja yang kena bagi ceramah ke atau kerja yang kena berdiri depan orang.”
Sudah beberapa hari rasanya saya menulis tentang halangan dan impian. Semuanya sebenarnya kerana ada satu impian baru yang muncul di dalam minda saya sejak beberapa bulan lepas.
Ini menimbulkan semangat dan cita-cita di dalam diri saya untuk menyebarkan lagi teknik-teknik SmartStudy yang sudah mula saya ajarkan sejak tahun 2005 ini. Pernah saya suarakan kepada isteri dan sahabat terdekat, bayangkan bagaimana rupanya jika semua pelajar di Malaysia didedahkan kepada teknik SmartStudy dan mereka amalkan setiap kali mereka belajar? Beberapa malam saya tidak dapat tidur lena apabila idea ini memenuhi minda saya.
Kata-kata ini adalah antara mutiara kata yang pertama yang saya hasilkan. Semasa saya menulis mutiara kata ini, saya masih baru di dalam bidang yang saya ceburi ini dan masih terlalu banyak cabaran dan halangan yang saya hadapi. Saya masih ingat lagi ketika tahun pertama saya mula memberi ceramah dan latihan tentang teknik belajar dan di sekolah dan universiti. Program saya yang pertama ialah pada bulan Mac 2005. Ketika itu saya diminta menyampaikan program selama 4 jam di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.
Selain daripada halangan rasa berdebar dan kurang pengalaman, saya juga hadapi cabaran dari segi kelengkapan. Saya baru bermula. Duit belum ada untuk membeli laptop. Saya dengan berhati-hati mengeluarkan duit untuk membeli pendrive dan mengharapkan agar pihak sekolah dapat menyediakan laptop untuk saya gunakan. Cabarannya di sini ialah selalunya laptop sekolah terlalu tidak boleh dijangka masalahnya. Sebagai contohnya, selalu hasil kerja powerpoint saya berkecamuk akibat setting laptop yang berlainan versi perisian dan selalu juga video klip yang saya bawa tidak boleh dipasang dengan baik. Akibatnya, presentation saya sentiasa menghadapi risiko menjadi presentation yang tidak kemas dan baik.
Pernah sekali disebabkan terlalu mahu menyampaikan presentation yang baik tanpa perlu bergantung kepada laptop pihak sekolah atau penganjur program, saya bawa ‘CPU’ komputer saya ke tempat program. Ya, CPU komputer. Orang jinjing laptop, saya pikul CPU. Bukan pikul begitu sahaja, saya terpaksa menyorok-nyorok agar peserta dan guru tidak terlihat apa yang saya pikul itu. Ketika itu program dijalankan di luar sekolah, jadi ada peluang saya bawa masuk CPU itu ke tempat program tanpa guru dan pelajar sedari.





















