Internet


E-Majalah IMAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Posting hari ini adalah untuk saya war war kan tentang kemunculan e-majalah. Tahniah saya ucapkan kepada Labanon and the team kerana berjaya menghasilkan e-majalah ini.

Bagi saya, untuk berjaya, kita tidak semestinya bermula dengan kejayaan yang besar. Bermula dengan kecil-kecilan juga boleh membawa kita ke arah kejayaan. Jadi, usaha Labanon ini merupakan satu usaha yang saya percaya satu hari nanti akan membawa beliau ke arah kejayaan (tapi kekalkan etika kerja yang baik lah ye Labanon. :)  )

Jika anda mahu membaca e-majalah ini, anda boleh lawati laman web http://MajalahIM.com  Anda boleh memuat turun dengan percuma. Di dalam e-majalah tersebut, ada satu artikel saya yang turut dimuatkan mengenai adab menuntut ilmu online seperti yang pernah saya tulis dulu.

 Terdapat juga artikel daripada beberapa nama terkenal dalam perniagaan internet Malaysia di dalam e-majalah ini. Jadi, ini adalah satu cara baik untuk kita kembangkan lagi ilmu dan pengetahuan kita.

Selamat membaca dan tahniah sekali lagi kepada Labanon & the team.

Semalam saya berada di stesyen siaran radio 24 sebagai tetamu undangan bagi membicarakan topik motivasi diri dan isi kandungan laman web OsmanAffan.com. Pada mulanya saya mendapat maklumat bahawa undangan ini adalah untuk membincangkan tentang buku internet saya. Namun terdapat sedikit perubahan rancangan dan ada kemungkinan buku itu akan dibincangkan dalam masa yang akan datang. Maklumat mengenai radio24 boleh diperolehi di www.radio24.com.my

Tengku Amylia Radio24Pengacara malam semalam ialah Tengku Amylia. Selain menjadi DJ radio24 ini, beliau juga merupakan Eksekutif Kanan Unit Perhubungan Korporat dan Media Yayasan Pelajaran Mara. Jadi, bercakap mengenai motivasi dan teknik belajar bukanlah sesuatu yang sukar bagi beliau.

Sesi temuramah bermula dengan komen saya sendiri. Saya kongsikan keseronokan dan kegembiraan saya kerana saya ada cita-cita untuk muncul di siaran radio sejak lebih 20 tahun dulu. Hehe… begini ceritanya. Ketika saya berada di dalam darjah 3, saya menyertai pasukan koir sekolah ke pertandingan peringkat daerah Kuala Terengganu (ketika itu saya bersekolah di SK Gong Tok Nasek, KT). Setelah tamat pertandingan, ada wakil daripada siaran radio negeri datang ke setiap sekolah untuk menemuramah peserta dan temuramah itu akan disiarkan di dalam siaran radio negeri. Masalahnya, mereka cuma akan mencari temuramah seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan sahaja bagi setiap sekolah untuk disiarkan.

Radio24 93.9 FMDipendekkan cerita, untuk sekolah saya, bukan saya yang terpilih. Seorang sahabat bernama Farhan yang terpilih. :)  Sebagai kanak-kanak ketika itu, saya rasa sangat terkilan. Jadi apabila mendapat peluang seperti semalam, ia adalah impian selama lebih 20 tahun menjadi kenyataan. Tidak hairanlah saya rasa ceria sepanjang temuramah dijalankan. Dalam masa yang sama, saya selalu percaya bahawa dalam hidup ini, kalau kita sentiasa mencari peluang untuk melihat sesuatu yang membuat kita ceria dan bersyukur, pasti kita akan temuinya.

Setelah tamat temuramah dan semasa saya melangkah keluar, ada seorang lelaki menegur dengan menyebut nama saya. Agak terkejut juga saya kerana beliau merupakan pengarah dan pengasas Radio24 ini, Sheikh Raffie Abdul Rahman. Lebih terkejut juga kerana saya sebenarnya telah mengenali beliau sejak awal tahun 2007 kerana pernah menghadiri beberapa kursus dan networking program bersama. Tidak tahu pula beliau yang mengasaskan radio24 yang sudah mula terkenal ini. Tahniah abang Raffie!  :)

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Abang Syed Munawar yang menjemput saya dan kepada Tengku Amylia yang sabar mendengar celoteh saya sepanjang temuramah. :)  Terima kasih juga kerana stesen radio24 kerana sudi menjadikan saya sebagai tetamu undangan dan secara tidak langsung memenuhi impian saya selama lebih 20 tahun ini. :)

Osman Affan2 hari lalu saya mendapat panggilan daripada Abang Syed Munawar, pengacara slot Resensi, Selamat Pagi Malaysia RTM1. Beliau menjemput saya ke rancangan kendalian beliau di siaran radio 24 bagi membincangkan mengenai buku tulisan saya ‘Menjual perkhidmatan di internet’.

Buku ini telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2007 oleh syarikat milik Azizi Ali, True Wealth Sdn Bhd.. Buku ini adalah hasil pengalaman saya menimba ilmu dengan Dr Irfan Khairi dan juga pengalaman mengendalikan program keusahawanan internet 3dalam1.com. Kini program keusahawanan tersebut dihentikan seketika berikutan beberapa halangan termasuk kesibukan saya sendiri menjalankan program-program motivasi dan kemahiran belajar.

Bagi saya, sesiapa yang mampu mahu menceburi bidang perniagaan, ‘perkhidmatan‘ adalah sesuatu yang patut diambil kira. Sepanjang pengalaman saya yang mungkin tidak berapa banyak dalam perniagaan menjual produk dan perkhidmatan, saya dapati perniagaan perkhidmatan memberikan lebih kepuasan dan pulangan yang lebih baik. Ini mungkin benar untuk diri saya namun jika anda baru bercadang memasuki bidang perniagaan, anda mungkin patut ambil kira menjalankan perniagaan perkhidmatan.

Setakat ini, saya mendapat maklum balas yang agak baik untuk buku ini. Klik di sini jika anda mahu membaca ulasan mengenai buku ini.

Jika anda berkesempatan dan ada radio :) apa kata sertai saya malam ini (Jumaat, 4 Januari 2007) pukul 8 - 10 malam untuk membincangkan isi kandungan buku ini. :)

Persembahan surpriseSelasa lalu saya berpeluang menghadiri satu sidang akhbar di hotel JW Marriot. Sidang akhbar ini adalah majlis untuk merasmikan sahabat saya Dr Irfan sebagai duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). MIBO merupakan satu program bagi mewujudkan usahawan yang meletakkan sasaran 1000 usahawan baru dalam tahun 2008.

Abang Nizal MohdMajlis ini dipengerusikan oleh Abang Nizal Mohd. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa usahawan internet Malaysia.

Apa yang dapat saya perhatikan di majlis ini ialah terdapat banyak usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan baru di Malaysia. Usahawan bukan sahaja dikatakan bebas dari segi menguruskan masa malah mereka mempunyai potensi untuk mempunyai pendapatan yang tinggi. Sebagaimana ucapan pembukaan Dr Irfan ‘9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan’, lebih banyak lagi usahawan perlu dihasilkan.

Bagi saya, menjadi usahawan melibatkan proses pembelajaran. Kita perlu belajar untuk jadi usahawan. Kita perlu belajar menguruskan masa, menguruskan wang, menguruskan tekanan perasaan dan sebagainya. Sebab itulah saya percaya ramai usahawan dan bakal usahawan yang singgah dan membaca isi kandungan blog ini. :)

Razzi RahmanSaya sendiri sebagai usahawan sentiasa cuba memajukan diri saya melalui proses pembelajaran. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari di dalam dunia usahawan yang tidak dapat saya pelajari semasa di universiti dulu. Jadi, ucapan dan harapan saya untuk usahawan dan bakal usahawan, tingkatkan kebolehan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan kemungkinan untuk menjadi usahawan berjaya akan pasti turut sama meningkat. Selamat berjaya! :)

Osman AffanSabtu lalu saya bersama Azizi Ali dan 3 lagi penulis buku True Wealth Sdn Bhd menjayakan satu program keusahawanan yang dinamakan Wealth Summit. Program ini mendedahkan beberapa cabang keusahawanan yang bakal disampaikan oleh 5 penceramah utama iaitu Azizi Ali, Eruwan Gerry Norsen, Irwan Dahnil, Zamri Nanyan dan saya sendiri.

Hari ini merupakan satu hari yang saya nanti-nantikan. Selain daripada dapat berkongsi pengalaman dan tips mengenai keusahawanan internet, saya sendiri dapat belajar banyak perkara baru melalui 4 lagi penceramah lain.

Program ini bermula dengan ucapan pembukaan daripada Abang Azizi Ali dan beliau meneruskan ceramah beliau dalam sesi ceramah yang pertama. Dalam pembentangan beliau, peserta diberi pendedahan tentang ciri-ciri perniagaan idaman yang patut diambil kira oleh usahawan-usahawan sedia ada ataupun individu yang baru mahu menceburi bidang keusahawanan.

Saya merupakan penceramah pada sesi kedua. Di dalam sesi saya, disamping menerangkan 3 langkah menjual produk atau perkhidmatan di internet, saya menerangkan tentang ciri-ciri terpenting untuk memastikan apa yang usahawan lakukan akan kekal, terus maju dan terus berjaya. Selepas itu, saya berpeluang mendengar ceramah daripada Eruwan Gerry Norsen mengenai Lelong.com.my, daripada Irwan Dahnil mengenai peluang menjana wang melalui perniagaan sms dan seterusnya Zamri Nanyan mengenai perniagaan mlm melalui internet.

Semua penceramah mempunyai cara mereka yang tersendiri. Walaupun saya sudah berpengalaman mengendalikan berpuluh-puluh malah beratus ceramah atau training, masih banyak lagi dapat saya pelajari melalui penceramah-penceramah ini semua.

Jika anda ingin tahu, banyak perkara yang anda boleh pelajari daripada para usahawan. Saya sendiri banyak gunakan tips-tips keusahwanan dalam mengendalikan program-program motivasi dan kemahiran belajar. Usahawan adalah golongan yang perlu bekerja keras demi memastikan periuk nasi mereka sentiasa berisi. Jika mereka malas, tidak bersemangat dan tidak mahu belajar sesuatu yang baru, mereka akan jauh ketinggalan.

Ketika saya buat keputusan untuk berhenti kerja sebagai auditor pada tahun 2002 dahulu, saya hadapi banyak kesukaran dan cabaran hidup.

Ketika itu, sesuatu yang selalu membantu saya meneruskan perjuangan ialah buku-buku motivasi dan keusahawanan  yang saya baca.Buku-buku itu bukan sahaja memberi teknik dan tips yang berguna, malah buku itu semua seolah-olah memberi kekuatan dan keyakinan kepada diri saya bahawa satu hari nanti saya akan berjaya.

Jika anda sebagai seorang pekerja atau pelajar, menggunakan buku-buku dan tips-tips yang digunakan oleh para usahawan pasti akan dapat membantu anda.

Satu perkara lagi yang dapat saya saksikan disini ialah kesungguhan dan keinginan para peserta untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ada peserta yang datang daripada Kelantan, Terengganu dan juga Sabah!.

Bayangkan betapa jauhnya mereka sanggup mengembara demi mencari ilmu. Bayangkan juga orang-orang yang tidak berjaya yang asyik merungut tentang banyak perkara. Kalau kursus bukan ditempat mereka, mereka akan kata terlalu jauh, bila kursus perlu dibayar, mereka akan kata terlalu mahal, dan bila kursus agak padat dengan ilmu, mereka akan kata terlalu memeningkan kepala.

Anda perlu contohi bakal-bakal usahawan yang bersemangat untuk terus berusaha ini kerana orang-orang yang selalu merungut dan mencari alasan pasti tidak akan mencapai kejayaan yang mereka harap-harapkan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai program ini. Saya percaya sedikit sebanyak maklumat yang telah dikongsikan pasti akan memberi manfaat kepada anda semua. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew True Wealth Sdn Bhd di atas layanan baik dan istimewa yang saya dan penceramah lain terima sepanjang program ini dijalankan.

Insyaallah kaalau ada rezeki, mungkin program begini boleh dijalankan lagi agar lebih ramai peserta mendapat manfaat daripadanya.