Jawapan


Soalan 1: 

salam 1 malaysia encik osman affan..sya N berasal dari sabah masih bersekolah d tgkatan 5 ..masalah utama saya d sini adalah sya lemah dalam subjek bahasa english..sdh banyak cara saya pratikkan untuk belajar bahasa english namun masih juga gagal dalam setiap ujian ataupun peperiksaan….jadi d sini sya harap enck osman dapat membantu dan memberi petua ataupun panduan bagi saya bagaimana untk menguasai bahasa english..kerana sya benar2 mahu lulus dalam subjek ini tambahan pula tahun ini saya akan mengambil peperiksaan spm……….masalah utama saya (lemah dalam menulis karangan dalam bahasa english,sebutan)……………..

Soalan 2:

askum…en osman boleh en tlong sy untk improve my english…

Osman AffanSalam untuk semua. Kebelakangan ini saya semakin kerap mendapat soalan berkenaan cara, tips dan teknik bagi memajukan penguasaan Bahasa Inggeris. Terima kasih buat anda semua yang menghantar soalan kepada saya. Walaupun soalan yang tiba ada bermacam-macam bentuk dan gaya, mesejnya adalah sangat serupa. Mesej itu ialah bagaimana untuk saya memajukan penguasaan Bahasa Inggeris saya?

Sebagai langkah permulaan, saya ingin cadangkan anda baca satu kompilasi petua yang telah saya tulis beberapa ketika dulu. Kompilasi itu bertajuk 7 petua pandai Bahasa Inggeris. Ia tidak menceritakan dengan terperinci tentang isi kandungan yang perlu dikuasai di dalam subjek Bahasa Ebook Osman AffanInggeris. Namun ia memuatkan beberapa tips dan petua bagi sesiapa yang rasa benar-benar lemah dalam Bahasa Inggeris. Ia boleh dijadikan panduan dan digunakan sebagai langkah permulaan. Kompilasi itu boleh dibaca di www.OsmanAffan.com/kompilasi.htm.

Insyaallah, kompilasi itu sedang saya tukarkan ke dalam bentuk ebook. Akan saya tambahkan lagi beberapa penerangan ke dalam kompilasi tersebut agar ebook ini jadi lebih lengkap dan berkesan. Cuma saya mohon kesabaran daripada anda semua dalam menunggu kehadiran ebook ini memandangkan kesibukan dan juga beberapa perkara teknikal yang membuat penerbitannya masih tertangguh.

Jika sudah siap ebook ini dan anda mahu dapatkannya, berapakah harga yang perlu anda bayar? Hmmm….. RM0.00 sahaja. :)

 

 

Pelajar kita sering segan@malu ingin kan bertanya sesuatu ketika pembelajaran… Bagaimanakah kita ingin menyakin diri kita?
Apabila kita membuat pembentangan di depan, dalam sesuatu subjek B.I@B.A… bagaimana nak mengelakkan kita tergagap?

Daripada: B.A.

Osman AffanAssalamualaikum. B.A., terima kasih kerana menghantar mesej dan soalan ini kepada saya. Seringkali juga saya terima soalan ini apabila saya kendalikan program SmartStudy dan Presentation Skills untuk pelajar di peringkat kolej dan universiti.

Pertama tentang keyakinan diri untuk bertanya. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya, ada beberapa sebab pelajar malu dan tidak yakin bertanya. Antaranya

  • Tidak bersedia. Maksudnya, semasa di dalam kelas atau kuliah, pelajar ini tidak ada apa-apa persediaan langsung atau mungkin juga tidak membaca apa yang disuruh oleh pensyarah. Akibatnya, bimbang jika soalan menampakkan dengan jelas yang dia tidak bersedia. Jadi, tidak yakin dan malu untuk bertanya.

  • Takut tersoal soalan bodoh. Maksudnya, bimbang soalan menunjukkan betapa bodohnya dia. Soalan mudah pun tidak tahu jawapannya. Bagi saya, takut bertanya soalan bodoh adalah satu tindakan yang terbukti bodoh. Jangan terlalu takut apa yang orang fikirkan, tanya sahaja. Tentu ada ramai juga pelajar di dalam kelas yang sama mahu tahu jawapan kepada soalan bodoh tersebut. Apabila ramai yang ingin tahu jawapan kepada soalan yang bodoh, tukang bertanya itu tentulah orang yang bijak bukan?

  • Duduk terlalu jauh di belakang dewan atau kelas. Apabila duduk dibelakang, keyakinan diri untuk bertanya semakin tercabar. Rasa malu juga semakin meningkat. Ini kerana apabila kita buka mulut dan bertanya, semua mata akan tertumpu kepada kita. Ia membuat kita rasa tidak selesa dan malu. Jadi, duduk di depan. Tidak perlu terlalu kuatkan suara dan pelajar di belakang tidak nampak muka orang yang bertanya. Jadi selesailah masalah malu kan? :)

Paling penting apabila mahu bertanya, pastikan apa yang mahu ditanya itu adalah sesuatu yang kita benar-benar mahu tahu. Jangan tanya sesuatu hanya kerana rasa ada kewajipan bagi bertanya. Jangan lupa juga, tanya dengan nada sopan dan merendah diri. 

Mengenai tergagap semasa berucap, saya ingin nyatakan bahawa itu adalah perkara biasa. Penceramah professional sekalipun ada tergagap dalam proses menyampaikan sesuatu. Apa yang membuat mereka berbeza ialah mereka boleh kawal semula keadaan apabila mereka tergagap.

Panjang ceritanya bagaimana mahu mengelakkan masalah gagap ini. Namun satu tip mudah dan pantas untuk kali ini, JANGAN FIKIR TENTANG GAGAP! Fikir bagaimana mahu berucap dengan lancar. Mulai hari ini, jangan tanya soalan kepada diri sendiri “macam mana nak elak gagap?” tetapi tanya “macam mana nak berucap lebih lancar?”

Saya pernah tulis di blog ini beberapa ketika dahulu, apabila kita asyik fikirkan tentang kesilapan yang dilakukan semasa berucap, kita akan lebih cenderung untuk mengulanginya. Maksudnya, kalau kita asyik teringat tentang masalah gagap semasa berucap, kita pasti akan hadapi masalah itu semasa memberi ucapan. Jadi, fikirkan sebaliknya.

Selamat berjaya B.A. :)

Salam En Osman,
Osman Affansaya menuntut di Mansoura University, Egypt dan mengambil bidang pergigian.
Masalah utama saya adalah, lectures nya semua dalam bahasa arab, jadi kami, pelajar pergigian tend to skip lectures disebabkan tak faham dengan apa yang Dr. ajar di depan. Walaubagaimanapun kami ada buku teks dalam English, untuk membantu.

Sepanjang bersekolah di Malaysia, saya dah biasa beli buku kerja banyak2, jadi untuk meningkatkan output saya, saya memang akan cuba buat sebanyak latihan dan soalan yang saya mampu.

Tetapi di Mansoura ni, ye lah, nama pun Universiti kan,
takda buku kerja! Jadi, saya rasa kekok sikit nak belajar memandangkan style saya belajar dari nak menghadapi UPSR sampailah ke SPM, berbantukan buku buku kerja.

Even di matriks dulu pun ada buku kerja.

Jadi macam mana saya nak meningkatkan output saya?

Apa yang saya buat selama belajar di sini adalah, baca notes ulang2 kali, baca buku teks ulang2 kali, dan saya cuba ingat, dan saya tulis balik, ulang2 kali.

Tulis berulang2 kali tu aje lah cara output saya di sini.

Setakat ni kami tak ada peperiksaan Mid Sem 1, jadi IQ kami semua sebenarnya belum diuji lagi. Kami punya peperiksaan 100% selepas Sem 2 habis nanti, which is our final.

Any suggestions maybe?

Osman AffanSalam. F.N.

Terima kasih kerana menghantar mesej kepada saya. Menarik soalan ini. Sangat jelas masalahnya dan sangat tepat cara penyampaiannya. Jika ditanya pendapat saya mengenai soalan ini, beginilah jawapannya. Ada beberapa perkara penting yang perlu saya sampaikan.

Pertama, jangan ‘skip lectures’. Benar, susah hendak faham malah selalunya tidak faham langsung. Namun kalau F.N. tetap hadir dan berusaha untuk faham, akan bertambah satu lagi kemahiran dalam diri F.N. iaitu kemahiran bahasa dan kemahiran memahami apa yang sedang disampaikan. Langsung tidak rugi saya percaya. Tambahan pula, jauh F.N. belajar sampai ke Egypt untuk belajar, alangkah ruginya kalau terlepas peluang berdepan dengan orang yang mempunyai ilmu.

Tambahan lagi, saya sedar kebanyakan pelajar yang ‘rajin belajar’, percaya bahawa mereka dapat belajar lebih banyak jika mereka belajar sendiri. Hakikatnya, belajar sendiri dan belajar dihadapan seorang guru adalah sangat jauh berbeza. Mesej yang disampaikan oleh seorang guru atau pensyarah bukan sahaja boleh diterima melalui bahasanya tetapi melalui gerak geri tubuhnya dan juga memek mukanya. Kita namakan perkara ini body language kan? Itu pun belum dikira berkat seorang guru yang boleh dilimpahkan kepada pelajarnya. Pendek kata, sangat besar faedah belajar dengan cara berdepan dengan guru.

Jadi, saya amat mengesyorkan F.N. hadir ke kuliah. Kuatkan penguasaan bahasa dan timbulkan rasa seronok berada di hadapan orang yang berilmu.

Kedua, kita bercerita sedikit tentang output learning. Menurut apa yang saya faham, pembelajaran output ialah di mana kita cuba keluarkan semula daripada minda kita apa yang telah dipelajari. Sebagai contoh, setelah kita habis membaca satu bab, kita tutup buku, dan sebutkan atau tuliskan semula apa yang telah kita faham atau ingat daripada pembacaan tadi. Ini dilakukan tanpa membuka buku itu semula. Aktiviti ini akan menunjukkan kepada kita sebanyak manakah kita boleh keluarkan semula apa yang baru kita pelajari.

Aktiviti ini juga menunjukkan kepada kita bahawa sebahagian besar yang kita baru baca dan pelajari tadi sebenarnya hanya singgah di memori jangka pendek sahaja. Ada lagi perkara lain yang perlu dilakukan untuk membuat kita lebih mudah keluarkan apa yang telah dipelajari daripada minda.

Osman AffanApa yang F.N. tuliskan mengenai baca berulang-ulang kali dan tulis berulang-ulang kali itu sebenarnya masih lagi cara pembelajaran input. Kita tulis dan baca berulang kali supaya ia masuk dan lekat di dalam minda kita bukan? Jadi ia masih lagi tidak melatih diri F.N. untuk ingat dengan baik atau masih lagi tidak menguatkan kebolehan F.N. bagi menjawab soalan dengan baik di dalam peperiksaan.

Jadi mari kita bincangkan bagaimana mahu meningkatkan pembelajaran output walaupun tidak ada buku kerja di sana. Sebelum itu, cuba fikirkan, buku kerja tu sebenarnya buku apa ya?

:) Mungkin ramai yang mahu menjawab soalan saya itu. Secara mudah, buku kerja selalunya penuh dengan soalan bukan? Soalan apa? Soalan mengenai topik atau subjek yang kita pelajari. Di peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar diberi kemudahan dengan adanya buku-buku sebegini. Mereka tidak perlu berfikir kerana semua soalan telah disediakan. Semakin banyak soalan mereka jawab, semakin baik keputusan peperiksaan mereka.

Namun di peringkat universiti, pelajar perlu belajar berfikir sendiri untuk menghasilkan soalan-soalan ini. Jika pelajar boleh hasilkan soalan sendiri, ia sama seperti mereka menghasilkan buku kerja mereka sendiri.

Jadi untuk F.N. saya cadangkan supaya senaraikan sebanyak soalan yang mungkin tentang topik yang sedang dipelajari. Contohnya, jika sedang membaca bab 1 (mana-mana subjek), soal diri sendiri

  • Bab ini berkenaan apa?

  • Apakah fokus utama dalam bab ini?

  • Apakah kata kunci atau isi penting dalam bab ini?

  • Fakta manakah yang penting dan mungkin disoal dalam peperiksaan nanti?

Banyak lagi soalan yang perlu disenaraikan. Jika masih buntu soalan apa yang penting dan patut difikirkan, rujuk soalan tahun-tahun lepas yang biasanya boleh didapati di perpustakaan. Mungkin F.N. boleh rujuk kepada sesiapa yang lebih tahu bagi mengetahui di mana soalan-soalan ini boleh diperolehi. Soalan-soalan lepas ini boleh membantu F.N. mendapat gambaran apakah maklumat penting yang perlu diingat dan apakah bentuk soalan yang bakal keluar. Ini akan membuat F.N. lebih bersedia dan lebih fokus semasa belajar.

Akhir sekali, jangan lupa dapatkan lagi teknik-teknik belajar yang berkesan. Perlu diingat, skor di peringkat sekolah rendah dan menengah sangat berbeza dengan skor di universiti. Saya faham benar perkara ini kerana saya sendiri pernah alami masalah yang sama. Buat masa ini, saya cadangkan F.N. baca beberapa artikel yang telah saya tulis di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm. Baca artikel yang berkenaan dengan cara mudah ingat apa yang dipelajari dan mudah ingat apa yang dibaca.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada F.N. Tidak terlewat untuk saya ucapkan tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Banggakan Agama, ibu bapa dan banggakan negara! :)

assalamualaikum..en.osman..pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah dgn kehadiran cahaya mata perempuan..saya doakan en osman sekeluarga bertambah ceria dgn kehadiran orang baru..sebelum tu saya nak memperkenalkan diri saya. nama saya SHN .saya merupakan bakal kaunselor..

Keyakinan dirisekarang ni saya sedang melakukan praktikal di kolej profesional mara bandar melaka(KPMBM).Saya selalu membaca tulisan en osman.tips-tips yang diberikan banyak membantu saya menaikkan motivasi diri. saya menghadapi masalah kurang keyakinan diri..sebagai seorang yang bakal menjadi kaunselor perasaan seperti itu tidak sepatutnya ada pada saya..saya telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasinya terutama apabila hendak bercakap dikhalayak ramai..saya betul2 takut sehingga kan tidak dapat memberikan ucapan..

suara saya juga kedengaran menggeletar..saya rasa malu dan sangat tertekan..saya malu pada pelajar-pelajar kerana mereka akan mengaggap saya sebagai kaunselor yang lemah..sedangkan saya perlu mengajar pelaja-pelajar itu suopaya mereka yakin pada diri mereka..saya betul2 tertekan..saya terfikir untuk menangguhkan praktikal ni tapi sampai bila?..saya harap en osman dapat membantu saya..tq

Osman AffanWaalaikumsalam warahmatullah. SHN, terima kasih atas ucapan dan doa buat anakanda saya Hana dan saya sekeluarga. Moga doa SHN dimakbulkan bukan sahaja untuk diri kami sekeluarga tetapi untuk SHN juga.

Entah kenapa saya rasa saya faham apa yang SHN alami sekarang ini. Mungkin kerana saya juga pernah alami masalah  yang sama. Untuk pengetahuan SHN rasa takut, gementar dan tidak yakin diri itu adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang yang NORMAL. Ini bermaksud, jika kita alami masalah itu, kita termasuk dalam kategori orang yang sihat dan normal. Jika tidak rasa takut dan gementar langsung, itu yang perlu dibimbangkan. :)

Saya ada beberapa cadangan untuk mengatasi masalah SHN sedang hadapi.

Pertama, teruskan membaca tips-tips yang ada di sini terutamanya yang telah saya kompilasikan di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm. Apa yang selalu kita baca dan fikirkan boleh membentuk corak pemikiran kita. Semakin banyak membaca tentang teknik bercakap dengan penuh yakin, semakin kita cenderung ke arah bercakap dengan keyakinan yang tinggi.

Kedua, suara yang menggeletar selalunya disebabkan ia tidak dikeluarkan dengan kuat. Saya terangkan dan tunjukkan kepada pelajar peringkat universiti di dalam program saya yang suara perlahan akan lebih mudah bergetar. Ia membuat kita kelihatan seperti tidak yakin dan takut. Apabila pendengar mendengar ucapan yang bercampur rasa takut dan tidak yakin diri, mereka mudah hilang minat dan mungkin timbul rasa untuk menambahkan lagi rasa takut kita.

Keyakinan diriJadi, hari ini, apa kata cuba berlatih kuatkan suara. Keluarkan suara dengan kuat dan tegas. Hanya dengan bercakap lebih kuat sahaja akan membuat SHN kelihatan dan kedengaran seperti seorang yang sangat yakin. Namun ingat, kuat bukan bermaksud menjerit. Bayangkan kita hendak meninggikan suara untuk memanggil seseorang. Kita mahu panggil sekua hati tetapi kita tidak mahu menjerit. Bagaimanakah bunyinya? (tip, tarik nafas sebelum keluarkan suara).

Akhir sekali, ada dua cara umum untuk manusia mengatasi rasa takutnya. Pertama ialah dengan melarikan diri dan kedua berhadapan dan bersemuka dengan apa yang ditakuti. Rasa tidak yakin bercakap di hadapan khalayak ramai adalah satu ketakutan yang perlu dihadapi dengan cara berhadapan. Kita boleh belajar teori bercakap bertahun-tahun lamanya tetapi ia tidak berguna jika kita masih tidak mampu mencabar diri kita berhadapan dengan ketakutan tersebut.

Saya cadangkan SHN cari peluang sebanyak mungkin untuk berdepan dengan rasa takut ini. Jangan bimbang jika tidak berapa berjaya pada awalnya kerana semua orang berjaya (pada satu tahap)  pernah mengalami kegagalan. Percaya atau tidak saya juga pernah tergolong dalam kategori orang yang sangat takut untuk bercakap di hadapan khalayak ramai kerana masalah lupa apa yang hendak diperkatakan, panik, tidak dapat menyusun idea dengan baik dan sebagainya.

Sekarang, ramai yang tidak percaya bahawa saya masih lagi rasa berdebar dan takut setiap kali mahu memulakan ucapan. Namun apa yang bagusnya sekarang ialah saya sudah ada pengetahuan dan pengalaman untuk mengawal rasa takut itu dan menukarkannya kepada tenaga yang membuat saya kelihatan lebih yakin dan mampu meyakinkan semasa berucap. Saya percaya SHN akan sampai ke tahap ini juga nanti.

Selamat berjaya SHN. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan di dalam hati SHN dalam usaha meningkatkan keyakinan diri dan juga dalam usaha mencapai kejayaan dalam hidup.

p/s  SHN, penggunaan huruf besar dan kecil kelihatan remah tetapi perlu dijaga semasa menghantar mesej kepada orang lain terutamanya orang yang baru dikenali. Bimbang terbawa-bawa gaya mengeja begini hingga ke alam kerjaya.

salam en osman…
sudah seminggu sy melalui sem baru-sem 6 dah…may 2011 i.allah grads… takut pula rasenya….
m sy masih tgh try2 utk adapt dgn jadual waktu kuliah sy yg agak padat tambah pula sy skrg pegang jwtan SU persatuan kursus sy….
sy masih x dpt bahagikan masa dgn baik lagi… itu yg sy rasa buat ms ini.. sy stress…
setakat ini apa yg sy cube buat adalah…


sy tdo awal.lps isyak jika x meeting persatuan dan sy cube bangun seawal 2/3 pagi… utk study… tapi sy masih rasa terkejar2 n x sempat nk siapkan keje2 sy especially My study (xcimen and all that) .. biasanya lpas je hbs kuliah, sy akan spend dlm 5-10 minit utk buat quick revision subjek yg baru je diajar.tapi still kene search lagi maklumat tmbahan utk clarify apa2 yg x clear lagi.. tp tulah masih rasa x dpt nk bahagikan masa sy sebaik2nya…. huhu.
sy ada buat checklist ttg senarai kerja yg perlu sy lakukan dlm sehari tu.. tp at the end.. ada juga yg terpksa n akan postpond (keje2 tu)..contohnya…. mandarin, katakan dlm pukul 3 sy study, then kul 5 baru sy dpt siapkan subjek tu . i mean sy nk fahamkan balik apa yg laoshi ajar, then buat short notes dan juga exercise yg laoshi bagi… pastu kdg2 x sempat NAK COVER subjek lain yg baru jugak belajar …

tambah pulak dgn xcimen2 yg lecturer2 lain bagi… sy x pndai nk bahagikan masa u cover semua subjek…. for me semua subjek yg sy amek ni tough2 belaka utk sem nih…. tambahan pulak CGPA sy msh x mantap… x lepas 3.5 pun lagi…

sy harap en osman boleh beri tunjuk ajar kepada sy ye…
agar sy boleh bahagikan masa sy sebaik2nye… bukan apa, skrg ni bila di U, priotiti sy adalah STUDY, berpersatuan.. smpai kdg2 mmg boleh dikatakan bila kat U , seminggu tu langsung xtengok tv… online je kalo nk update news… huhu. kelas rata2nya 830 pg dan berakhir 630 ptg.. if external lecturer pulak, weekend pun ada kelas

minggu awal2 ni lah sy nk adapt n susun masa sy ….. kos sy x sama dgn rakan2 lain.. kami haya ada 10 minggu masa kuliah… then 4 minggu lagi keluar ke praktikal .then balik uitm sit for exam…. rase terkejar2….skrg just tinggal 9minggu je…
stess la jugak… eustress sy tau baik utk kita… tapi distress x bagus…
segala tunjuk ajar atau guideling atau cadangan yg en osman berikan sy dahulukan dgn jazakillah… xiexei osman xiensheng

Osman AffanSalam S.H.
Terima kasih kerana menghubungi saya. Saya nampak ada kesungguhan untuk S.H. mendapatkan jawapan kepada cabaran ini. Sebab itulah saya dahulukan untuk menjawab mesej S.H. walaupun masih ada banyak lagi soalan-soalan daripada orang lain yang menanti.

Ada beberapa perkara yang ingin saya komen.

Pertama, kalau boleh jangan amalkan tidur awal dan bangun pukul 2-3 pagi. Dalam waktu tu, otak tidak cergas, masih mengantuk dan letih. Akibatnya kerja bukan boleh siap pun. Cuma lebih banyak tenaga dihabiskan untuk menghalang diri daripada tertidur.

Pengurusan masa berkesan adalah mengenai bagaimana kita boleh lakukan sesuatu dalam masa yang lebih singkat dan berkesan. Maksudnya, duduk sejam tetapi hasil kerja seperti 3 jam. Kalau buat kerja pukul 3 pagi, buat kerja 2jam, hasil mungkin macam 15 minit sahaja. Buang masa, buang tenaga dan buang semangat.

Kedua, ada satu konsep tentang flexibility. Mungkin S.H. boleh baca tips pengurusan masa yang baru saya tulis 2 minggu lepas. Ia sudah dikompilasikan di laman web saya di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm. Tajuknya 7 latihan pengurusan masa sepanjang cuti sekolah. Apa yang saya tekankan ialah memang perkara biasa kalau kita rancang untuk belajar 1 jam tetapi terlajak hingga 2 jam. Tidak perlu susah hati, itu perkara yang sangat biasa. Sesuaikan lagi masa. Cuba lagi.

Ketiga, inilah cabaran hidup di universiti. Disebabkan S.H bimbang dan mula mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini, ia menunjukkan bahawa S.H.ada keinginan yang kuat untuk berjaya. Saya ucapkan tahniah untuk itu. Entah mengapa, saya juga percaya bahawa S.H. akan pasti berjaya. Namun, biasalah, setiap kejayaan tidak datang dengan harga yang murah. Harga yang perlu dibayar bukanlah dengan wang ringgit tetapi usaha yang kuat.

Jangan bimbang terlepas menonton tv. Saya percaya S.H. tidak terlepas apa-apa sebenarnya. Baca berita atau surat khabar pun tidak begitu penting. Sekadar dapatkan apa yang terkini dan apa yang sedang berlaku. Tidak perlu baca semua berita yang sedang berlaku yang langsung tidak berkenaan dengan diri S.H.

Akhir sekali, luang masa untuk belajar teknik belajar. Belajar teknik belajar melalui buku dan seminar. Teknik belajar yang berkesan boleh membuat proses belajar lebih teratur. Paling penting, ia membuat minda kita sentiasa berfikir untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Melalui mesej begini saya tidak dapat ceritakan semuanya. Ini sekadar pendapat ringkas saya mengenai apa yang S.H. ceritakan. Mungkin S.H. boleh mulakan dengan membaca tips dan petua yang saya kongsikan di laman web saya berikan tadi.

Selamat berjaya S.H. Saya doakan agar Allah sentiasa membuka pintu hati, pintu rezeki dan pintu berkat untuk S.H. dari hari ini hinggalah hari di mana S.H. benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang sangat berjaya.

All the best!

p/s Berhati-hati dengan cara menulis kepada seseorang yang baru dikenali. Tulis dengan bahasa dan ejaan yang betul. Bimbang orang yang tidak memahami akan menilai perwatakan dan keperibadian kita melalui cara kita menulis. :)

Salam ,
Saya ada pelajar jurusan MASTER IN ACCOUNTANCY(FULL TIME)
Sir, saya mempunyai byk masalah ttg belajar nie..maklumla dh 5 tahun bekerja skrg sy amik keputusan utk further stdy.
Saya lihat kebayakan motivasi utk pelajr2 sekolah..bagaimana pulak yg di peringkat U…
saya tak tahu mcm mn org bole belajar sampai dpt A. skrg br start class…so sy mmg tersangat la takde semangat…..kdg2 takut pulak sy nak masuk class
proble:
1- saya kurang mahir bertutur english
2-sentaisa gementar bila ada presentation
 
need your advice….
 
Thanks & Best regards,
HBZ

Osman AffanSalam. HBZ, terima kasih kerana menghantar email kepada saya. Soalan ini terasa dekat benar di hati saya kerana saya dulu adalah lulusan perakaunan dan bekerja di dalam bidang perakaunan selama beberapa tahun. Saya dapat rasakan kesukaran yang HBZ rasakan sekarang apabila menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ini. Namun terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kerana berjaya buat keputusan dan berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Itu sahaja sudah merupakan satu pencapaian yang amat baik.

Saya percaya apa yang HBZ perlukan ialah teknik belajar yang berkesan. Di peringkat sekolah, kolej atau universiti, teknik belajar sangat membantu untuk kita belajar dengan lebih tenang, teratur dan berkesan. Teknik belajar yang berkesan meliputi teknik-teknik seperti bagaimana untuk menetapkan matlamat kejayaan hinggalah kepada menguasai teknik-teknik penting belajar seperti teknik memori, teknik fokus, teknik menulis nota dan juga teknik persembahan.

Satu perkara yang ingin saya utarakan, belajar teknik belajar lebih kurang sama juga macam kita belajar buat akaun untung rugi, imbangan duga, aliran tunai dan sebagainya. Kita perlu faham konsep dan kemudian praktikkan. Saya cadangkan HBZ dapatkan dan kuasai teknik belajar berkesan sebanyak mungkin. Ada dua cara utama untuk mendapatkannya.

Cara pertama ialah melalui buku dan pembacaan mengenai teknik belajar berkesan. Saya percaya di universiti ada banyak buku-buku berkenaan teknik belajar. Sebagai permulaan juga saya cadangkan HBZ baca kompilasi tips dan petua berkenaan motivasi dan teknik belajar yang saya tulis di www.OsmanAffan.com/kompilasi.htm.

Cara kedua ialah melalui kursus dan seminar. Pihak universiti selalunya ada menganjurkan kursus-kursus motivasi dan teknik belajar secara percuma untuk pelajarnya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Masalah di peringkat pengajian tinggi sebenarnya bukan pihak pengurusan tidak sediakan program teknik belajar tetapi tidak ada pelajar yang berminat untuk menghadirinya. Saya harap HBZ boleh luangkan masa untuk hadir sebanyak mungkin ke mana-mana kursus berkaitan motivasi dan teknik belajar yang berkaitan. Jangan putus asa kalau ada beberapa program tersebut yang tidak menepati kehendak dan tidak dikira sebagai berkualiti. Semakin banyak hadiri program tersebut, semakin besar peluang untuk temui program-program yang sesuai.

Dua masalah yang HBZ sebutkan itu juga saya ada tulis mengenainya di ruangan kompilasi tadi. Mulakan dengan bacaan di ruangan tersebut dahulu dan nanti Insyaallah HBZ akan mendapat lebih banyak ilham tentang bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah yang HBZ hadapi.

Selamat berjaya HBZ!

p/s Berhati-hati dengan cara menulis. Walaupun tidak ada sesiapa yang akan memeriksa ejaan dan tatabahasa, ia penting dijaga kerana boleh menggambarkan perwatakan kita. Ia lebih penting lagi dijaga apabila kita menghantar mesej atau email kepada orang yang kita tidak kenali secara peribadi.

Saya menerima email ini daripada A.I. mengenai cabaran yang dihadapinya. 

‘saya salah seorang calon yang akan menghadapi SPM tahun 2010. saya menghadapi masalah belajar di rumah mahupun di sekolah.saya berasa amat takut untuk menghadapi peperiksiaan yang kian hampir.hal ini amat mencabar saya kerana saya merupakan anak bongu dalam lapan beradik.hampir kesemua adik beradik saya berjaya melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dan ada yang sudah menamat pengajian mereka.apa yang menghimpit saya ialah cabaran dari adik beradik untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka.

yang menjadi masalah bagi saya ialah saya kurang teknik belajar yang baik untuk saya.saya cuba mempraktikkan kesemua cara yang diberikan oleh adik beradik. namun saya masih tidak boleh memaksa diri saya untuk melakukan cara-cara sebegitu.apa yang patut saya buat?saya masih mengharapkan keputusan yang cemerlang kelak.selain itu, saya menhadapi masalah ketika saya berada di asrama harian.

yang menjadi masalah saya ialah rakan saya tidak suka saya belajar lebih dari mereka.jadi bagaimanakah harus saya tangani masalah ini.saya amat mengharapkan bantuan daripada anda.saya cukup rasa tertekan.’

yang amat berharap., A.I.

Osman AffanA.I., terima kasih kerana menghantar email kepada saya. Setelah saya baca email A.I. ini saya terfikir tentang beberapa perkara.

Pertama, cabaran boleh jadi sesuatu yang baik jika dipandang daripada sudut yang betul. Jika abang-abang dan kakak-kakak mencabar A.I. untuk jadi yang terbaik, apa kata sahut cabaran mereka? Buat sesungguh hati untuk jadi yang terbaik dan paling cemerlang. Paling teruk pun yang akan berlaku ialah A.I. tewas atau tidak dapat mengalahkan prestasi adik beradik lain. Paling teruk pun akan berlaku jika tewas ialah diejek dan dijadikan bahan gurauan oleh adik beradik yang menang. Itu semua tidak boleh menjejaskan kesihatan fizikal atau mental kita jika kita kekal ceria dan berusaha untuk menyahut cabaran lain pula.

Namun, apa akan jadi kalau A.I. berjaya jadi yang terbaik dan kalahkan prestasi mereka? Hebat bukan? Apa kata dalam masa cuti sekolah yang tinggal beberapa hari ini, fikirkan, “kalau aku berjaya kalahkan prestasi adik beradik aku, apa aku nak buat nanti ya?” Lihat apa yang akan berlaku kepada sikap dan keyakinan diri jika asyik fikirkan soalan positif tersebut.

Kedua, benar, teknik belajar amat penting. Cuma perlu diingat, ada banyak jenis dan versi teknik belajar dalam dunia ini. Jika teknik belajar yang diajarkan oleh adik beradik tidak menjadi, apa kata cari teknik belajar lain dalam versi lain pula. Tambahan lagi, teknik belajar versi adik beradik pasti akan menghasilkan keputusan yang lebih kurang sama seperti mereka. A.I. mahukan keputusan yang lebih baik bukan? Jadi cari teknik belajar lain sebanyak mungkin dalam mana-mana versi yang sesuai untuk A.I. Mana tahu mungkin teknik belajar versi Osman Affan lebih menarik dan sesuai? :)

Saya cadangkan A.I. dapatkan teknik belajar daripada 2 tempat iaitu daripada buku dan kursus dan seminar teknik belajar. Buku teknik belajar senang dicari sekarang ini. Seminar dan kursus teknik belajar juga selalu dianjurkan oleh pihak sekolah. Jadi belajar teknik tersebut sebaik mungkin. Teknik belajar adalah umpama pengasah kapak yang kita gunakan untuk menebang pokok. Kalau kapak tumpul, susahlah hendak menebang dengan cepat dan berkesan. Teknik belajar yang lebih hebat pula umpama gergaji automatik berkuasa tinggi. Lebih cepat menebang, lebih senang kerja dan lebih sedikit tenaga yang digunakan. Usahakan di awal tahun 2010 ini untuk mencari semua jenis teknik belajar yang ada terutamanya yang sesuai untuk A.I. amalkan.

SmartStudy

Akhir sekali, ada pepatah yang mengatakan bahawa jika kita mahu terbang di langit bersama sang helang, kita mesti berhenti mencakar bersama ayam di tanah. Di sekolah, kita kena buat keputusan tentang kawan kita. Kalau berkawan dengan kawan yang suka mengutuk dan melemahkan semangat kita untuk belajar, apakah faedahnya di masa akan datang? Satu hari nanti 20 tahun akan datang kita tidak boleh salahkan sesiapa jika kita gagal dalam peperiksaan atau gagal dalam mencapai matlamat hidup. Jadi, pilih kawan yang boleh membantu menaikkan semangat dan usaha kita untuk menjadi yang terbaik.

Dalam masa yang sama, saya tidak kata yang A.I. perlu tinggalkan atau putuskan tali persahabatan dengan kawan yang tidak memberikan sokongan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah kurangkan masa dengan mereka dan pekakkan telinga terhadap apa yang mereka kata. Paling penting, jangan gunakan mereka sebagai alasan yang kita susah nak belajar. Kalau kita nak pergi kelas tetapi hari hujan, patutkah kita salahkan hujan jika kita tidak pergi ke kelas? Jika tidak boleh salahkan hujan, apakah yang perlu kita lakukan? Ya, pakai payung atau baju hujan. Kalau payung dan baju hujan tidak ada, saya cadangkan berlarilah di dalam hujan sambil bergelak ketawa kerana baju yang basah tidak boleh menggugat keceriaan yang ada di dalam hati kita ini.

Selamat berjaya A.I.

p/s Berhati-hati dengan cara menulis ayat. Email A.I. nampaknya tidak mengendahkan langsung tentang cara menulis seperti yang dipelajari di sekolah (huruf besar, huruf kecil dan tanda bacaan). Bimbang menjadi tabiat yang tidak boleh dilupakan hingga hari peperiksaan. Tulis dengan betul walaupun semasa menghantar sms. :)

Salam,

boleh panggil saya iza saya ada beberapa soalan

1-untuk program kecemerlangan tuk blaja atau berkaitan soal pelajaran adakah pihak tuan terfikir untuk buat yuo tube supaya snang utk smua peringkat menonton sebab saya pernah mengikuti program tuan sangt menabjubkan dan menaikkan smangat saya secara automatik

2-pada pendapat saya kadang2 student borink tuk bca dari mendengar secara online

ape yg saye tngk dari program yg saye pernah terlibat dari pihak tuan adalah tuan sangat berbakat tuk menaikkan smangat stiap org yg mengikuti program tuan

  • saya harap pendapat saya dpertimbangkan

sekian terima kasih……..

Osman AffanSalam.

Iza, terima kasih di atas email yang dihantarkan kepada saya. Terima kasih juga di atas cadangan yang diberikan. Cadangan itu sangat bernas dan bermakna buat apa yang saya lakukan selama ini.

Untuk pengetahuan Iza, sejak tahun lepas saya dan beberapa rakan ada merancang untuk melakukan perkara tersebut iaitu menjadikan bahan dalam motivasi belajar ini ke dalam bentuk audio visual. Ia pastinya lebih menarik dan memudahkan proses memahami isi kandungan blog ini.

Namun saya dan rakan-rakan ada hadapi beberapa halangan dan cabaran yang menyebabkan kami terpaksa tangguhkan perkara tersebut. Banyak isu yang perlu difikirkan apabila kami mahu masukkan isi kandungan ke dalam Youtube atau apa-apa medium yang membolehkan perkongsian saya ditonton melalui bentuk video atau audio visual.

Kami masih lagi dalam usaha untuk menjadikannya satu realiti. Insyaallah tidak lama lagi apabila ia sudah jadi kenyataan, saya akan umumkannya di sini mengenai isi kandungan motivasi belajar dijadikan dalam bentuk audio visual pula.

Terima kasih sekali lagi.

Osman Affan

Assalamualaikum encik osman..

apa khabar?

diharap kehadiran emel saya ini tidak mengganggu kesibukan urusan en.Osman.

Straight to the point, saya adalah seorang guru di sebuah sekolah swasta di Pantai Timur Malaysia. Kebiasaannya di tempat kami, sekolah swasta adalah tempat pelajar-pelajar yang kandas SPM dan STPM mengambil peperiksaan ulangan (dan selebihnya adalah pelajar-pelajar yang dibuang sekolah kerana masalah disiplin, ataupun berhenti awal dan tiba-tiba sampai seru untuk belajar semula).

Jadi, seperti yg dapat di agak, mereka adalah golongan cicir dan tiada minat untuk belajar. Jika di sekolah kerajaan, mereka dilarang merokok dan ponteng, di sini mereka bebas merokok walaupun di dalam kawasan sekolah, dan kadang-kadang meninggalkan kelas semasa kami guru-guru sedang mengajar. soal lompat pagar tidak timbul kerana mereka bebas ponteng melalui pintu utama. kadang-kadang bengkek la jugak dgn perangai tak senonoh budak-budak tak makan saman ni.. soal hormat kepada guru bukan soal pokok kerana hanya 10-15% daripada mereka betul-betul hormatkan guru dan betul-betul insaf atas kegagalan lampau.

Sebagai seorang fresh grad, saya tiada pengalaman mengajar, dan tiada latihan mengajar. jadi semuanya saya lakukan berdasarkan try and error. saya banyak membaca buku-buku motivasi dan teknik belajar, supaya saya dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Sebagai guru bahasa inggeris, cabaran agak besar buat saya kerana mereka sangat prejudis dan berminda negatif dengan bahasa inggeris itu sendiri. berbekalkan bimbingan buku, saya cuba adakan permainan kuiz di dalam kelas, wajibkan pelajar menghafal perkataan mudah (yg mana petuanya saya ambil dari blog en. Osman sendiri), banyakkan soal jawab, buat lawak dalam kelas, dan lebihkan perhatian secara individu. saya hafal nama setiap pelajar, dan setiap seorang tidak akan terlepas dari perhatian, leteran, gurauan malah pujian dari saya.

Masalahnya sekarang en. osman, mereka masih tidak minat untuk belajar! peperiksaan tinggal 4 bulan saja lagi, dan saya sudah habis daya dan mati kutu untuk membuatkan mereka minat, rajin dan akhirnya score kertas bahasa inggeris. sukatan pelajaran memang tak banyak yang saya sentuh, sebab setiap kali saya ajar mereka benda-benda yang sukar, mereka mula bising, buat lawak, berbual dan buat hal sendiri. tapi setiap kali saya menyoal makna perkataan, barulah mereka berminat.

En. Osman.. tolong saya..

NAF, Pantai Timur Malaysia

Waalaikumsalam Warahmatullah.

Osman AffanNAF, terima kasih kerana menghantar email kepada saya. Sangat menarik apa yang NAF ceritakan kerana saya rasa ini adalah pengalaman pertama saya dengar kisah daripada guru sekolah swasta. Berdasarkan cerita NAF, ada beberapa pandangan dan pendapat yang ingin saya kongsikan.

Pertama, tahniah kerana NAF ada gunakan bahan bacaan sebagai panduan untuk mengajar. Tidak perlu rasa rendah diri jika tidak ada latihan asas mengajar kerana itu bukan kunci utama untuk menjadi seorang guru hebat. Saya sendiri juga tidak ada latihan asas dan banyak gunakan teknik yang NAF gunakan juga iaitu trial and error. Namun teknik ini agak lambat untuk membuahkan hasil. Cara terbaik untuk cepat memajukan cara kita mengajar ialah dengan menggunakan pengalaman ataupun trial and error yang telah dilakukan oleh orang lain. Selalunya pengalaman ini kita boleh dapati daripada bahan bacaan, seperti yang NAF perolehi daripada membaca tulisan saya di blog.

Jika ada kesempatan, baca juga buku saya yang bertajuk Buat Duit Dengan Tuisyen kerana di dalamnya saya ada tulis beberapa prinsip, petua dan etika mengajar berkesan. Malah ada beberapa tips yang kalau diamalkan, kita akan jadi seorang guru yang hebat dan sangat menyerlah suatu hari nanti.

Kedua, ada satu pepatah Inggeris yang bermaksud, kita boleh bawa kuda kepada air tetapi kita tidak boleh memaksanya untuk minum. Ini bermaksud, di dalam konteks ini, kita boleh cuba seribu macam cara untuk membuat anak murid kita faham, ingat dan kuasai apa yang kita ajar. Namun hasil terakhir sama ada berjaya atau tidak terletak di tangan murid kita itu sendiri. Tambahan pula anak murid NAF semuanya sudah dewasa. Mereka sudah boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka lakukan.

Jadi mesej saya di sini, jika kita sudah cuba sedaya mungkin tetapi pelajar masih degil tidak mahu ikut, ingat dua perkara:

  1. Teruskan berusaha, jangan merungut dan sentiasa cari lagi pelbagai cara berlainan untuk menyampaikan apa yang hendak diajar. Hasilnya, kepakaran dan kemahiran diri kita akan meningkat.
  2. Jangan ambil hati jika pelajar tetap juga tidak mahu ikut. Apa yang mereka lakukan itu tidak ada kena mengena dengan diri kita. Its not about us. Jika guru paling pakar dalam dunia mengajar mereka sekalipun dan mereka tidak mahu terima, hasilnya pasti tetap sama. Jadi jangan sampai gelagat mereka ini melemahkan semangat NAF untuk memajukan diri sebagai seorang guru.

Ketiga, tahniah atas kelainan yang NAF lakukan di dalam kelas. Kelainan bukan sahaja boleh menarik minat pelajar malah boleh meningkatkan kebolehan kita untuk mengajar. Pada pendapat saya, sukatan pelajaran adalah sebagai panduan apa yang perlu dikuasai. Bagaimana caranya untuk ia disampaikan, banyak bergantung kepada guru itu sendiri. Jadi kalau NAF ada nampak beberapa cara yang pelajar timbul rasa minat, OLAH lagi cara tersebut agar sukatan pelajaran juga boleh disampaikan dengan cara yang sama.

Satu perkara lagi, situasi NAF ini agak rumit berbanding dengan situasi guru sekolah biasa kerana gelagat pelajar yang begitu. Tidak semua orang ada jalan penyelesaian terbaik untuk masalah NAF termasuk saya sendiri. Jadi, ini merupakan SATU PELUANG untuk NAF. Bayangkan jika NAF boleh cari jalan untuk meningkatkan minat pelajar sebegini untuk belajar Bahasa Inggeris, NAF satu hari nanti akan jadi rujukan oleh semua guru di seluruh Malaysia. Besar kemungkinan ketika itu NAF akan jadi salah seorang pakar di Malaysia yang akan sentiasa menjadi rujukan jika ada situasi mengajar begini muncul. Bukankah ini satu perkara yang sangat hebat?

Saya ucapkan selamat berjaya kepada NAF. Semoga satu hari nanti NAF pula yang akan menjadi pakar, sumber rujukan dan menjawab soalan melalui email-email begini.

salam..hi encik osman affan..
saya NA..
saya byk dgr crite mngenai encik..di tv, internet,, n xkire dimane jua pun..
well, as we  known,,, encik ni penceramah yg bagus..
saya amat menyanjungi encik..encik adalah tokoh teladan saya,,,
sy ingin bertanya sedikit..saya baru berusia 14 tahun.. saya mempunyai masalah pembelajaran..
sy susah nk fokus dlm kelas sewaktu cikgu mengajar..sy selalu terpikir pasal masalah cinta..
cinta! cinta! cinta!i hate dats encik..
biase la peringkat umur macam sy nih…memg kebanyakan remaja akan couple2 nih…
termasok la diri saya sendiri…saya cept jatuh cinta dan mudah terpengaruh dgn kawan..
sebb sy tak buleh nk focus in my study bcoz..
a) sy slaluu berangan2 dan berkhayal di dlm kelas,,,
b) sy kurang mendapt perhatian daripada parent sy.. mereka lg mengutamakn anak bongsu sy..
c) sy slaluu berfikir pasal cinta.. kalu buley sy xnk pkir pasal sume nih..
d) sy ader masalah dgn guru sy… sy tak suka mata pelajaran Kemahiran hidup..sgt membusan kn sy.. cikgu tu suka memarahi murid dan cikgu tu suka terang kn pasal sumtinx dgn membebel.. kalau cikgu tu tros membebel, sy xdpt nk focus…
e) sy slaluu gagal mataplajaran math n science..

tu je sebb2 nya… sy nk berubah.. sy nk jd insan yg bijak dan cemerlang… sy tak tahu bagaimana caranya nk mengatasi masalah2 nih..
saya harap encik boleh tlg sy…. saya akhiri dengan wasalam….

-NA-

Osman AffanAssalamualaikum Warahmatullah.

NA, terima kasih kerana menghantar email kepada saya. Panjang email yang NA tuliskan. Namun dalam banyak-banyak yang dituliskan, saya sangat-sangat tertarik dengan satu ayat pendek daripada NA iaitu ‘Saya nak berubah’.

Percaya atau tidak, kata-kata ‘saya nak berubah’ itu sahaja merupakan satu petunjuk bahawa NA ada kemampuan untuk menjadi seorang yang lebih hebat. Saya banyak menerima email daripada pelajar namun kebanyakan daripada mereka agak berat untuk berubah. Jika mereka sekarang malas, mereka tidak mahu berubah supaya lebih rajin. Kalau mereka lemah, mereka tidak sanggup berusaha lebih kuat kerana ia terlalu memenatkan. Jadi saya amat gembira mendengar ayat ‘saya nak berubah’ daripada NA.

Untuk pengetahuan NA, umur antara 13 hingga 16 adalah umur di mana remaja sedang mencari identiti mereka sendiri. Di dalam keadaan ini, remaja amat mudah mengikut apa yang dilakukan oleh kawan-kawan yang rapat dengannya. Kalau kawan-kawan kuat bercinta, mereka pun ikut timbul minat untuk bercinta. Kalau kawan-kawan malas sekolah dan suka ponteng, mereka akan turut sama.

Namun, saya percaya NA sedang mencari sesuatu yang lebih baik. Bukan apa yang biasa dilakukan oleh remaja lain.  Itu sangat menggembirakan hati saya. Hari ini saya ingin cadangkan 3 perkara kepada NA.

Pertama, lupakan semua masalah itu seketika dan ambil sekeping kertas dan pensel. Tuliskan di atas kertas itu apa sahaja yang NA mahu dapat dalam hidup. Tulis apa sahaja. Mungkin NA mahu jadi pelajar yang pandai dalam subjek Sains dan Matematik, mungkin mahu mendapat lebih perhatian daripada ibu bapa atau mungkin NA mahu ada hubungan yang baik dengan guru di sekolah. Selepas tulis, pejamkan mata seketika, dan cuba bayangkan jika ia semua menjadi kenyataan. Sangat penting, rasakan apakah perasaannya jika ia benar-benar menjadi kenyataan. Saya percaya jika itu semua tercapai, NA akan rasa lebih gembira, teruja dan mungkin lebih tenang.

Pelajar yang tidak gembira dan bermasalah selalu fikirkan dan fokuskan minda mereka kepada perkara-perkara yang membuat mereka sedih dan resah. Mereka asyik fikir yang orang sekeliling tidak sayangkan mereka dan mereka fikir seolah-olah satu dunia sedang berperang dengan mereka. Apabila pelajar yang tidak gembira ini mula fikirkan perkara-perkara yang menggembirakan, mereka terus berubah. Cadangan saya, kekalkan dalam minda perkara-perkara yang menenangkan seperti apa yang ditulis tadi. Jangan risau jika NA terfikir yang semuanya belum terjadi. Apa yang penting, minda perlu difokuskan kepada perkara yang baik.

Kedua, kegagalan yang lepas bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri sendiri. Walaupun NA kata lemah dalam subjek Maths dan Science, ia tidak bermaksud NA tidak boleh score subjek tersebut sampai bila-bila. Cara terbaik untuk mengubah perkara ini ialah dengan berjumpa dengan cikgu-cikgu yang mengajar subjek tersebut. Berterus-terang dengan mereka yang NA rasa lemah dalam subjek itu dan berazam untuk jadi lebih baik. Saya percaya cikgu yang mengajar subjek tersebut akan menyokong NA.

Ketiga, amat penting, saya cadangkan NA berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah. Saya sebenarnya tidak dapat melihat gambaran sebenar apa yang berlaku. Jadi pandangan dan pendapat saya agak terbatas. Saya percaya, jika NA jumpa dengan kaunselor sekolah, mereka akan boleh membantu dengan lebih kerana mereka boleh luangkan masa secara berdepan dengan NA. Jangan bimbang jika ada pelajar kata siapa yang jumpa kaunselor itu bermaksud dia pelajar bermasalah. Bukan itu sahaja tugas kaunselor. Kaunselor berperanan untuk membantu pelajar melihat potensi yang tersimpan dalam diri mereka dan jadi lebih hebat daripada keadaan diri mereka sekarang.

Saya doakan agar NA dikurniakan kejayaan yang cemerlang, ketenangan hati yang berpanjangan dan keberkatan dalam mencari ilmu untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Selamat berjaya NA!  

Hari ini saya membaca semula beberapa email dan soalan yang pernah saya terima melalui email dan juga blog. Satu soalan ini menarik perhatian saya. Soalan ini datangnya daripada seorang mahasiswa daripada universiti tempatan. Beliau menulis soalan ini di dalam posting saya pada awal tahun lalu tetapi saya tidak sempat membalasnya. Ini soalannya.

“saya ipta student. awal semester lalu sya tulis grade dan lekatkan kertas itu di hadapn meja sya stdy dengan harapan sya sentiasa berusaha.masalah sya skrg ialah rakan-sebilik masih tak memahami saya. sering kali bersembang dan bising dalam bilik. saya stdy dalam geram dan hasilnya keputusan sya tak capai sasaran.harap tuan dapat beri nasihat kepada saya untuk masalh seperti ini..”

Osman AffanJawapan saya: Pertama sekali, benarkan saya bahasakan diri Tuan, ‘F’. Tahniah kerana F sudah tulis matlamat dan selalu melihatnya. Saya percaya orang yang menulis matlamatnya akan sentiasa mencapai apa sahaja yang diinginkan. Namun ada satu perkara yang perlu saya terangkan di sini.

“Apabila kita mahu mencapai sesuatu, tidak semestinya orang lain mahu mencapai perkara yang sama. Jika orang lain tidak mahu mencapai perkara yang sama, jangan jadikan mereka sebagai alasan mengapa kita tidak boleh dapat apa yang kita mahukan.”

Setiap orang ada masalah mereka yang tersendiri. Dalam masalah itu pula, ada masalah yang boleh dikawal dan ada masalah yang tidak boleh dikawal. Orang-orang yang berjaya hanya mengambil tahu tentang masalah yang boleh mereka kawal. Sebagai contoh, masalah malas bangun pagi, kita boleh mengawalnya sendiri dengan tidur lebih awal dan cari sebab mengapa perlu bangun pagi. Masalah tidak faham apa yang dipelajari, kita boleh mengawalnya dengan belajar lebih mendalam atau bertanya kepada orang yang lebih tahu.

Namun, orang-orang berjaya tidak terlalu peduli dengan masalah yang tidak boleh mereka kawal kerana kalau mereka peduli bagaimana sekalipun, masalah itu tetap ada. Peduli –> ada, tidak peduli–> ada, jadi lebih baik tidak peduli kerana sekurang-kurangnya hati mereka tidak sakit dan semangat mereka tidak luntur.

Cabaran F ialah terlalu mempedulikan masalah yang tidak boleh dikawal. Kawan bersembang dan bising dalam bilik adalah masalah yang tidak boleh dikawal. Ini kerana itu juga bilik mereka dan apa juga matlamat mereka bukanlah satu isu kepada kita. Apa yang boleh dikawal ialah mungkin

  1. Berbincang dengan kawan agar tidak terlalu bising. Jika berbincang tidak berkesan, cari alternatif lain.
  2. Belajar di tempat lain seperti perpustakaan atau mana-mana tempat sesuai.
  3. Cari jalan agar tidak terganggu oleh kebisingan kawan seperti memasang Mp3 player sambil mendengar lagu perlahan dan menenangkan.

Apa yang penting, jangan harapkan kawan-kawan berubah. Kita yang perlu mengubah sesuatu. Saya dapat bayangkan belajar dalam keadaan geram dan marah. Apa yang menyedihkan, semasa kita sedang marah dan geram, kawan-kawan yang bising itu semua sedang seronok dan gembira berborak. Malah kalau mereka belajar ketika itu, mungkin mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik kerana mereka sedang belajar dalam keadaan yang seronok dan gembira.

Harapan saya, F teruskan dengan menulis matlamat. Apa kata mulai hari ini F selesaikan masalah yang boleh dikawal dan lupakan apa yang tidak boleh dikawal. Saya percaya, F akan mendapat hasil yang sangat berbeza. Selamat berjaya!

p/s Jika ada kesempatan, baca 3 posting yang saya tulis untuk pelajar universiti di sini http://www.motivasibelajar.com/index.php?s=salahkan+hujan

Ketika membuka laman Facebook saya (Osman Affan) hari ini, saya mendapat satu soalan daripada Puan Hamymuharniza berkenaan tips pengajaran berkesan. Sebenarnya saya sudah kerap kali mendapat soalan sebegini terutamanya daripada guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk memajukan cara mereka mengajar dan guru-guru yang bersemangat untuk melihat anak didik mereka berjaya. Ini adalah soalan Puan Hamymuharniza: 

Assalamualaikum….sebagai motivator yang disukai ramai, tentunya tuan mempunyai tips bagaimana untuk menyampaikan sesuatu pengajaran dengan berkesan dan bagaimana untuk menarik minat pelajar untuk tekun belajar serta membantu mereka memahami apa yang tengah diajarkan kepada meraka yang boleh dikongsikan…..sekian, terima kasih ~Hamymuharniza, Facebook~

Waalaaikumsalam. Puan, jawapan untuk soalan ini agak panjang sebenarnya.  Di dalam soalan Puan (saya telah hitamkan di dalam soalan di atas)  ini ada 3 elemen utama yang perlu difikirkan:

  1. Teknik penyampaian guru.
  2. Menarik minat pelajar.
  3. Memudahkan pelajar faham.

Bagi saya ketiga-tiga elemen ini adalah sangat berbeza dan perlu dikuasai satu persatu. Apa yang jelas, jika pelajar langsung tidak berminat mendengar seseorang guru mengajar (sedangkan mereka boleh menunjukkan minat apabila guru lain mengajar), besar kemungkinan guru ini kurang mahir dalam ketiga-tiga elemen di atas.

Saya berikan satu contoh bagaimana seorang guru kurang mahir dalam ketiga-tiga elemen ini. Bayangkan seorang guru yang masuk ke kelas tanpa sebarang alat bantu mengajar. Dia hanya berlenggang masuk ke kelas dengan sebuah buku atau beberapa keping kertas nota. Semasa mengajar pula, tidak ada interaksi dengan pelajar. Suaranya tidak berapa jelas. Semasa mengajar, tidak ada contoh-contoh menarik atau cerita yang boleh dikongsikan bersama pelajar. Akibatnya pelajar menjadi mudah bosan dan mengantuk. (Saya masih ingat lagi beberapa orang guru yang memenuhi ciri-ciri ini di zaman persekolahan dulu).

Saya sendiri tidak dapat bayangkan diri saya pergi ke program motivasi dan teknik belajar hanya berbekalkan mikrofon sahaja. Jika saya diberi hanya mikrofon, sudah tentu saya hanya boleh menarik perhatian pelajar dalam masa yang sangat singkat. Tetapi apa yang saya bawa juga ialah slide powerpoint bersama beberapa gambar-gambar dan video-video yang mampu menarik minat pelajar. Disamping itu saya berikan soalan-soalan terbuka kepada pelajar agar mereka turut serta dalam program saya. Saya juga kongsikan beberapa cerita (daripada pengalaman sendiri atau orang lain) untuk menarik minat pelajar mendengar. Bagi saya, ini semua terbukti boleh mengekalkan minat dan konsentrasi pelajar sepanjang program (beberapa perkara lain juga perlu ada untuk ini berlaku seperti dewan tidak terlalu terbuka dan tidak terlalu panas).

 

Seperti yang saya katakan, soalan ini sangat panjang penjelasannya. Persoalan ini juga yang saya cuba jawab semasa saya menjalankan program untuk lebih kurang 300 orang guru seluruh Terengganu pada November 2008 ( Boleh rujuk mengenai program ini di http://www.motivasibelajar.com/cerita/mind-based-learning-bersama-guru-guru-sekolah-menengah-seluruh-terengganu.html) dan testimoninya di www.OsmanAffan.com/testimoni.htm . Program itu berjalan selama tiga hari dan saya sempat menyentuh ketiga-tiga elemen ini.

Walau apa pun, saya ucapkan tahniah kepada Puan Hamymmuharniza kerana mengajukan soalan ini. Ini menunjukkan Puan sangat berminat untuk meningkatkan kemahiran diri. Jika semua pendidik mempunyai minat seperti Puan, saya percaya tahap penguasaan ilmu di kalangan anak didik kita di seluruh Malaysia pasti akan meningkat. Buat masa ini, saya cuma mencadangkan agar sahabat saya semua para guru melihat kepada ketiga-tiga elemen tadi dan cari jalan bagaimana ia boleh ditingkatkan lagi.

Assalamualaikum En.Osman..

Pertama sekali,eloklah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya NFS (diringkaskan oleh motivasibelajar.com), saya merupakan seorang pelajar perubatan di India. saya ada beberapa masalah yang jikalau boleh ingin mendapatkan pandangan dari en.osman. Mungkin lebih mudah kalau saya nyatakan masalah saya dalam bentuk point, agar tak banyak melalut.

1. sekarang saya berada dalam tahun 3, sejak dari tahun 2,saya mula merasakan hilang fokus,sentiasa mengantuk dalam kelas walaupun tidur cukup, rasa tidak bersemangat. saya tidak dapat mengenalpasti apakah masalah saya sebenarnya. dan untuk pengetahuan en.osman keputusan peperiksaan saya pada tahun kedua adalah cukup makan je berbanding tahun pertama yang mana saya dapat distinction. Hal ini membuatkan saya rasa down.

2. saya juga mempunyai masalah untuk mengulangkaji pelajaran. saya tercari-cari strategi yang membolehkan saya dapat menghafal n mengulangkaji suma subjek pada hari ia diajarkan.tapi sumanya gagal. kadang-kadang saya menyalahkan keadaan cuaca disini yang sejuk menyebabkan saya kerap mengantuk.tapi itu tidak benar.

3. saya mula merasakan daya ingatan saya menjadi lemah dengan peningkatan usia. walaupun saya baru berusia 22 tahun. ada sahabat saya memberi tahu,mungkin nikmat kecergasan akal yang Allah berikan selama ni ditarik balik sedikit demi sedikit. kerana sebelum ini saya tidak perlu bersusah payah untuk study atau menghafal pun saya akan boleh skor dalam exam n saya boleh menghafal suma nota untuk exam esok dalam satu ari saja.tapi kini saya rasa kelam-kabut dan tidak tahu ape yang perlu dilakukan.

4. maaf jika ada ayat-ayat saya yang sukar difahami dan email ini terlalu panjang. saya berharap masalah saya ni mendapat perhatian dari en.osman. saya ucapkan ribuan terima kasih.

Osman AffanWaalaikumsalam warahmatullah.

NFS, terima kasih kerana menghantar email dan terima kasih kerana memperkenalkan diri. Agak letih juga selama ini saya baca begitu banyak email yang saya terima daripada orang yang langsung tidak memperkenalkan diri mereka. Ini adalah maklumbalas daripada saya.

1. Rasa mengantuk boleh disebabkan cara dan masa tidur yang tidak betul. Walaupun tidur cukup, kualiti tidur perlu diambil kira. Orang yang tidur pada pukul 12 tengah malam ke atas, selalunya masih rasa letih dan penat walaupun mereka tidur selama 6 jam atau lebih. Jadi dicadangkan untuk tidur antara pukul 10 – 11 malam dan bangun awal untuk sembahyang subuh. Ini lebih menyegarkan badan. Jika boleh juga, tidur dalam keadaan yang gelap. Orang yang tidur dalam keadaan sangat gelap rasa tidurnya lebih lama. Gelap bagaimana? Gelap sampai hendak tengok tangan depan mata pun tidak nampak.

Rasa tidak bersemangat pula menunjukkan NFS sudah lupa tujuan mengapa ada di sana. Mungkin ingatan sudah semakin pudar tentang apa yang ingin dicapai setelah tamat pengajian di sana. Tuliskan semula di atas kertas apa yang NFS hendak capai dalam 5 ke 10 tahun akan datang. Bayangkan apa rasanya kalau semua yang diidamkan tercapai satu persatu. Bila dan rasa bersemangat semula, bayangkan betapa belajar dengan bersungguh-sungguh boleh membantu mencapai semua matlamat tersebut.

2. Teknik dan strategi belajar berkesan memang ada. NFS perlu cari dan baca buku berkenaan teknik memori dan pengurusan masa. Saya percaya buku-buku ini ada disediakan di perpustakaan atau boleh beli di kedai-kedai buku. Selalunya tidak cukup dengan baca satu buku sahaja. Baca 5 hingga 10 buku tentang teknik belajar dan NFS akan dapat gambaran jelas bagaimana mahu ingat dan faham dengan cepat apa yang telah dipelajari. Jangan risau tentang masa yang perlu diambil untuk membaca buku ini kerana ia umpama kita berhenti mengasah pisau. Pisau yang tumpul hanya akan melambatkan kerja.

Benar juga, tidak boleh salahkan cuaca sejuk. Jika cuaca sejuk penyebab tidak boleh fokus dan tidak boleh belajar, orang-orang Eropah pasti semua gagal dalam pendidikan. :)

3. Jika kita percaya ingatan semakin lemah, ia akan jadi kenyataan. Ingatan tidak jadi lemah mengikut usia, ia jadi lemah jika ia semakin tidak digunakan. Ingatan sama seperti otot badan. Jarang digunakan dan jarang dilatih, semakin lemah jadinya. Jadi perlu hentikan kepercayaan ini. Satu perkara lagi, strategi lama tidak boleh digunakan untuk mencapai objektif baru. Strategi lama adalah strategi untuk skor di sekolah, bukan skor di universiti. Jadi, hentikan juga strategi lama menghafal di saat akhir itu.

4. Tidak ada masalah. Saya cuma berikan pendapat dan pandangan saya sendiri. Jika berkesempatan, dapatkan khidmat nasihat kaunselor di sana.

p/s NFS perlu latih untuk menulis dengan ejaan dan tanda baca yang betul (huruf besar selepas noktah, huruf besar untuk kata nama khas). Walaupun ini hanya email, tabiat menulis dengan tanda baca tidak betul selalunya terbawa-bawa ke dalam diri. Dibimbangi satu hari nanti sukar untuk maju dalam kerjaya disebabkan perkara remeh ini.

Selamat berjaya NFS.

Assalamualaikum….En.Osman

MasalahSaya merupakan salah seorang pelajar di upm….sebenarnya saya ingin berkongsi satu masalah dengan En..dan kalau boleh saya ingin sedikit pandangan daripada En. Semasa saya mula mendaftar sebagai mahasiswa di upm pada tahun lepas saya mempunyai 3 sahabat yg paling rapat,1 lelaki,2 perempuan..semua kerja kami lakukan bersama..mereka semua amat baik kepada saya..semasa kami berada di semester 1 kami banyak membuang masa & abaikan pelajaran akibatnya..lama kelamaan saya mulai lalai dan mengikut saja kehendak mereka..saya lupa untuk belajar& mengulangkaji pelajaran..

mungkin saya dah capai matlamat saya untuk jejakkan kaki di U sebab itulah saya banyak membuang masa..berbeza sangat semasa saya berada d sekolah dahulu belajar bagai nak rak sebab niat di hati nak masuk universiti…1 tahun saya berkawan dgn mreka telah menjadikan diri saya orang lain..saya rasa saya bukan lagi diri saya yang dahulu sebelum menjejakkan kaki di U…saya terpaksa menjadi orang lain untuk menjaga hati kawan2 saya..kalau saya tidak mengikut kehendak mereka, mereka akan pulaukan saya…

saya ikut jer kehendak mereka kerana saya takut kehilangan kawan…disebabkan kawan pointer saya untuk sem 2 jatuh…saya sedih sangat kerana saya telah mengecewakan harapan ma &abah saya…..sekarang saya berada di tahun 2…saya cuba mengelak daripada kawan saya….tapi mereka kata saya pentingkn diri…dalam masa yang sama saya tak tahu macam mana nak selesaikan masalah saya…kawan2 yang lain dah cop kami 4 orng ni adalah satu sahabat yg sejati tapi dalam masa yang sama mereka tidak tahu masalah saya..saya mula menjauhkan diri daripada mereka..kerana bagi saya tindakan ini amat memberi keselesaan kepada saya & saya mula kenal diri saya yang dahulu…

apabila kawan lain perasan yang saya tak join lagi dengan diorang..ramai la yang bertanya kenapa? Saya tak tahu nk jawab ape? Saya masih anggap diaorang kawan & saya masih bertegur sapa dengan mereka tapi mereka macam tak nak bercakap dengan saya….betulkah saya pentingkan diri?Patutkah saya menjauhkan diri dari mereka untuk menjadi diri saya yang sebenar? Apa  yg patut saya buat sekarang? ~NA~

Osman AffanWaalaikumsalam warahmatullah.

NA, nasihat utama saya seperti biasa ialah dapatkan khidmat kaunselor supaya NA dapat lihat jalan penyelesaian yang mungkin lebih baik dan jelas. Dalam masa yang sama, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan.

Pertama, kawan adalah penting. Kawan yang baik boleh membantu seseorang mencapai kejayaan yang mungkin sukar diperolehi jika diusahakan seorang diri. Namun NA kena ingat, bukan semua kawan mempunyai ciri-ciri begitu. Saya selalu kongsikan bersama pelajar tentang kawan yang sifat mereka seperti sauh kapal. Mereka tenggelam semakin jauh ke dalam laut dan mahu kita turut tenggelam sama.

Tidak perlu risau jika hilang kawan seperti sauh ini. Seumur hidup, ada begitu banyak peluang untuk bertemu kawan baru. Ini bukan bermaksud perhubungan dengan sahabat tadi perlu diputuskan. Ia bermaksud, teruskan dengan usaha mencapai apa yang mahu dicapai dan jangan bimbang jika kawan-kawan itu tidak setuju. Satu hari nanti jika NA gagal dan kecewa kerana tidak dapat apa yang dihajatkan, kawan-kawan begini tidak dapat janjikan apa-apa.

Kedua, berhenti melihat menuding jari kepada kawan di atas kegagalan diri. Saya faham ada kawan-kawan yang mempengaruhi NA untuk malas belajar. Memang senang untuk salahkan mereka. Tetapi perlu ingat, kita perlu salahkan diri sendiri kerana jika kita tidak mahu malas, tidak ada sesiapa pun yang boleh mempengaruhi kita. Lagipun, selagi kita rasa ada orang yang menyebabkan kegagalan kita, kita akan sentiasa sakit hati dan marah. Perasaan itu langsung tidak akan membantu membawa kita ke arah kejayaan. Tambahan pula, perasaan itu akan menutup mata hati dan fikiran kita untuk melihat jalan penyelesaian.

Salahkan diri sendiri pula tidak bermaksud perlu bersedih, menangis atau menyendiri. Lebih baik jika kita menyalahkan diri sendiri dengan mengakui kesilapan diri dan cari jalan untuk mengubahnya sekarang juga!

Matlamat dan cita-citaAkhir sekali, jangan terlalu risau tentang apa orang kata. Orang memang suka berkata-kata. :) Buat baik orang kata, buat jahat lagilah orang kata. Lebih baik fokus kepada apa yang nak dicapai. Tuliskan semula apa yang nak dicapai sebelum sesi pembelajaran di UPM berakhir. Bayangkan bagaimana rasanya kalau semua yang ditulis itu berjaya dicapai. Ini lebih mampu menaikkan semangat untuk terus berusaha.

Jika tidak keberatan, teruskan membaca apa yang saya kongsikan di blog ini. Mulai minggu depan saya akan tulis mengenai situasi pembelajaran pelajar-pelajar di universiti.

Selamat berjaya!

ika: assalamualaikum tuan osman, semoga tuan siht ceria dgn semangt yg membara, lama dh x msuk sni, tuan mcmana cara nk mulakan sesuatu perkara @ kerja dari awal, sy ni suka last minute lg2 time nk exam @sbmt asgmnt, tp hujung2 tu la yg byk idea nk buat, apa step pertama sy perlu lakukn nk berubah sbab sy rse buat kerja last minute ni danger klu dteruskan, tolong lah sy… semoga tuan sentiasa dalam keredhaan dan kerahmatanNYA…

Osman AffanWaalaikumsalam Ika. Semoga Ika juga dalam keadaan sihat dan dilindungi rahmat Allah sentiasa.

Saya rasa saya faham situasi Ika mengenai idea yang datang mencurah-curah menjelang tarikh akhir atau ‘last minute’. Bukan sahaja Ika yang mengalami masalah itu, malah hampir semua pelajar yang saya temui mengadu masalah tersebut. Lebih menarik lagi, saya juga hadapi masalah tersebut semasa bergelar seorang mahasiswa satu ketika dulu.

Saya ada cadangan berdasarkan apa yang pernah saya pelajari daripada beberapa buah buku dan program pembangunan diri yang saya hadiri dulu.

Langkah pertama – Senaraikan semua kerja atau assignment yang patut diselesaikan bersama dengan tarikh akhirnya (dateline). Untuk setiap kerja, senaraikan juga kerja-kerja kecil yang perlu turut sama dilakukan. Contohnya jika kerja itu assignment ekonomi, kerja-kerja sampingan ialah pergi ke perpustakaan untuk pinjam buku, temujanji dengan pensyarah atau mungkin ada perbincangan dalam kumpulan.

Eat that frogLangkah kedua – Gunakan tips daripada Brian Tracy yang berbunyi ‘Eat that frog’. Hehe… bukan maksudnya kalau nak siapkan kerja kena makan katak. Tips itu menyuruh kita menyiapkan kerja yang paling kita tidak suka dahulu. Selalunya pelajar akan pilih buat kerja yang mereka suka dulu. Akibatnya, mereka hilang tenaga dan tidak bersemangat untuk memulakan kerja-kerja yang lebih sukar. Akibatnya juga, kerja-kerja itu tertangguh hingga ke tahap ia tidak boleh ditangguhkan lagi. Apabila kita buat kerja yang kita tidak suka dahulu, tenaga kita masih banyak ketika itu. Jadi lebih mudah fokus. Kemudian setelah selesai kita akan terfikir, kalau kerja paling susah pun aku dah boleh selesaikan, ini kan pula kerja yang lebih senang.

Langkah ketiga – Kerja yang dipilih untuk dibuat itu pula dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil. Bayangkan jika Ika perlu makan sebiji kek dengan sekali suap, boleh tak agaknya? Macam mana nak makan keseluruhan kek itu? Ya, tentu Ika potong ke bahagian kecil bukan? Berapa kecil? Potong 2? 4? 8? Atau 16? Jawapannya, potong mengikut saiz mulut yang hendak disuapkan kek itu. Katakanlah ada orang yang mulutnya besar, potong 2 pun mungkin sudah cukup agaknya. :)

Teknik memecahkan kerja kepada bahagian kecil ini dinamakan ‘Chunking’. Apabila jumlah kerja itu kecil, ia nampak mudah dilakukan dan tidak menakutkan. Hasilnya, Ika tidak akan teragak-agak untuk memulakannya.

Disiplin diriLangkah keempat – Jika boleh, cari satu masa khas setiap hari untuk melakukan kerja tersebut. Katakan Ika pilih pukul 8.30 malam untuk buat kerja, setiap pukul 8.30 malam, duduk danbuat kerja. Jangan fikir apa-apa lagi. Jadikan ia satu rutin yang tidak perlu difikirkan lagi. Sama seperti menggosok gigi di waktu pagi. Adakah kita bangun setiap pagi dan fikir, “pagi ni aku nak gosok gigi ke tidak ye?”. Kemudian terus berfikir lagi, “Kalau gosok gigi, nanti gigi aku cantik dan bersih. Kalau tak gosok, nanti rosak. Ishh… nak gosok ke tidak ni?”

Saya percaya kita tidak berfikir begitu. :)

Langkah kelima – Langkah paling penting, setiap kali lepas sembahyang dan berdoa, doakan agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk melawan nafsu malas dan godaan-godaan yang cuba menjauhkan kita daripada matlamat yang kejar selama ini. Semasa berdoa pula, bayangkan bagaimana rupa dan keadaan kita kalau kita adalah seseorang yang sangat berdisiplin dan rajin menjalankan tanggungjawab tepat pada masanya.

Semoga cadangan ini dapat membantu Ika. Jangan lupa cari dan tanya pendapat orang lain juga terutamanya orang-orang yang berpengetahuan dan berpengalaman seperti pensyarah atau mungkin juga rakan sebaya. Selamat berjaya Ika! :)

Next Page »