Jawapan


arryani: kedua anak lelaki saya tidak meminati Bahasa Melayu.Mereka lebih cenderung meminati sains dan maths.Kenapa boleh terjadi dmkian

arryani: utk pngtahuan Sdr. anak saya pernah mndpt mrkah tertinggi dlm subjek tersbut, tetapi hnya cukup2 mkn dalam sbjek b melayu.Tlg bg sdikit tips memupuk mnat thdap BM

Osman AffanPuan Arryani, saya rasa, tidak ada peliknya jika anak Puan minat subjek Sains dan Maths dan tidak minat subjek bahasa. Semua orang ada kecenderungan masing-masing. Contohnya, main video game sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak tetapi bukan semua kanak-kanak minat main video games. Sama seperti kenyataan bahawa kebanyakan orang lelaki minat tengok bola tetapi bukan semua orang lelaki minat tengok bola.

Menurut pengalaman saya sendiri menguruskan pusat tuisyen, saya lihat majoriti pelajar yang minat subjek sains dan maths selalunya tidak minat subjek-subjek bahasa. Ini jelas kerana subjek bahasa dan sains adalah dua kategori berbeza. Pelajar yang minat sains jarang meminati sajak atau puisi. Pelajar yang minat sastera dan drama pula jarang meminati tabung uji atau formula matematik. Jadi, Puan tidak perlu terlalu risau mengenai perkara ini.

Cuma, apa yang boleh dilakukan ialah buat beberapa perkara untuk menguatkan subjek bahasa anak Puan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pelajar yang lemah subjek bahasa selalunya lemah dalam 2 perkara iaitu

  • Perbendaharaan kata (vocabulary)
  • Tatabahasa

Akibat kelemahan ini, mereka tidak pandai membentuk atau membina ayat-ayat pendek yang mudah. Apabila tidak pandai membina ayat, mereka akan lemah dalam subjek karangan.

Ada dua cadangan yang biasa saya berikan kepada ibu bapa yang bertemu dengan saya.

  1. Luangkan masa dengan anak-anak ini membaca buku-buku dalam bahasa yang ingin dikuasai. Sambil membaca, galakkan anak-anak bertanya perkataan yang mereka kurang faham maksudnya. Jangan terkejut jika ada pelajar tahun lima yang tidak tahu apa itu ‘sofa’ atau apa itu ‘saku’. Selalunya juga anak-anak yang lemah subjek bahasa tidak akan mahu membaca buku dalam bahasa tersebut. Jadi cari buku atau majalah yang kena dengan minat mereka. Mungkin buku atau majalah tentang kereta. Mungkin buku tentang peralatan moden seperti teknologi handphone dan alat muzik terbaru. Bawa mereka ke kedai buku dan lihat ke bahagian mana mereka pergi. Tidak perlu terlalu risau jika apa yang dibaca itu tidak ada kena mengena dengan subjek sekolah kerana matlamat utama sekarang ini ialah mahu memupuk minat membaca dalam bahasa yang dia lemah.
  2. Latih anak-anak menulis karangan setiap hari. Karangan tidak bermaksud menulis hingga 50 atau 150 patah perkataan. Cukup dengan beberapa ayat lengkap setiap hari. Ini akan meningkatkan kecekapan menulis dan mengingat perbendaharaan kata yang sudah ada. Jika anak perempuan, mungkin boleh ajar menulis diari.

Pesanan terakhir saya mengenai perkara ini, Puan perlu rujuk guru sekolahnya. Guru yang mengajar subjek lebih cekap memberikan pandangan dan cadangan untuk perkara sebegini. Saya cuma berikan pendapat melalui pengalaman saya. Dapatkan juga maklumat dan pandangan daripada guru-guru di sekolah atau guru-guru tuisyen (jika ada).

Saya doakan kejayaan buat anak-anak Puan Arryani. :)

Osman Affaniqbal: assalamualaikum cikgu osman,saya tahun ni menduduki spm,saya nak minta panduan cikgu bagaimana nak ulangkaji pelajaran dengan berkesan?

Waalaikumsalam w.b.t. Iqbal, seperti yang saya katakan, agak panjang ceritanya. Saya cadangkan Iqbal dapatkan buku berkenaan persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan juga buku-buku tentang teknik belajar. Namun di sini saya ingin berikan sedikit tips untuk Iqbal. Saya kalau orang bertanya dengan baik dan sopan ni, rasa tak sedap pula kalau tak jawab dengan baik juga. :)

Ada 5 langkah yang saya mahu Iqbal ambil.

Langkah pertama – Ambil sekeping kertas, senaraikan semua subjek yang Iqbal ambil. Tuliskan gred yang biasa dapat dan gred yang Iqbal mahu dapat dalam peperiksaan sebenar nanti. (Tulis seperti jadual yang disediakan di bawah)

SmartStudy

Langkah kedua – Kenalpasti mana-mana subjek yang yang gred sekarang dan gred matlamat agak jauh berbeza. Subjek-subjek ini perlu diberi keutamaan untuk dipelajari semula dan diulangkaji.

SmartStudy

Langkah ketiga – Untuk subjek-subjek yang perlu diberi keutamaan ini, senaraikan pula semua topik-topiknya. Kemudian kenal pasti topik mana yang Iqbal rasa paling lemah.

Langkah keempat – Antara senarai topik  paling lemah ini, pilih topik yang paling pendek dahulu untuk dikuasai. Apabila kita mulakan dengan topik yang paling pendek, ia kelihatan seperti yang paling senang. Jadi keyakinan diri akan jadi tinggi sedikit. Ia membuat proses pembelajaran menjadi lebih mudah.

Langkah kelima – Belajar topik-topik itu semasa Iqbal paling aktif dan bertenaga. Begini. Selalunya pelajar suka belajar subjek yang mereka suka apabila ada masa terluang. Jadi subjek yang lemah akan ditinggalkan. Jika belajar subjek yang lemah pun mungkin selepas belajar subjek yang mereka suka. Ini akan membuat pelajar ini rasa letih dan penat semasa mahu mula belajar subjek yang lemah itu. Jadi, kali ini, apabila ada masa terluang dan ketika minda dan fizikal Iqbal masih cergas, belajar subjek yang dirasakan lemah tadi.

Selamat berjaya Iqbal. Teruskan membaca tips dan petua yang saya kongsikan di sini. Semoga sedikit sebanyak ia akan memberi ilham dan panduan bagaimana Iqbal boleh belajar dan mengulangkaji dengan berkesan. :)

Osman Affanummiadam: Saudara Osman Affan, anak saya amat lemah dlm matapelajaran matematik, bagaimana saya nak membantu anak saya dll subjek matematik ini?

Osman Affan: Puan Ummi, anak Puan sekolah rendah ke menengah?

ummiadam: Salam, anak saya di sekolah rendah, tahun 5 & tahun 4. Harap saudara ada tip & cara2 bagi saya membantu anak-anak saya. Dalam matapelajaran lain di orang agak bagus.Cuma matematik sahaja.

Puan Ummi, mengikut pengalaman saya, pelajar tahun 4 & 5 yang lemah matematik selalunya disebabkan 2 perkara utama.

  1. Belum cekap operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Maksud saya, kalau kita beri latihan mudah operasi ini semua, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikannya berbanding pelajar biasa.
  2. Lemah sifir. Kalau sifir tidak boleh dibaca dengan lancar dan yakin, banyak masalah akan timbul. Hafal sifir yang saya maksudkan ialah apabila tanya sahaja 7 x 8, mereka terus tahu jawapannya 56. Tidak perlu termenung, mengira dengan jari atau mengira menggunakan pensil dan kertas. Mereka perlu cekap sifir 1 hingga 12.

Cadangan saya,

  1. Bantu anak Puan hafal sifir dulu. Setiap hari pun tidak mengapa. Biar mereka benar-benar cekap dan yakin bila berdepan dengan soalan sifir. Suruh mereka baca sifir dan puan dengar. Kemudian, Puan tanya soalan secara rambang. 6 x 4 berapa? 7 x 11 berapa? 9 x 9 berapa?
  2. Matematik adalah subjek yang patut dikuasai dengan latihan. Jika anak-anak puan masih lemah dalam operasi asas, apa kata dapatkan buku-buku latihan matematik tahun 1,2 atau 3 dan suruh mereka buat latihan sebanyak mungkin. Apa yang perlu dicapai ialah mereka perlu berjaya membuat latihan operasi asas dalam masa yang singkat. Jadi, lihat berapa lama masa yang mereka ambil untuk setiap soalan. Jika masa yangdiambil semakin singkat, maknanya mereka sudah semakin maju.

Harapnya mereka dapat kuasai 2 perkara ini sebelum memasuki tahun 6. Ini kerana tanpa dua asas ini, Matematik tahun 6 akan menjadi sangat sukar bagi mereka nanti. Selamat mencuba Puan. :)

Osman Affanwani: bile bwt presentasi saya asyik b’peluh..cmne nak elakkan situasi ni??

Wani, itu perkara biasa terutamanya tempat kita buat presentation tu panas atau kita pakai baju terlalu tebal. :) Susah nak elakkan tu.

khai: salam….mcm mane ah sy nak latih diri sy spaya rjin…saya duk kat asrama…time duk asrama rjin je buka buku…tp time duk umah nie len ah…mcm mane nak baiki tue…tlg erk..sape2 leh bg cdngan …

Khai, susah nak cerita tentang disiplin diri ni. Kalau ada sesuatu yang betul-betul nak dicapai, kesungguhan dan disiplin diri tu pasti datang sendiri. Persoalannya, apa yang nak dicapai?

najeehah: slm en. osman..sy suka sgt tlong kwn..tp kadang2 sy terlebih tlong sehinggakan memakan diri sndiri..apa yg patut sy lakukan?klaw x tlong mereka kcik hati pulak..

Najeehah, kalau jemput tetamu datang kerumah, ada batasnya. Tak boleh bagi tetamu masuk dalam bilik tidur dan pijak-pijak katil kita dengan kasut yang kotor. Nak tolong kawan pun sama juga, ada batasnya. Kalau menolong hingga menyusahkan diri, nanti jadi tak ikhlas pula. Boleh tolak dengan baik. Kalau kawan masih kecil hati, tak boleh dikategorikan sebagai kawan lah tu. :)

seha: salam encik osman.nk mintak pndpt ni..sy ni agk lemh dlm sbjk mt+.d’sbbkn sy lmh dlm sbjek ni,sy ambil kputusan utk join seminar math tmbah.tp sy rsau lh…sy risau nnt ble dh prgi..x berbaloi @ rse mmbzir je sbb sy x dpt kuasai spnuh ny ap y d’ajr pd mse 2..pd pndapt tn,ptut ke x sy prgi..??

Seha, mungkin jawapan saya ni dah terlambat. Tetapi masih boleh digunakan untuk masa akan datang. Kalau kita asyik rasa membazir untuk pergi ke majlis ilmu, kita akan kekal tidak berilmu hingga ke akhir hayat. Belajar di seminar atau kursus memnag ada banyak maklumat yang kita akan lupa tetapi apa yang kekal dalam ingatan akan membantu kita. Kena ingat, pergi kursus atau mana-mana majlis ilmu bukan macam buat kek, masukkan adunan ke dalam oven, keluar terus jadi kek. Maksudnya, bukan pergi satu kursus atau seminar terus jadi pandai. Masih banyak perlu diusahakan kalau jauh ketinggalan. Jadi harapan saya Seha tak berfikir tentang berbaloi atau tidak bila hendak menghadiri mana-mana majlis ilmu. :)

yati2708: nak tny bile lagi kursus motivasi utk bdk2 UPSR?

Maaf juga Yati, mungkin sudah terlambat jawapan ini. Buat masa ini belum ada tarikh lagi yang boleh saya berikan. Jadual saya agak ketat hingga bulan Ogos ini. Apabila sudah ada tarikh baru nanti saya akan umumkan. :)

arryani: Assalammualaikum. Saya perlukan sedikit pandangan.Anak saya secara tiba2 mnjadi hilang semangat untuk belajar selepas gagal memasuki kelas A.bagaimana untuk mengembalikan keyakinan dirinya.Terima ksih

Arryani, saya cadangkan luangkan masa berbual-bual dengannya dan selalu ungkit semula kejayaan dan kehebatannya pada waktu lepas. Ini sekadar untuk mengingatkan dia kembali akan kemampuan dirinya yang hebat. Disamping itu, beritahu dia bahawa kejayaan bukan datang daripada kelas A sahaja. Malah, pelajar kelas A bukan dijamin mencapai kejayaan. Yang lebih penting, dia mahu capai kejayaan atau tidak. Suruh dia bayangkan kalau dia berjaya dengan cemerlang. Kawan-kawan akan mengatakan ‘Wah…. tak duduk kelas A pun boleh cemerlang. Kalau duduk kelas agaknya macam mana dia punya cemerlang tu.’ :) (Sekadar cadangan sahaja)

mawarputeri: saya inginkan teknik-teknik menjawab solan matematik kertas 2 untuk sekolah rendah dan menengah.boleh bantu saya?

Mawar, maaf, saya tidak boleh bantu.

kudin: Akum! saya ingin bertanya kepada tuan bagaimanakah caranya saya hendak menguasai matematik dengan mudah. Dan menjadikan matematik sebagai subjek kegemaran saya.

Kudin, menguasai boleh, dengan mudah saya tidak pasti. Apa kata mulakan dengan buat 30 soalan sehari. Bila dah buat 30 soalan sehari, kecekapan akan meningkat dan gred akan jadi lebih baik. Secara automatik subjek ini akan jadi subjek kegemaran.

yaya: macamane saye nak motivasikan diri saya untuk bsemangat belajar? mcmane nk elakkan dri pekare2 kecil ganggu konsentrasi saye?? Saye akan ambil SPM thun 2008 ni.. harap sgt tuan dpt bantu sy…..;(

Yaya, sebagai permulaan, apa kata download dan baca ebook 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan. Selamat berjaya. :)

zulyunus: salam usman affan…saya turut teruja dan termotivasi daripada laman ini. teruskan menulis dan berusaha membina anak-anak bangsa dan agama. selamat bekerja!

Zulyunus, terima kasih. :)

asmaa: Salam. Cikgu …Terima kasih atas banyak ilmu yang cikgu berikan di poogram motivasi di UTHM..Alhamdullilah stlah gunakan teknik cikgu saya berasa yakin untuk mendapatkan 5A dalam UPSR ini..T.Q

Asmaa, apa khabar. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Cikgu juga doakan agar Asmaa akan capai 5A seperti yang diidam-idamkan. :)

Osman AffanTerima kasih kepada yang telah bertanya. Saya akan jawab beberapa soalan yang telah diberikan. Agak lama masa yang saya ambil untuk menjawab soalan-soalan ini memandangkan kesibukan dan kepadatan jadual program saya sejak kebelakangan ini. Terima kasih juga kerana sudi menunggu.

nasiha91: assalamualaikum,en.osman..sy ingin m’minta tips @ pndgan anda m’genai mslh dgn kwn sekelas..mslh nie bkn hnye d’alami o sy seorng,mlh rkn2 sekelas yg len.. ..kreny sy m’wkili rkn2 sekels ….kami tau mslh sprt ni rse ny x ptut ad dlm usia kami y dh 17 bkn 7 lg…tp dh mcm2 cre sy & rkn2 bt utk cbe ubah sikp 2 org rkan ni,dr cra baik(ats cdangan gru knselnghingga lh cre y x brape nk baik(mklum lh remaje..hehehe) .mrk b’2 ni(si S & Z) bleh lh dikatekn best student coz dpt result y cmrlng dlm stiap exm..mslh ny..S n Z ni ad sikap..penting kn dri,x nk share ap2 ilmu y dieorg dpt dr ckgu kt kmi smue..klu mnta tunjk ajr,ad shj alsn mrk..mrk pn ad sikp ske b’pura2..dpn kteorg nmpk baik,tp kt blakang.,Tuhan sjh y tau..sy bkn nk cter k’brukn die ni..tp S &z ni memg kuat bodek @ m;ampu ckgu2..ingt lg mse exm akhir thn lps..mse 2 result add math dieorng ni dpt 9G..ap lg dieogr ni pn mnta lh ckgu past kn mrk…rkn2 y len pn ad y fail jgk,tp x da lh smpai nk pjuk2 ckgu naik kn mrkh dieorg..klu spm y sbnar nnt klu dpt 9G,mcm lh bleh bodek2 pnande utk pepr add mt 2..ad rkn2 sy y m’nangis dsbbkn mrk br’2 ni..mse awl2 thn dlu ad plntikan ajk t’tinggi utk kelab& prsatuan..,si S ni tnjk kn lh reaksi y kurng m’nyenangkan coz x m’jdi plihan plajr2 len..y jd plhn 2…A,rkn skels sy jgk..mnelh die ni x jd plihn,dh ad sikp pmimpin,pndai lg,seng cerita,mrk b’2 ni iri hati..,gile kuase pn ye,mne x ny,dh ad jwtn ,tp b’mslh jgk nk jln kn tugas.. nk cri glamour je kot..hingga 1 thp 2 mrk b’2 ni d’PULAUKN..xx kre lh plajr llki@prmpuan,smue x b’rape suke gan S & Z ni..sy pn x smpai ati nk bt mcm 2,sbb dpn kte smue die mnpk baik..S & z ni pn suke gne kn kwn2 utk kpntingn mrk..erm… byk lg lh cter psl mrk…x tau nk bt pe lg…hrp tuan dpt lh bagi ap2 cdgan utk ubh si S & Z nie…TQ..salam…

Nasiha, panjang juga ceritanya. Banyak juga bahagian yang saya susah nak faham sebab banyak guna perkataan ringkas. Kurangkan guna perkataan ringkas begitu jika menulis mesej kepada seseorang ye. Mungkin boleh gunakan email untuk bertanya jika rasa chatbox tu terlalu kecil. :)

Pendapat saya….. hmmm… ini pendapat saya saja, Nasiha boleh dapatkan pendapat orang lain. Pada pendapat saya, tak perlu susah-susah untuk fikir bagaimana nak ubah perangai orang lain. Perangai orang lain selalunya macam cuaca, kita tidak boleh ubah. Bila kita asyik susah hati atau sakit hati sebab tidak boleh ubah perangai orang lain, prestasi dan fokus kita kepada pelajaran juga akan merosot nanti.

Di dalam Islam, kita diajar untuk mendoakan kesejahteraan kepada orang yang menyakiti diri kita. Doakan agar dia diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah S.W.T. Saya dapat rasa banyak kebencian dalam tulisan Nasiha mengenai S & Z ni. Bila ada rasa benci kepada seseorang, orang tersebut tidak dapat merasakannya, jadi mereka kekal hidup bahagia. Bagi yang membenci pula, wujud rasa panas dan sakit dalam hati. Akibatnya, sakit hati sorang-sorang. :)

Nasihat saya yang terakhir, Nasiha dan kawan-kawan lain patut fokuskan minda kepada apa yang ingin dicapai. Walaupun bunyinya macam ramai tak suka S&Z, mereka tetap cemerlang kan? Mungkin ini kerana mereka tak kacau orang lain dan fokus hanya kepada apa yang mereka inginkan. Sebab itu juga mereka berusaha meminta cikgu luluskan mereka. Semoga pendapat ringkas saya dapat memberi satu perspektif baru walaupun mungkin bukan ini jawapan yang Nasiha harapkan. Selamat berjaya Nasiha. :_

sheqa: macam mana nak tingkatkan minat untuk belajar walaupun mata pelajaran itu tidak saya minati…

Sheqa, minat boleh timbul melalui beberapa perkara.

  1. Tahu kenapa perlu belajar mata pelajaran itu dan kenapa mata pelajaran itu penting untuk masa depan.
  2. Tahu bagaimana cara untuk cemerlang dalam mata pelajaran itu.

Cuba fikirkan tentang perkara pertama. Mengenai perkara kedua, pelajari teknik belajar berkesan yang berkenaan dengan mata pelajaran yang tak suka tu. Mungkin bila dah ada teknik belajar betul, Sheqa dapat skor mata pelajaran tu dan minat akan timbul dengan sendirinya. :)

MIRA: EN OSMAN KLU BLH SAYE BUAT CADANGAN UNTUK EN OSMAN BUAT MOTIVASI UNTUK IBU BAPA DI SK BANDAR SERI ALAM 1, BLH X?

Mira, boleh, tidak ada masalah.  :)

plaja form 3: assalamualaikum en. osman….sy boleh blaja dan memahami pelajaran math diajar oleh guru…tetapi bila exam..keputusan sy merudum…susah nk hafal formula…camner nk selesaikan masalah ne??

Waalaikumsalam. Saya cadangkan baca tips dan teknik belajar dalam kompilasi tips dan petua.Baca artikel tentang teknik menghafal ye. Selamat membaca. :)

sheqa: cam mane nak meningkatkan keyakinan diri kita untuk berdepan dengan org ramai misalnya ketika berpidato atau bersajak??

sheqa: cam mane supaya saya dapat mengikuti jadual belajar sebab sy sekarang malassss sgt nak buat kerja sekolah n study….

Sheqa, baca tips bercakap di khalayak ramai dan teknik pengurusan masa dalam kompilasi tips dan petua. :)

3kaa:sy kdg2 ada mood nak blaja tp kesungguhn sy utk blaja tiada,bolehkah En. mmberikn sy bbrpa tips2 utk mngani masalah sy ini…

3kaa, tidak ada kesungguhan selalu disebabkan tidak ada matlamat. Apa matlamat 3kaa? Ada tak sesuatu yang nak dicapai dalam masa 1 hingga 10 tahun akan datang? Kalau ada, apa yang sanggup 3kaa lakukan untuk capai matlamat tersebut? Kalau sanggup, tidak ada masalah, boleh capai. Kalau tak sanggup, tidak ada sesiapa yang boleh menolong. :)

SAM: ASLKUM.En camne kite nk blaja dlm mse yg sngkt tnpa menghdap nota yg berjela.

Waalaikumsalam. Sam, belajar teknik memori dan hasilkan nota yang ringkas. :)

lina: en osman sudi beri seminar sehari kpd guru sek. men? berapa bayaran dan apakah tajuk yg pernah disampaikan?

Lina, tidak ada masalah untuk berikan seminar kepada guru. Boleh hubungi staf saya, En Arif untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih.

yana: hey..apa khanbar saya nk tnye saya di form 4,mcm mana nk buat persediaan awal utk spm nnt

Hmm… mulakan dengan ‘hey’….. tak berapa sesuai kan Yana? Mengenai persediaan, saya cadangkan Yana baca semua tips tentang pengurusan masa dan memori di ruangan kompilasi tips dan petua.

sue: Askum, tlg beri contoh jadual belajar di rumah sewaktu cuti sekolah, harap sgt dgn bantuan encik.Terima kasih.

Waalaikumsalam. Sue, maaf, saya tidak ada contoh itu.

ahmad: Mad:saya nak tanya macam mana nak belajar secara sempurna,saya perlu pertolongan encik,terima kasih.

ahmad: saya tak pasif bercakap inggeris,tolong bagi tip untuk saya pandai bercakap inggeris.

Ahmad, baca tentang matlamat, teknik memori, teknik pengurusan masa dan 7 petua pandai Bahasa Inggeris di ruangan kompilasi tips dan petua. Saya percaya ia boleh membantu. :)

dayah: mcm mna nie saya asyik malas jew.. waktu belaja saya mudah putus asa walaupun saya nie seorang penuh dan motivasi diri…bagaimana cara study yang terbaik??? saya ertekan kerana pperiksaan baru2 i tidak memuaskan bantu sy… tlg beri nasihat dan kritik

nina: salam..saya nak mintak pendapat mcm mana nak dapatkan strategi belajar yg sesuai untuk diri kita..

Dayah, Nina,  cara study terbaik bergantung kepada cara masing-masing. Saya cadangkan Dayah kaji semula cara Dayah belajar selama ini dan cari sesuatu yang perlu diubah. Perubahan amat penting untuk kita capai kejayaan dan jika mahu hasil yang berlainan.

dill: salam penuh keceriaan.. disini ada satu soalan.. mcm mana nak motivate kan balik diri sendiri setelah terlalu byk kegagalan yg dihadapi?? help me please..

dill, kegagalan yang lalu bukanlah petanda kepada kebolehan diri kita. Kegagalan hanya petunjuk bahawa perubahan perlu dilakukan dan sesuatu yang kita lakukan di masa lepas tidak betul. Jadi kalau dill boleh cari punca kegagalan masa lepas dan berusaha untuk mengubahnya, insyaallah dill akan kecapi kejayaan. :)

Assalamualaikum Cikgu,

Saya ialah salah seorang pelajar tingkatan empat salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sudah masuk SmartStudylima bulan saya menetap di sekolah asrama. Saya mempunyai masalah tentang pengurusan masa dan cara pembelajaran saya di sekolah dan asrama. Saya perlukan bantuan dan nasihat Cikgu agar saya tidak terus kecundang dalam pelajaran dan memusnahkan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

 

 Saya berasa kesuntukan masa untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah. Padahal, masa yang diperuntukkan kepada pelajar untuk belajar adalah lebih kurang sama dengan masa saya belajar di rumah. Saya tidak dapat belajar kerana berada di dalam sebuah bilik yang dipenuhi pelajar lain. Sebab itulah saya tidak belajar dengan sepenuh tumpuan semasa waktu prep. Minda saya masih di tahap lama yang beranggapan bahawa rumah ialah tempat untuk belajar. Hal ini kerana saya amat selesa jika belajar dalam keadaan di dalam sebuah bilik tanpa gangguan sesiapa. Apabila tiba di asrama iaitu pada jam 11.00 malam, saya perlu menyiapkan diri untuk bacaan Al- Mulk iaitu pada jam 11.30 malam. Manakala pada jam 11.45 malam, semua lampu akan ditutup. Jadi, saya tiada masa untuk belajar. Terdapat juga bilik bacaan untuk kegunaan pelajar yang ingin mengulangkaji sehingga lewat malam. Akan tetapi, saya masih berasa tidak selesa kerana saya tidak dapt bercakap iaitu menerangkan perkara yang saya sedang pelajari. Oleh itu, saya bertindak untuk hanya belajar di hadapan pintu dorm dengan berbekalkan lampu di korridor. Saya tahu, cara ini akan merosakkanm mata, tetapi, ramai pelajar yang melakukannya juga. Namun, saya masih kurang selesa kerana akan menganggu ketenteraman rakan-rakan lain yang hendak tidur. Akibatnya, saya tidak dapat mengulangkaji pelajaran.

 

Apabila berada di rumah, cara saya belajar ialah dengan meluahkan kembali melalui percakapan seperti menerangkan perkara-perkara yang saya pelajari. Apabila saya berada di sekolah, semestinya saya tidak boleh melakukannya kerana akan mengganggu rakan yang lain. Oleh itu, saya cuba hanya membisikkan sahaja apa yang saya pelajari. Namun, saya tidak sepenuhnya faham akan apa yang saya pelajari.oleh itu, tahap kefahaman saya boleh diibaratkan seperti nyawa-nyawa ikan sahaja. Saya juga ada mencuba mencari tempat untuk belajar seorang diri. Namun, saya bimbang kerana waktu malam yang gelap selain tiada pondok belajar. Jika di perpustakaan pula, saya juga tidak dapat bercakap menerangkan perkara yang saya sedang pelajari di sana .

 

Selain itu, saya juga berasa malu untuk bertanya dengan anggapan bahawa rakan lain akan memandang serong terhadap saya. Oleh itu, saya tidak akan faham sepenuhnya. Walhal, saya merupakan orang yang paling banyak bertanya di sekolah saya sebelum saya masuk ke sekolah berasrama penuh ini. Saya juga sudah banyak berubah sikap semenjak masuk ke sekolah berasrama penuh. Saya sering beranggapan bahawa saya ialah pelajar baru. Jika dahulu, saya merupakan seorang pelajar yang disegani kerana sering mendapat nombor satu dalam peperiksaan, sekarang tidak lagi. Saya tahu, hal ini berkaitan dengan ¡kedudukan¢ yang telah saya cipta selama tiga tahun di sekolah lama.

 

            Jika dahulu, saya selalu mengimpikan sekolah berasrama penuh kerana gurunya lebih berpengalaman dan dapat banyak memberi input kepada pelajar, sekarang tidak lagi. Hal ini kerana , sekolah saya masih lagi setahun jagung. Saya tidak katakan bahawa guru mudanya tidak berkaliber. Namun, mereka masih lagi belum cukup pengalaman. Saya tahu, saya perlu bekerja keras dengan belajar sendiri, namun, saya tidak dapat input sepenuhnya dari guru. Saya dapat membandingkan betapa guru di sekolah lama saya akan menerangkan satu persatu apa yang dipelajari. Namun di sekolah berasrama penuh ini, guru hanya akan menerangkan yang penting sahaja dengan pelajar memahami yang lainnya sendiri. Saya tahu, saya perlu belajar sendiri, namun, saya kesuntukan masa.misalnya, saya perlu banyak membaca dan melakukan latihan untuk subjek Mathematics dan Additional  Mathematics. Say juga sedar bahawa melalui latihanlah saya kan faham akan ilmu Mathematik ini. Namun, kekangannya ialah masa. Kesannya, akibat bertimbun subjek yang perlu saya baca, saya menangguhkan kesemuanya hingga terlupa .  

 

            Saya amat memohon pada Cikgu agar menolong saya menyelesaikan masalah saya ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Wassalam.

 

Osman AffanWaalaikumsalam A.Z.

Terima kasih kerana menghantar email kepada saya. Saya memilih untuk menulis jawapan saya di sini kerana keunikan isi kandungan email A.Z.  Saya rasa macam terbaca kisah saya dan kawan-kawan saya sendiri dulu. Tambahan pula saya suka cara A.Z. menulis apa yang mungkin selama ini bermain di fikiran sahaja. Tulisan yang mempunyai nilai adab yang tinggi ini menunjukkan A.Z. adalah seorang yang bersungguh-sungguh mahu belajar dan meningkatkan pencapaian diri. Tahniah dahulu saya ucapkan.

 

Ada 3 perkara yang ingin saya katakan.

Pertama, perubahan sememangnya tidak menyelesakan. Saya biasa mendengar rungutan tentang berpindah ke tempat baru daripada hampir semua sahabat yang saya kenali semasa saya berpindah ke asrama penuh di tingkatan 4 dulu. Malah, sayalah salah seorang yang suka merungut tu (walaupun hanya dalam hati). Yang mana tidak tahan akan perubahan, memohon bertukar ke sekolah lama atau ke sekolah lain. Apa boleh buat, itu pilihan mereka. Saya buat andaian bahawa bertukar ke sekolah lama bukanlah pilihan A.Z. Jadi,  A.Z perlu bersabar dan cepat-cepat sesuaikan diri dengan cara belajar baru ini. Jangan rasa terkilan kerana tempat baru tidak sama dengan tempat lama kerana cabaran di tempat baru boleh memberi kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.

Saya faham yang tempat baru ini tidak berapa sesuai dengan gaya A.Z yang suka belajar seorang diri. Namun, mungkin sesuatu boleh dilakukan agar A.Z rasa seolah-olah sedang belajar seorang diri di dalam bilik yang ramai orang seperti melatih minda untuk fokus 100% kepada apa yang sedang dilakukan. Bayangkan kalau seseorang sedang membaca buku yang sangat diminati di dalam sebuah bilik yang penuh dengan orang lain. Adakah dia akan sedar tentang orang ramai disekelilingnya? Tentu tidak bukan? Ini kerana mindanya tertumpu 100% kepada apa yang dilakukan. Cadangan lain mungkin boleh gunakan walkman (jika dibenarkan di dalam dewan belajar) dan pasang lagu berentak perlahan tanpa lirik. Ia boleh membuat kita belajar dalam dunia kita tersendiri.

 

Kedua, teruskan cara belajar dengan bercakap kepada diri sendiri. Saya percaya itu teknik yang bagus untuk memahami sesuatu. Bercakap sendiri itu tidak perlu kuat kan? Jadi ia tidak akan mengganggu sesiapa. Ia seperti kita membaca ayat bacaan dalam sembahyang….. dilafazkan tetapi telinga kita sahaja yang mendengarnya. Cuma yang belajar menggunakan cuma cahaya lampu koridor tu perlu dikurangkan atau dihentikan. Kesannya bukan sekarang, tetapi akan datang. Ia mungkin boleh menyebabkan pening kepala atau migrain nanti. Alternatif, kalau boleh, beli lampu membaca dan tarik ke depan pintu. Jadi, ada lampu koridor dan lampu membaca. Lebih terang kan? :)

 

Ketiga, jangan bimbang dengan pengalaman cikgu di sekolah baru. Bagaimana supaya tidak bimbang? Berhenti daripada membandingkan cikgu lama dan baru. Sudah pasti ada beza antara mereka. Namun kalau A.Z asyik membandingkan mereka, pasti  A.Z akan sentiasa nampak kelemahan dan kekurangan cikgu baru. Ini akan melemahkan semangat dan mengurangkan kebolehan A.Z untuk faham apa yang cikgu baru sedang ajarkan. Apa yang perlu dibuat ialah, sentiasa bayangkan yang A.Z dapat faham dengan baik apa yang cikgu sedang ajarkan. Lebih baik lagi, jumpa cikgu selepas waktu kelas. Cikgu-cikgu selalunya tidak ada masalah untuk membantu pelajar di luar waktu kelas. Cuma perlu cari waktu yang sesuai.

 

Akhir sekali, saya nasihatkan 2 perkara. Pertama, jumpa kaunselor sekolah untuk dapatkan bimbingan dan nasihat. Saya percaya kaunselor sekolah lebih memahami dan boleh membantu. Kedua, dalam tingkatan 4 ini, kuasai teknik belajar berkesan sebanyak mungkin. Lebih banyak teknik belajar dikuasai, lebih mudah semua masalah yang dibincangkan tadi dapat diselesaikan.

 

Selamat berjaya A.Z! :)

Majalah ebacaTerima kasih saya ucapkan kepada kak Ida, pengendali ruangan Bersama Kak Ida majalah e-Baca terbitan Karangkraf, kerana memberi alamat www.OsmanAffan.com dan blog ini sebagai sumber rujukan dalam satu soal jawab keluaran bulan Jun ini. Terima kasih juga kerana menghubungi saya mengenai perkara ini. Di sini saya tuliskan semula hasil tulisan Kak Ida. Untuk membaca lagi hasil tulisan beliau, anda boleh rujuk pada majalah E-Baca keluaran Karangkraf setiap bulan atau lawati http://www.karangkraf.com/e-majalah/ebaca/.

Soalan oleh adik Amirul Hafifi Hamzah:

“Hai Kak Ida, saya pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Mohd Arif Abdullah. Saya mempunyai masalah untuk menghafal nota-nota yang diberikan oleh cikgu dan surah-surah Al-Quran. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk lari daripada masalah ini? Harap Kak Ida boleh memperjelaskannya.”

Jawapan Kak Ida:

“Hai Amirul, jangan risau jika Amirul merasa sukar untuk menghafal. Masalah ini bukan berpunca daripada daya ingatan yang lemah tetapi mungkin selama ini adik cuba menghafal tulisan, bukannya gambar. Untuk itu, adik perlu menukar cara menghafal dengan menukarkan semua nota ke dalam bentuk gambar. Teknik begitu lebih memudahkan. Teknik pengulangan juga banyak membantu. Ada pepatah Inggeris menyatakan Repetition is the mother of all skills – bermaksud pengulangan ialah ibu kepada segala kemahiran. Ini bermakna, setelah guru adik mengajar dan adik memahaminya, adik perlu membacanya kembali dalam tempoh 48 jam. Jika tidak, adik akan lupa 90% daripada apa yang telah dipelajari. Untuk mengetahui lebih tip dalam menghafal dan cara bijak belajar, adik bolehlah melayari laman sesawang www.OsmanAffan.com atau www.MotivasiBelajar.com .”

Seperti kata Kak Ida tadi, jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai teknik memori, sila klik pada pautan di bawah.

http://www.osmanaffan.com/hafal.htm atau

http://www.osmanaffan.com/hafal1.htm

Selamat membaca. :)

Osman Affan“pu3mimi: saya bakal menduduki peperiksaan upsr pada tahun ini…doakan saya!”

Puteri Mimi… selamat menduduki peperiksaan UPSR. :)

“erna: sye akn mnduduki pmr thun nie so plz doakn sye brjaya……nnt sye blanje mkn????”

Erna, selamat menduduki peperiksaan PMR. Nak belanja makan? Boleh juga, tapi fokus pada study dulu ye. Nanti asyik teringat pasal makan pulak :D

“Shueqry: Salam Osman, apa khabar? dah lama tak masuk sini ..”

Shueqry… saya khabar baik. Kalau tak sibuk singgahlah ke sini. :)

“Azree MH: Salam Tuan Osman. Perlukan cadangan untuk bengkel blog saya di http://studiomuslim.com/dari-penulis/bengkel-blog-perlukan-cadangan-anda/”

Azree, saya dah masuk tapi belum ada idea untuk disumbangkan. Ada traffic jam sikit kat jabatan idea minda saya ni. :D

Dila, Eko, Asqa, Syaza, lp3i makassar….. selamat berjaya! :)

“hidayah: salam…camner nak urus masa belajar d u. antara kerja luar ngan pelajaran”

Hidayah, pendekkan cerita, perlu ada disiplin diri tinggi. Bila ada disiplin, kerja akan dilakukan tepat pada waktu, tanpa ditangguh. Bila dahsibuk belajar dan kerja, disiplin diri sahaja yang menentukan sama ia boleh dilakukan dengan berjaya atau tidak. :)

“badd: assalamualaikum..ehmmsebenarnya sy x thu nak terang mcmna..sy ada adik perempuan sorang,dia sedang menghadapi tekanan dalam exam..mcmna nak bantu dia sebagai seorang kakak..please sy syng adik”

Bad, Waalaikumsalam. Baca tips-tips motivasi diri menjelag peperiksaan di ruangan kompilasi tips. Bad sendiri kena faham dulu kenapa pelajar rasa tertekan dan apa kesan baik dan buruknya. Kemudian, berikan bantuan dengan cara menyokong atau membantu dia meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati dan fikirannya. Jangan lupa minta bantuan orang lain seperti kaunselor sebab jawapan saya ini amat ringkas dan mungkin tidak dapat banyak membantu.

najeeha: en. osman..sy nk tny..bagaimana nk tangani stress dgn baik?”

Osman AffanNajeeha, kalau rasa stress masa belajar, itu tandanya kita memang belajar. Jadi itu satu petanda baik. Kalau belajar tak stress langsung tu yang lebih  merisaukan saya. Apa-apa pun, baca tips dan petua menguruskan stress di ruangan kompilasi tips dan petua. :)

fara: sy nk tny,sy m’rupakan pljr f.5 n akn m’hadapi spm thn ini. mslhnye sy ada byk tanggungjawab,tuisyen lgi,kls tmbhn sklh n jgk homework.so,bgaimn sy nak m’bhgikan mse sy spy sy ada mse tuk study plak?”

Fara, itulah cabarannya. nanti dah habis belajar dan bekerja, macam tu juga sibuknya, malah lebih teruk lagi. Pengurusan masa panjang juga ceritanya. Mulakan dengan baca buku khusus teknik pengurusan masa. Baca juga tips pengurusan masa yang saya sediakan di ruangan kompilasi tips dan petua. :)

ika: Assalamualaikum, smog tuan brda dlm lmpahn kerahmatan, tuan sy nk ty, sbgai studnt mcmane nk bntk diri spya kte tergolong dalm student minda kelas pertama? ika: lg satu, mcmane nk bntuk jati dri yg teguh dan x tkut pd komitmn yg diamnhkn?, selain strugle dlm study ada x amln2 smpingn yg bolh mbwa kpd kejayaan yang cmrlg?ika: last skli, mcmne nk keklkn smgt klu keyakinan brkurang disbbkn kegagaln @ kesilpn sblumnye n mcmne nk hndrkn dri drpd gagal berterusn dlm prkra yg sme brulg kali?”

Ika, kalau tanya saya, student minda kelas pertama ialah student yang membaca dan berfikir. Jadi mulakan dengan membaca, secara langsung otak akan mula berfikir. Jadilah minda pelajar kelas pertama.

Jati diri yang teguh pula selalunya datang daripada kegagalan. Kata orang, kebijaksanaan datangnya dari fikiran yang matang. Fikiran matang datangnya dari pengalaman yang luas. Pengalaman yang luas pula selalunya dipenuhi unsur-unsur kegagalan. Jadi, pikul amanah tanpa rasa takut kepada kegagalan kerana kegagalan hanya akan membantu mematangkan dan meneguhkan lagi jati diri kita.

Seperti yang saya biasa kata di dalam laman web ini, kegagalan lalu bukanlah petanda kepada kebolehan diri kita. Jadi, jangan taktu gagal! Itu pendapat saya. :)

Kepada yang memberikan salam kepada saya, ‘Waalaikumsalam. :)

“syafiq: sy ada satu soalan mcmmn nk memperkasakan percakapan kita dlm BI..especially untuk interview….”

Osman AffanSyafiq, saya hanya tahu satu cara pandai bahasa –> Gunakannya sebanyak mungkin. Makin banyak guna, semakin perkasalah jadinya. Disamping itu, cuba berbual dengan guru atau pensyarah BI. Dapatkan maklumbalas mereka mengenai kekuatan dan kelemahan kita. :)

“alin: saya nak tanya tentang teknik-teknik persembahan yang baik”

Alin, Buat masa ni, baca tips-tips bercakap di khalayak ramai di dalam ruangan kompilasi tips dan petua ye. :)

“anifturkey: Assalamualaikum..saya ada satu soalan.. macam mana teknik2 untuk mengawal kelas yang sempurna?”

Anif, agak panjang ceritanya. Tetapi sebagai permulaan, jangan guna perkataan sempurna. Sempurna tu membuat kita tension dan sentiasa melihat kepada kelemahan, bukan kekuatan. Mungkin boleh tukar kepada bagaimana mengawal kelas agar suasana belajar jadi lebih seronok. :)

laila: assalamualikum, sy ada satu soalan saya selalu rasa malu krn sy tk dapat masuk kelas sains apa yg patut sy buat?”

Laila, jangan fokuskan kepada perasaan malu. Fokuskan fikiran kepada apa yang Laila nak jadi pada masa akan datang. Kejayaan pada masa akan datang bukan hanya datang dari kelas Sains, kan? :)

shara: hi.. sy akan manghadapi pmr tahun ni..boleh bagi tip tak macam mane nk uruskan masa belajar dgn baik?? ini kerana sy selalu hilang fokus.cepat tertekan.. tolong lah saya..please”

Uish… macam dah kronik je masalah ni. :D Shara, baca tips-tips pengurusan masa dalam ruangan kompilasi tips dan petua ye. :)

Ini adalah soalan adik Nur-Eman, “salam en osman. saya tahun hadapan akan menduduki spm. tapi saya khuatir tidak dapat mencapai straight A’s sebab keputusan akhir tahun saya sangat teruk. saya dah buat banyak preparation untk exam tu tapi masih belum berjaya. kadang kala saya jadi takut setiap kali berhadapan dengan peperiksaan. saya juga mengadapi masalah untuk menjawap paper matematik walaupun saya dah buat banyak latihan.  tetapi bila tiba masa ujian, saya langsung tak dapat jawab. saya juga agak tertekan bila berada dalam lingkungan golongan yang sering dapat tempat yang terbaik dalam peperiksaan. saya harap en osman dapat bantu saya, t.kasih”

Adik nur-eman, seperti yang saya pernah ceritakan dalam posting sebelum ini, kegagalan atau prestasi tidak cemerlang pada masa lepas bukan kayu pengukur kekuatan dan keupayaan kita. Jadi langkah pertama untuk dapat straight A, lupakan keputusan peperiksaan lepas dan fokuskan perhatian kepada keputusan yang ingin dicapai dalam tahun 2008 nanti. Ini akan lebih menenangkan hati dan adik nur-eman pun akan lebih mudah nak belajar nanti.

Kadangkala, ulangkaji dan latihan yang banyak tetapi tidak menghasilkan keputusan yang diinginkan adalah satu petanda bahawa satu perubahan perlu dilakukan. Mungkin cara belajar kurang berkesan. Mungkin latihan masih belum mencukupi. Mungkin suasana pembelajaran mengganggu tahap konsentrasi dan mungkin juga masa belajar tidak sesuai dengan tahap kecergasan minda. Saya cadangkan adik nur-eman lihat kembali cara adik nur-eman belajar dan mengulangkaji di waktu lepas. Kemudian fikirkan, apa yang boleh membantu adik nur-eman lebih maju dan apa yang menghalang. Mana-mana teknik dan cara yang membantu kekalkan, mana-mana yang tidak cuba ubah kepada sesuatu yang lebih berkesan.

Lagi satu perkara, wujudkan rasa seronok apabila berdamping dengan pelajar cemerlang (yang selalu mendapat tempat terbaik dalam peperiksaan). Caranya ialah dengan rajin bertanya tentang cara dan teknik yang mereka lakukan hingga boleh berjaya. Rasa tertekan itu selalunya disebabkan kita rasa tergugat / tercabar kerana tidak dapat jadi setanding dengan mereka atau cemburu kerana kita tidak sehebat mereka. Namun kita perlu ingat, kalau kita benci pencuri, tentu kita tidak mahu jadi pencuri bukan? Sama juga dengan pelajar cemerlang. Kalau kita benci, tidak selesa atau tertekan apabila bersama dengan mereka, kita tidak akan jadi hebat seperti mereka (sma ada kita sedar atau tidak).

Selamat berjaya adik nur-eman. Harap jawapan ini dapat membantu. :)

Osman AffanSaya buka posting ini untuk menjawab beberapa soalan yang diberikan di ruangan ‘mesej anda’ di sebelah. Tak muat nak jawab dalam ruangan tersebut. :)

Terima kasih kepada yang bertanya. Saya akan jawab sebaik mungkin mengikut apa yang saya tahu atau apa yang pernah saya pelajari daripada pakar-pakar yang lain.

Untuk adik Aminah, soalannnya “as’salamualaikum w.b.t en. osman…thn depan saya akan menduduki PMR….kdg2.saya berasa yakin akan mendapat 8A..kdg2 plk saya rasa x yakin…apakah yg perlu saya buat utk yakin pd diri sendiri??saya x yakin sbb masa ujian bln ogos saya gagal satu kertas…tp..alhamdulillah periksa akhir thn x de gagal..peratus pon ade peningkatan sikit.”

Waalaikumsalam w.b.t. Adik Aminah (takpe saya bahasakan adik ye sebab kalau panggil adik, saya boleh rasa muda sikit :)   Lagipun, saya sendiri ada adik yang berada di tingkatan 2 tahun 2008 ini), rasa tidak yakin adalah biasa terutamanya kalau kita fokuskan kepada kegagalan yang lalu. Sebab adik Aminah tak dapat keputusan peperiksaan yang bagus dalam exam bulan ogos, ia mencetus rasa ragu dalam diri terhadap keyakinan diri. Jangan bimbang, kegagalan lalu bukan petanda kepada kebolehan sebenar kita. Adik Aminah cuma perlu fokuskan kepada imej kejayaan agar dapat fokus kepada apa yang sedang dipelajari. Lebih baik lagi, nanti baca artikel yang saya dah tulis di dalam kategori Psikologi peperiksaan. insyaallah ia dapat membantu.

Soalan adik Fartyn, “salam en. osman..taun dpn sy akn mnduduki spm..sblm brmulenye cuti akhr taun ni sy tlh brazam akn mghbiskn mse cti ini dgn mgulangkaji pljrn bg pljrn ting4..nmun ble dh brmulenye cuti, sy ilg smgt utk bljr.. sy byk mghbiskn mse sy dgn mmbuat prkre2 yg xb’faedh mcm tgk tv..ble sy bkak bku jer,akn tmbul rse mls yg meluap-luap..lgpn ble sy bce bku jer, ader jer yg xkne..aper yg sy bce tu mcm xmsuk dlm otk sy ni..sy pn xtau lg nk wtper..sy arap en osman dpt mmbntu sy dlm mgatasi mslh ini.. :/ n lg satu, sy ni lemah dlm sbjek bhse inggeris..trutamenye dlm mmbuat esei..stiap kali ader ujian,mrkh utk bhgian esei pst akn dpt sket..ianye amt merisaukn sy..sy seolah-olah mnjd blur ble hndk mmbuat esei..buntu sgt..tlg sy atsi mslh ni.. sy sbnrnye lemh dlm vocabulary..sy ni ader sikp mls..tlgla sy atasi sikp mls ni..tq..”

Hmm…panjang soalan adik Fartyn ni. Masalah bersemangat sebelum cuti dan hilang semangat semasa cuti adalah sama macam masalah ‘gejala azam tahun baru yang saya tulis dalam 7 petua skor A 2008. Saya cadangkan

  1. Cari 1-2 kawan yang sama-sama mahu ambil peperiksaan tahun depan. Buat ‘study group’ Pastikan ahli kumpulan ni ada semangat nak berjaya. tak perlu belajar lama-lama. Dapat 1-3 jam pun dah cukup asalkan benar-benar fokus semasa belajar. Ini akan hilangkan masalah mengantuk semasa belajar.
  2. Mulakan dengan sesuatu yang kecil. Jangan mula belajar dengan merancang nak belajar 4 jam sekaligus. Apa kata mulakan dengan kata “OK, aku nak belajar 10 minit je ni. 10 minit ni aku nak gila-gila fokus.” :)   Lama-lama, naikkan jumlah masa tu. :)

Satu cara paling cepat pandai esei ialah hafal karangan Bahasa Inggeris. Pelajar yang pandai karangan Bahasa Inggeris selalunya suka membaca buku atau bahan bacaan dalam subjek tersebut. Jadi, dia banyak tahu perkataan atau ayat lengkap dalam Bahasa Inggeris. Apabila menulis, jadi senang. Kalau kita nak cepat pandai, selain kena banyakkan baca buku Bahasa Inggeris, mula hafal karangan-karangan Bahasa Inggeris terutamanya karangan-karangan yang popular dan selalu keluar dalam soalan peperiksaan. Selamat mencuba ye. :)

Soalan adik Khuziamah, “assalammualaikum.saya seorg pelajar yg akan menduduki spm pd thun dpan.sya suka blajar tetapi ap yg sya belajar hnya 20% yg blh dterima.jika saya buat persiapam awl,sya mudah lupa.tlgla saya atasi perkara ni.”

Waalaikumsalam. Adik Khuzaimah, sebenarnya, saya percaya semua orang macam tu, sekali belajar, sedikit je dapat. pelaajr cemerlang macam tu juga, sekali belajar, dalam 20-30% dapat. Tapi macam mana mereka masih boleh jadi pelajar cemerlang? Mereka ulang dan ulang dan ulang lagi proses pembelajaran tu. Maksudnya, mereka bukanbelajar sekali je, mereka buat berulang-ulang kali. Sama seperti belajar tunggang basikal, bukan sekali naik terus kita pandai kan? Tapi lepas buat berulang-ulang kali, kita pasti akan pandai.

Persiapan awal lepas tu lupa mungkin disebabkan ia tidak dilakukan dengan betul atau ia tidak diulangkaji. Kalau bulan Januari kita sangat pandai topik algebra tetapi bulan 2,3 dan 4 langsung kita tak tengok topik tersebut, kita akan lupa semula. Malah, kita kena belajar dari awal balik macam masa mula-mula kita jumpa topik tersebut. Jadi, perlu ada ulangkaji dan selalu perlu buat beberapa latihan berterusan agar kita tidak lupa. :)

Harap jawapan saya dapat membantu adik-adik sekelian. :)

« Previous Page