Wed 30 Nov 2011
Prinsip Itik Berenang Bagi Pelajar Cemerlang
Posted by Osman Affan under Fikir, Keyakinan Diri, Motivasi
No Comments
Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah.
Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul?
Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan.
Kita tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja, sama seperti itik yang sedang berenang. Itik kelihatan sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi sebenarnya di bawah permukaan air, kakinya bekerja keras mengayuh air agar ia kekal timbul di permukaan.
Mari kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah adik-adik semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?
SUDAH TENTU TIDAK!
Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!”
Jadi adik-adik semua, ada satu perkara penting perlu kita ingat hari ini.
Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.
Saya ucapkan Selamat Berjaya buat adik-adik semua dan Selamat Berenang!!


sekarang ni saya sedang melakukan praktikal di kolej profesional mara bandar melaka(KPMBM).Saya selalu membaca tulisan en osman.tips-tips yang diberikan banyak membantu saya menaikkan motivasi diri. saya menghadapi masalah kurang keyakinan diri..sebagai seorang yang bakal menjadi kaunselor perasaan seperti itu tidak sepatutnya ada pada saya..saya telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasinya terutama apabila hendak bercakap dikhalayak ramai..saya betul2 takut sehingga kan tidak dapat memberikan ucapan..
Waalaikumsalam warahmatullah. SHN, terima kasih atas ucapan dan doa buat anakanda saya Hana dan saya sekeluarga. Moga doa SHN dimakbulkan bukan sahaja untuk diri kami sekeluarga tetapi untuk SHN juga.
Jadi, hari ini, apa kata cuba berlatih kuatkan suara. Keluarkan suara dengan kuat dan tegas. Hanya dengan bercakap lebih kuat sahaja akan membuat SHN kelihatan dan kedengaran seperti seorang yang sangat yakin. Namun ingat, kuat bukan bermaksud menjerit. Bayangkan kita hendak meninggikan suara untuk memanggil seseorang. Kita mahu panggil sekua hati tetapi kita tidak mahu menjerit. Bagaimanakah bunyinya? (tip, tarik nafas sebelum keluarkan suara).








Alhamdulillah. Saya telah kongsikan 3 sumber keyakinan diri untuk kita semua gunakan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri kita. Bagi saya, tanpa keyakinan diri, kita sukar untuk melakukan sesuatu terutamanya sesuatu yang baru. Kita akan sukar untuk meletakkan matlamat kejayaan kerana kita bimbang dan tidak yakin bahawa kita boleh berjaya.
Jika bercakap dengan anak-anak, elakkan daripada membandingkan kebolehan anak-anak kita dengan orang lain. Contohnya, kita kata kepada anak-anak kita,
Membandingkan anak-anak kita dengan orang lain yang lebih cemerlang lebih banyak merosakkan daripada membantu sebenarnya. Walaupun niat kita baik untuk meningkatkan semangat mereka, ia lebih memedihkan hati dan semangat mereka kerana mesej yang mereka perolehi ialah
Jika kita asyik membandingkan diri kita dengan orang yang kurang berjaya, tentu kita kelihatan lebih hebat bukan? Bukankah perasaan begini akan menghancurkan dan merosakkan kita di masa akan datang?
Tujuan kita membandingkan diri dengan orang kurang berjaya adalah sekadar untuk menaikkan semula semangat kita daripada bawah. Apabila semangat dan keyakinan diri kita jatuh ke paras terendah, tidak begitu mudah untuk kita mengangkatnya begitu sahaja. Saya dapati antara cara termudah untuk mengangkatnya semula ialah dengan membandingkan diri dengan kelemahan orang lain.
sedikit, kita pun sudah mula mampu hilangkan rasa sedih dan kecewa akibat rasa tidak yakin diri tadi, barulah kita bandingkan diri kita dengan orang-orang berjaya. Ini akan menambahkan dan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan diri kita sendiri.
Penggunaan perkara pertama adalah lebih kurang seperti cara membuat diri kita bersyukur. Apabila kita merungut tentang sekolah kita yang kurang peralatan atau kurang dewan besar, kita bandingkan sekolah kita dengan sekolah yang lebih mundur. Tentu kita akan rasa bersyukur berada di sekolah kita sekarang. Jika kita merungut tentang banyak masalah di tempat kerja kita sekarang, cuba bandingkannya dengan tempat kerja lain yang lebih teruk. Ini akan menimbulkan rasa bersyukur dan kita sepatutnya akan berhenti merungut.
Nasihat saya mudah sahaja. Tahukah pelajar ini semua bahawa di luar sana beribu-ribu lagi pelajar yang gagal memasuki asrama penuh, kolej dan universiti? Sedarkah pelajar ini semua bahawa apabila mereka berjaya berada di tempat sekarang, ia bermakna mereka lebih hebat (dalam beberapa perkara terutamanya pencapaian akademik) berbanding dengan pelajar-pelajar lain di luar sana? Tidakkah ini boleh membuat mereka merasa atau melihat kehebatan dan potensi yang sebenarnya terpendam dalam diri mereka selama ini?
anda dengan seseorang yang mungkin jauh lebih tidak pandai. Aktivti mudah ini sahaja akan meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
Ada masanya, kita tidak pandai dalam sesuatu bidang dan kita rasa rendah diri. Contohnya kita tidak pandai dalam bidang akademik lalu rasa rendah diri terutamanya bila berada diantara kawan-kawan yang cemerlang akademiknya. Tetapi tahukah kita bahawa kita mungkin ada kehebatan lain yang kawan-kawan kita tadi tidak ada? Mungkin kita pandai bersukan? Mungkin kita pandai berkawan atau pandai bergaya? Itu semua adalah sesuatu yang patut kita banggakan dan patut rasa yakin dengan diri kita sendiri.
datang ke rumah saya? Perlukan saya bersedih kerana saya tidak pandai membaiki kerosakan itu sendiri? Tentu tidak bukan?
Sumber keyakinan diri yang kedua ialah sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita. Jika anda sedar, kita selalu terlupa untuk melihat kepada kekuatan dan kehebatan diri kita sendiri. Apabila kita berdiri dikalangan orang-orang hebat, kita terlalu asyik memandang ke arah kehebatan orang lain dan terlupa melihat ke arah kehebatan diri sendiri. Akibatnya, kita rasa rendah diri, tidak yakin dan mula mengutuk diri sendiri. “Kenapa la aku tak pandai macam mereka? Kenapa la aku ni lembab sangat? Kenapa la aku ni tak pandai?”……
mungkin mereka tidak yakin untuk berucap atau meluahkan idea mereka di hadapan orang lain terutamanya orang yang lebih berpangkat.
Namun, jika ada yang masih percaya itu semua benar (bahawa mereka tidak ada kenangan gembira atau kejayaan di masa lepas), apa yang boleh dilakukan? Saya cadangkan begini. Jika kita rasa kita tidak ada kenangan yang boleh menaikkan semangat diri untuk merasa yakin, kita boleh cipta sendiri satu kenangan baru. Apa maksud saya?
Langkah seterusnya ialah anda perlu imbas semula kenangan ini. Cari satu tempat yang tenang. Duduk dengan tenang dan imbas kembali kenangan ini semua. Jika anda seorang pelajar, boleh lakukan aktiviti ini sebelum mula belajar. Jika seorang pekerja, boleh lakukan aktiviti ini sebelum melakukan sesuatu yang mencabar keyakinan diri anda. (Jika anda lakukan selepas sembahyang lebih baik). Lihat semula kenangan ini semua seolah-olah anda sedang melihat satu tayangan gambar di dalam minda anda. Perkara yang paling penting anda harus capai dalam aktiviti ini ialah ‘anda perlu rasakan dengan jelas betapa seronoknya dan betapa hebatnya perasaan menjadi seorang yang berjaya’.





















