Fri 2 May 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 1
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills
No Comments
Sudahkah anda menjawab soalan saya yang lepas iaitu “Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?”
Hari ini dan beberapa posting saya seterusnya, saya akan kongsikan 3 sumber utama keyakinan diri yang boleh digunakan untuk menaikkan tahap keyakinan diri kita disaat kita merasa lemah, tidak bermaya, rendah diri dan tidak yakin. Sumber keyakinan diri yang pertama ialah “Kejayaan dan kenangan manis di masa lalu’.
Adakah anda pernah mengecap apa-apa kejayaan (walaupun kecil) di masa lalu? Pernahkah anda menang apa-apa pertandingan, mendapat apa-apa anugerah atau dihadiahkan dengan sesuatu yang istimewa? Jika pernah (saya percaya tentu anda pernah ada pengalaman sebegini), anda boleh gunakannya sebagai sumber keyakinan diri.
Menurut pemerhatian saya, masalah utama orang-orang atau pelajar yang tidak yakin diri ialah mereka terlalu fokuskan minda mereka kepada kelemahan diri mereka. Mereka sentiasa terlihat akan kelemahan diri mereka setiap hari dan setiap masa. Apabila mereka lihat kecemerlangan pelajar lain, mereka rasa mereka tidak cemerlang. Apabila mereka melihat kehebatan orang lain, mereka terlupa akan kehebatan mereka.
Benarkah ini yang berlaku? Hmm…. jika anda tidak percaya, cuba anda bertanya kepada pelajar di sekolah-sekolah terpilih atau sekolah berasrama penuh. Sekolah-sekolah ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang namun masih ramai juga antara mereka yang merasa tidak pandai, lemah dan tidak cemerlang. Apa yang bahayanya ialah apabila mereka mula percaya bahawa mereka tidak cemerlang, ia akan menjadi kenyataan.
Jadi, jika anda bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap keyakinan diri anda, apa kata hari ini anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis (lebih banyak lebih baik) anda di masa lalu yang bisa membuat anda rasa gembira, seronok dan yakin dengan kebolehan diri anda. Setelah anda senaraikan, cuba imbas kembali saat itu, ingat kenangan itu sejelas-jelasnya dan rasakan apa-apa perubahan keyakinan di dalam diri anda.
Selamat mencuba.
Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa seolah-olah hilang punca dan hilang semua keyakinan diri yang pernah kita miliki. Kita rasa rendah diri dan tidak mampu menghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan orang lain sahaja sudah mampu membuat kita rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Alhamdulillah saya telah kongsikan 3 rahsia keyakinan diri untuk meningkatkan tahap keyakinan diri kita semua. 3 Rahsia ini bukanlah satu rahsia yang terlalu besar jika kita biasa menghadiri kursus-kursus, seminar atau membaca buku-buku berbentuk pembangunan diri. Namun, ada juga masanya kita terlupa rahsia-rahsia ini hingga kita mula merasa kurang yakin dan tidak bersemangat dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.
Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
juga bukan? Sama juga. Jika anda benci orang yang hebat dan cemerlang, secara tidak sedar anda mendidik diri anda untuk bencikan kehebatan dan kecemerlangan. Akibatnya, anda tidak jadi hebat seperti mereka.
Percaya atau tidak, kebanyakan orang tidak dapat melihat kecantikan diri mereka yang tersendiri. Disebabkan mereka selalu membandingkan kecantikan mereka dengan orang-orang berstatus model, mula wujud rasa benci dan tidak suka kepada rupa dan keadaan diri mereka sendiri. Jadi, setiap kali melihat ke dalam cermin, mereka ini selalu mencari dan terlihat keburukan dan kekurangan pada wajah dan tubuh badan mereka.
Ini berbeza dengan rasa ingin berubah. Orang yang ingin berubah kepada sesuatu yang lebih baik masih sukakan diri mereka. Tidak kira apa kerja mereka, apa pangkat mereka, apa kekurangan mereka, mereka tetap sukakan diri mereka sendiri. Cuma mereka mungkin mahu mengubah diri mereka kepada yang lebih baik. Orang yang tidak berkeyakinan diri pula tidak sukakan diri mereka dan kalau diberi pilihan, pasti mereka mahu jadi orang lain.
Begini, rasa rendah diri selalu datang daripada orang yang rasa dirinya tidak berharga, tidak bijak, tidak berkebolehan dan tidak istimewa. Apabila berdiri di depan khalayak ramai, mereka rasa diri mereka tidak hebat berbanding dengan orang-orang yang berada di depan mereka lalu mereka rasa kurang yakin. Mereka juga rasa mereka kurang pengalaman lalu keyakinan diri jatuh ke lantai, tidak boleh diangkat lagi.
Jika kita suka dan cintakan diri kita, kita akan mula memandang pada kekuatan dan kehebatan dalam diri kita sendiri. Ini tidak bermaksud kita berbangga diri, sombong dan mahu menunjuk-nunjuk. Tokoh-tokoh yang berkeyakinan tinggi tidak mempunyai sifat negatif begitu. Apa yang dimaksudkan melalui rahsia ini ialah apabila kita sudah mula menghargai kekuatan dan kehebatan diri dengan cara suka dan cinta kepada diri sendiri, kekuatan dan kehebatan itu akan semakin menyerlah (baca beberapa kali ayat ini untuk memahaminya).
Minggu lepas saya ada terangkan bahawa apa yang kenang akan berlaku semula. Maksudnya, selepas kita melakukan sesuatu, jika kita kenang kegagalan, kegagalan akan berulang semula. Begitu juga sebaliknya. Ini adalah 3 langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat dan keyakinan diri yang tinggi.
Ketiga, tuliskan apa perubahan dan kemajuan yang perlu dilakukan. Lebih baik lagi, cuba lakonkan terus perubahan yang kita mahukan. Contohnya jika kelemahan semasa aktiviti tadi ialah tergagap-gagap semasa menyebut sesuatu, cuba sebut semula perkataan-perkataan itu dengan lancar, tenang dan yakin. Insyaallah jika ia dilakukan dengan hati ceria dan niat memajukan diri, perubahan itu akan berlaku dengan mudah.
Begini. Semasa kita berlatih untuk memupuk semangat dan keyakinan diri, kita akan mula-mula sekali hadapi banyak kegagalan. Kita akan hadapi pelbagai rintangan yang boleh menjatuhkan semangat dan keyakinan diri kita. Contohnya, dalam usaha menjadi seorang trainer atau ‘public speaker’, kita dicemuh, dikutuk atau disindir kerana kurangnya kemahiran dan kecekapan. Kita juga diberi komen yang memanaskan telinga seperti, ‘kalau bagi ucapan begini, adik saya pun lebih bagus’, ‘ cara penyampaian hancur, asyik tergagap-gagap sepanjang ceramah’ atau ‘persembahan huru-hara, macam kerja last minute’. Jangan terkejut jika kebanyakan trainer dan public speaker pernah mendapat komen-komen sebegini termasuk saya sendiri. Apa yang perlu dilakukan agar semangat dan keyakinan diri kita kekal utuh dan tidak jatuh?
Pertama, teruskan mencuba dan mencuba. Kalau kita tidak yakin hendak bersuara, cuba bersuara. Dalam masa yang sama, walaupun ada rasa takut, biarkan sahaja dan kawal rasa takut itu dengan fokus kepada apa yang kita mahukan. Contohnya jika kita rasa takut hendak berucap, kawal rasa takut dengan fokus kepada memori yang menggembirakan dan mungkin juga kita boleh fokus kepada wajah-wajah yang ceria di hadapan kita.
kelemahan kita. Nasihat saya, jangan bimbang orang lihat kelemahan kita. Sebaliknya, selepas tamat berucap (jangan tanya semasa baru mula berucap atau sedang membuat ucapan), tanya pendapat orang yang mendengar ucapan kita tentang perkara-perkara yang boleh kita majukan. Walaupun komen begini selalunya menyakitkan hati dan telinga, ia sangat hebat untuk menolak kita terus maju jauh ke depan.
Biasanya apabila seseorang mengeluh tentang keyakinan diri mereka yang rendah, mereka seolah-olah rasa bahawa sifat itu diwarisi daripada ibu bapa. Jika kita datang daripada keluarga yang bahagia, berjaya dan hebat, kita akan mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Benarkah begitu? (Tentu anda teka tidak benar kan? Tetapi apa buktinya?)
tunggang basikal, kita mesti berlatih dan terus mencuba kan? Kalau kita mahu pandai memasak kita kena selalu memasak kan? Begitu juga dengan keyakinan diri. Semakin kita berlatih untuk meningkatkan keyakinan diri, semakin tinggi tahap keyakinan diri kita.
Saya telah bincangkan mengenai soalan pertama. Mari kita bincangkan mengenai soalan kedua. Mengapa dengan mengetahui bahawa orang lain tidak dapat melihat yang anda tidak yakin boleh membantu meningkatkan keyakinan diri anda? Hmmm…. berbelit-belit pula rasanya ayat ini.
Apabila kita rasa tidak yakin semasa belajar, mengulangkaji atau semasa menghadapi peperiksaan, jangan bercakap tentang rasa tidak yakin itu. Berlagak atau berlakon seperti yang kita sedang merasa yakin (kenang kembali pengalaman di mana kita merasa yakin dan tiru semula apa rasanya semasa yakin itu). Apa yang kita buat ini akan menimbulkan rasa yakin dalam diri lalu meningkatkan kebolehan kita untuk mengulangkaji atau menjawab soalan peperiksaan.
Jika kita rasa takut dan tidak yakin, kemudian kita asyik fokuskan fikiran kita ke arah itu, rasa itu akan semakin kuat dan menjadi-jadi. Kalau kita takut nak bercakap di depan khalayak ramai dan takut jika kita nampak menggeletar, perasaan itu akan semakin menjadi-jadi. Akibatnya, keluarlah semua masalah yang kita sebutkan tadi.
Dalam masa yang sama, jika kita ada masalah tangan menggeletar (yang tidak boleh kita kawal), elakkan daripada membuat aktiviti yang boleh menampakkan tangan kita yang menggeletar itu. Cuba sorokkan tangan yang menggeletar itu dengan cara yang tidak terlalu kelihatan (seperti letak dalam poket dan gerakkan sekali-sekala mengikut mesej yang disampaikan). Satu perkara lagi, jika kita ada masalah tangan menggeletar ketika bercakap di hadapan khalayak ramai, janganlah pegang kertas atau objek yang boleh nampak jelas ‘getarannya’. Kalau nak guna microphone pun, cuba usahakan supaya ada tempat letaknya. Jadi kita tidak perlu pegang.
Soalan pertama: Adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin? Saya percaya bahawa orang lain tidak nampak jika anda sedang tidak yakin. Rasa tidak yakin tidak mudah kelihatan sebenarnya. Sebagai contoh, jika anda lihat penyanyi yang bakal membuat persembahan, mereka selalunya kelihatan tenang dan yakin padahal banyak ketikanya mereka rasa sangat berdebar, gementar dan takut. Begitu juga jika anda lihat penceramah atau ‘trainer’ professional sebelum mereka berikan ceramah. Mereka kelihatan yakin dan tenang walaupun dalam diri mereka ada sedikit rasa bimbang (jika tidak dapat berikan ceramah yang baik) atau takut (jika ceramah tidak mendapat sambutan).
Mungkin ada berpuluh-puluh atau beratus-ratus rahsia keyakinan diri. Namun saya mahu berkongsi 3 rahsia keyakinan diri yang saya amalkan selama ini. Bagi saya, dengan keyakinan diri, kita akan mampu menghadapi apa jua cabaran, berani meluahkan pendapat atau pandangan di hadapan sesiapa sahaja dan mampu mencabar kebolehan dan keupayaan diri kita sendiri ke tahap yang lebih hebat.
graduan yang berpakaian segak dan kemas bersedia untuk temuduga tersebut. Ahmad merasa berdebar. Semangat dan keyakinan dirinya sangat rendah ketika itu. Apabila Ahmad melihat graduan lain kelihatan begitu yakin sekali, Ahmad merasa rendah diri. “Kenapa semua orang nampak hebat dan yakin sedangkan aku takut macam nak pengsan ni?”





















