Khas


 Osman Affan

Pada 4 Jun yang lalu, saya berada di MRSM Kuala Terengganu bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills. Program sehari ini dijalankan buat 270 pelajar tingkatan 3 dan 5. Fokus utama program ini ialah ‘Bagaimana untuk belajar dengan lebih fokus dan berkesan.’Bagi mencapai objektif program ini, saya telah kongsikan bersama pelajar 3 langkah untuk mencapainya. Langkah-langkah itu ialah

  • Buka minda dengan menulis matlamat.
  • Tambah keberkesanan belajar dengan Teknik Memori SmartStudy.
  • Kenali kekuatan dan kelemahan diri semasa belajar melalui Teknik Gaya Belajar.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan sangat lancar sekali. Keceriaan pelajar-pelajar di MRSM KT ini membuatkan program sehari ini terasa begitu pendek sekali. Sedar tidak sedar program sudah tamat dan saya perlu bertolak pulang Kuala Lumpur untuk program saya seterusnya.

Kepada pelajar MRSM KT, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga impian dan cita-cita yang telah dituliskan akan menjadi kenyataan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pihak urusetia yang terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada sahabat lama saya Natasya Ain (nama FB) kerana sudi hadir dan turut sama menyokong dan memeriahkan program ini.Berikut adalah beberapa maklumbalas daripada pelajar MRSM KT ini mengenai program SmartStudy Learning Skills pada 4 Jun 2010.

Osman Affan

“It’s great, understanding and successful! Every minute is gold! Saya lebih bermotivasi dan berazam untuk mencipta kecemerlangan dalam SPM. Continue to motivate people, En. Osman. Without anyone realize, you are giving other people hope.” ~ Nurdiana Bt. Hasidi

“BEST sangat!! Byk pergerakan, lagu-lagu pun ada. Ekspresi muka dan sound effect cikgu buat, kelakar gila. Contoh yang cikgu bagi contoh yang dekat dengan diri kita. Semoga kita terus…berjaya… tak sabar rasa nak main salji nih..” ~ Nur Yusmira Bt. Mohd Yusof

“Best sangat program ni. Rasa nak sambung sampai pagi esok je. Encik Osman memang sporting. Suka buat lawak. Saya enjoy sangat dengan program ini. Insyallah saya akan ikut apa yang Encik Osman ajar kepada saya sepanjang program ini berlangsung.” ~Siti Nur Adilah Bt. Abd Halim

“Program yang sangat hebat dan menarik. Program motivasi yang pasti akan diingati sampai bila-bila. Encik Osman juga sanagt pandai menarik perhatian pelajar untuk mendengar motivasinya. Congratulations  =). Semoga berjumpa lagi. Doakan kejayaan kami. Ingat kami dalam doamu. En. Osman is the best!!! Suka.Seronok.Gembira.Teruja!!!” ~ Fakhriah Bt. Razali

“I really appreciate what I have obtained from the programme. It’s really useful for me. Thanks!!” ~ Nurhanan Kamalia Bt. Mohamad Zulkipli“The best motivational program that I’ve experienced! Everything is useful and awesome! Thanks a lot. May we meet again soon. Cikgu Osman ROCKS! Now I’m confident to stand and strive harder to succeed. =)” ~ Joanna Mohd Ramdzan

“B to E to S to T, BEST sangat!!! Teknik pun betul. Tidak sia-sia spend time kat sini. Cikgu Osman pun sporting..tidak mengantuk at all. Harap-harap dapat 8A dalam PMR..” ~Nurul Najihah Bt. Baharuddin

“I really enjoyed this programme. En. Osman really communicate well with the audience. He made good jokes. Very funny and a nice experience. I feel more motivated and thanks for that. His stories are very effective in making me more rejuvenated. Interesting!!THANK YOU.” ~ Shaherah Hana Bt. Djadja Sudradjat.

“Program ini terlalu seronok!!! AMAT BAGUS..Tak tahu nak cakap aper..tak pernah jumpa penceramah macam nih. Saya berdoa agar keluarga cikgu dilindungi oleh Allah S.W.T. Thank you very much ..Saya harap dapat jumpe cikgu pada masa akan dating.” ~ Nur Halwena Bt. Mohamad.

“Syukran Jazilan ya En. Osman Affan .. Program hari ini sangat menarik dan memuaskan hati saya…self confidence saya semakin membara ..Insyallah program ini dapat membantu saya dalam mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 dengan mendapat 9A+ dalam semua matapelajaran ..” ~Nur Atiyah Bt. Ramli

“Kem motivasi ini amat berkesan..fuhh!! BEST sangat..para pelajar begitu teruja dan bersemangat mendengar dan menghayati program ini. Cikgu Osman sporting sangat, comel pulak tu..Cikgu Osman banyak menerangkan setiap satu dengan begitu bersemangat dan berkesan supaya para peserta kem dapat mencapai tujuan program kem motivasi ini dengan baik. Harap Cikgu Osman datang lagi!! Bye Cikgu Osman bin Affan” ~ Qurratti Ayun Bt. Rosdi

“Program da best!! Saya sangat happy sepanjang program ini, saya dah niatkan dalam hati untuk gunakan apa yang dipelajari hari ni untuk persediaan PMR tahun ni. Cikgu Osman pun pakar motivasi yang kelakar dan sporting. You are THE BEST Cikgu Osman. Saya harap dapat jumpa cikgu lagi pasni..” ~ Nurul Fatihah Ngah

“Program ini merupakan program yang AMAT BAGUS!! Saya rasa begitu seronok dengar ceramah beliau kerana ia dapat memberi semangat dan dorongan untuk saya supaya lebih berjaya dan bersemangat untuk belajar. Saya harap En.Osman dapat mendoakan untuk saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2010. Akhir sekali saya yakin saya tidak akan lupa dengan motivasi ini. Harap saya dapat berjumpa lagi dengan En. Osman Affan. Thanks for all..” ~ Nur Syafiqah Anis Ahmad Khalil.

“Saya berasa gembira mendengar motivasi En. Osman kerana saya tidak pernah berasa mengantuk sepanjang program yang dijalankan. Saya merasakan satu semangat baru untuk saya berjaya dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR. Terima kasih kepada En. Osman” ~ Siti Nurzaida Bt. Abdul Aziz

“Cikgu..lain kali mari lagi!! Kami semua sayang cikgu!!” ~ Nur Najwa Dzulkefli“BEST BEST BEST! Terima kasih banyak-banyak melalui program ini saya dapat mengetahui gaya belajar yang harus saya lakukan. Encik Osman is BRILLIANT!!” ~Nor Nadiah Ahmad Nazari

“BEST SANGAT!! Dapat tau banyak benda yang berguna..rase bertuah dapat jumpa En. Osman Affan yang saya anggap sangat GENIUS..tahu keperluan kami sabagai seorang pelajar..teruskan perjuangan anda dan jangan berputus asa memberikan ilmu yang berguna kepada kami semua..” ~ Nur Syuhada Bt. Mat Noor

Osman Affan

“BEST SANGAT!Penceramah yang HEBAT! Sporting sangat. Harap dapat join lagi program yang dianjurkan oleh En. Osman pada masa akan datang. Two words for this, EXCELLENT PROGRAM!!” ~ Syaripah Nursuliana Bt Syed Rijeno

“Program ini amat berkesan. Di samping dapat melepaskan tekanan dan dapat menaikkan semangat serta mengubah cara pembelajaran..apa-apa pun..En Osman Affan is the BEST!! Thank You..” ~ Nor Fatin Syakinah Bt Sabri

“Saya sangat suka program ini. Seronok dan sangat happening. En Osman sangat open dan saya suka mendengar apa yang diperkatakannya. Kalau ada lagi, saya pasti akan sertai lagi!!” ~Farah Nur Syafiqah Zakaria.

“Program ini program yang paling best sekali yang saya pernah datang. SERONOK GILER!!First time tak tidur langsung. Saya dapat belajar cara-cara yang paling berkesan untuk mengingat nombor dan fakta. Saya harap dapat ‘attend’ lagi program En Osman pada masa akan datang!!Arigato Gozaimasu!!” ~Nassunaida Bt Mohd Shaffie

“Program ni sangat best!!tak tahu nak cakap ape..hope dapat involve dengan program macam ni lagi. SPEECHLESS!!SANGAT-SANGAT BEST!!Sangat berkesan untuk diri saya yang kurang keyakinan. Saya berasa lebih bermotivasi dan lebih bersemangat untuk kejar kejayaan yang menanti.” ~ Nurafiqah Bt Ismail

“FUN!!The BEST talk that I’ve ever been to. It’s worth it not to go home earlier. Thank You En. Osman” ~ Alyaa Syafinaz Shafie

“Program yang dikendalikan oleh En. Osman B. Affan sangat menarik..Tidak terasa pun telah menghabiskan masa selama 6 jam mengikut ceramah motivasi oleh En. Osman..BEST SANGAT!!Hope you will come again..give motivation to all of my juniors..you will make MRSMKJ’s students success!!” ~ Noranizar Muhd Adnan

“Motivasi ini memberi impak yang mendalam kepada diri saya untuk membina kecemerlangan diri. Terima Kasih En. Osman kerana berkongsi ilmu kepada saya dan rakan-rakan. Motivasi yang diberi menaikkan semangat saya untuk cemerlang dalam SPM 2010. Thank You for everything” ~ Nur Atikah Bt. Ibrahim

“Program ini amat perfect untuk semua pelajar. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana selama ini saya tidak pernah mengikuti program SEHEBAT ini. Thanks and WELLDONE!!” ~ Nurhidayah Bt. Kadir

“Program ini sangat berkesan. En. Osman merupakan penceramah yang HEBAT! Saya rasa sangat bersemangat untuk belajar lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan ini. Thank You En. Osman Bin Affan!!” ~ Noor Suhada Bt Ramli

“BEST SANGAT!Program ini sangat berkesan dan dapat belajar perkara yang baru. En Osman baik giler..”You know me!!” Saya berasa sangat semangat untuk belajar dengan kaedah baru..doakan kami semua berjaya..kalau boleh datang lagi!!” Nurul Shuhada Bt A. Wahab

“Program ini sangat MENARIK dan FANTASTIK!!En Osman memang seorang yang sporting dan understanding kehidupan pelajar. Diharapkan En Osman dapat lagi menganjurkan program ini di MRSM KT. Tahniah!” ~ Najihah Bt Mohd Nooh

“Saya sangat berpuas hati dengan program ini. Saya lebih bermotivasi untuk lebih berjaya. Saya lebih yakin dengan diri saya. Saya amat berharap agar program ini dijalankan lagi. Insyallah, saya akan cuba untuk lebih berjaya lagi.” ~ Nurfarahin Bt Mohamed Fahmi

“He’s cool and fun with BRILLIANT ideas.Love him!!” ~ Nur Nadzira Illiyana Bt Ismail

“Saya sangat sayang cikgu Osman. Saya suka cikgu Osman bagi ceramah. Suka sangat-sangat!!Ceramah ni BEST GILER!!Dah la penuh dengan informasi pastu melawakkan pulak. Terima Kasih daun keladi, lain kali datang lah lagi yer..LUV U!!” ~ Nurita Asma Bt Mohd Ghani

“BEST sangat-sangat. Sehari bersama En. Osman, memang tidak cukup. He’s unpredictable, sporting habis. Saya rasa bersemangat dan yakin. AWESOME!!!” ~ Nor Hannah Diyana Ahmad Kasim

“Sangat seronok yang tidak boleh digambarkan. THANKS for being our voice today!!You give me a BRILLIANT spirit to get what I want by using my brain..wish me luck in SPM!!” ~ Nur Ain  Mardhiah Bt Abdullah

“Thank you for being here with us. You’ve taught us so many new things. I’ll always remember this motivational talk. Thanks, cikgu Osman. Do come again next time!” ~ Nur Athira Amzar Bt Mohd Zainudin

“Saya tak pernah lagi rase happy cam ni lepas hadir dalam pelbagai program. Program ni ‘BEST GILER’. Tak de yang dapat tandingi. Kalau diberi peluang, saya akan menganugerahkan program ini sebagai ‘THE BEST PROGRAM IN THE WORLD!’” ~ Nur Fatihah Nabila Mohd Rahuddin

“Program ini sangat bagus dan buat saya lebih bersemangat dan insyallah saya akan berusaha sungguh-sungguh agar apa yang saya impikan dan saya berangan 10 tahun lagi akan menjadi reality. Thank You so much En. Osman. You make me a new person now..” ~ Nurul Izzati Bt Mohamed Nor

“Saya ingatkan sesi ini membosankan tetapi sangkaan saya salah!!Sesi motivasi hari ini memberi inspirasi dan semangat baru kepada saya dan teman-teman. En Osman member komitmen yang tinggi sepanjang sesi ini. Terima kasih kerana sudi hadir ke MRSM.” ~ Nurmaisarah Bt Azmi

“Program ini terlalu, lalu, lalu, lalu, lalu (100X) best dan tak rasa masa cepat berlalu. Program ini jugak dapat menambahkan semangat saya dan rasa lebih bersungguh-sungguh untuk menghadapi hari-hari di sekolah sebelum menjelangnya SPM!!Thank You!!” ~ Nur Fatin Bt Mohd Hamran

“Program yang amat berkesan. Tak pernah saya rasai sebelum ini. En Osman BEST!!Rasa nak join lagi. Tahniah kerana kursus ini benar-benar berguna. Saya dapat banyak idea malah semangat saya semakin pulih untuk berjaya dalam SPM” ~ Nurul Amira Bt Sapie

“Sangat seronok!!Saya rasa inilah kali pertama saya tahu bahawa menuntut ilmu adalah perkara yang mudah kalau sesuai dengan tekniknya. Saya berharap program ini akan dibuat lagi.” ~ Tuan Hazwani Bt Tuan Yazid

“Thank you En Osman. Program ini best sangat!!Insyallah, kita akan berjumpa lagi kat oversea..Banyak yang saya dapat daripada program ini. Saya akan gunakannya untuk mencapai impian saya. Lebih-lebih lagi untuk SPM 2010 coming soon Nov nanti. Semoga jumpa lagi. Thank You.” ~ Nur Munirah Bt Abdullah

“Program paling GEMPAK pernah saya hadiri. Saya tidak pernah rasa seronok macam ini. Started from this programme, I become more confident to face SPM and trials. I think I can put aside all the obstacles aside easily..” ~ Aimi Liana Bt Ab Razak

“Saya berasa sangat gembira. HAPPY GILERR!!Mintak sangat program ni dapat dijalankan lagi di MRSM ini. Saya suka sangat baca buku-buku motivasi cikgu Osman yang selalu dihantar ke email saya dan koleksi buku-buku motivasi yang cukup menarik dan memberi banyak pengetahuan” ~ Nur Ezzati Alya Abd Rahim

“En. Osman sesungguhnya seorang yang dihantar Illahi kepada kami untuk memberi kejayaan kepada kami. Kalau boleh nak join program ini sekali lagi pada masa hadapan. Last sekali En Osman THE BEST!!” ~ Tengku Abdul Hafizudin B Tengku Ab Hanan

2 Ebook saya yang bakal terbit tidak lama lagi. 

Ebook Osman Affan 

 Ebook Osman Affan

Osman Affan 

Syukur Alhamdulillah, hari ini, genaplah umur saya 34 tahun. Semakin hari semakin meningkat usia. Semakin hari semakin banyak rasanya yang telah saya lalui dan pelajari. Semakin hari semakin banyak nikmat dan kurniaan yang saya nikmati.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan yang tidak putus-putus menghantarkan mesej doa selamat ulang tahun kepada saya melalui sms, email dan juga facebook. Doa dan ingatan ini semua benar-benar menambahkan keceriaan pada hari yang amat bermakna buat diri saya ini.

Bagi saya, hari lahir bukanlah istimewa kerana sudah menjadi tradisi untuk ia diraikan. Ia istimewa kerana setiap tahun ini adalah tarikh yang saya pilih untuk melihat, mengkaji dan menilai semula apa yang telah saya lakukan atau tidak lakukan sejak hari lahir tahun lalu. Kadangkala hari lahir boleh menjadi hari yang mendebarkan apabila saya rasa tidak banyak perkara  yang saya capai.

Osman AffanOsman Affan  Hana Khalilah

Namun hari lahir kali ini masih istimewa terutamanya dengan kehadiran anakanda saya Hana Khalilah pada 14 Januari lalu. Ia juga istimewa kerana ada beberapa impian dan matlamat setahun yang saya inginkan telah tercapai. Maka dapatlah saya coretkan beberapa matlamat dan impian baru untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang pula.

Sekali lagi, terima kasih di atas ucapan doa selamat dan salam ingatan daripada anda semua buat diri saya. :)

Hari ini saya berpeluang mengunjungi pejabat Editorial PTS yang baru di Batu Caves Gombak. Tujuan kunjungan saya adalah untuk menemui Tim PTS Millenia untuk buku terbaru saya “Tips Belajar Saat Akhir” dan Tim PTS Pro untuk buku saya “Panduan Mengajar Teknik Memori SmartStudy Di Sekolah“. Buku-buku ini semua dijadualkan untuk terbit pada pesta buku 2010 bulan Mac ini.

Majalah PTS Legasi

Selepas selesai perbincangan, saya dihadiahkan dengan satu Majalah terbitan PTS yang dihantar ke sekolah-sekolah. Sangat menarik rupa, isi kandungan dan persembahan majalah ringkas ini. Namun yang lebih menggembirakan hati saya ialah apabila membaca hasil temuramah Pegawai PTS dengan saya beberapa bulan lalu turut dimuatkan ke dalam majalah ini.

Bagi saya, ini adalah satu langkah PTS yang sangat-sangat saya hargai. Selain daripada menerbitkan buku saya, saya lihat PTS banyak melakukan aktiviti-aktiviti promosi secara langsung dan tidak langsung untuk menyebarkan lagi maklumat tentang buku hasil tulisan saya di pasaran. Ini menambahkan lagi semangat saya untuk menulis dan berkongsi teknik-teknik penting yang patut dikuasai oleh pelajar.

PTS Legasi Osman Affan

Bersama Tim PTS Pro pula, saya diajak untuk turut sama menulis dalam bidang teknik mengajar dan penambahbaikan ilmu guru. Topik ini semua sememangnya sudah berada sangat dekat di hati saya kerana itulah yang saya cuba sampaikan sejak mula-mula saya menceburi bidang Motivasi & Teknik Belajar Berkesan ini.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tim PTS Millenia, Tim PTS Pro dan juga warga kerja PTS keseluruhannya. Moga Allah membalas budi baik Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian di dunia dan di akhirat.

Terima kasih.

Alhamdulillah, saya mendapat berita yang sangat menggembirakan hari ini. Apabila saya lihat senarai buku-buku PTS top 20 paling laris dalam tahun 2009 (dipaparkan di blog sifu saya, Puan Ainon Mohd), nama buku saya juga tersenarai dalam 2 kategori.

Siri buku saya ‘Menjadi Remaja SmartStudy’ menduduki tangga KEDUA dalam kategori Motivasi & Perhubungan. Buku ini sememangnya amat memberi makna dalam kerjaya saya. Kerjaya saya sebagai Perunding Latihan bidang Teknik Belajar melonjak dengan agak tinggi dan cepat disebabkan siri buku Menjadi Remaja SmartStudy ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak PTS terutamanya Tim PTS Millenia yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam mempromosikan buku ini.

Top 20 Buku Paling Laris

Buku saya ‘Buat Duit Dengan Tuisyen’ pula menduduki tempat ke SEMBILAN dalam senarai Top 20 Buku Bisnes & Pengurusan PTS Paling Laris 2009. Buku ini memberikan reaksi yang agak berbeza daripada buku SmartStudy saya. Selepas buku ini berada di pasaran, saya kerap mendapat email dan mesej di Facebook daripada pembaca dan pembeli buku. Majoriti yang menghubungi saya ialah bakal guru tuisyen dan juga pengusaha pusat tuisyen. Kebanyakannya memberi maklumbalas positif di mana isi kandungan buku ini benar-benar membantu mereka menguruskan perniagaan tuisyen dengan lebih baik, berhemah dan beretika.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada PTS terutamanya PTS Professional yang banyak memberi saya panduan dalam menghasilkan buku ini.

Top 20 Buku PTS Paling Laris

Jutaan terima kasih juga kepada anda semua yang membeli dan membaca buku-buku ini semua. Saya percaya, ‘orang yang membaca adalah orang yang berfikir. Orang yang berfikir adalah orang yang bakal berjaya. Orang yang berjaya boleh mencapai apa sahaja dalam hidupnya’.

Nota: Gambar disalin daripada blog Puan Ainon, www.UniversitiPts.com.

Darwish Osman Affan

 Alhamdulillah, hari ini genaplah umur anakanda sulung saya, Darwish 4 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru sahaja saya dan isteri berkejar ke Hospital Besar Kuala Lumpur dengan penuh rasa berdebar kerana mahu menyambut kelahiran anak pertama.

Darwish Osman Affan

Hari ini adalah hari yang istimewa untuk Darwish. Di hati saya dan isteri, semua hari dalam setahun adalah hari istimewa untuk anak-anak kami. Namun hari ini istimewanya agak berbeza kerana ia selalu mengenangkan kami kepada betapa bersyukurnya kami semasa mula-mula menerima kehadiran Darwish pada tarikh hari ini, 4 tahun yang lalu.

Darwish Osman Affan

Semoga segala berkat dan rahmat Allah dicurahkan kepada Darwish sepanjang perjalanan hidupnya. Semoga segala keceriaan, keriangan dan kehebatan menjadi milik Darwish sepanjang usia hidupnya. Selamat Hari Lahir yang ke 4 Darwish!

Adam & Hawa 

Pada hari Isnin yang lalu buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Wisma Bently, Mutiara Damansara bagi menjayakan rakaman rancangan Adam dan Hawa terbitan Erma Fatima Production. Ini merupakan satu pengalaman baru saya buat saya bekerja bersama dengan pengarah berpengalaman dan terkenal, Puan Erma Fatima yang saya lihat begitu teliti dan jelas dengan hasil kerja yang hendak disempurnakan.

Bersama Puan Erma Fatima

Rancangan ini dihoskan oleh pengacara Aida dan Khairy. Perbincangan di setiap episod dibantu oleh seorang panel tetap iaitu Ustaz Mohd Zawawi Yusof dan seorang perunding motivasi. Saya telah dijemput bagi menjayakan satu episod yang bertajuk Andartu.

Ustaz Mohd Zawawi Yusof

Apa yang paling menyeronokkan bagi saya dalam pengalaman ini ialah akhirnya dapat bersemuka dan berbual-bual dengan seorang tokoh yang amat saya segani iaitu Ustaz Mohd Zawawi. Selama ini saya hanya melihat dan mendengar celoteh beliau di kaca tv tetapi kali ini saya dapat  berbual secara terus dan mendengar celoteh beliau secara ‘Live’. :)   Walaupun terasa kecil (walaupun berbadan besar) dan terasa rendahnya diri saya ini berbanding beliau, saya tetap rasa selesa dan seronok bertukar-tukar pendapat dan berbual dengan beliau. Saya percaya ini kerana kehebatan beliau membuat saya terlupa dan terleka daripada melihat pada kelemahan dan kekurangan saya berbanding beliau. Terima kasih Ustaz Zawawi, Ssya pasti tidak akan lupakan pengalaman ini!

Di dalam topik Andartu ataupun Andalusia (Anak Dara Lanjut Usia), perkara yang dibincangkan ialah isu di mana ada wanita yang memilih untuk tidak berkahwin dengan alasan mahu mengejar kestabilan kerjaya. Namun turut dibincangkan juga ialah bagaimana untuk wanita bujang yang sudah lanjut usia boleh meningkatkan peluang untuk mengakhiri zaman bujang mereka.

Adam & HawaAdam & Hawa

Secara ringkasnya saya kongsikan tentang tips untuk mencari pasangan. Jawapan saya adalah daripada sudut psikologi. Pandangan dan pendapat daripada sudut agama dijawab dengan jelas oleh Ustaz Zawawi. Menurut apa yang saya faham, jika kita mahu mencari pasangan hidup, kita mesti terlebih dahulu rasa jelas tentang siapa yang kita mahu cari. Maksudnya, kita perlu tahu ciri-ciri dan watak bakal pasangan kita.

Ini adalah kerana kebanyakan contoh cerita andartu yang kita dengar selalu adalah rungutan bagaimana betapa susahnya mencari calon yang sesuai. Saya percaya satu faktor yang membuat seseorang susah mencari sesuatu yang sesuai ialah orang tersebut sendiri tidak tahu apa yang sedang dicari. Akibatnya, jika seorang calon yang sesuai berdiri di hadapan pun pasti tidak akan kelihatan. Jadi satu tip ringkas yang boleh dikongsikan di sini ialah kita perlu senaraikan ciri-ciri pasangan yang dicari. Jika boleh, cuba senaraikan 10 ciri-ciri yang dicari. Manalah tahu setelah kita tulis semua ciri-ciri yang dicari, orang yang mempunyai ciri-ciri tersebut sebenarnya sudah lama kita kenali dan sentiasa berada tidak jauh daripada kita. :)  

 RTM1

Sebentar tadi saya berada di Angkasapuri RTM bagi menjayakan rancangan Fitrah Kasih RTM1 yang membincangkan tentang ibu bapa dan warga emas yang ditinggalkan keluarga. Rancangan ini dihoskan oleh Hana dan Fifi dan turut menjemput Pengetua Rumah Ehsan Kuala Kubu Baru, Puan Aziah Nordin. Saya turut dijemput bagi memberikan maklumbalas daripada sudut psikologi tentang apa yang sedang dibincangkan.

Satu isu yang cuba diketengahkan ialah mengapa ada anak-anak yang sanggup membiarkan ibu dan ayah mereka yang sudah tidak berdaya tinggal di rumah orang tua? Bukan itu sahaja, menurut pengetua Rumah Ehsan sangat besar peratusnya anak-anak ini langsung tidak menjenguk atau menziarahi ibu bapa mereka ini. Adakah sudah pudar kasih sayang atau ada rasa dendam yang membuatkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai anak.

Menurut pandangan saya, untuk membincangkan isu ini, kita perlu lihat dan dengar cerita daripada kedua-dua belah pihak. Tidak semua anak-anak yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua itu tidak bertanggungjawab. Malah berdasarkan perbincangan tadi ada juga ibu bapa sendiri yang meminta untuk dihantar ke sana.

Jadi, agar kita tidak hanya fokus kepada masalah, saya cadangkan dua perkara untuk mengelakkan masalah ini berlaku di masa akan datang.

RTM1

Pertama, jika kita adalah seorang anak dan ada ibu bapa yang sudah uzur atau sakit, ingat kembali betapa ibu bapa kita sayangkan kita. Ada banyak ketikanya kita lihat ibu bapa kita lakukan sesuatu yang menyakitkan hati kita semasa kita kanak-kanak seperti merotan, menarik telinga atau dilarang keluar rumah. Namun saya percaya itu semua adalah dilakukan atas dasar kasih sayang mereka kepada kita.

Jika kita sudah ada anak, perkara ini lebih mudah diingat. Apabila saya sudah ada anak sendiri, saya semakin faham mengapa ayah saya selalu melarang saya membuat banyak perkara. ‘Bahaya’ adalah perkataan yang selalu keluar daripada mulut beliau. Saya juga faham mengapa ibu saya merotan saya apabila saya pergi mandi sungai atau laut tanpa kebenarannya.

Jika kita sudah ada anak juga, cuba duduk seketika dan lihat kepada anak-anak kita. Apakah rasanya kalau satu hari nanti anak-anak kita ini pula yang mengabaikan kita seperti kita mengabaikan ibu bapa sekarang? Kita juga perlu ingat bahawa anak-anak belajar sesuatu dengan meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapanya.

Kedua, jika kita sekarang adalah ibu bapa, lakukan sesuatu untuk mengeratkan lagi kasih sayang di antara kita, pasangan kita dan anak-anak. Benar, kita tidak boleh memaksa anak-anak menyayangi kita. Namun kita boleh lakukan sesuatu untuk mengeratkan hubungan kita dengan anak-anak. Sebagai permulaan, jika kita adalah ibu bapa yang bekerja, mulai hari ini, cuba kira atau ingat, dalam sehari, berapa banyak kita berbual-bual dengan anak-anak?

Berbual yang dimaksudkan bukanlah berbual dengan bertanya, “kerja sekolah dan buat ke belum?” atau “duit belanja ada ke tidak?” Percaya atau tidak, saya pernah mendengar pengakuan seorang peserta program saya yang tersedar bahawa dia  bercakap dengan anak-anaknya cuma 3 patah hingga 15 patah perkataan sahaja sehari! Jika ini yang berlaku, pelikkah jika anak-anak itu abaikan kita suatu hari nanti?

Jika kita sibuk bekerja mencari rezeki pula, kita tidak patut menggunakannya sebagai satu alasan. Apa yang boleh kita lakukan ialah gunakan apa-apa sahaja disekeliling kita sebagai peluang untuk mengeratkan lagi hubungan. Contohnya, apabila hendak ke kedai membeli barang dapur, bawa anak-anak dan berbual dengan mereka di dalam kereta atau semasa berjalan ke kedai.

Apabila melihat anak-anak menonton televisyen kegemaran mereka, lapangkan hati dan minda untuk duduk seketika bersama mereka dan tunjukkan yang kita juga minat apa yang mereka suka. Tanya mereka soalan mengenai cerita tersebut dan biarkan mereka bercerita dengan perasaan gembira dan seronok. Ini adalah satu peluang besar untuk memikat hati mereka.

RTM1

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En Irwan daripada RTM yang menjemput saya bagi menjayakan rancangan ini. Terima kasih juga kepada Puan Aziah Nordin yang banyak berkongsi pengalaman dan maklumat sepanjang persiapan menjalankan rancangan ini. Tidak lupa kepada pengacara program, Hana dan Fifi yang membuatkan kami tetamu jemputan selesa untuk berbicara sepanjang program. Terima kasih.

BUat Duit Dengan TuisyenAlhamdulillah, setelah menulis selama lebih kurang 7 minggu dan menunggu beberapa bulan untuk proses editing dan printing, buku hasil tulisan terbaru saya sudah terbit  dan akan masuk ke kedai-kedai buku dalam masa beberapa hari ini. Buku ini bertajuk Buat duit dengan tuisyen. Buku merupakan salah satu daripada rancangan penerbitan siri buku buat duit oleh PTS Professional. Ini juga merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan PTS Professional dalam menghasilkan buku. Sebelum ini saya menerbitkan buku dengan PTS Millenia, salah satu lagi anak syarikat utama PTS Publishing.

Buku ini adalah mengenai bagaimana mahu menjana wang atau menambah pendapatan dengan menceburi bidang tuisyen. Percaya atau tidak, mengajar tuisyen boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1120 hingga RM2520 sebulan dengan hanya mengajar 2 jam sehari. Di dalam buku ini, saya ada terangkan dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh berlaku.

Bayangkan, jika anda boleh mengajar tuisyen 2 jam sehari dan menjana RM2000 sebulan, bukankah ia seperti gaji seorang yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai pengalaman kerja? Lebih menyeronokkan, ia cuma 2 jam sehari. Jadi anda ada banyak masa yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

Saya percaya ramai graduan atau suri rumah yang pernah bercita-cita hendak menceburi bidang tuisyen ini tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Melalui buku ini, anda akan pelajari apakah langkah demi langkah yang perlu diambil untuk anda mula menjana wang melalui tuisyen ini.

Di dalam buku ini, bagi saya, satu topik yang sangat penting yang telah saya bincangkan ialah bagaimana hendak mencari pelanggan dan bagaimana cara untuk membuat promosi. Ini adalah bahagian yang selalunya dibimbangkan oleh orang-orang yang mahu memulakan proses buat duit dengan tuisyen ini. Jadi anda tidak perlu risau, dapatkan buku ini dan pelajari beberapa teknik untuk memasarkan dan juga menghebahkan tentang khidmat tuisyen anda.

Di dalam buku ini juga saya ada ceritakan tentang etika dan prinsip untuk mengajar tuisyen. Jika etika dan prinsip-prinsip ini diamalkan, kita bukan sahaja boleh menjadi seorang guru tuisyen yang sangat berkesan, malah pendapatan kita juga akan meningkat berkali ganda akibat meningkatnya kadar bayaran sejam dan meningkatkan jumlah pelajar yang mahu menjadi pelajar kita.

Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berdekatan terutamanya kedai-kedai buku Popular dan MPH.

Selamat buat duit dengan tuisyen! :)

 Hot at One RTM1

Pagi ini (Isnin, 23 Februari), saya berada di Studio RTM bagi menjayakan slot di Hot @ One bersama tiga hos sensasi. Saya dijemput bagi memberikan pandangan dan pendapat mengenai satu topik yang agak menarik iaitu ‘Who’s the big Spender, Men or Women’. Seorang lagi tetamu undangan ialah seseorang yang saya sudah biasa lihat di kaca televisyen sejak di bangku sekolah lagi, Juliza Adlizan.

Topik ini agak santai sebenarnya. Walaupun tidak terlalu berat, agak mendebarkan juga semasa saya mula-mula masuk dan duduk di hadapan kamera. Mana tidaknya, saya baru terperasan yang saya akan bertikam lidah dengan 3 wanita (2 hos dan Juliza). Namun hos rancangan ini pandai mewujudkan suasana ceria yang membuatkan saya dan Juliza seperti tidak sedar masa setengah jam sudah tamat.

Hot at One RTM1

Satu nasihat akhir yang saya berikan (yang ditujukan kepada diri saya sendiri juga), kita perlu menjaga emosi jika mahu mengelakkan diri daripada berbelanja besar. Belanja besar yang dimaksudkan di sini ialah berbelanja di luar kemampuan. Saya terangkan sedikit bahawa iklan-iklan di tv, surat khabar, majalah dan di mana-mana sahaja selalunya akan menyerang emosi bakal pembeli. Saya tahu perkara ini kerana saya juga jalankan program-program keusahawanan yang melibatkan proses pemasaran.

Tugas kita sebenarnya ialah untuk sentiasa mengkaji sama ada apa yang kita mahu beli (terutamanya yang besar dan diluar kemampuan) adalah disebabkan keperluan atau disebabkan tuntutan emosi yang tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada.

Tenang Menjawab Soalan PeperiksaanAlhamdulillah, hari ini merupakan satu hari yang agak istimewa buat saya. Di tangan saya kini telah ada buku terbaru mengenai teknik belajar berkesan. Buku ini bertajuk ‘Tenang menjawab soalan peperiksaan’.

Buku ini merupakan buku ketiga dalam siri buku Menjadi Remaja SmartStudy. 2 buku telah terbit sebelum ini yang bertajuk

  1. Persediaan minda untuk menjadi pelajar cemerlang.
  2. Kemahiran Belajar.

Jika anda pernah baca kedua-dua buku ini, saya ada terangkan tentang buku yang ketiga ini. Ini kerana, setelah minda bersedia dan setelah kemahiran belajar membantu anda ingat apa yang telah dipelajari, anda perlu tahu teknik dan petua untuk menjawab soalan dengan tenang di dalam dewan peperiksaan. Pentingkah menjawab soalan dengan tenang? Sudah tentu.

Jika ditanya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, satu perkara besar yang sering mereka rasa ialah debaran yang amat kuat. Adakalanya debaran ini menyebabkan mereka terlalu resah dan gelisah hingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada jawapan yang hendak ditulis. Akibatnya, mereka tidak dapat menjawab dengan baik dan keputusan peperiksaan mereka tidak memuaskan. Inilah juga sebabnya mengapa terdapat ramai pelajar yang merungut bahawa mereka selalunya boleh jawab dengan baik semasa mengulangkaji tetapi sebaliknya pada hari peperiksaan sebenar.

Tenang menjawab soalan peperiksaanDi dalam buku ini, saya terangkan tentang bagaimana fikiran yang tenang boleh diperolehi semasa peperiksaan. Saya juga terangkan langkah demi langkah yang perlu diambil menjelang peperiksaan. Contohnya, jika anda hendak mengulangkaji, subjek manakah yang perlu dibaca terlebih dahulu? Berapa lama hendak belajar bagi setiap subjek? Juga, bilakah masa yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran agar minda kita dapat menerima apa yang sedang diulangkaji.

Buku ini mengambil masa lebih 2 tahun untuk saya siapkan. Namun, masa yang lama itu disebabkan ia terbengkalai lebih setahun setengah sebenarnya. Selepas terbitnya buku pertama dan kedua, saya begitu sibuk menjalankan program-program teknik belajar dan motivasi. Begitu singkat masa yang ada untuk menyiapkan buku ini. Namun dengan sedikit disiplin, kesungguhan dan sokongan daripada ahli keluarga, Alhamdulillah akhirnya siap juga.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan penerbit PTS Millenia terutamanya Cik Ashikin yang banyak bersabar dalam menjayakan penghasilan buku ini. Terima kasih khas buat isteri tercinta, Elly, yang sentiasa memberi sokongan dan keyakinan agar saya dapat menyiapkan buku ini dengan baik. Semoga buku ini dapat membantu para pelajar menduduki peperiksaan dengan perasaan yang lebih tenang.

Redzuan AzizAlhamdulillah, setelah begitu lama berbincang dan merancang, akhirnya salah satu impian dan matlamat saya telah tercapai. Mulai Januari 2009, sebuah Pusat Tuisyen di bawah nama SmartStudy akan dimulakan di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Pusat Tuisyen ini adalah hasil kerjasama saya dan sahabat baik saya, En Redzuan Aziz, pemilik Intitut Kemahiran Showme.

Pusat tuisyen ini adalah hasil idea dan kerjasama saya bersama En Redzuan. Kami sudah mula berbincang mengenai idea ini sejak pertengahan tahun 2006 lagi namun begitu banyak cabaran dan halangan yang tiba hingga kami menangguhkan sementara idea ini.

Pusat tuisyen ini dinamakan Pusat Tuisyen ‘Showme SmartStudy’. Jelas sekali, ia adalah gabungan nama Institut Kemahiran Showme dan Pusat Motivasi SmartStudy. Namun saya rasa nama ini begitu menarik kerana ia bermaksud lebih kurang ‘Tunjukkan saya teknik belajar yang berkesan’.

Pusat Tuisyen Showme SmartStudy ini akan bertempat di Institusi Kemahiran Showme, bangunan Wisma Kokitab, Kuala Terengganu. Di sinilah saya jalankan program Teknik Memori SmartStudy pada 20 Disember lalu.

Showme SmartStudy

Apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah pusat tuisyen ini akan menggabungkan kepakaran saya dan kepakaran En Redzuan. En Redzuan sangat pakar dalam bidang  ‘Coaching’ dan kepakaran saya pula ialah dalam bidang teknik belajar. Jadi, hasil gabungan kepakaran ini, kami akan menjadikan pusat tuisyen ini sebagai tempat di mana pelajar boleh kembangkan kebolehan belajar dan potenti yang terpendam di dalam diri mereka.

Kami merancang untuk diwujudkan sesi kemahiran belajar setiap minggu dan juga kami bakal menawarkan sesi coaching untuk pelajar dan ibu bapa. Ini akan membolehkan ibu bapa dan pelajar mengikuti perkembangan prestasi akademik mereka dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Tuisyen ini, hubungi 09-6227525 atau 012-9855548

Danish 

Hari ini genaplah umur anakanda bongsu (buat masa ini) saya 1 tahun. Setahun yang lalu, ketika beliau lahir ke dunia, saya sedang menjalankan tanggungjawab sebagai trainer di Besut bersama pegawai-pegawai daripada IKM Pasir Mas Kelantan. Masih teringat lagi bagaimana saya hanya dapat berjumpa dengan anakanda saya ini selepas dia berumur beberapa hari.

Danish 6 bulanAnakanda saya ini lebih bersemangat tubuhnya berbanding abangnya Darwish. Lebih sedap dipeluk. Saya sangka dengan tubuh yang agak montel begitu Danish akan lambat sedikit kemajuan dari segi fizikal. Ternyata saya silap. Danish sudah mula belajar berjalan ketika berusia 9 bulan dan boleh berjalan dengan laju tanpa jatuh ketika berusia 10 bulan. Kini beliau sudah aktif mengejar abangnya berlari. Alhamdulillah.

Anakanda saya adalah jantung hidup saya. Bak kata pepatah, kadang-kadang menjadi ‘racun’, tetapi selalunya menjadi penawar dan penguat semangat. Untuk anakanda Danish, saya sentiasa berdoa agar pintu hatinya sentiasa dibuka untuk menuju jalan yang diredhai, jalan yang dihujani dengan rahmat dan berkat serta rezeki yang melimpah ruah di dunia dan akhirat.  Amin.

Selamat Hari Lahir Danish!

Darwish 

Hari ini genaplah umur anakanda kesayangan saya Darwish 3 tahun. Saya masih ingat betapa gembiranya saya ketika Darwish tiba ke dunia ini tiga tahun lalu. Hari jadi tahun ini disambut Darwish 2 tahunbegitu awal, lebih kurang pukul 12.01 pagi tadi kerana Darwish masih belum tidur lagi.

Kelakar pula rasanya apabila Darwish tersengih-sengih seperti pelik kenapalah agaknya ibu dan ayahnya menyanyi-nyanyi sambil memeluknya.

Seperti doa saya tahun-tahun yang sudah, di hari yang istimewa ini, saya berdoa agar anakanda saya sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah dan di tunjukkan jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat. Saya juga berdoa agar diri saya mampu menjadi seorang ayah yang terbaik terutama sekali dalam memberikan anakanda saya pendidikan terbaik dan mengembangkan lagi segala potensi kejayaan yang sedia ada di dalam dirinya. Amin.

Selamat Hari Lahir Ketiga Darwish!

Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan~

Kata-kata ini adalah antara mutiara kata yang pertama yang saya hasilkan. Semasa saya menulis mutiara kata ini, saya masih baru di dalam bidang yang saya ceburi ini dan masih terlalu banyak cabaran dan halangan yang saya hadapi. Saya masih ingat lagi ketika tahun pertama saya mula memberi ceramah dan latihan tentang teknik belajar dan di sekolah dan universiti. Program saya yang pertama ialah pada bulan Mac 2005. Ketika itu saya diminta menyampaikan program selama 4 jam di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

Masih saya ingat betapa saya rasa berdebar sepanjang malam sebelum program. Saya rasa saya luangkan lebih 8 jam berada di depan komputer di pusat tuisyen saya untuk menyediakan bahan yang mahu disampaikan. Apabila sampai di sekolah rendah itu pula, sesekali terasa jantung saya seperti mahu meletup. Padahal yang bakal hadiri program itu cumalah pelajar sekolah rendah. Saya benar-benar berada di luar zon selesa saya ketika itu.

Selain daripada halangan rasa berdebar dan kurang pengalaman, saya juga hadapi cabaran dari segi kelengkapan. Saya baru bermula. Duit belum ada untuk membeli laptop. Saya dengan berhati-hati mengeluarkan duit untuk membeli pendrive dan mengharapkan agar pihak sekolah dapat menyediakan laptop untuk saya gunakan. Cabarannya di sini ialah selalunya laptop sekolah terlalu tidak boleh dijangka masalahnya. Sebagai contohnya, selalu hasil kerja powerpoint saya berkecamuk akibat setting laptop yang berlainan versi perisian dan selalu juga video klip yang saya bawa tidak boleh dipasang dengan baik. Akibatnya, presentation saya sentiasa menghadapi risiko menjadi presentation yang tidak kemas dan baik.

CPUCPUPernah sekali disebabkan terlalu mahu menyampaikan presentation yang baik tanpa perlu bergantung kepada laptop pihak sekolah atau penganjur program, saya bawa ‘CPU’ komputer saya ke tempat program. Ya, CPU komputer. Orang jinjing laptop, saya pikul CPU. Bukan pikul begitu sahaja, saya terpaksa menyorok-nyorok agar peserta dan guru tidak terlihat apa yang saya pikul itu. Ketika itu program dijalankan di luar sekolah, jadi ada peluang saya bawa masuk CPU itu ke tempat program tanpa guru dan pelajar sedari.

Hari ini saya tersenyum sendirian mengenangkan kenangan dan pengalaman itu. Apabila saya lihat saya bawa 2 laptop ke program yang saya jalankan kini, cabaran itu semua tadi adalah hanya cabaran-cabaran kecil yang beratur di depan saya. Saya benar-benar percaya bahawa semakin besar dan bernilai impian kita, semakin besar juga jenis halangan dan cabaran yang bakal kita tempuh. Namun tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana semua cabaran itu pasti dapat kita atasi.

Jadi, apa kata hari ini anda lihat senarai matlamat yang ingin anda capai. Jika matlamat itu mempunyai halangan yang sangat besar, ia bermaksud matlamat itu merupakan satu impian dan keinginan yang sangat bermakna buat anda. Namun jika matlamat itu boleh dan mudah dicapai tanpa halangan yang mencabar, ia mungkin hanya kemahuan kecil yang tidak mengecewakan jika anda tidak mencapainya.

Selamat mencapai IMPIAN!

Next Page »