Tue 1 Apr 2008
Kembali menulis…
Posted by Osman Affan under Khas, Motivasi
No Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hmmm… rasanya sudah hampir tiga minggu saya tangguhkan aktiviti menulis di blog ini. Ini kerana ‘SmartStudy Adventure’ saya untuk bulan Mac baru sahaja berakhir semalam dengan program bersama 400 pelajar UPSR di Universiti
Tun Hussein Onn Johor. ketika menulis ini pula, saya sedang berada di Mydin Mall, Kuala Terengganu, menulis sambil memerhatikan orang yang lalu lalang di sekitar food court ini. Hehe. Saya baru sahaja selesai menjalankan program ringkas bersama para pelajar di Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. Untuk melihat program-program saya yang terbaru, boleh lawati www.OsmanAffan.com dan lihat gambar-gambar program terbaru di bahagian bawah.
Insyaallah minggu ini saya akan mulakan semula tips-tips keyakinan diri. Tips-tips ini sangat popular di kalangan pelajar. Ini kerana ketika membuat program SmartStudy, kebanyakan pelajar bertanyakan mengenai teknik untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Ada yang tidak yakin untuk belajar subjek susah, ada yang tidak yakin bercakap di khalayak ramai dan ada yang tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Mengenai ebook 7 Petua Skor A, saya masih dalam proses menyiapkannya. Saya masih belum berkesempatan untuk duduk dan fokus kepada ebook ini berikutan progran yang agak penuh sejak awal bulan Mac. Saya akan umumkan di sini apabila ia siap nanti.
Hmmm… di mana harus saya mulakan ye… soalan pun dah banyak yang tidak berjawab. Tidak mengapa, saya mulakan sedikit demi sedikit. Saya akan mulakan dengan jawapan kepada soalan-soalan di chatbox dulu.
Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dengan berbesar hati menjemput mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN ke majlis Hi Tea Bersama TAMRIN dengan butiran berikut :Tarikh : 28 Mac 2008 (Jumaat)
Saya masih lagi dalam adventure SmartStudy. Ketika menulis ini saya sedang bersedia untuk bertolak ke Terengganu kerana ada program bersama pelajar Univerisiti Darul Iman esok (Jumaat). Baru dua hari lepas saya balik dari Paka, Kemaman Terengganu kerana mengendalikan
program kepimpinan bijaksana bersama para eksekutif Vinyl Chloride (M), anak syarikat Petronas. Semalam pula saya berada di Kolej Astin, Puchong untuk program setengah hari.
program di UTP pula, kami perlu bergegas semula ke KL kerana ada program pada keesokan harinya (Ahad)di UPM. Jika anda berada di kawasan UPM, mungkin boleh turut serta program saya ini bersama pelajar UPM.
Hmmm… sudah hampir seminggu saya ke sana ke sini, tak lekat di rumah. Yang lebih merunsingkan saya, tidak dapat lekat di depan komputer untuk bersama pembaca blog ini. Saya sekarang di dalam ‘adventure’ program SmartStudy. hehe… saya kata adventure sebab saya kena kuatkan fizikal dan mental untuk memenuhi program hampir setiap hari dari awal minggu ini hingga akhir minggu depan.
Assalamualaikum. Jika anda berminat untuk mempelajari teknik-teknik asas dalam internet marketing, anda boleh dapatkan e-majalah ini secara percuma. Ini adalah edisi kedua sebenarnya. Adalah juga boleh mendapatkan edisi pertama dengan melawat laman web ini.
Semasa tiba di UIA lebih kurang pukul 9.10 pagi, badan saya agak letih sebenarnya kerana saya keluar rumah seawal 5 pagi dan balik pada pukul 9 malam untuk ke Kuantan hari sebelumnya. Namun saya masih dapat cari sedikit tenaga dan semangat untuk menghadiri kursus yang dijalankan oleh dua Coach hebat ini. Saya mengenali mereka buat pertama kali ialah semasa di kursus training of trainers yang saya anjurkan untuk penulis pts. Mereka hadir sebagai peserta walaupun tahap kepakaran mereka ini sudah tidak perlu menghadiri kursus asas training yang saya anjurkan itu.
Alhamdulillah. Hari ini genaplah umur saya 23 tahun…… hehe… macam ada yang tak kena….. alangkah indahnya kalau usia kita kekal muda kan? Hari genap umur saya 32 tahun. Ketika menulis ini, saya sedang menjalankan program dengan para pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn di Savannah Hill, Johor. Seronok dapat sambut hari lahir sambil buat sesuatu yang saya suka.
Sabtu lalu saya bersama Fadzli Yusof, Dr. Asmadi dan beberapa lagi tokoh hebat yang saya kagumi duduk bermesyuarat bagi menubuhkan satu pertubuhan untuk Trainer Islam Malaysia. Mesyuarat ini adalah sesuatu yang agak luar biasa bagi saya kerana saya berpeluang duduk semeja dan berbincang dengan orang-orang yang saya kagumi selama ini. Antara tokoh yang saya sangat berbesar hati dapat bertemu ialah Dr. Danial Zainal Abidin.
Kali pertama saya bertemu Dr. Danial ialah semasa pesta buku 2007. Ketika itu saya tidak berapa cam beliau kerana belum membeli buku beliau. Selepas itu, saya terus membeli 2 buku beliau, 7 formula individu cemerlang dan tip-tip cemerlang daripada Al-Quran. Bagi saya, buku-buku tersebut sangat hebat. Jika anda belum membacanya, saya
cadangkan anda rebut peluang membacanya sekarang.
Ketika saya menulis ini, 12.30 p.m Jumaat, baru 2 mayat ditemui iaitu Allahyarham En Khalid (yang cuba menyelamatkan mangsa) dan Azreen (sahabat kepada anak saudara isteri saya). Anak saudara isteri saya (Syaifuddin) masih lagi belum ditemui hingga ke saat ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Posting hari ini adalah untuk saya war war kan tentang kemunculan e-majalah. Tahniah saya ucapkan kepada Labanon and the team kerana berjaya menghasilkan e-majalah ini.
Semalam, 31 Januari 2008, saya telah dijemput oleh Cik Azlina, penerbit RTM2 Siaran ‘Hello On 2′ yang di kendalikan oleh Anne dan Zamil. Ini kali kedua saya muncul di RTM2 sebenarnya di mana yang pertama dulu ialah 3 episod mengenai teknik belajar.
Di dalam siaran kali ini, kami membincangkan tentang sistem pendidikan negara kita sama ada ia dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing atau pelajar yang hanya ‘exam oriented’. Walaupun bunyinya seperti mudah sahaja untuk memperkatakan tentang perkara ini, namun realitinya agak sukar kita membuat komen sama ada sistem pendidikan telah gagal menghasilkan pelajar yang berkualiti.
Semasa perbincangan dijalankan, sempat juga pihak penyiaran memaparkan laman web saya
Tahniah saya ucapkan kepada
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada DikMal kerana memberikan saya ebook yang sangat berguna ini. Selama ini saya selalu kongsikan bersama pelajar dan peserta program saya mengenai kepentingan menetapkan matlamat. Hari ini kita boleh tambahkan lagi ilmu kita mengenai perkara ini dengan membaca ebook hasil tulisan DikMal daripada 





















