Thu 20 Aug 2009
Rakaman di Traxx.FM dan Salam.FM
Posted by Osman Affan under Motivasi
No Comments
Semalam saya berpeluang membuat rakaman segmen Reflection di siaran radio Traxx.fm. Segmen ini berlangsung selama 10 minit dan saya diminta untuk membincangkan tentang beberapa isu yang melibatkan unsur-unsur motivasi. Setakat semalam, telah 3 rakaman yang dilakukan dan ada lebih kurang 7 hingga 12 lagi rakaman yang perlu dilakukan. Rakaman ini adalah kerjasama antara Traxx.fm dengan Jakim.

Ini merupakan pengalaman kedua saya merakamkan segmen untuk radio. Pengalaman pertama ialah menerusi rakaman slot pendek motivasi untuk Asyik.fm. Pengalaman tersebut banyak mengajar saya bagaimana untuk menenangkan diri dan mengawal kadar kelajuan saya bercakap semasa rakaman. Jika anda pernah menghadiri program-program yang saya kendalikan, anda pasti sedar ada ketikanya saya bercakap dengan begitu laju sekali. Sudah menjadi tabiat terutamanya ketika saya sedang bersemangat menyampaikan sesuatu.
Namun semangat itu perlu dikawal semasa rakaman di radio kerana apabila saya dengar semula kadar kelajuan saya bercakap, saya sendiri ketawa. Laju sungguh! Alhamdulillah, dapat juga saya pelajari sesuatu.
3 rakaman yang telah berjaya dirakam semalam bertajuk
- Planning for our future.
- Be grateful for what we have.
- Reading our way to success.
Selain daripada rakaman untuk Traxx.fm, saya juga sempat merakamkan satu slot untuk segmen Pesona di siaran Salam.fm. Segmen ini agak menarik bagi saya kerana saya belum pernah lakukan segmen sebegini. Apa yang saya diminta lakukan ialah ceritakan tentang latar belakang saya dan bagaimana saya mula melibatkan diri ke dalam bidang motivasi dan teknik belajar. Jadi saya hanya bercerita mengenai latar belakang diri saya sejak sekolah rendah hingga sekarang selama lebih kurang 15 minit. Banyak juga yang diceritakan.

Tambahan pula, saya diminta menceritakan tentang prinsip hidup yang saya pegang selama ini. Saya juga diminta untuk menceritakan tentang kejayaan atau pencapaian yang telah saya kecapi selama ini. Alhamdulillah, rakaman ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Traxx.fm dan juga Salam.fm. Setinggi-tinggi perhargaan kepada wakil daripada Jakim, Puan Norlida Mohd Noor yang sudi menjemput saya bagi menjayakan rakaman ini.
Adakalanya, kita rasa sedih dan berduka kerana apa yang kita hajatkan, apa yang kita impikan dan apa yang kita selalu doakan belum hadir ke dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita doakan kegembiraan, tetapi hidup kita masih penuh dengan kedukaan. Kita doakan kejayaan tetapi hidup kita masih penuh dengan kegagalan. Malah, kita doakan kekayaan tetapi kesusahan dan kesempitan hidup pula yang memunculkan diri.
Hendak menghulurkan bantuan kepada orang, entah kenapa orang itu pula tidak sudi menerima pertolongan. Sedih. Hendak menjadi rajin dan datang awal ke tempat kerja atau sekolah, dikutuk kawan-kawan dan dituduh sudah ‘buang tebiat’. Sedih.
Sedarkah kita, semasa kita sedang berduka, semuanya terasa seperti serba tidak kena? Bagi pelajar, ada kalanya kita sedang berduka kerana gagal mendapat keputusan A bagi subjek yang paling kita suka dan mahir. Apabila mendapat keputusan yang tidak menggembirakan itu, terasa seolah-olah semua benda di dunia ini sedang memusuhi kita. Ketika itu, gurauan dan jenaka rakan sebaya terdengar seperti sindiran. Teguran dan nasihat guru dan ibu bapa terasa seperti sengaja mahu menambahkan garam di atas luka yang sedang terbuka. Rancangan kegemaran di televisyen pula dilihat tidak begitu menarik seperti biasa.
Bagi seorang usahawan, kita mungkin berduka kerana memikirkan perniagaan yang semakin merosot, tidak maju atau tidak mempunyai pencapaian yang memuaskan. Ketika itu, kita terasa seolah-olah tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang memahami atau menyokong kita. Apabila pulang ke rumah, terasa isteri terlalu mendesak dengan masalah itu dan ini. Terasa anak-anak memeningkan kepala dengan meminta ini dan itu. Ketika inilah juga pengutip hutang menghubungi kita untuk bertanyakan bayaran yang masih belum mereka terima. Inilah juga ketikanya kereta yang sihat walafiat selama ini menunjukkan ragamnya.
Jika kita sedang terperangkap di dalam senario ini semua, mampukah kita keluar daripadanya? Anda sendiri tentu pernah merasai pengalaman berduka. Adakah anda mampu mengubah rasa duka dan keluar daripada emosi yang boleh membinasakan diri?
Sebagai manusia biasa, kita semua mungkin sudah biasa merasa pelbagai perasaan. Ada kalanya kita gembira dan teruja. Ada kalanya kita sedih dan sengsara. Satu perkara yang jelas, kebanyakan daripada kita sentiasa menginginkan rasa gembira dan ceria menguasai diri. Apabila hati gembira dan semangat yang tinggi menguasai diri, kita terasa seperti tidak ada satu perkara pun yang mustahil untuk dilakukan. Namun hakikatnya, perasaan itu semua bukan hadir setiap masa. Lebih menakutkan, lebih banyak ketikanya diri kita hanya dibelenggu rasa tidak selesa, marah, sedih, resah dan gelisah…
Walaupun saya banyak berkongsi tips-tips mengawal tekanan perasaan dan bagaimana untuk mengawal diri dalam keadaan marah, ada ketikanya saya juga dilanda masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Namun tidak mengapa, itu buktinya saya juga manusia biasa seperti orang lain.
Harapan saya, tips dan petua ini semua akan dapat kita gunakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya apabila kita sedang berada dalam keadaan emosi yang mungkin kurang stabil. Jika anda juga ada tips atau petua yang boleh dikongsi bersama, jangan segan silu untuk berkongsi agar manfaatnya dapat kita nikmati bersama.


Beberapa minggu lalu saya berpeluang bertemu muka dengan Abang Azizi Ali yang terkenal sebagai Jutawan Hartanah. Tujuan pertemuan saya dengan beliau ialah untuk saya menemuramah beliau tentang rahsia kejayaan beliau. Pertemuan ini diadakan di pejabat beliau di Kelana Jaya. Satu perkara khusus yang saya ingin tahu ialah apakah pandangan beliau mengenai kepentingan menulis matlamat. Ada 2 perkara menjadi isu di sini, pertama, adakah matlamat itu penting, dan kedua, adakah ia perlu ditulis?
Kata beliau, cadangan itu bunyinya sangat tidak masuk akal dan pelik. Namun, beliau rasa tidak rugi kalau ia dilakukan. Kalau rugi pun mungkin rugi sekeping kertas agaknya. Setelah beberapa lama, beliau terlupa akan surat itu kerana ia telah disorokkan ke dalam sebuah buku bacaan beliau. Secara tidak sengaja, beliau terjumpa semula surat itu dan apabila beliau membacanya, apa yang tertulis itu sudah menjadi kenyataan.

Pada 7-8 Jun ini (Ahad & Isnin, cuti sekolah), saya bersama sahabat saya Tn Hj Redzuan Abdul Aziz, pemilik Institusi Kemahiran Showme, buat pertama kalinya menganjurkan program yang bertajuk Kongress Pendidikan Nasional. Program ini akan dijalankan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.
Tanda keenam ini kadangkala benar-benar membimbangkan saya. Budaya sakit hati kepada orang berjaya bukan sahaja ada dikalangan kita rakyat Malaysia, malah ada di mana-mana negara di dunia. Di negara barat contohnya, jika ada seseorang tokoh yang berjaya sama ada dalam bidang akademik, hiburan, politik atau bidang apa sahaja, pasti akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencari jalan untuk menjatuhkan tokoh tersebut. Apa yang menyedihkan, dalam usaha tersebut, cerita yang tidak ada juga diada-adakan.
begitu teruja untuk bertanya tentang rahsia dan tips kejayaan. Apa yang hebatnya ialah orang-orang berjaya selalunya tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan orang lain. Rahsia kejayaan ini pula mampu mengeluarkan bakat-bakat kita yang selama ini terpendam.
Tanda keenam ada halangan minda menyekat bakat anda yang terpendam ialah ‘sakit hati melihat orang berjaya’. Selalunya ada sedikit kekeliruan di sini. Salahkah kalau kita sakit hati melihat orang berjaya tetapi dalam masa sama kita mahu juga berusaha untuk berjaya?
Perumpamaan mudah untuk memahami mengapa kalau kita benci orang berjaya kita tidak akan mengecapi kejayaan mereka ialah, jika kita benci pencuri, adakah kita mahu menjadi seperti mereka? Jika kita benci pembunuh, adakah kita mahu jadi seperti mereka?
Apabila asyik memikirkan tentang perkara ini, saya nampak lojiknya mengapa pelajar biasanya tidak nampak kepentingan menuntut ilmu sekarang. Saya faham kenapa pelajar tidak sanggup belanjakan RM15 untuk membeli kamus dan lebih rela membeli prepaid handphone. Saya faham mengapa pelajar tidak sanggup membeli buku dan lebih sanggup membeli makanan ringan atau tiket wayang.
Katakanlah saya ambil jumlah yang paling kecil, 100 orang pelajar. RM1500 jika dibahagikan dengan 100 orang pelajar, hasilnya menunjukkan kos seorang pelajar ialah RM15. Katakan program ini tidak mahu dijalankan kerana terlalu mahal. Ambil RM1500 itu dan berikan kepada 100 orang pelajar tadi. Jadi setiap pelajar akan menerima RM15. Persoalannya, apakah yang mampu diperolehi oleh pelajar tersebut dengan duit RM15 tersebut? Beli buku? Mungkin dapat beli sebuah buku sahaja. Mahu tuisyen? Saya pasti ia tidak cukup. Mahu makan? Kenyang selama 3-4 jam sahaja.
Waalaikumsalam NFS.
Saya berikan contoh. Jika anda seorang pelajar, hari ini anda terlintas di hati untuk jadi seorang pelajar terbaik dan skor A dalam semua subjek yang anda ambil. Yang mana lebih mempengaruhi anda, potensi untuk berjaya dan merasa bangga atau potensi untuk gagal dan kecewa akibat tidak berjaya mencapai matlamat tersebut?
Menurut pemerhatian dan pembacaan saya, orang-orang yang berjaya mengeluarkan potensi diri mereka begitu fokus kepada sesuatu yang bakal menggembirakan mereka. Maksudnya, jika mereka mahu capai sesuatu, minda mereka akan sentiasa fokus kepada gambaran di mana mereka gembira dan seronok kerana telah mencapai matlamat tersebut. Walaupun mereka sedang gagal dan belum mencapai matlamat tersebut, mereka tidak berganjak dan tidak berputus asa dengan keputusan untuk mencapai matlamat tadi. Hasilnya, mereka mampu keluarkan semua bakat dan potensi yang terpendam di dalam diri mereka.





















