Tue 2 Dec 2008
Matlamat suatu impian…
Posted by Osman Affan under Motivasi, Mutiara Kata
No Comments
“Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan~

Selepas program yang biasa saya jalankan bersama pelajar, biasanya akan ada pelajar yang datang meminta tandatangan dan kata-kata semangat. Disebabkan kesuntukan masa, saya pilih mutiara kata paling ringkas dan paling bermakna buat saya. Mutiara kata itu ialah apa yang tertera di atas.
Ada juga antara pelajar yang menerima mutiara kata ini bertanya kepada saya apakah sebenarnya maksud kata-kata ini. Jawapan saya ialah jika sesuatu yang kita hendak capai itu begitu sukar, banyak masalah dan penuh cabaran, ia bermaksud perkara itu adalah satu matlamat yang sangat bermakna dan berharga buat kita. Seperti kata sifu saya Rizal Hassan, kalau kita main bola tanpa pihak lawan, tentu kita boleh menang 100-0 tanpa masalah tetapi itu tidak akan mendatangkan kepuasan kepada kita.
Ada yang keliru dan menyangka bahawa kalau kita ada sesuatu impian yang besar, tentu ia sukar untuk dicapai. Mudahlah lemah semangat dan hilang motivasi nanti. Bukan begitu cara untuk memikirkannya. Mutiara kata ini digunakan semasa kita terasa penat apabila menghadapi masalah dan cabaran semasa ingin mencapai matlamat. Sebagai contoh, katakan anda mahu mendapat ‘Straight A’s ‘ pada tahun 2009. Kemudian semasa belajar dan mengulangkaji, anda rasa ia begitu susah hingga anda tertekan dan benci kepada apa yang anda belajar. Ketika ini, bagus jika anda ingat mutiara kata ini. Kata kepada diri anda, “kalau susah macam ni, hasilnya pun mesti besar juga.”
![]()

Jangan gunakan mutiara kata ini semasa anda hendak mula meletakkan matlamat. Sebagai contoh, anda mahu letak matlamat sebagai pelajar paling cemerlang di sekolah, kolej atau universiti anda. Ini merupakan satu IMPIAN yang sangat besar dan bermakna buat anda. Namun, anda terfikir, “kalau besar impian, besar jugalah halangannya nanti.” Jika berfikir begini, anda pasti mudah lemah semangat dan mengalah.
Anda perlu ingat, susah atau senang bergantung kepada apa yang minda anda sedang fokuskan. Apabila disuruh bangun awal pagi untuk ke sekolah atau kelas, anda mungkin merungut dengan perkataan ’susah’ atau ‘mengantuk’. Ini kerana anda sedang fokus kepada beban bangun pagi dan perasaan mahu lawan rasa mengantuk. Namun jika perlu bangun pagi untuk pergi lawatan ke luar negeri atau ada pertandingan sukan yang anda minat, langsung anda tidak merungut. Malah anda bangun dengan perasaan sangat ceria. Ini kerana minda anda sedang fokus kepada keseronokan pergi melawat atau menyertai pertandingan sukan tadi.
Jadi, setiap kali anda hadapi kesukaran, masalah dan cabaran semasa mahu mencapai IMPIAN anda, fokuskan minda anda kepada keseronokan yang bakal anda kecapi tidak lama lagi.
Kata-kata ini adalah antara mutiara kata yang pertama yang saya hasilkan. Semasa saya menulis mutiara kata ini, saya masih baru di dalam bidang yang saya ceburi ini dan masih terlalu banyak cabaran dan halangan yang saya hadapi. Saya masih ingat lagi ketika tahun pertama saya mula memberi ceramah dan latihan tentang teknik belajar dan di sekolah dan universiti. Program saya yang pertama ialah pada bulan Mac 2005. Ketika itu saya diminta menyampaikan program selama 4 jam di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.
Selain daripada halangan rasa berdebar dan kurang pengalaman, saya juga hadapi cabaran dari segi kelengkapan. Saya baru bermula. Duit belum ada untuk membeli laptop. Saya dengan berhati-hati mengeluarkan duit untuk membeli pendrive dan mengharapkan agar pihak sekolah dapat menyediakan laptop untuk saya gunakan. Cabarannya di sini ialah selalunya laptop sekolah terlalu tidak boleh dijangka masalahnya. Sebagai contohnya, selalu hasil kerja powerpoint saya berkecamuk akibat setting laptop yang berlainan versi perisian dan selalu juga video klip yang saya bawa tidak boleh dipasang dengan baik. Akibatnya, presentation saya sentiasa menghadapi risiko menjadi presentation yang tidak kemas dan baik.
Pernah sekali disebabkan terlalu mahu menyampaikan presentation yang baik tanpa perlu bergantung kepada laptop pihak sekolah atau penganjur program, saya bawa ‘CPU’ komputer saya ke tempat program. Ya, CPU komputer. Orang jinjing laptop, saya pikul CPU. Bukan pikul begitu sahaja, saya terpaksa menyorok-nyorok agar peserta dan guru tidak terlihat apa yang saya pikul itu. Ketika itu program dijalankan di luar sekolah, jadi ada peluang saya bawa masuk CPU itu ke tempat program tanpa guru dan pelajar sedari.

Setelah saya kongsikan serba sedikit pengetahuan saya mengenai Emotional Intelligence kepada para peserta program tersebut, hati saya merasa sangat tenang dan selesa dengan maklum balas yang saya terima daripada mereka. Peserta ini semua kelihatan ceria, sangat berminat untuk belajar, bersungguh-sungguh ingin tahu dan banyak memberi soalan ikhlas untuk menambahkan pengetahuan mereka.
Alangkah hebatnya kalau kita semua mempunyai sifat dan sikap yang sama. Jika cara ini diamalkan oleh kita semua, proses menimba ilmu pasti menjadi sesuatu yang sangat mudah. Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, ikut resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.
Kata mutiara hari ini membuat saya terfikir, apakah sesuatu yang saya benar-benar mahu lakukan dan dalam masa yang sama saya benar-benar takut jika saya gagal? Hmm… ada beberapa perkara sebenarnya. Kegagalan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Banyak kegagalan yang telah saya tempuhi. Meskipun saya tahu kegagalan mengajar banyak perkara baru, saya masih lagi takut jika terpaksa berdepan lagi dengan kegagalan.
“…..saya berjaya kerana saya sanggup melakukan sesuatu yang saya tidak selesa lakukan, dan saya sanggup lakukan sesuatu yang tidak mudah dilakukan…” Azizi Ali.
“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard
Buka minda untuk menerima ilmu. Ilmu mudah diterima dengan minda yang terbuka. ~Osman Affan~
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
“When the going gets tough, the tough gets going”
Anda adalah orang yang sangat malang jika……








Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 











