Sun 8 Jun 2008
Lancarkan impian…
Posted by Osman Affan under Fikir, Motivasi, Mutiara Kata
No Comments

Ada beberapa soalan untuk anda dan saya fikirkan mengenai kejayaan.
1. Adakah kita selalu melihat kejayaan orang lain dan terfikir bilakah kejayaan itu akan menjadi milik kita pula?
2. Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?
3. Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurna untuk memulakan usaha mencapai kejayaan?
4. Adakah kita selalu merungut dan mengeluh tentang nasib baik orang lain dan masalah yang sering melanda diri kita?
Soalan terakhir,
5. Apakah yang sanggup kita lakukan agar impian agung kita terus meluncur ke arah destinasi yang kita harap-harapkan?
Nasihat saya kepada diri saya sendiri, jika saya mahu berjaya, berhenti merungut, tentukan impian yang ingin dicapai dan lancarkannya. Lancarkannya dengan bersungguh-sungguh agar ia mampu meluncur laju menuju destinasinya. Bagaimana dengan nasihat anda kepada diri anda sendiri pula?
(Gambar diatas diambil daripada program terbaru saya bersama kakitangan Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. Entah kenapa gambar ini memberi seribu satu maksud tentang kejayaan. Cuba anda sendiri perhatikan gambar ini dan fikirkan maksud yang dapat anda faham tentang kejayaan. Jika sudi, kongsikan apa yang anda faham itu di sini) ![]()

Setelah saya kongsikan serba sedikit pengetahuan saya mengenai Emotional Intelligence kepada para peserta program tersebut, hati saya merasa sangat tenang dan selesa dengan maklum balas yang saya terima daripada mereka. Peserta ini semua kelihatan ceria, sangat berminat untuk belajar, bersungguh-sungguh ingin tahu dan banyak memberi soalan ikhlas untuk menambahkan pengetahuan mereka.
Alangkah hebatnya kalau kita semua mempunyai sifat dan sikap yang sama. Jika cara ini diamalkan oleh kita semua, proses menimba ilmu pasti menjadi sesuatu yang sangat mudah. Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, ikut resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.
Kata mutiara hari ini membuat saya terfikir, apakah sesuatu yang saya benar-benar mahu lakukan dan dalam masa yang sama saya benar-benar takut jika saya gagal? Hmm… ada beberapa perkara sebenarnya. Kegagalan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Banyak kegagalan yang telah saya tempuhi. Meskipun saya tahu kegagalan mengajar banyak perkara baru, saya masih lagi takut jika terpaksa berdepan lagi dengan kegagalan.
“…..saya berjaya kerana saya sanggup melakukan sesuatu yang saya tidak selesa lakukan, dan saya sanggup lakukan sesuatu yang tidak mudah dilakukan…” Azizi Ali.
“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard
Buka minda untuk menerima ilmu. Ilmu mudah diterima dengan minda yang terbuka. ~Osman Affan~
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
“When the going gets tough, the tough gets going”
Anda adalah orang yang sangat malang jika……








Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













