Pengumuman


Alhamdulillah, saya mendapat berita yang sangat menggembirakan hari ini. Apabila saya lihat senarai buku-buku PTS top 20 paling laris dalam tahun 2009 (dipaparkan di blog sifu saya, Puan Ainon Mohd), nama buku saya juga tersenarai dalam 2 kategori.

Siri buku saya ‘Menjadi Remaja SmartStudy’ menduduki tangga KEDUA dalam kategori Motivasi & Perhubungan. Buku ini sememangnya amat memberi makna dalam kerjaya saya. Kerjaya saya sebagai Perunding Latihan bidang Teknik Belajar melonjak dengan agak tinggi dan cepat disebabkan siri buku Menjadi Remaja SmartStudy ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak PTS terutamanya Tim PTS Millenia yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam mempromosikan buku ini.

Top 20 Buku Paling Laris

Buku saya ‘Buat Duit Dengan Tuisyen’ pula menduduki tempat ke SEMBILAN dalam senarai Top 20 Buku Bisnes & Pengurusan PTS Paling Laris 2009. Buku ini memberikan reaksi yang agak berbeza daripada buku SmartStudy saya. Selepas buku ini berada di pasaran, saya kerap mendapat email dan mesej di Facebook daripada pembaca dan pembeli buku. Majoriti yang menghubungi saya ialah bakal guru tuisyen dan juga pengusaha pusat tuisyen. Kebanyakannya memberi maklumbalas positif di mana isi kandungan buku ini benar-benar membantu mereka menguruskan perniagaan tuisyen dengan lebih baik, berhemah dan beretika.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada PTS terutamanya PTS Professional yang banyak memberi saya panduan dalam menghasilkan buku ini.

Top 20 Buku PTS Paling Laris

Jutaan terima kasih juga kepada anda semua yang membeli dan membaca buku-buku ini semua. Saya percaya, ‘orang yang membaca adalah orang yang berfikir. Orang yang berfikir adalah orang yang bakal berjaya. Orang yang berjaya boleh mencapai apa sahaja dalam hidupnya’.

Nota: Gambar disalin daripada blog Puan Ainon, www.UniversitiPts.com.

Alhamdulillah, hari ini merupakan salah satu daripada hari-hari saya yang penuh dengan kegembiraan, keceriaan dan keriangan. Pada pukul 4.05 pagi ini, Khamis, 14 Januari 2010, isteri saya Elly selamat melahirkan anak ketiga kami, Hana Khalilah di Kuala Lumpur. Hana dilahirkan sihat dengan berat 3.17kg.

Hana Khalilah Osman

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang menghantarkan ucapan tahniah dan doa kepada Hana, saya dan sekeluarga sama ada melalui sms, panggilan telefon dan juga mesej di Facebook/osman.affan. Saya benar-benar hargai semua ucapan dan doa tersebut. Saya terasa seperti rumah saya dikunjungi oleh tetamu yang datang tidak putus-putus apabila saya mendapat ucapan dan doa tersebut.

Hana Khalilah Osman

Sebagai seorang bapa, saya doakan kebahagian, kesejahteraan dan kehebatan di dalam hidup Hana Khalilah. Selamat hari lahir Hana Khalilah!

p/s Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ruhaifi dan SMK Chanis kerana bersetuju menunda program SmartStudy pada tarikh berikutnya. Itu juga merupakan satu penghargaan buat anakanda saya yang baru lahir ini. Terima kasih.

Danish Osman Affan 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ini genaplah umur anak kedua saya, Danish, 2 tahun. Tahun ini saya dapat ucapkan selamat hari lahir dan bersama-sama isteri saya membaca doa selamat untuk anakanda saya ini tepat jam 12 tengah malam tadi. Ini kerana Danish ini ada tabiat tidur lewat malam. Susah hendak tidur awal. Mungkin banyak berfikir agaknya.

Agak berbeza Danish ini berbanding abangnya Darwish. Pada usia 2 tahun, abangnya Darwish sudah petah berkata-kata menyebut sesuatu dan membebel setiap masa. Danish ini pula jarang bercakap dan tidak boleh menyebut banyak perkara. Namun kelebihan yang Danish ada adalah pada kebolehan fizikal di mana dia cepat berjalan (seawal 9 bulan) dan begitu lasak secara fizikal berbanding abangnya. Walaupun susah tidur malam, namun dia lebih mudah tidur sendiri tanpa didodoi atau dibelai. Paling hebat tentang Danish, dia yang paling kuat makan! :)

Danish Osman Affan

Selamat hari ulang tahun yang kedua buat Danish. Semoga Allah membukakan segala pintu rahmat dan berkat untuk Danish sepanjang hayatnya. Selamat hari ulang tahun kedua Danish!

Rakaman Selamat Pagi Malaysia 

Bermula minggu lepas dan minggu ini, saya muncul di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di dalam slot ‘Tip Peperiksaan’ yang berlangsung selama 1 minit. Slot pendek 1 minit ini adalah untuk saya berkongsi tentang tip-tip belajar dan menguruskan diri untuk pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan SPM.

Rakaman ini pula telah dijayakan 2 minggu lalu dan sebanyak 12 slot Tip Peperiksaan 1 minit telah dihasilkan.

Rakaman Selamat Pagi Malaysia

Kepada semua adik-adik pelajar yang menduduki peperiksaan SPM hari ini, saya ucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan. Saya doakan kejayaan buat anda semua dan semoga Allah memudahkan segala urusan sepanjang tempoh menghadapi peperiksaan ini. Saya juga doakan agar Allah mengurniakan ketenangan hati dan fikiran buat anda semua.

Selamat menjawab soalan peperiksaan SPM.

True Wealth akan menganjurkan hari terbuka bermula 13 hingga 15 November ini di pejabat mereka di Kelana Jaya. Saya juga akan berada di sana pada Ahad ini, 15 November bagi menyertai acara dan sesi-sesi yang dijalankan. Jika anda ada kelapangan, jemputlah ke sana. Manalah tahu kita berpeluang untuk berbicara dan bersua muka.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.millionairesplanet.com/twday.asp

Jumpa anda di sana. :)

 SmartStudy

Pada 29 November ini, saya akan jalankan  program SmartStudy Memory Skills di Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh di dapati di laman web www.SmartStudy.com.my .

Untuk program ini,  sesiapa yang mendaftar untuk program sebelum 15hb November akan mendapat senaskhah buku buku terbaru saya, Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan. Tambahan pula tempat adalah terhad dan pihak kami selalu mendengar rayuan ibu bapa yang mahu mendaftar di saat akhir. Sayangnya kami tidak dapat menerima pendaftaran apabila ia sudah penuh.

Seperti biasa, antara yang bakal diperolehi oleh peserta apabila menyertai program ini ialah, para peserta akan faham

Subjek Sains tingkatan 2

Bagaimana untuk menghafal rajah dalam subjek Sains

Menghafal maklumat dalam jadual

Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh dalam jadual.

Formula kepada gambar

Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.

Tarikh kepada gambar

Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.

 

5893548217653764781474882597463444037071

Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah.

(Cuba anda ambil masa 5 minit dan cuba hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)

Semoga dapat bertemu anda di program SmartStudy Memory Skills ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

 

Arif

: 012-902 8747 (Jika panggilan tidak dijawab, boleh tinggalkan pesanan sms dan kami akan hubungi semula. Terima kasih.)

Emma

: 03-4260 1103

 

Bengkel Tuisyen Osman Affan 

Pada hari Ahad, 8 November 2009, saya akan mengadakan Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen di Pusat Motivasi SmartStudy.

Bengkel sehari ini akan membincangkan bagaimana seseorang boleh mendapat pendapatan daripada kerja sambilan (2 jam sehari) dari RM1,120 hingga RM2,520 sebulan.

Bengkel ini akan memuatkan aktiviti perbincangan bersama saya termasuk beberapa aktiviti fizikal untuk memudahkan penerimaan mesej bagaimana menjadi seorang guru tuisyen yang berjaya dan mampu buat duit.

Jika anda mempunyai persoalan sendiri mengenai cara untuk buat dengan tuisyen, anda juga dialu-alukan untuk bertanya dan bersama berbincang semasa program tersebut.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati  www.BengkelTuisyen.com

Percaya atau tidak, amat mudah untuk menjadi guru tuisyen. Sejak saya mulakan pusat tuisyen pada tahun 2004, saya telah temui beratus-ratus dan bermacam-macam orang yang menggelarkan diri mereka guru tuisyen. Anda juga boleh bermula hari ini menjadi guru tuisyen tanpa apa-apa latihan atau belajar apa-apa mengenainya. Namun 2 FAKTA ini perlu anda ingat.
TIDAK semua guru tuisyen boleh dilabelkan guru tuisyen yang baik dan guru tuisyen yang dicari-cari.
TIDAK semua guru tuisyen BERTAHAN LAMA.
 
Sepanjang saya menguruskan pusat tuisyen, saya telah memecat berpuluh-puluh guru tuisyen yang tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Saya juga telah jumpa bermacam ragam guru tuisyen yang tidak mampu bertahan lama di dalam industri tuisyen. Jadi, tidakkah anda mahu tahu
Bagaimanakah caranya untuk menjadi Guru Tuisyen Berkualiti dan tinggi permintaan untuk khidmatnya?
Bagaimanakah untuk menjadi Guru Tuisyen yang pusat tuisyen dan ibu bapa sanggup membayar lebih daripada kadar biasa?
Bagaimanakah caranya untuk bertahan lama di dalam industri ini dan kekal buat duit dengan tuisyen?
Bagaimanakah untuk menjadi Guru Tuisyen yang dilabelkan sebagai PAKAR?
 

Sertai Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen untuk mengetahui semua jawapan kepada persoalan ini.

www.BengkelTuisyen.com

Pelajar PMR 

Sejak beberapa hari lepas saya menerima email, sms dan panggilan telefon daripada peserta-peserta yang pernah mengikuti program SmartStudy terutamanya di Terengganu, Johor, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Kebanyakannya memohon restu agar dikurniakan ketenangan dan keberkatan pada hari peperiksaan yang akan berlangsung bermula hari Qamarul Arifinini. Agak terharu juga hati saya mengenangkan anak-anak murid saya ini akan menghadapi hari yang amat penting dalam sejarah hidup mereka.

Peperiksaan PMR tahun ini juga sedikit istimewa dan mendebarkan buat saya kerana adik saya sendiri, Arif, akan turut sama menduduki peperiksaan ini di SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Selamat berjaya Arif!

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini. Semoga anda semua dikurniakan ketenangan hati dan fikiran semasa menjawab soalan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Semoga Allah memperkenankan segala permohonan agar setiap impian menjadi kenyataan.

Selamat menduduki peperiksaan PMR!

Saya ingin mengumumkan bahawa sahabat baik saya, Coach Ridz dan Coach Sha akan mengadakan beberapa bengkel ‘English Playshop’ menjelang cuti sekolah ini. Maklumat lanjut mengenai bengkel tersebut boleh diperolehi di  http://mycoachingzone.net/. 

ESB

Sudah banyak kali saya berpeluang bekerjasama dengan Coach Sha dan Coach Ridz ini dan saya benar-benar yakin bahawa sesiapa yang

mengikuti program mereka pasti akan dapat merasa tema dan moto utama program mereka iaitu ‘FEEL GOOD….”

Saya juga pernah beberapa kali menjadi peserta dan anak murid di

dalam program mereka. Apa yang saya benar-benar pelajari ialah bengkel ini

memberikan beberapa langkah mudah, praktikal dan berkesan untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Jika di zaman sekolah dulu saya hadiri program mereka, pasti penguasaan Bahasa Inggeris saya 2-3 kali ganda lebih

hebat daripada sekarang.

Layari laman web mereka untuk maklumat lanjut atau hubungi 03-8942 9100 @010-220 9100.

Selamat Belajar! :)

Assalamualaikum warahmatullah w.b.t.

Osman Affan sekeluarga

Kepada pengunjung dan pembaca setia blog ini tidak kira di mana berada, saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Semoga bulan Ramadhan tahun ini membawa lebih berkat, lebih ketenangan dan lebih keinsafan di dalam hati-hati kita, agar dapat kita jalani hidup yang lebih bermakna sekarang dan merancang perjalanan hidup yang lebih hebat di masa akan datang.

Kepada yang menghantar email dan sms kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan selamat berpuasa kepada Tuan-tuan dan Puan-puan semua juga.

Selamat berpuasa.

Makluman buat peserta TTT PSMB yang sudah mendaftarkan diri dan membayar deposit, tarikh baru TTT PSMB adalah seperti berikut;

Tarikh: 1 hingga 5 September 2009 (Selasa-Jumaat, minggu kedua Ramadhan), pagi hingga petang.

Tempat: Wisma Belia, Jalan Syed Putra, KL

Pihak urusetia akan menghantar butiran program secara terperinci pada e-mel masing-masing. Bagi mereka yang masih berminat, pendaftaran masih dibuka sehingga 10 Ogos 2009. Sila hubungi Amin Idris, Pen. Setiausaha TAMRIN di talian 017-237 5242.

Bengkel Tuisyen Osman Affan

Untuk maklumat lanjut, klik di sini: www.BengkelTuisyen.com

Buat pertama kalinya, saya akan menganjurkan bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen pada 6 September 2009 ini. Bengkel sehari ini akan membincangkan bagaimana seseorang boleh mendapat pendapatan daripada kerja sambilan (2 jam sehari) dari RM1,120 hingga RM2,520 sebulan.

Bengkel ini akan memuatkan aktiviti perbincangan bersama saya termasuk beberapa aktiviti fizikal untuk memudahkan penerimaan mesej bagaimana menjadi seorang guru tuisyen yang berjaya dan mampu buat duit. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati www.BengkelTuisyen.com

Dalam beberapa hari atau minggu ini, ada sedikit masalah teknikal di laman web utama saya OsmanAffan.com. Ini disebabkan proses perpindahan hosting untuk domain name tersebut. Jadi pengunjung tidak dapat memasuki laman web saya itu buat masa ini.

Buat sementara ini, jika anda mahu membaca maklumat, tips dan petua yang ada di sana, anda boleh membacanya menggunakan alamat laman web ini www.OsmanAffan.com.my.

Terima kasih.

Esok, Isnin 6 April, saya buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia bagi menjalankan program ‘Effective Communication Skills’ dan juga ‘Presentation Skills’. Sudah lama saya dengar tentang UUM ini daripada sahabat-sahabat saya namun masih belum berkesempatan untuk melawat atau menjalankan program. Kali ini, impian ini sudah tercapai.

Beberapa minggu ini pula saya masih agak sibuk dengan program-program SmartStudy. Terima kasih atas email dan sms yang saya terima bertanyakan bilakah saya akan tuliskan posting-posting terbaru. Insyaallah saya akan usahakan dengan segera. Kesibukan ini membuat saya belum berkesempatan untuk menuliskan sesuatu yang banyak sudah tertangguh.

Sekali lagi, terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog www.MotivasiBelajar.com. :)

BUat Duit Dengan TuisyenAlhamdulillah, setelah menulis selama lebih kurang 7 minggu dan menunggu beberapa bulan untuk proses editing dan printing, buku hasil tulisan terbaru saya sudah terbit  dan akan masuk ke kedai-kedai buku dalam masa beberapa hari ini. Buku ini bertajuk Buat duit dengan tuisyen. Buku merupakan salah satu daripada rancangan penerbitan siri buku buat duit oleh PTS Professional. Ini juga merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan PTS Professional dalam menghasilkan buku. Sebelum ini saya menerbitkan buku dengan PTS Millenia, salah satu lagi anak syarikat utama PTS Publishing.

Buku ini adalah mengenai bagaimana mahu menjana wang atau menambah pendapatan dengan menceburi bidang tuisyen. Percaya atau tidak, mengajar tuisyen boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1120 hingga RM2520 sebulan dengan hanya mengajar 2 jam sehari. Di dalam buku ini, saya ada terangkan dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh berlaku.

Bayangkan, jika anda boleh mengajar tuisyen 2 jam sehari dan menjana RM2000 sebulan, bukankah ia seperti gaji seorang yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai pengalaman kerja? Lebih menyeronokkan, ia cuma 2 jam sehari. Jadi anda ada banyak masa yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

Saya percaya ramai graduan atau suri rumah yang pernah bercita-cita hendak menceburi bidang tuisyen ini tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Melalui buku ini, anda akan pelajari apakah langkah demi langkah yang perlu diambil untuk anda mula menjana wang melalui tuisyen ini.

Di dalam buku ini, bagi saya, satu topik yang sangat penting yang telah saya bincangkan ialah bagaimana hendak mencari pelanggan dan bagaimana cara untuk membuat promosi. Ini adalah bahagian yang selalunya dibimbangkan oleh orang-orang yang mahu memulakan proses buat duit dengan tuisyen ini. Jadi anda tidak perlu risau, dapatkan buku ini dan pelajari beberapa teknik untuk memasarkan dan juga menghebahkan tentang khidmat tuisyen anda.

Di dalam buku ini juga saya ada ceritakan tentang etika dan prinsip untuk mengajar tuisyen. Jika etika dan prinsip-prinsip ini diamalkan, kita bukan sahaja boleh menjadi seorang guru tuisyen yang sangat berkesan, malah pendapatan kita juga akan meningkat berkali ganda akibat meningkatnya kadar bayaran sejam dan meningkatkan jumlah pelajar yang mahu menjadi pelajar kita.

Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berdekatan terutamanya kedai-kedai buku Popular dan MPH.

Selamat buat duit dengan tuisyen! :)

Next Page »