Pengumuman


Esok, Isnin 6 April, saya buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia bagi menjalankan program ‘Effective Communication Skills’ dan juga ‘Presentation Skills’. Sudah lama saya dengar tentang UUM ini daripada sahabat-sahabat saya namun masih belum berkesempatan untuk melawat atau menjalankan program. Kali ini, impian ini sudah tercapai.

Beberapa minggu ini pula saya masih agak sibuk dengan program-program SmartStudy. Terima kasih atas email dan sms yang saya terima bertanyakan bilakah saya akan tuliskan posting-posting terbaru. Insyaallah saya akan usahakan dengan segera. Kesibukan ini membuat saya belum berkesempatan untuk menuliskan sesuatu yang banyak sudah tertangguh.

Sekali lagi, terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog www.MotivasiBelajar.com. :)

BUat Duit Dengan TuisyenAlhamdulillah, setelah menulis selama lebih kurang 7 minggu dan menunggu beberapa bulan untuk proses editing dan printing, buku hasil tulisan terbaru saya sudah terbit  dan akan masuk ke kedai-kedai buku dalam masa beberapa hari ini. Buku ini bertajuk Buat duit dengan tuisyen. Buku merupakan salah satu daripada rancangan penerbitan siri buku buat duit oleh PTS Professional. Ini juga merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan PTS Professional dalam menghasilkan buku. Sebelum ini saya menerbitkan buku dengan PTS Millenia, salah satu lagi anak syarikat utama PTS Publishing.

Buku ini adalah mengenai bagaimana mahu menjana wang atau menambah pendapatan dengan menceburi bidang tuisyen. Percaya atau tidak, mengajar tuisyen boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1120 hingga RM2520 sebulan dengan hanya mengajar 2 jam sehari. Di dalam buku ini, saya ada terangkan dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh berlaku.

Bayangkan, jika anda boleh mengajar tuisyen 2 jam sehari dan menjana RM2000 sebulan, bukankah ia seperti gaji seorang yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai pengalaman kerja? Lebih menyeronokkan, ia cuma 2 jam sehari. Jadi anda ada banyak masa yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

Saya percaya ramai graduan atau suri rumah yang pernah bercita-cita hendak menceburi bidang tuisyen ini tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Melalui buku ini, anda akan pelajari apakah langkah demi langkah yang perlu diambil untuk anda mula menjana wang melalui tuisyen ini.

Di dalam buku ini, bagi saya, satu topik yang sangat penting yang telah saya bincangkan ialah bagaimana hendak mencari pelanggan dan bagaimana cara untuk membuat promosi. Ini adalah bahagian yang selalunya dibimbangkan oleh orang-orang yang mahu memulakan proses buat duit dengan tuisyen ini. Jadi anda tidak perlu risau, dapatkan buku ini dan pelajari beberapa teknik untuk memasarkan dan juga menghebahkan tentang khidmat tuisyen anda.

Di dalam buku ini juga saya ada ceritakan tentang etika dan prinsip untuk mengajar tuisyen. Jika etika dan prinsip-prinsip ini diamalkan, kita bukan sahaja boleh menjadi seorang guru tuisyen yang sangat berkesan, malah pendapatan kita juga akan meningkat berkali ganda akibat meningkatnya kadar bayaran sejam dan meningkatkan jumlah pelajar yang mahu menjadi pelajar kita.

Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berdekatan terutamanya kedai-kedai buku Popular dan MPH.

Selamat buat duit dengan tuisyen! :)

Kongress Pendidikan NasionalPada 7-8 Jun ini (Ahad & Isnin, cuti sekolah), saya bersama sahabat saya Tn Hj Redzuan Abdul Aziz, pemilik Institusi Kemahiran Showme, buat pertama kalinya menganjurkan program yang bertajuk Kongress Pendidikan Nasional. Program ini akan dijalankan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.

Program ini julung kalinya menggabungkan kepakaran 5 orang trainer yang berpengalaman dalam bidang motivasi, teknik belajar dan juga aplikasi Bahasa Inggeris. 5 trainer ini ialah

  • YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad. (MAP Training)
  • Osman Affan (Creative Questions Enterprise)
  • Fadzli Yusof (RK Training)
  • Coach Ridz (English SureBoleh)
  • Coach Sha (English SureBoleh)

Program 2 hari ini akan menyentuh aspek-aspek kecemerlangan diri termasuk tips dan teknik praktikal bagaimana pelajar boleh belajar dengan lebih berkesan.

Dr. Tengku Asmadi akan menyampaikan topik berkaitan Motivasi Alihan Pelajar. Beliau akan menjelaskan bagaimana pelajar boleh memupuk minat dan semangat yang tinggi dalam mencapai kejayaan.

Saya sendiri akan membentangkan teknik SmartStudy Memory Skills. Saya akan kongsikan bagaimana fakta-fakta yang susah dihafal sebenarnya boleh dihafal dengan lebih mudah dan berkesan.

Tuan Fadzli Yusof pula akan membentangkan tentang teknik pengurusan masa yang berkesan. Kebanyakan pelajar sebenarnya kini terlalu sibuk dengan aktiviti pembelajaran dan juga aktiviti tambahan hingga membuat mereka tertekan dan hilang punca. Tuan Fadzli Yusof pasti akan dapat memberikan panduan yang berkesan untuk menangani masalah ini semua.

Coach Ridz dan Coach Sha pula akan membentangkan tentang teknik bagaimana pelajar boleh kuasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mudah. Mereka ini sangat berpengalaman dan hebat. Saya berani berkata sedemikian kerana saya sendiri pernah beberapa kali mengikuti program mereka dan berguru dengan mereka.

maklumat lanjut mengenai program ini boleh di dapati di laman web http://kongrespendidikannasional.com/atau hubungi Institusi Kemahiran Showme di talian 09-6227525 / 09-6317526 atau hubungi Cik Aida Liana/Cik Mira 013-9317525 atau En Aswadi 019-9570808.

Program SmartStudySmartStudy Memory Skills 

Alhamdulillah, setelah lama diusahakan dan setelah banyak mendapat permintaan, satu program SmartStudy Memory Skills akan julung-julung kalinya diadakan di Johor Bahru. Program ini adalah sama isi kandungannya dengan program SmartStudy Memory Skills yang saya jalankan di Kuala Lumpur.

Antara yang bakal diperolehi oleh pelajar apabila menyertai program ini ialah, para peserta akan faham

Subjek Sains tingkatan 2

Bagaimana untuk menghafal rajah dalam subjek Sains

Menghafal maklumat dalam jadual

Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh dalam jadual.

Formula kepada gambar

Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.

Tarikh kepada gambar

Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.

 

5893548217653764781474882597463444037071

Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah.

(Cuba anda ambil masa 5 minit dan cuba hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)

Untuk mendaftar, bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi En Rafek di 012-7079596 atau talian tetap di talian tetap 07-232 9888.

Penipuan testimoniHari ini saya agak terkejut apabila mendapat panggilan daripada Dr. Tengku Asmadi. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa ada pengusaha perniagaan berbentuk mlm terbaru yang menyalah gunakan imej dan nama saya untuk testimoni perniagaan mereka. Ia dilakukan oleh beberapa orang pengusaha perniagaan tersebut yang menggelarkan diri mereka Money Creator Group. MLM ini pula adalah di bawah perniagaan Stevens Tea Garden.

Apa yang menyedihkan saya ialah imej saya bersama imej program smartstudy digunakan untuk tujuan meningkatkan kredibiliti perniagaan mereka. Mereka juga menulis sendiri ayat-ayat testimoni yang kononnya datang daripada saya sendiri. Imej dan testimoni ini dipaparkan di laman web mereka. Saya langsung tidak pernah diberitahu oleh kumpulan ini mengenai testimoni tersebut. Malah yang lebih membimbangkan saya, saya tidak pernah menyertai mlm ini atau menyertai kumpulan mereka.

Penipuan testimoniBukan itu sahaja, nama Dr Tengku Asmadi juga digunakan bersama testimoni yang tidak pernah ditulis oleh beliau.

Sebelum ini saya pernah mendapat email ‘spam’ daripada mereka. Saya tidak layan email sebegitu kerana itu bukanlah satu etika perniagaan yang baik. Seperti yang saya tulis dalam buku saya ‘Menjual Perkhidmatan di internet’ terbitan True Wealth Sdn Bhd, kredibiliti sesebuah perniagaan adalah paling penting untuk memastikan ia bertahan dalam jangka masa panjang. Tindakan menghantar email spam dengan mudah akan merosakkan kredibiliti dan nama perniagaan dan individu yang terlibat di dalamnya.

Namun dengan tindakan kumpulan usahawan ini, ia telah merosakkan nama mereka sendiri. Saya percaya mereka adalah kumpulan yang sangat berjaya dalam perniagaan ini. Jadi mengapa agaknya perlu menyalah guna imej dan testimoni yang bukan saya berikan?

Besar harapan saya agar usahawan-usahawan kita sedar akan kepentingan menjaga nama baik perniagaan mereka. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang.

Sahabat saya Coach Ridz dan Coach Sha akan menjalankan workshop panduan praktikal dan padat untuk selesa dan yakin berbahasa Inggeris hari Ahad ini. Program ini terbuka hanya untuk peserta wanita sahaja. Maklumat lanjut untuk program ini anda boleh layari http://mycoachingzone.net/ atau hubungi mereka di coach_sha@yahoo.com 012 201 7353 (Coach Sha)/ 012 376 2557 (Coach Ridz)

Selamat berkursus. :)

Majalah Fokus SPMSeperti yang anda mungkin sudah maklum, saya adalah penulis ruangan teknik belajar di dalam majalah Fokus SPM terbitan Karangkraf. Saya mula menulis di ruangan ini sejak Mac 2007.

Jarang sebenarnya saya promosikan untuk sesiapa membeli majalah ini kerana saya percaya majalah Fokus SPM telah mempunyai rangkain pembaca dan peminat yang sangat luas. Namun, untuk bulan ini dan berikutnya, saya ingin mencadangkan anda untuk mendapatkannya. Ini kerana dalam keluaran bulan ini (Februari) dan beberapa keluaran berikutnya, saya akan kongsikan beberapa teknik yang sangat penting yang belum pernah saya tulis di dalam blog atau di dalam buku.

Bulan ini contohnya, saya tulis tentang 5 langkah membaca yang berkesan. Jika anda biasa menghadapi masalah mengantuk dan lupa apa yang dibaca, 5 langkah ini adalah sangat penting dan benar-benar boleh membantu. Saya terangkan bagaimana minda boleh fokus sepanjang proses membaca dan saya terangkan bagaimana kita boleh lebih mudah ingat apa yang sedang dibaca.

Jadi jika ada kesempatan, dapatkan majalah Fokus SPM bulan ini. Selamat membaca.

p/s Gambar majalah SPM yang dipaparkan hanyalah hiasan. Ia bukan gambar keluaran bulan Februari ini. :)

Tenang Menjawab Soalan PeperiksaanAlhamdulillah, hari ini merupakan satu hari yang agak istimewa buat saya. Di tangan saya kini telah ada buku terbaru mengenai teknik belajar berkesan. Buku ini bertajuk ‘Tenang menjawab soalan peperiksaan’.

Buku ini merupakan buku ketiga dalam siri buku Menjadi Remaja SmartStudy. 2 buku telah terbit sebelum ini yang bertajuk

  1. Persediaan minda untuk menjadi pelajar cemerlang.
  2. Kemahiran Belajar.

Jika anda pernah baca kedua-dua buku ini, saya ada terangkan tentang buku yang ketiga ini. Ini kerana, setelah minda bersedia dan setelah kemahiran belajar membantu anda ingat apa yang telah dipelajari, anda perlu tahu teknik dan petua untuk menjawab soalan dengan tenang di dalam dewan peperiksaan. Pentingkah menjawab soalan dengan tenang? Sudah tentu.

Jika ditanya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, satu perkara besar yang sering mereka rasa ialah debaran yang amat kuat. Adakalanya debaran ini menyebabkan mereka terlalu resah dan gelisah hingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada jawapan yang hendak ditulis. Akibatnya, mereka tidak dapat menjawab dengan baik dan keputusan peperiksaan mereka tidak memuaskan. Inilah juga sebabnya mengapa terdapat ramai pelajar yang merungut bahawa mereka selalunya boleh jawab dengan baik semasa mengulangkaji tetapi sebaliknya pada hari peperiksaan sebenar.

Tenang menjawab soalan peperiksaanDi dalam buku ini, saya terangkan tentang bagaimana fikiran yang tenang boleh diperolehi semasa peperiksaan. Saya juga terangkan langkah demi langkah yang perlu diambil menjelang peperiksaan. Contohnya, jika anda hendak mengulangkaji, subjek manakah yang perlu dibaca terlebih dahulu? Berapa lama hendak belajar bagi setiap subjek? Juga, bilakah masa yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran agar minda kita dapat menerima apa yang sedang diulangkaji.

Buku ini mengambil masa lebih 2 tahun untuk saya siapkan. Namun, masa yang lama itu disebabkan ia terbengkalai lebih setahun setengah sebenarnya. Selepas terbitnya buku pertama dan kedua, saya begitu sibuk menjalankan program-program teknik belajar dan motivasi. Begitu singkat masa yang ada untuk menyiapkan buku ini. Namun dengan sedikit disiplin, kesungguhan dan sokongan daripada ahli keluarga, Alhamdulillah akhirnya siap juga.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan penerbit PTS Millenia terutamanya Cik Ashikin yang banyak bersabar dalam menjayakan penghasilan buku ini. Terima kasih khas buat isteri tercinta, Elly, yang sentiasa memberi sokongan dan keyakinan agar saya dapat menyiapkan buku ini dengan baik. Semoga buku ini dapat membantu para pelajar menduduki peperiksaan dengan perasaan yang lebih tenang.

Redzuan AzizAlhamdulillah, setelah begitu lama berbincang dan merancang, akhirnya salah satu impian dan matlamat saya telah tercapai. Mulai Januari 2009, sebuah Pusat Tuisyen di bawah nama SmartStudy akan dimulakan di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Pusat Tuisyen ini adalah hasil kerjasama saya dan sahabat baik saya, En Redzuan Aziz, pemilik Intitut Kemahiran Showme.

Pusat tuisyen ini adalah hasil idea dan kerjasama saya bersama En Redzuan. Kami sudah mula berbincang mengenai idea ini sejak pertengahan tahun 2006 lagi namun begitu banyak cabaran dan halangan yang tiba hingga kami menangguhkan sementara idea ini.

Pusat tuisyen ini dinamakan Pusat Tuisyen ‘Showme SmartStudy’. Jelas sekali, ia adalah gabungan nama Institut Kemahiran Showme dan Pusat Motivasi SmartStudy. Namun saya rasa nama ini begitu menarik kerana ia bermaksud lebih kurang ‘Tunjukkan saya teknik belajar yang berkesan’.

Pusat Tuisyen Showme SmartStudy ini akan bertempat di Institusi Kemahiran Showme, bangunan Wisma Kokitab, Kuala Terengganu. Di sinilah saya jalankan program Teknik Memori SmartStudy pada 20 Disember lalu.

Showme SmartStudy

Apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah pusat tuisyen ini akan menggabungkan kepakaran saya dan kepakaran En Redzuan. En Redzuan sangat pakar dalam bidang  ‘Coaching’ dan kepakaran saya pula ialah dalam bidang teknik belajar. Jadi, hasil gabungan kepakaran ini, kami akan menjadikan pusat tuisyen ini sebagai tempat di mana pelajar boleh kembangkan kebolehan belajar dan potenti yang terpendam di dalam diri mereka.

Kami merancang untuk diwujudkan sesi kemahiran belajar setiap minggu dan juga kami bakal menawarkan sesi coaching untuk pelajar dan ibu bapa. Ini akan membolehkan ibu bapa dan pelajar mengikuti perkembangan prestasi akademik mereka dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Tuisyen ini, hubungi 09-6227525 atau 012-9855548

Osman AffanSabtu ini, 20 Disember 2008 saya akan berada di negeri Terengganu Darul Iman bagi menjayakan program SmartStudy learning Skills. Agak seronok juga saya rasa kerana selain daripada boleh balik ke kampung, saya akan dapat realisasikan impian saya selama ini untuk menjalankan program sebegini di negeri tempat saya membesar ini.

Program kali ini mungkin akan lebih ramai pesertanya berbanding dengan program yang biasa saya jalankan di Kuala Lumpur. Ini kerana di Kuala Lumpur, saya boleh jalankan setiap bulan manakala di Terengganu ini pula, saya tidak pasti bila pula agaknya dapat saya jalankan. Jadi pihak pengurusan program agak berat hati menolak penyertaan daripada ramai ibu bapa yang bersungguh-sungguh untuk hadiri program ini. Bagi mereka ini adalah peluang keemasan kerana agak sukar dan tinggi kosnya jika mereka mahu pergi ke Kuala Lumpur bagi menghadiri program ini.

Buat peserta yang telah mendaftar, jumpa anda Sabtu ini! :)

Maklumat lanjut mengenai program ini:

Tarikh: 20 Disember 2008, Sabtu.

Tempat: Institut Kemahiran Showme, Bangunan Wisma Kokitab, Kuala Terengganu.

Masa: Pukul 9.00 pagi hingga 6 petang

Maklumat lanjut: Hubungi 09-6227525 atau 012-9855548

« Previous Page