Tue 21 Aug 2007
Salah guna perkataan ‘Semua’.
Posted by Osman Affan under Motivasi, Persediaan Minda
No Comments
Pernahkah anda dengar mana-mana pelajar yang didenda guru disiplin dan berkata, “Semua cikgu disiplin memang macam ni, suka je nak rotan orang!” Atau
Seseorang yang tidak dilayan dengan baik semasa berurusan di jabatan kerajaan lalu merungut, “Semua kakitangan kerajaan memang macam ni, tak cekap!”. Atau
Seorang wanita yang ditinggalkan kekasih berkata, “Semua lelaki memang tak guna!”
Anda perlu berhati-hati jika anda suka menggunakan perkataan ‘semua‘ begini untuk menggambarkan pengalaman hidup anda. Ini kerana pada hakikatnya, satu pengalaman atau beberapa pengalaman tidak boleh dijadikan fakta umum untuk menyatakan semua perkara. Contohnya, jika tiba-tiba anda terlihat seekor cicak mempunyai ekor yang bercabang dua, anda tidak boleh kata semua cicak mempunyai ekor bercabang dua. Atau anda terlihat seekor katak yang bermata merah, anda akan katakan bahawa semua katak di dunia ini bermata merah.
Jika anda terlihat seorang penunggang motosikal menunggang dengan cuai dan laju, anda tidak boleh kata semua penunggang motosikal menunggang dengan cuai dan laju. Mengapa? Ada juga penunggang motosikal yang menunggang dengan cermat dan berhati-hati bukan?
Jika anda gunakan satu pengalaman anda untuk menggambarkan semua perkara secara umum, hidup anda akan menjadi sempit. Hidup anda akan dipenuhi bayangan bahawa semua orang didunia ini adalah jahat dan mahu menganiaya anda. Jadi, mulai hari ni, berhati-hati dengan perkataan yang anda gunakan. Perkataan yang anda gunakan menggambarkan sedalam mana pengetahuan anda mengenai kehidupan.
Isnin lalu saya berada di Kolej Kemahiran Tinggi Mara untuk mengendalikan program SmartStudy Learning Skills. Ini adalah kali pertama saya mengendalikan program bersama mahasiswa dan mahasiswi di sini.
Katakan anda berminat untuk bekerja sendiri satu hari nanti sebagai seorang mekanik atau pengurus salun kecantikan, anda pasti rasa belajar subjek-subjek akademik tidak ada kena mengena dengan minat anda itu. Namun, cuba anda lihat beberapa tahun kedepan. Bayangkan anda mahu jadi mekanik yang berjaya 5 tahun akan datang. Agak-agaknya, apakah kemahiran dan pengetahuan yang anda perlukan?
Baru sebentar tadi saya mengendalikan satu program khas, teknik dan kemahiran menyelesaikan masalah bersama pelajar SMK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar ini ialah pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.
Melalui 3 langkah ini, pelajar boleh praktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka boleh selesaikan masalah harian mereka sama ada ia masalah pencapaian akademik, masalah hubungan keluarga atau rakan sebaya dan juga masalah dan cabaran-cabaran lain.
Hari Sabtu lalu saya berada di SK Datuk Keramat 2, mengendalikan satu sesi teknik belajar bersama pelajar tahun 6. Pelajar ini semua bermalam di sekolah pada malam sebelumnya kerana mengikuti program perkhemahan motivasi sekolah. Satu perkara yang beritahu pelajar di sekolah ini ialah, saya pernah bersekolah di situ semasa saya di dalam darjah satu. Ketika itu ayah saya masih bertugas sebagai tentera dan bertugas di KL selama beberapa bulan. Saya bersekolah di SK Datuk Keramat 2 selama dua penggal sahaja seingat-ingat saya. Tahun berapa ye… tahun 1983… Uishh… dah lama tu….
kelihatan tidak cemerlang akhirnya berakhir dengan kejayaan yang sangat cemerlang. Pelajar-pelajar di SK Datuk Keramat 2 ini kelihatan sangat bersemangat untuk berjaya dengan cemerlang. Mereka telah berikan sepenuh perhatian kepada apa yang saya terangkan kepada mereka.
Sabtu lalu, saya berpeluang menjalankan program SmartStudy di Negeri Pahang Darul Makmur. Program akan dijalankan di SMK Benta. Pada pagi hari tersebut, setelah melihat peta sekolah tersebut sepintas lalu malam sebelumnya, saya pun keluar daripada rumah tepat pukul 6 pagi. Saya bawa dengan agak tenang kerana saya jangka saya pasti boleh sampai ke tempat tersebut dalam pukul 7.15 atau 7.30 pagi. Program hanya akan bermula pada pukul 8.30 pagi, pasti saya banyak masa untuk berehat seketika.
Apabila saya rasa dah tersesat dan mula mengejar masa, saya mula rasa panik, berdebar dan sedikit tertekan. Saya asyik melihat jam saya. Kemudian, saya teringat apa yang pernah saya ajarkan kepada para peserta saya. Kalau kita fokuskan perhatian kita kepada keadaan yang tidak elok, keadaan tidak elok itu akan semakin menjadi-jadi. Jika saya fokuskan kepada rasa gelisah, gelisah saya akan menjadi-jadi. Dan jika saya fokuskan kepada perkataan ‘lewat’ saya akan benar-benar lewat nanti. Akhirnya, saya tenangkan semula perasaan saya dan fokuskan minda saya kepada imej bahawa saya akan sampai pada masa yang sesuai.
Minggu lepas, saya ke Kijal mengendalikan program SmartStudy Learning Skills bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kijal. Pelajar yang turut serta adalah pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SK Kijal terutama kepada Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru yang mendidik pelajar tahun 5 dan 6 kerana menjemput dan membantu saya dalam menjalankan program tersebut. Ucapan terima kasih Khas buat Cikgu Jang yang berurusan dengan saya dan menjadikan program ini berjaya dijalankan dengan baik dan lancar.
Mesej saya kepada semua pelajar melalui cerita ini ialah, kejayaan pelajar bukan terletak di dalam ramalan cikgu atau pandangan sesiapa terhadap pelajar. Tidak kisah jika ada ramai orang memandang rendah pada kebolehan atau kemampuan anda kerana anda sendiri yang menentukan apa kekuatan anda yang sebenarnya.
Hari Rabu dan Khamis yang lepas, saya berada di Terengganu Darul Iman bagi menjalankan program SmartStudy Learning Skills untuk dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan dan Sekolah Kebangsaan Durian Burung. Program ini adalah untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini.
Setelah pelajar itu semua keluar daripada bilik guru besar, mereka kelihatan gembira dan bangga. Saya pergi kepada beberapa orang pelajar tersebut dan cuba bertanya apa yang guru besar kata di dalam bilik tadi. Seorang kawan saya menjawab..” Aduhhh.. kitorang kena rotan tadi tu…..”. Dia berkata begini dengan muka tersengih-sengih. Seorang lagi menyambung lawak kawan saya ini, “ye la… abis lebam badan aku kena rotan…” kemudian mereka ketawa dan tidak menjawab soalan saya tadi….
Hari ni kita lari dari topik soft skill sekejap. Jumaat minggu lalu seperti yang saya katakan saya ada buat satu program di Universiti Malaya untuk pelajar Akademi Pengajian Islam. Program itu bertajuk Usahawan Kreatif. Ada satu soalan daripada mahasiswa ketika itu yang agak menarik untuk saya kongsikan disini.
Setelah anda fikirkan tentang kemampuan anda bersaing, anda akan nampak apa persediaan yang anda perlu lakukan mulai sekarang. Saya akan bincangkan mengenai kemahiran-kemahiran yang anda boleh perolehi semasa anda masih bergelar seorang pelajar.
Semasa saya di zaman persekolahan dan universiti dahulu, saya tidak pernah fikirkan tentang persaingan selepas tamat belajar. Saya fikir selepas belajar, semua graduan dijamin pekerjaan mereka. Mereka akan hidup senang kerana sudah tamat belajar kerana ramai pelajar yang tidak berjaya menamatkan pelajaran mereka.
Saya telah terangkan minggu lepas tentang situasi semasa anda mahu bersaing di temuduga dengan graduan atau pelajar-pelajar lain diseluruh Malaysia. Saya ada terangkan bahawa rekod anda akan dilhat. Jadi, jika anda mempunyai rekod yang baik terutama dalam bidang akademik dan kurikulum, anda mempunyai daya saing yang kuat.
Setelah anda fikirkan dan bayangkan situasi sewaktu anda perlu bersaing dengan ribuan pelajar lain, dapatkah anda bayangkan apa yang anda perlu sediakan supaya anda boleh jadi seorang pesaing terhebat? Anda mungkin terfikir yang anda mungkin perlu mendapat keputusan peperiksaan terbaik, rekod kegiatan ‘extra-curricular- terbaik, rekod kegiatan sukan, persatuan, kelab dan aktiviti-aktiviti anda mewakili sekolah dan sebagainya…….
Selama ini, anda mungkin hanya melihat beberapa tahun ke hadapan anda. Contohnya, jika anda di tingkatan satu, anda fikir apa yang anda mahu capai di akhir tingkatan satu atau di akhir peperiksaan PMR nanti. Jika anda di tahun pertama universiti, anda mungkin fikirkan tentang apa yang anda mahu capai sewaktu anda berada di universiti dan apa yang anda mahu berlaku pada hari graduasi. Pernahkah anda fikirkan lebih jauh daripada itu?
Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada urusetia simposium kerjaya UKM kerana menjemput saya ke UKm semalam (27/1/2007). Pelajar je semua ni, tapi mereka telah jalankan tugas yang hebat kerana menganjurkan program yang sangat berguna kepada para pelajar ini. Saya telah dijemput untuk berbicara dengan pelajar dalam satu sesi yang dinamakan ‘kenali potensi diri anda’.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Lebih 400 orang pelajar yang hadir pada sesi tersebut. Majoritinya pelajar perempuan. Seronok pulak saya mengusik-usik bebudak lelaki yang sikit bilangannya tu.
Semalam (22/1/07), saya terlibat dalam rakaman satu rancangan Motivasi TV RTM “Get Set Go” yang biasa ditayangkan pada pagi hari Ahad. Rakaman dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa. Saya dijadualkan menyiapkan 3 episod. Tajuk-tajuk saya adalah berkenaan konsep SmartStudy hasil tulisan saya sendiri iaitu persediaan minda, teknik belajar dan psikologi peperiksaan.
Bila sampai, cuma ada 2 krew sahaja di situ. Yang lain belum sampai. Tekpe la, boleh rehat dan breakfast dulu. Tetapi sampai pukul 10 pagi pun krew belum sampai. Rupa-rupanya ada miscommunication. Jadi, lebih kurang pukul 11 lebih baru krew datang.
Dugaan….. semasa scene kedua untuk episod kedua dirakamkan, cuaca semakin mendung…. pengarah mula mencari ‘angle’ yang sesuai supaya cahaya mencukupi. Rakaman perlu dihabiskan hari ini.
Akhirnya, setelah berteduh beberapa ketika dan melihat masa yang menunjukkan hampir pukul 5 petang, pengarah membuat keputusan bahawa rakaman perlu di tangguhkan ke hari Rabu ini…..





















