Petua


Bermula 19 Februari,  saya ada tulis mengenai 3 rahsia keyakinan diri. Lama sungguh tulisan saya ini tertunda. Namun yang tertunda hanyalah bahagian akhir sahaja (posting terakhir rahsia keyakinan diri ialah pada 7 Mac 2008. Jika anda rujuk semula tulisan saya, dalam rahsia ke-3 saya ada berikan 3 soalan:

  1. Keyakinan diriJika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
  2. Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?
  3. Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah anda mula merasa rendah diri?  

Saya sudah berikan penjelasan untuk soalan pertama dan kedua. Kini giliran soalan ketiga pula. Adakah anda mudah merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain atau apabila anda berada bersama orang-orang yang hebat? Berdasarkan pengalaman saya, merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain adalah satu perkara yang biasa berlaku. Jika saya jalankan program-program untuk pelajar universiti, saya pasti tanya sama ada para pelajar ada merasa yang diri mereka kurang bijak dan pandai berbanding kawan-kawan mereka. Majoriti pelajar akan mengaku merasa demikian.

Ini nasihat saya.  Nasihat ini ialah nasihat yang saya amalkan apabila saya mula merasa rendah diri semasa melihat kehebatan orang lain. Begini. Apabila anda melihat kehebatan seseorang

  • Pertama, kagumi kehebatan mereka. Jangan rasa marah, benci atau cemburu. Jika anda benci pencuri, adakah anda mahu jadi pencuri? Tidak bukan? Jika anda benci orang biadab, adakah anda mahu jadi biadab? Tentu tidak Keyakinan dirijuga bukan? Sama juga. Jika anda benci orang yang hebat dan cemerlang, secara tidak sedar anda mendidik diri anda untuk bencikan kehebatan dan kecemerlangan. Akibatnya, anda tidak jadi hebat seperti mereka.
  • Kedua, kata dalam hati, “hebatnya awak ni! Bagus, saya juga akan jadi hebat macam awak tak lama lagi. Orang lain pun akan rasa macam apa saya rasa sekarang setiap kali melihat saya.”
  • Ketiga, bayangkan diri anda hebat seperti orang tersebut. Bayangkan bagaimana cara anda bercakap, berjalan, duduk, bekerja dan sebagainya jika anda sehebat mereka.

Aktiviti ini semua bukan sahaja akan mengurangkan rasa rendah diri kita malah ia akan meningkatkan lagi semangat kita untuk berjaya. Jika anda kurang yakin dengan teknik ini (hehe, kurang yakin dengan teknik keyakinan diri…. macam kelakar pula bunyinya..) apa kata anda cuba sahaja. Lihat apa kesannya kepada keyakinan diri anda.

Selamat mencuba! :)

ebook 7 petua skor ASaya dalam proses membuat kompilasi 7 petua Skor A yang telah saya tulis beberapa bulan lepas. Tidak lama lagi jika anda berminat anda boleh mendapatkannya dalam bentuk ebook.

Bagi saya, 7 petua ini amat penting bagi pelajar yang sedang mencari arah dan panduan bagaimana mereka boleh skor A dalam peperiksaan mereka. Kadangkala tips dan petua kelihatan remeh dan mudah tetapi kalau ia diamal dan dipraktikkan, kita boleh capai sesuatu yang tidak pernah kita capai sebelum ini.

Nantikan kehadiran ebook ini. :)

Keyakinan diriBeberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.

Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung tidak ada.

Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.

Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka. Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.

Ada orang yang banyak idea tetapi tidak berani untuk menulis disebabkan bimbang karyanya tidak disukai orang. Keyakinan diri orang begini sangat rendah hingga dia sendiri memandang rendah terhadap karyanya sendiri.

Ada orang yang tidak pernah mengecap kejayaan besar yang boleh dibanggakan.  Lalu mereka sangka kejayaan bukanlah untuk mereka. Dalam erti kata lain, mereka seolah-olah percaya mereka telah lahir untuk gagal.

Insyaallah, minggu depan saya akan mula kongsikan beberapa tips keyakinan diri yang biasa saya kongsikan bersama peserta program saya. Malah saya juga ada lakukan sedikit kajian tambahan untuk kongsikan bersama anda beberapa tips dan petua untuk meningkatkan keyakinan diri. Minggu depan, kita akan mulakan dengan 3 rahsia keyakinan diri.  Mengapa saya kata rahsia? Kerana…….. kita tunggu minggu depan. :)

skor a 2008Alhamdulillah. Saya telah berjaya menulis 7 petua skor A untuk tahun 2008 ini. Petua-petua ini sebenarnya adalah hasil bacaan saya selama ini dan juga hasil pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar cemerlang yang saya kenali. Saya selalu percaya bahawa skor A dalam peperiksaan adalah umpama kita sedang belajar memasak daripada seorang Chef yang handal. Jika kita ikut satu-persatu apa yang dilakukan termasuk menggunakan sukatan yang 100% sama, kita pasti akan dapat hasil yang sama.

Seperti pelajar cemerlang yang mampu skor A juga, kita boleh jadi seperti mereka jika kita amalkan apa yang mereka amalkan. Antara apa yang mereka amalkan ialah 7 petua yang saya kongsikan di sini. Mari kita ulang semula ketujuh-tujuh petua ini.

  1. Tulis gred yang kita mahu capai.
  2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.
  3. Uruskan masa berpandukan matlamat.
  4. Latih tubi.
  5. Tingkatkan kepantasan dan ketepatan.
  6. Jaga kesihatan fizikal dan mental.
  7. Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

Anda juga boleh membacanya di ruangan kompilasi. Saya telah siap mengumpul petua ini dalam bentuk kompilasi di sini.

Skor AKita sudah sampai ke tips terakhir dalam 7 petua skor A 2008 ini. Dalam petua ketujuh yang lepas, saya sudah terangkan kepentingan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa dan guru. Kali ini saya akan terangkan kepentingan dan juga teknik untuk menjaga hubungan baik dengan rakan sebaya.

Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap fikiran yang sama dengan kita. Jadi jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah.

Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Ada banyak ketikanya kita tidak dapat luahkan masalah atau kerisauan hati kita kepada guru atau ibu bapa tetapi rakan-rakan rapat kita akan sentiasa bersedia mendengar dan menyokong kita.

Namun kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita. Ada yang akan cuba menarik kita kearah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Contohnya jika kita berkawan dengan pelajar yang malas, walaupun dia baik dan rapat dengan kita, dia akan membuat kita terikut-ikut dengan perangai malas atau nakalnya.

Skor AUntuk skor A 2008 ini, ada beberapa tips yang perlu kita praktikkan.

  • Pertama, dekati rakan-rakan berfikiran positif, rajin dan bersemangat untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.
  • Belajar bagaimana mahu menambahkan jumlah kawan. Kemahiran berkawan adalah satu kemahiran yang sangat penting kerana tanpanya, tidak ramai pelajar yang mahu berkawan dengan kita. Jadi, baca tips kemahiran berkawan (Klik disini) dan 7 petua memikat hati rakan sebaya ( klik disini)

Selamat mencuba. :)

Skor A 2008Petua ketujuh untuk skor A 2008 ini ialah ‘dapatkan sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan’. Semalam saya sudah terangkan bagaimana untuk mendapat sokongan ibu bapa. Kali ini, mari kita bincangkan bagaimana untuk mendapat sokongan guru dan rakan-rakan.

Para pembaca yang saya hormati sekalian, sokongan guru adalah antara perkara terpenting dalam mencapai matlamat kejayaan kita. Untuk skor A, saluran paling utama untuk mencapainya ialah melalui guru kita. Apabila guru kita bersungguh-sungguh untuk membantu dan membawa kita ke arah kejayaan, lebih mudah untuk kita ke sana. Banyak ketikanya pelajar dan ibu bapa merungut mengatakan guru tidak bersungguh-sungguh dan tidak peduli dengan kejayaan muridnya. Malah ada yang menuduh guru hanya menganggap sekolah sebagai tempat mencari duit dan tempat untuk mempunyai kerjaya sahaja. Saya percaya tanggapan ini salah.

Skor A 2008Mengapa? Sepanjang pengalaman saya berkenalan dengan guru sama ada di zaman persekolahan atau dewasa, saya lihat semua guru mahu anak muridnya berjaya. Satu sebabnya tentulah kerana itu tanggungjawab mereka. Namun satu sebab yang boleh kita percayai ialah kejayaan anak murid melambangkan kejayaan guru itu juga. Guru yang hebat pasti boleh melahirkan anak murid yang hebat. Jadi, persoalan guru tidak serius atau tidak bersungguh-sungguh harus diketepikan.

Apa yang perlu kita fikirkan ialah mengapa guru lebih bersungguh-sungguh mengajar murid lain berbanding kita? Hmm… sekali lagi, jangan buruk sangka. Lihat semula kepada diri kita. Adakah kita selalu melawan cakap cikgu, degil, tidak beri tumpuan dalam kelas, terlalu ‘loyar buruk’, tidak hormat, tidak pernah siapkan kerja sekolah dan mengutuk guru itu dibelakangnya? Jika kita pernah atau biasa lakukan ini semua, adakah guru akan serius untuk membantu kita?Tentu tidak bukan?

Jadi, mulai hari ini, cari jalan untuk mendekati dan mendapat sokongan guru kita. Saya ada tulis 7 petua untuk memikat hati guru di dalam blog ini. Untuk membaca kompilasinya, klik disini. Dengan 7 petua ini, saya percaya kita akan lebih mudah mendapat perhatian dan sokongan guru meskipun guru itu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab hariannya.

Selamat mendapat sokongan guru dan selamat memikat hati mereka. :)

Petua ketujuh untuk skor A 2008 ini ialah ‘dapatkan sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan’. Sekali lagi ringkas sahaja bunyi petua ini tetapi adakah kita tahu mengapa sokongan mereka ini semua sangat penting dalam usaha mencapai gred A dalam tahun ini?

Skor A 2008Begini. Semasa kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Rintangan dan cabaran ini mungkin datang dalam bentuk kegagalan, kekecewaan dan rasa sakit hati akibat macam-macam perkara. Contohnya, kalau kita nak skor A dalam subjek Bahasa Inggeris, mungkin kita tidak akan selalu mendapat gred tersebut. Ada kalanya kita dapat gred B, C, D atau gagal. Cabaran ini boleh menggugat keyakinan dan semangat kita untuk berjaya.

Jadi, dalam keadaan begini, ibu bapa, guru dan rakan-rakanlah yang boleh membantu menaikkan semula semangat dan keyakinan diri yang semakin jatuh itu. Namun, tidak semudah itu untuk mendapat sokongan mereka. Di sini saya akan kongsikan bagaimana caranya untuk mendapat sokongan mereka. Mari kita mulakan dengan bagaimana mendapat sokongan daripada ibu bapa.

Secara umumnya, ibu bapalah yang paling mudah untuk menyokong dan memberi semangat kepada kita. Ini adalah kerana kejayaan kita mencerminkan kejayaan buat diri mereka juga. Malah, banyak ketikanya, ibu bapalah yang lebih risau berbanding pelajar apabila menjelang peperiksaan (pernah lihat situasi begini?). Walaupun mereka mudah menyokong, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan agar mereka lebih mudah memahami cabaran yang sedang kita tempuhi.

  • Skor A 2008Pertama, belajar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada ibu bapa. Masalah biasa dikalangan pelajar dan ibu bapa ialah hilangnya kebolehan untuk mereka berkomunikasi dengan baik. Perkara ini selalu saya lihat dalam sesi kaunseling yang saya jalankan terutamanya apabila anak-anak meningkat dewasa (dari umur 12 hingga 17 tahun). Jika anda ada masalah atau kerisauan, cuba bincangkan dengan ibu bapa. Saya faham ini bukan perkara mudah. Namun setelah anda buka mulut dan berkongsi masalah dengan ibu bapa, fikiran mereka akan jadi lebih terbuka untuk menyokong kita. Contohnya, jika kita sedang risau dan tertekan, jangan hanya berdiam diri dan mula menunjukkan perangai-perangai yang tidak menyenangkan. Perasaan tertekan tidak akan hilang dengan cara begitu. Apa kata jumpa ibu bapa, beritahu mereka yang kita sedang rasa tertekan dan minta nasihat mereka untuk membantu diri kita. Saya percaya mereka akan bantu.
  • Kedua, ceritakan kepada ibu bapa tentang matlamat kita untuk mencapai kejayaan. Ceritakan kepada mereka mengapa kita mahu capai kejayaan.  Kemudian, berterus-terang dengan mereka yang kita perlukan sokongan dan restu mereka untuk merasa lebih bersemangat. Ibu bapa mana yang tidak akan gembira dan menyokong jika anak-anak mereka sudah bertekad untuk berjaya.
  • Ketiga, dalam masa yang sama, walaupun sedang berusaha untuk berjaya, jangan lupa untuk membantu ibu bapa di rumah.  Kerja-kerja rumah selalunya tidak terlalu membebankan untuk kita. Setelah kita bantu meringankan beban ibu bapa di rumah, hati kita akan jadi lebih tenang. Ibu bapa kita juga akan rasa tenang. Jadi, lebih mudahlah untuk mereka membantu kita nanti.

Selamat mencuba. :)

Petua yang ke-6 untuk skor A tahun 2008 ini ialah ‘jaga kesihatan fizikal dan mental’. Saya telah terangkan mengenai tips menjaga kesihatan fizikal. Kali ini, kita bincangkan tips menjaga kesihatan mental pula.

Kesihatan mentalKita perlu faham, kadangkala tekanan perasaan yang kita rasa sebagai pelajar boleh menjadi terlalu hebat hingga ia memusnahkan kebolehan kita untuk berfikiran rasional. Ada ketikanya, pelajar boleh jatuh sakit secara fizikal (demam, letih badan, pening kepala atau kerengsaan kulit) atau secara mental (separuh gila, gila atau hilang akal). Berat juga perkara ini kerana saya sendiri pernah menyaksikan sahabat saya sendiri jatuh sakit secara mental akibat tekanan perasaan semasa belajar dan masih tidak pulih sepenuhnya hingga ke hari ini.

Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk menjaga kesihatan mental kita ini.

  • Pertama, kekalkan imej positif di dalam minda kita. Tekanan perasaan selalunya disebabkan kita terlalu memikirkan perkara-perkara yang menakutkan seperti gagal peperiksaan atau tidak mampu menjawab dengan baik dalam dewan peperiksaan. Hari ini, senaraikan perkara-perkara yang boleh buat kita gembira setiap kali memikirkannya. Apabila kita rasa tertekan, terus lihat pada senarai ini dan fikirkan tentang perkara tersebut. Saya pasti ia boleh membantu mengurangkan tekanan yang kita rasakan.
  • Kesihatan mentalMula berkawan rapat dengan kawan-kawan yang ceria, cemerlang dan yang suka memberi dorongan dan sokongan. Tujuan ini bukan untuk kita pergi kepada mereka dan luahkan masalah kita kerana masalah yang kita bawa akan melemahkan mereka juga. Pergi kepada mereka untuk tiru cara mereka hadapi tekanan perasaan mereka. Pelajar cemerlang selalunya berfikiran positif dan menganggap tekanan perasaan sebagai satu cabaran yang seronok untuk ditempuhi. Ia sama seperti kita bermain sukan. Semakin sukar permainan itu, semakin seronok untuk kita cuba memenanginya.
  • Jaga ibadah harian. Selain daripada menunaikan sembahyang wajib, luangkan juga masa untuk melakukan ibadah sunat yang digalakkan dalam agama kita. Saya selalu percaya bahawa air sembahyang adalah satu senjata hebat pelajar cemerlang untuk mengurangkan tekanan perasaan mereka. Disamping itu, membaca Al-Quran selepas Subuh dan Asar benar-benar boleh menenangkan fikiran dan menambahkan keselesaan dan kelapangan di dalam hati kita. 

Selamat mencuba. :) 

Sudah beberapa minggu tergendala perbincangan kita mengenai petua skor A 2008 kan? Hmm… agak sibuk sedikit kebelakangan ini tetapi tidak mengapa, saya akan habiskan tulisan saya mengenai 7 petua ini.

Petua yang ke-6 untuk skor A tahun 2008 ini ialah ‘jaga kesihatan fizikal dan mental’. Mudah sahaja bunyi petua ini tetapi tahukah kita bagaimana menjaga kesihatan fizikal dan mental. Mari kita mulakan dengan kesihatan fizikal dahulu.

skor a 2008Selalunya, apabila sudah terlalu bersemangat untuk skor A, pelajar lupa menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Mereka terperap dalam rumah atau bilik untuk membaca buku. Mereka enggan keluar berjalan-jalan atau bersenam.  Mereka juga mula tidak menjaga makan minum mereka di mana mereka tidak makan dengan cukup, makan berlebihan atau makan makanan yang tidak berkhasiat.

Saya percaya tidak perlu diterangkan mengapa kesihatan fizikal itu penting untuk skor A. Kita kena ingat, minda tidak boleh berfungsi dengan baik jika fizikal kita tidak berada dalam keadaan yang baik. Sama seperti kereta, ia tidak berfungsi dengan baik jika ada sebarang kerosakan pada enjinnya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk menjaga kesihatan fizikal dalam usaha skor A 2008 ini?

  • Pertama, banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Ia boleh dilakukan dengan memakan buah-buahan segar atau sayur-sayur segar.  Kebanyakan zat-zat yang kita perlukan boleh didapati di dalam makanan-makanan ini. Jika sukar mendapat makanan berkhasiat, penggunaan ’supplement’ atau zat tambahan yang boleh dibeli di pusat kesihatan atau farmasi juga boleh membantu.
  • Kedua, banyakkan minum air yang bersih. Sukar untuk saya terangkan lebih lanjut mengenai air bersih ini. Namun, air yang dicadangkan oleh Dr Bruce Miller (penulis buku-buku kesihatan termasuk buku mengenai penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya) mencadangkan air reverse osmosis atau air yang sudah disuling. Kalau kita pergi ke kedai, kita boleh lihat banyak air minuman yang dijual dalam botol bukan? Selalunya kita hanya panggil air minuman itu dengan nama air mineral. Tetapi bukan semua air itu air mineral. Ada diantaranya ialah air reverse osmosis. Ia selalunya juga ditulis sebagai ‘drinking water’. Dapatkan nasihat seseorang yang lebih pakar daripada saya mengenai perkara ini supaya tidak ada keraguan. :)
  • skor a 2008Luangkan masa 30 hingga 60 minit sehari untuk berpeluh. Mudah sahaja bunyinya kan? Kalau kita berjalan kaki ke kedai pun kadang-kadang sudah ambil masa 30 minit dan kita akan berpeluh.  Itu pun sudah lebih baik daripada asyik terperap di dalam rumah.
  • Lakukan senaman regangan otot 5 - 10 minit sehari. Apabila kita asyik belajar dan duduk di atas kerusi sepanjang masa, otot kita boleh jadi kejang dan tidak selesa.  Perjalanan darah juga akan jadi tidak lancar.  Jadi dengan membuat senaman regangan otot, kita akan rasa lebih segar dan selesa. Mudahlah nanti untuk kita sambung belajar.
  • Lebih menarik lagi, luangkan masa bermain sukan dengan kawan-kawan 30 hingga 60 minit sehari. :)

Posting saya mengenai adab menuntut ilmu online sudah saya kemaskinikan ke dalam ruangan kompilasi tips dan petua. Anda boleh membacanya sekaligus dan boleh juga dijadikan rujukan apabila anda memerlukannya nanti. Untuk membacanya sekarang, klik di sini.

adab belajar onlineAlhamdulillah. Saya telah kongsikan beberapa adab jika kita mahu menuntut ilmu secara online. Adab-adab ini amat penting jika kita hendak menuntut ilmu tanpa berdepan dengan seseorang yang berkongsi ilmu itu.

adab belajar onlineHarapan saya ialah tips-tips ini dapat difahami tanpa melihat dari arah yang salah. Arah yang salah ialah arah di mana anda melihat tips-tips ini sebagai arahan saya kepada anda supaya bersopan apabila berurusan dengan saya di laman web ini. Bukan itu mesej yang hendak disampaikan oleh tips-tips ini.

Arah yang perlu anda gunakan ialah tips-tips ini patut diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mahu menuntut ilmu atau mahu berkomunikasi dengan seseorang di internet. adab belajar onlineTips-tips ini juga penting untuk cara kita berkomunikasi dengan seseorang yang kita tidak kenali. Saya percaya jika kita menjaga adab semasa menuntut ilmu, kita akan lebih mudah menguasai sesuatu ilmu itu dan ilmu kita pasti akan lebih diberkati.

Selamat menuntut ilmu online. :)

adab belajar onlineAdab belajar onliineAdab keempat dan adab terakhir yang ingin saya kongsikan jika kita menuntuy ilmu secara online ialah ‘apa yang perlu dilakukan ketika tetamu meninggalkan rumah‘. Sekarang bayangkan jika kita menjadi tetamu di rumah seseorang. Setelah kita dihidangkan dengan minuman dan dilayan dengan baik, apa yang perlu kita lakukan sebelum meninggalkan rumah tersebut? Mudah sahaja bukan? Apa yang perlu dilakukan ialah meminta diri dan ucapkan terima kasih atas layanan yang kita terima.

Jadi semasa menuntut ilmu online, setelah kita dapat apa yang kita minta atau soal,

  • Minta diri. Cara paling mudah untuk minta diri ialah dengan mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan layanan seseorang yang telah membantu kita. Ucapan terima kasih adalah sesuatu yang sangat mudah dilakukan tetapi adab belajar onlinekesannya kepada penerima sangat besar. Manusia sangat suka jika dihargai. Jika kita ucapkan terima kasih dengan baik dan ikhlas kepada sesiapa yang menolong kita, dia akan rasa gembira dan lebih besar kemungkinan akan menolong kita lagi di lain hari. Dia juga akan rasa dihargai dan turut merasa gembira. Bukankah ini perkara yang baik?

Tips:

  • Sebelum kita minta bantuan seseorang secara online seperti meminta jalan penyelesaian atau khidmat nasihat, pastikan kita bersungguh-sungguh mahu membuat perubahan. Saya biasa melihat pelajar yang suka bertanya soalan tetapi mereka tidak berminat untuk melakukan apa yang dinasihatkan.  Jadi, setelah diberi nasihat, mereka kata nasihat itu sukar dilakukan dan mula bertanya tentang masalah lain pula. Jika kita tidak berminat untuk berubah, orang juga tidak akan berminat untuk menolong.
  • Jika kita mahu bertanya, tanya soalan yang pendek, ringkas dan terus kepada masalah. Jangan tanya soalan yang cuba menunjukkan kita pandai. Contohnya,
  • Tuan, benarkah kita patut ada matlamat untuk berjaya? Setahu saya melalui buku-buku yang saya baca, matlamat adalah perkara terpenting untuk mencapai kejayaan. Kajian juga menunjukkan bahawa 3% sahaja orang dewasa yang ada matlamat dan mereka inilah yang berjaya dalam hidup. Saya sendiri banyak dengar dalam ceramah dan kursus-kursus yang pernah saya hadiri tentang kepentingan matlamat ini. Dalam Islam juga ada menerangkan tentang matlamat ini sebenarnya.”
  • Panjang bukan soalan ini? Namun jawapannya hanya, “Ya, benar.” Soalan ini hanya menunjukkan yang penyoal lebih berminat untuk memberitahu apa yang dia rasa dia tahu. Jika ini berlaku, penyoal akan jadi seorang yang mahu belajar dalam keadaaan gelas yang penuh. Klik di sini dan baca petua 1 apa akibat jika anda menyoal begini.

Selamat mencuba.

adab bealajr onlineApabila sudah berada di dalam rumah seseorang dan apabila kita bergelar tetamu, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan seperti jangan letak kaki atas meja, jangan terlalu meminta itu dan ini hingga menyusahkan tuan rumah dan jaga bahasa yang digunakan. Di dalam adab menuntut online pula, ketika menulis email atau komen di laman web, elakkan daripada

  • Adab belajar onlineMENGGUNAKAN HURUF BESAR UNTUK SEMUA HURUF! Menggunakan huruf besar memberi gambaran seolah-olah kita sedang meninggikan suara. Ia tidak sepatutnya dilakukan. Tambahan pula, semasa kita belajar di sekolah bermula di tadika dulu, kita sudah diajar di mana patut digunakan huruf besar dan huruf kecil bukan? Jadi, kita perlu aplikasikannya.
  • menggunakan ayat perintah. Ayat perintah maksudnya menyuruh tuan rumah berbuat sesuatu dengan menggunakan ayat perintah. Contohnya, “emailkan saya ini.”, “Berikan saya itu.” atau “sila jawab segera.”
  • Menulis dengan tulisan ringkas walaupun alasan kita sudah terbiasa atau tidak sempat menulis dengan penuh. Ini boleh menjadi tabiat yang sukar dihapuskan.

Tips:

  • adab bealajr onlineJika kita bertanya soalan melalui email, biarlah kita harap mendapat jawapan melalui email juga. Janganlah hantar email dan suruh seseorang itu membalas menggunakan sms atau pos laju pula. Sama juga kalau kita bertanya melalui laman web, biarlah kita mendapat jawapan melalui laman web juga, bukan dihantar secara peribadi ke email kita.Adab belajar online
  • Jika seseorang itu lebih tua daripada kita, eloklah menggunakan gelaran abang, kakak, Tuan, Puan, cikgu atau sekurang-kurangnya encik atau cik. Ini adalah amalan mudah untuk membuat seseorang itu rasa kita hormat kepada mereka. Bayangkan kalau kita jumpa seseorang di alam nyata, adakah kita akan panggil namanya begitu sahaja walaupun dia lebih tua daripada kita? Saya percaya tentu tidak.  Jadi, di dalam email dan laman web pun begitu juga.

AdabMari kita mulakan dengan adab kedua - Apa yang perlu dilakukan oleh tetamu apabila berada di dalam rumah. Sekarang bayangkan jika kita menjadi tetamu di rumah seseorang. Budaya di negara kita amat menghormati tetamu. Namun ia tidak bermaksud semua tetamu patut dihormati. Ada tetamu yang tidak tahu kasut perlu dibuka apabila hendak masuk ke rumah. Jadi tuan rumah akan memberitahu tetamu itu tentang adat tempatan dengan baik. Selalunya, tetamu akan faham dan membuka kasutnya dengan senang hati (dan mungkin rasa sedikit bersalah kerana tidak tahu adat tempatan dan mungkin telah menyakiti hati tuan rumah tersebut).

Tetapi, bagaimana jika tetamu itu berdegil dan keras kepala tidak mahu membuka kasutnya? “I don’t care…! SEUMUR HIDUP I TAK PERNAH BUKA KASUT KALAU MASUK RUMAH TAU! Awak ni perlu berfikiran terbuka sikit!” katanya kepada tuan rumah. Kalau andalah tuan rumah itu, apa anda lakukan? Senyum dan biarkan dia masuk dengan kasut kotornya? Kalau saya, saya halau saja :)  . Hehe… mungkin tidak terus halau tetapi pastinya saya tidak akan benarkan dia masuk ke rumah saya.

Mesej saya di sini ialah jika kita mahu menuntut ilmu dengan seseorang, seseorang itu umpama tuan rumah. Kita kena hormatinya dan kena ikut caranya. Walaupun caranya nampak berbeza, kita perlu hormatinya. Namun, kalau kita rasa caranya sangat berbeza dan menyalahi tatasusila Adabatau bercanggah dengan agama contohnya, tidak perlulah kita masuk ke rumah tersebut. Dengan perkataan lain, janganlah menuntut ilmu dengannya.

Jika kita menjaga adab kita begini, saya percaya kita akan membawa imej yang baik untuk diri kita sendiri. Saya suka mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh cikgu-cikgu yang saya kenal betapa mereka sangat sayangkan anak-anak murid mereka yang tinggi budi bahasa dan pandai menghormati mereka. Ini bukan bermaksud seorang guru mengharapkan agar anak murid menghormati mereka tetapi disebabkan adab anak-anak murid tersebut, mengasihi mereka menjadi sesuatu yang sangat mudah dilakukan. :)

Esok saya akan kongsikan apa yang tidak patut dilakukan ketika berada di dalam rumah seseorang. :)

Mari kita mulakan dengan ada adab pertama - ‘Bagaimana tetamu masuk ke rumah.’ Untuk adab ini, bayangkan kita sedang mengunjungi rumah seseorang yang kita tidak kenal dan kita mahu belajar sesuatu daripadanya. Apa yang perlu kita lakukan apabila kita sedang berdiri di depan rumahnya? Jerit kuat-kuat nama orang tersebut? Tendang pintu dengan kasut kita yang kotor? Cuba buka pintu sendiri? Hmm… saya percaya soalan ini tidak sukar untuk dijawab. Saya percaya kita semua akan menjawab ketuk pintu dan beri salam. Jadi, tips pertama:

Adab belajarKetuk pintu dan beri salam. - Kalau kita menghubungi seseorang secara online, pastikan kita ketuk pintu dan beri salam dahulu. Maksudnya begini. Kalau kita hantar email, pastikan ada 3 perkara, tulis tajuk, beri salam dan perkenalkan diri.

  • Tulis tajuk email. Sebaik-baiknya, tulis tajuk yang ada kena mengena dengan apa yang kita hendak tanya. Orang zaman sekarang selalunya sibuk dan mail box pula dipenuhi bermacam-macam email yang tidak diminta. Jadi, kalau kita tulis tajuk elok-elok, peluang untuk penerima membukanya adalah lebih besar. Saya sendiri selalu terpaksa menapis email yang saya terima kerana setiap hari lebih 50% email tersebut ialah email ’spam’ oleh insan-insan yang mungkin tidak belajar etika perniagaan internet atau yang tidak mengambil peduli mengenai etika-etika tersebut :)  Jadi, apabila saya mahu buka email, saya akan baca tajuknya dahulu. Saya percaya kebanyakan penerima email lain akan berbuat demikian juga.
  • Saya cadangkan tulis nama kita di dalam tajuk email. Contohnya tajuk email saya begini ‘Surat cadangan program motivasi - Osman Affan’. Satu sebabnya, kita sudah perkenalkan diri kita lebih awal kepada penerima. Satu lagi sebabnya, kadang-kadang penerima meletakkan email mereka di dalam folder berbeza. Jadi, bila mereka letakkan email kita dalam satu folder lain, mudah baginya untuk mencari email kita nanti.
  • Setelah ada tajuk, mulakan email kita dengan memberi salam. Kalau untuk orang Islam, tulis ‘Assalamualaikum’ dengan ejaan penuh (nanti saya terangkan mengapa) dan kalau bukan Islam, selamat sejahtera, Hi atau hello pun boleh diterima.
  • Perkenalkan diri. Ini tidak perlu dilakukan dengan begitu terperinci sampai nombor kad pengenalan dan nombor sijil kelahiran pun hendak disertakan! :)  Cukup dengan memberitahu nama dan daripada mana kita datang supaya dapat memberi gambaran kasar siapa diri kita. Benar kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta. Apabila kita sudah perkenalkan diri serba sedikit, penerima email kita akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami apa yang cuba kita sampaikan.

Adab belajarBagaimana pula jika kita gunakan shoutbox atau sms? Sama juga cuma bezanya tidak ada tajuk. Penting untuk ucapkan salam dan perkenalkan diri kita. Satu nasihat saya, jangan terlalu mudah gunakan ejaan ringkas. Contohnya ‘Assalamualaikum’ jadi ‘Akum’, ‘bagaimana’ jadi ‘bgmn’ dan sebagainya. Saya tahu ramai sudah menyedari bahawa perkara ini sudah menjadi ikutan dan fesyen terkini. Mungkin banyak disebabkan penggunaan sms. Ada 2 kesan buruk utama jika menulis begini.

Pertama, penerima tidak faham. Kedua, ia akan menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Klik di sini (Blog Sifu Puan Ainon) untuk membaca satu contoh bagaimana seorang graduan yangsudah terbiasa dengan tabiat yang tidak elok ini.

Selamat mencuba. :)

Next Page »