Mon 7 Jan 2008
Adab menuntut ilmu online – Adab 1
Posted by Osman Affan under Fikir, Khas, Motivasi, Petua, Soft Skills, Teknik Belajar
[6] Comments
Mari kita mulakan dengan ada adab pertama – ‘Bagaimana tetamu masuk ke rumah.’ Untuk adab ini, bayangkan kita sedang mengunjungi rumah seseorang yang kita tidak kenal dan kita mahu belajar sesuatu daripadanya. Apa yang perlu kita lakukan apabila kita sedang berdiri di depan rumahnya? Jerit kuat-kuat nama orang tersebut? Tendang pintu dengan kasut kita yang kotor? Cuba buka pintu sendiri? Hmm… saya percaya soalan ini tidak sukar untuk dijawab. Saya percaya kita semua akan menjawab ketuk pintu dan beri salam. Jadi, tips pertama:
Ketuk pintu dan beri salam. - Kalau kita menghubungi seseorang secara online, pastikan kita ketuk pintu dan beri salam dahulu. Maksudnya begini. Kalau kita hantar email, pastikan ada 3 perkara, tulis tajuk, beri salam dan perkenalkan diri.
- Tulis tajuk email. Sebaik-baiknya, tulis tajuk yang ada kena mengena dengan apa yang kita hendak tanya. Orang zaman sekarang selalunya sibuk dan mail box pula dipenuhi bermacam-macam email yang tidak diminta. Jadi, kalau kita tulis tajuk elok-elok, peluang untuk penerima membukanya adalah lebih besar. Saya sendiri selalu terpaksa menapis email yang saya terima kerana setiap hari lebih 50% email tersebut ialah email ‘spam’ oleh insan-insan yang mungkin tidak belajar etika perniagaan internet atau yang tidak mengambil peduli mengenai etika-etika tersebut
Jadi, apabila saya mahu buka email, saya akan baca tajuknya dahulu. Saya percaya kebanyakan penerima email lain akan berbuat demikian juga. - Saya cadangkan tulis nama kita di dalam tajuk email. Contohnya tajuk email saya begini ‘Surat cadangan program motivasi – Osman Affan’. Satu sebabnya, kita sudah perkenalkan diri kita lebih awal kepada penerima. Satu lagi sebabnya, kadang-kadang penerima meletakkan email mereka di dalam folder berbeza. Jadi, bila mereka letakkan email kita dalam satu folder lain, mudah baginya untuk mencari email kita nanti.
- Setelah ada tajuk, mulakan email kita dengan memberi salam. Kalau untuk orang Islam, tulis ‘Assalamualaikum’ dengan ejaan penuh (nanti saya terangkan mengapa) dan kalau bukan Islam, selamat sejahtera, Hi atau hello pun boleh diterima.
- Perkenalkan diri. Ini tidak perlu dilakukan dengan begitu terperinci sampai nombor kad pengenalan dan nombor sijil kelahiran pun hendak disertakan!
Cukup dengan memberitahu nama dan daripada mana kita datang supaya dapat memberi gambaran kasar siapa diri kita. Benar kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta. Apabila kita sudah perkenalkan diri serba sedikit, penerima email kita akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami apa yang cuba kita sampaikan.
Bagaimana pula jika kita gunakan shoutbox atau sms? Sama juga cuma bezanya tidak ada tajuk. Penting untuk ucapkan salam dan perkenalkan diri kita. Satu nasihat saya, jangan terlalu mudah gunakan ejaan ringkas. Contohnya ‘Assalamualaikum’ jadi ‘Akum’, ‘bagaimana’ jadi ‘bgmn’ dan sebagainya. Saya tahu ramai sudah menyedari bahawa perkara ini sudah menjadi ikutan dan fesyen terkini. Mungkin banyak disebabkan penggunaan sms. Ada 2 kesan buruk utama jika menulis begini.
Pertama, penerima tidak faham. Kedua, ia akan menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Klik di sini (Blog Sifu Puan Ainon) untuk membaca satu contoh bagaimana seorang graduan yangsudah terbiasa dengan tabiat yang tidak elok ini.
Selamat mencuba.
Hari ini saya terpanggil untuk sekali lagi menulis mengenai adab menuntut ilmu secara online. Saya menulis satu artikel pada tahun 2006 mengenai perkara ini dan beberapa maklum balas yang saya dapat ialah maklum balas yang membidas saya semula.
Kebanyakan pelajar atau orang dewasa sangat bersopan jika mereka bertanya atau menuntut ilmu secara berdepan tetapi apabila secara online, mereka lupa segalanya. Mereka sangka kerana wajah mereka tidak dapat dilihat, adab mereka tidak perlu dijaga. Mereka mungkin lupa, ilmu tetap ilmu. Secara online atau offline, ia masih perlu dimiliki dengan cara yang baik agar kita mendapat rahmat yang berkekalan.
Diringkaskan cerita, cara paling mudah untuk kita meningkatkan kepantasan ialah dengan membuat latihan dalam masa yang ditetapkan. Apa maksud saya? Bagini.
Pertama, minda kita berfikir secara bergambar. Minda kita sukar untuk mengingat tulisan. Jadi, nota yang hanya dipenuhi tulisan akan membuatnya sukar diingat. Kedua, nota begini selalunya panjang dan sukar difahami. Bayangkan peperiksaan akan tiba dalam masa 2 minggu dan kita perlu baca nota yang begitu tebal. Apa rasanya?
Cara kedua untuk meningkatkan ketepatan ialah dengan menguasai kemahiran menghafal atau teknik memori. Teknik memori ialah teknik yang boleh membuat kita lebih mudah ingat apa yang sedang dan telah kita pelajari. Teknik ini bukanlah seperti satu ubat yang boleh dimakan agar semua masalah ‘LUPA‘ hilang. Teknik ini memerlukan latihan dan kesungguhan. Namun apa yang bagusnya, setelah kita memahami dan menguasai teknik ini, mengingati sesuatu akan jadi lebih mudah.
Saya telah terangkan tentang peranan kepantasan dan ketepatan dalam posting saya semalam. Kini saya akan terangkan bagaimana kita boleh tingkatkan tahap ketepatan kita dalam usaha skor A 2008.
Mereka tidak peduli tentang orang yang sedang lalu-lalang di tepi kelas mereka dan mereka tidak peduli sangat tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka kelihatan begitu khusyuk dalam usaha memahami apa yang sedang diajarkan. Ia seperti seorang budak yang sedang khusyuk menonton cerita kartun kegemarannya. Bolehkah anda bayangkan bagaimana rupa orang yang sedang khusyuk ini?
Petua kelima ini adalah sangat penting untuk kita skor A dalam peperiksaan tahun 2008 ini. Saya ada terangkan dengan jelas dan terperinci dalam buku kedua saya ‘Menjadi remaja SmartStudy – Kemahiran Belajar’ iaitu tingkatkan kepantasan dan ketepatan.
Dalam subjek Matematik contohnya, kerapkali saya dengar rungutan ibu bapa yang mengatakan anak mereka boleh menjawab semua soalan dengan baik di rumah. Tetapi yang peliknya bila tiba waktu peperiksaan, anak mereka ini cuma mendapat keputusan sederhana sahaja, tidak cemerlang. Apabila ini berlaku, saya selalu rasa hampir pasti ia disebabkan anak ibu bapa tadi tidak mempunyai kepantasan.
Dalam masa yang sama, ada pelajar yang mempunyai kepantasan tetapi tidak mempunyai ketepatan. Pelajar ini cepat dapat selesaikan soalan-soalan peperiksaan tetapi mereka terlalu lalai hingga boleh salah soalan yang paling senang sekalipun. Kepantasan tanpa ketepatan akan menyebabkan kita lalai dan sukar mendapat markah yang baik. Ketepatan tanpa kepantasan pula menghalang kita daripada menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan dan akibatnya kita akan gagal juga mendapat gred yang kita mahukan.
Hmmm…. apabila kita belajar sesuatu, adalah normal jika kita sukar memahaminya terutamanya apabila kita belajar sesuatu yang kita tidak biasa gunakan. Contohnya, jika selama ini kita tidak pernah memancing, tentu sukar dan janggal apabila kita mahu belajar mengikat mata kail dan memasang umpan. Bagaimana akhirnya kita pandai memancing? Dengan melakukan aktiviti memancing berulang-ulang kali bukan?
Petua yang keempat untuk skor A 2008 ialah gandakan ‘latih tubi’. Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi setiap subjek terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal dalam peperiksaan.
Saya mahu cadangkan satu cara belajar untuk dapat gred A. Katakan kita sedang belajar subjek Sejarah. Selalunya pelajar akan baca dulu satu topik kemudian membuat latihan yang disediakan di bahagian akhir topik tersebut. Apa kata kita mulakan dengan membuat soalan-soalan itu semua dahulu. Hmmm….pasti ada yang yang rasa pelik. Macam mana nak buat latihan kalau belum baca? Begini.
Ini adalah bahagian terakhir petua ketiga. Kita akan bincangkan bagaimana cara hendak menguruskan masa berpandukan matlamat. Mudah sahaja topik hari ini. Semasa kita merancang masa untuk belajar atau buat sesuatu, fikirkan tentang keberkesanan, bukan jumlah waktu. Maksudnya, jika kita mahu merancang masa untuk belajar, jangan terlalu fikirkan berapa jam mahu belajar, tetapi fikirkan berapa lama kita boleh luangkan masa untuk belajar sesuatu dengan berkesan.
Ada pelajar yang tidak fokus semasa mereka belajar. Ada yang leka dengan televisyen atau radio. Ada yang leka dengan panggilan telefon dan sms. Ada yang leka dengan makan dan minum. Akibatnya, walaupun sudah luangkan masa 6 jam, masa yang betul-betul digunakan untuk belajar ialah 2 jam atau kurang. Pernahkah anda melakukan kesalahan begini?
Kita masih lagi dalam petua ketiga – uruskan masa mengikut matlamat. Hari ini kita akan bincangkan bagaimana hendak menguruskan masa untuk subjek yang kita lemah. Sebelum itu, apa yang dimaksudkan subjek yang kita lemah? Secara mudahnya begini. Kalau satu subjek itu kita hendak dapat gred A tetapi sekarang kita dapat gred C ke bawah, kita anggap ia subjek yang kita lemah. Ini kerana kita perlu lompat sekurang-kurang dua tangga gred untuk sampai gred matlamat kita itu. Setuju? (Setuju je la ye untuk tujuan perbincangan petua ini.
Ada 3 perkara yang kita patut lakukan untuk uruskan masa subjek yang kita lemah ini.
Petua ketiga ini sangat berkesan untuk mengatasi satu masalah yang saya namakan ‘gejala azam tahun baru’. Maksudnya, pada awal tahun, pelajar (atau orang dewasa) akan menanam azam yang hebat untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan. Namun, azam itu akan pudar dalam masa hanya beberapa minggu atau beberapa bulan pertama sahaja. Sebab utamanya ialah azam itu tidak disertakan dengan rancangan tindakan. Apa yang perlu kita lakukan untuk tidak terjebak dengan gejala azam baru ini?
Saya lihat teknik ini digunakan oleh beberapa sahabat baik saya yang cemerlang dalam subjek Matematik ketika di sekolah menengah berasrama penuh dulu. Mereka sudah tetapkan berapa soalan mereka perlu buat dalam sehari. Jika mereka rasa hari mereka akan sibuk dengan aktiviti sukan atau kelab, mereka akan curi mana-mana masa yang terluang untuk menyiapkan latihan tersebut. Kadang-kadang mereka buat latihan semasa menunggu guru masuk ke kelas. Kadang-kadang mereka buat latihan semasa menunggu giliran ke bilik air (kerana bilik air penuh) dan kadang-kadang mereka buat latihan semasa menunggu masuk waktu sembahyang di surau.
Pertama, kita perlu ingat, kelemahan itu bukan sesuatu yang kekal. Ramai pelajar cemerlang bermula dengan gelaran pelajar lemah dan tidak cemerlang. Jadi, jangan terlalu risau.
Mana-mana subjek yang kita rasa mudah nak faham, senang nak skor dalam exam termasuk dalam kategori kekuatan kita. Kena ingat, subjek yang kita rasa mudah sahaja tidak bermaksud kita mudah nak skor dalam peperiksaan. Semasa saya dalam tingkatan 3, saya ada kenal seorang kawan melalui aktiviti silat. Kawan saya ni datang daripada sekolah lain. Semasa berbual dengannya, saya kata kepadanya, “subjek sains susah kan? dah belajar pun susah nak skor.”





















