Sun 9 Dec 2007
Binaan Wacana Penulisan Dalam Persembahan
Posted by Osman Affan under Khas, PowerPoint, Soft Skills
No Comments
Khamis lalu saya berada di Akademi Audit Negara yang terletak tidak berapa jauh daripada lapangan terbang KLIA. Kali ini, saya berpeluang mengendalikan program bertajuk seperti di atas. Program ini ialah program bagaimana hendak berucap atau membuat ‘presentation’ di hadapan khalayak ramai.
Peserta program ini terdiri daripada para pegawai Jabatan Audit Negara. Hmmm… boleh saya katakan mereka semua mempunyai latar belakang yang sama dengan sama iaitu bidang perakaunan. Malah, dulu juga saya berpengalaman bekerja di dalam bidang audit selama hampir tiga tahun. Maka, banyaklah perkara yang saya
faham tentang mereka berdasarkan apa yang saya faham tentang kerjaya juru audit. Satu yang jelas, juru audit bukanlah orang yang dianggap pandai bercakap di depan khalayak ramai. Mengapa? Kerana kerja mereka selalunya di belakang komputer atau di sebalik timbunan kertas-kertas resit, inbois dan buku-buku catatan perakaunan.
Terima kasih saya ucapkan kepada consultant ESQ Booster yang diterajui oleh En Syahriman dan Puan Shahrina kerana menjemput saya untuk mengendalikan program ini. Saya diberitahu oleh Puan Shahrina bahawa syarikatnya menemui perkhidmatan saya melalui ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint. Ebook ini sangat bersesuaian dengan kursus yang sedang dijalankan kerana selain saya berkongsi tips dan teknik untuk bercakap dikhalayak ramai, saya juga berkongsi tips menggunakan perisian Microsoft PowerPoint supaya persembahan kelihatan professional dan menarik. (ebook ini anda boleh download percuma dengan mengisi nama dan email anda di bahagian tepi (sidebar) blog ini.
Setakat ini, sudah lebih 200 download dilakukan sejak saya lancarkan ebook ini lebih kurang 4 minggu lalu. Terima kasih atas sokongan anda)
Di dalam program bersama Akademi Audit Negara ini, saya berpeluang berkongsi tips-tips terbaru untuk berucap dan membuat persembahan di hadapan khalayak ramai. Program ini sangat menyeronokkan buat saya terutamanya apabila semua peserta sangat ’sporting’ dan bersungguh-sungguh semasa mengambil bahagian dalam aktiviti yang saya jalankan. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta! ![]()
Alhamdulillah. Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada mulanya saya sangka hanya pelajar di peringkat universiti sahaja yang mungkin berminat untuk mendapatkannya. Tapi saya lupa tentang pembaca-pembaca daripada kalangan pegawai-pegawai di jabatan kerajaan dan juga swasta. Mereka juga boleh mendapat manfaat melalui ebook ini. Malah ada juga beberapa muat turun oleh sahabat-sahabat daripada negara jiran kita, Indonesia. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Kebetulan pula, sebaik sahaja saya habis bercerita tentang 21 tips Microsoft Power Point, saya dijemput mengendalikan satu sesi mengajar teknik presentation menggunakan perisian ini oleh UIA, Gombak. Di dalam program ini, saya juga terangkan asas-asas dalam membuat presentation (untuk assignment dan course subject) supaya mahasiswa dan mahasiswi mendapat perhatian dan mendapat markah yang tinggi daripada pensyarah.
Tip ke 20 ini amat mudah. Tip ini kata, “Keep on trying”, teruskan mencuba. Mengapa saya beri tip ini? Mudah sahaja.
dilakukan. Jadi dia serahkan kepada pelajar untuk melakukannya dengan cara masing-masing.Pensyarah cuma akan memeriksa portfolio ini setiap 4 minggu. Oleh kerana modul ini mengambil masa 3 bulan, jadi pensyarah akan memeriksa portfolio ini sebanyak 3 kali.
dalam kelas. Apabila saya mahu hantar untuk diperiksa, pensyarah saya suruh saya hantar akhir sekali nanti. Akhirnya, bila tiba saya menghantar portfolio saya, pensyarah meminta saya berdiri di hadapan dan ceritakan kepada kelas bagaimana saya buat keseluruhan portfolio saya itu. Ada antara pelajar seperti tidak percaya apa yang saya tunjukkan itu menggunakan microsoft powerpoint. Mereka sangka saya gunakan perisian lain.
Kadang-kadang, anda tidak perlu tulis isi yang anda mahu katakan. Anda boleh letakkan gambar. Gambar sangat menarik jika anda gunakan. Contohnya, dalam program saya, ada saya ceritakan tentang sejenis ulat bulu yang suka berjalan mengikut ulat bulu yang lain. Ulat bulu ini dinamakan ‘processionary caterpillar’. Jadi, untuk mengingatkan saya sendiri supaya bercerita tentang ulat bulu ini, saya letakkan gambar ulat bulu ini di slide yang berkenaan. (Di mana mahu cari gambar begini? Mudah sahaja, cari di enjin pencari
Namun, mana-mana bahagian penggunaan powerpoint yang anda tidak tahu, anda boleh cari maklumat cara penggunaannya di internet secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah, masuk ke enjin pencari dan taip “powerpoint tutorial”. Jika anda lihat hasilnya seperti imej yang saya tunjukkan, anda pasti tahu sebenarnya banyak maklumat yang anda boleh perolehi dengan mudah untuk belajar powerpoint.
Ini membuat saya terfikir bagaimanakah caranya untuk membuat kesan begini untuk powerpoint. Saya fikir, menarik juga jika saya tukar slide saya dengan menunjukkan pintu garaj turun daripada atas dan naik semula. (Saya gunakan drawing tool untuk buat pintu garaj ringkas seperti imej disebelah). Apabila pintu itu naik semula, ada slide baru yang saya tonjolkan. Setelah beberapa kali mencuba dan mencari idea melalui tutorial powerpoint di internet, saya dapat caranya. Walaupun isteri saya kata ia kelihatan kelakar kalau saya gunakan, saya masih berpuas hati kerana berjaya mencari cara untuk membuatnya.
Katakan anda ada dua slide kosong. Pada slide pertama, dengan menggunakan drawing tools, lukiskan pada slide pertama seperti yang saya lukiskan di dalam imej di sebelah. Anda boleh juga lukiskan 3 imej lain jika anda mahu. Setelah anda lukiskan pada slide pertama, aktifkan ketiga-tiga imej itu. (cara mengaktifkan ketiga-tiga sekali, tekan button Shift pada papan kekunci (jangan lepaskan) dan klik pada 3 imej itu satu persatu) Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu aktif. (Setelah ketiga-tiga imej itu aktif, anda boleh lepas button Shift tadi)
Sekarang, klik pada slide pertama tadi –> Klik ‘view show’ atau F5. Anda akan lihat ketiga-tiga imej Mind, Body & Action itu. Tekan enter (untuk pergi ke slide seterusnya). Anda akan lihat dua kotak itu hilang secara automatik, dan kotak Action itu akan bergerak ke atas.






















