Program Motivasi


MSN Bukit Jalil Osman Affan 

Alhamdulillah, pada 25 Februari lalu, saya telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan satu program buat 400 atlet negara di MSN Bukit Jalil. Program yang bertajuk Mind Power ini adalah mengenai bagaimana caranya atlet-atlet negara kita boleh menggunakan kuasa dan keupayaan minda mereka dalam menangani cabaran seharian. Fokus utama program ini juga adalah untuk memberi satu perspektif baru dalam cara berfikir untuk mencapai matlamat dan kejayaan.

MSN Bukit Jalil Osman Affan

Program ini adalah satu program yang sangat bermakna buat saya. Selain daripada dapat berhadapan atlet-atlet yang mewakili negara dalam pelbagai kejohanan kebangsaan dan dunia, saya juga akhirnya dapat berkongsi pelbagai teknik minda khusus yang boleh digunakan oleh ahli sukan. Sebenarnya, banyak hasil pembacaan saya dalam bidang psikologi yang telah saya aplikasikan kepada teknik pembelajaran ada kaitan dengan teknik yang digunakan oleh ahli sukan.

Sebagai contoh, teknik visualisasi untuk menghafal dan menimbulkan semangat belajar, banyak digunakan oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti pemenang-pemenang pingat emas olimpik dan juga nama-nama besar seperti Ronaldinho dan Tiger Woods. Jadi dalam program kali ini dapatlah saya kongsikan dengan 400 atlet ini tentang teknik-teknik minda tersebut.

Osman Affan di MSN Bukit Jalil

Selain daripada Mind Power, program ini juga menyelitkan beberapa topik SmartStudy. Ini berikutan majoriti daripada atlet-atlet kita ini adalah pelajar di peringkat sekolah, kolej dan juga universiti. Jadi beberapa teknik belajar berkesan boleh membantu mereka untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh tanpa menjejaskan prestasi belajar mereka.

Osman Affan

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan MSN terutamanya Puan Zaiton Othman yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Ucapan terima kasih khas buat Puan Huda yang banyak bekerjasama dengan pihak saya bagi merancang perjalanan program ini.

Osman Affan

Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat berjaya. Moga apa sahaja yang diidamkan akan menjadi satu kenyataan. Selamat mengharumkan nama negara. :)

Osman Affan

Berikut adalah beberapa maklumbalas daripada atlet-atlet negara kita ini.

“En Osman Affan is the BEST! Penyampaiannya sungguh jelas dan padat. Para peserta tidak berasa bosan dan tidak kering gusi bergelak ketawa. Peserta pulang dengan membawa ilmu.” ~Nur Fidrah Noh~

“Satu idea baru yang dipelajari terutama dalam aspek peningkatan sukan.” ~Azlan Johari~

Dalam program ini, sangat banyak tip-tip yang saya pelajari tentang memori. Kalau boleh buat lagi.” Azlida Arshad, Team Lawn Bowls~

“En Osman orang yang sangat bijak dalam mengubah pemikiran manusia. Good job En Osman! Tabiklah.” ~NorJannah Hafiszah Jamaludin~

“Program ini sangat-sangat best dan En Osman sangat bagus dalam menarik minat kami untuk mendengar ceramah beliau. Terima kasih banyak-banyak.” ~Mohd Faris Haziq Shuhaimi~

Osman Affan

“Rasa tidak bosan dengan ceramah kali ini, best dan dapat banyak manfaat dan ilmu dalam program kali ini.” ~Yee Siew Foong~

“Taklimat yang memberi kesan terhadap atlet-atlet.” ~Norliana Mohd Rusni~

“Program ini telah membuka kotak fikiran saya untuk lebih maju dan berjaya. Memang mengejutkan saya.” ~Mohamad Faiz Farhan Abd Wahab~

“Sangat-sangat menarik minat untuk didengar.” ~Sarita~

“Program yang En Osman jalankan amat menarik minat saya malah saya berasa sangat seronok dan tiada rasa mengantuk. Saya rasa En Osman salah satu penceramah yang tidak mengantukkan seperti segelintir penceramah yang lain.”~Nur Amirah Mohamed~

“En Osman seorang yang faham situasi para peserta. Peserta tertunggu-tunggu untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang seterusnya.” ~Elyune~

“Terima kasih, dengan ilmu yang diberikan oleh En Osman amat berguna dan tak rugi menghadiri seminar ini.” ~Fairul Izwan Abd Muiz~

Osman Affan

Saya dapat mengenali diri dengan lebih baik. Dapat cara untuk mempertingkatkan hidup saya.” ~V.Jaya Seelan~

“Kursus yang BEST! Cara En Osman sangat professional. Kalau diberi peluang untuk sertai kursus ini lagi saya akan sertai. BEST!” ~Mohd Zul Fadzli Alias~

“Program ini sangat bermakna untuk diri saya.” ~Mohd Azlan Yusof~

“Cara yang berkesan untuk belajar dan mengukuhkan memori saya terutama sekali bagi saya yang juga adalah pelajar kejuruteraan (banyak melibatkan nombor).” ~Siti Shazwani, Team Tenpin Bowling~

“Saya berharap program seperti ini diadakan sekerap mungkin.” ~Sharmila Thiagarajan~

“Thanks En Osman, I learn a lot in this programme. I will fight for myself, never give up, I will list down the things that I want in 5 years time and i will achieve them. Thanks.” ~Yap Jeng Tzan~

“Thank you very much, and I learn a lot from this bengkel especially tulis matlamat and the ‘Gaya Belajar’. Please come again. Thank you.” ~Lim Yoke Wan~

Osman Affan

“Boleh perbaiki diri sendiri dan segala kelemahan yang ada pada diri ini kerana apa yang En Osman katakan amat bagus dan boleh diguna pakai.” ~Fatin~

“Belajar sesuatu yang baru, rasa mengantuk hilang sama sekali.” ~Farah Ayuni Yahya~

“The way you talk was exciting and at the same time meaningful. I enjoyed to the max. Thank you Sir!” ~Nisha~

“Mind Power mengajar saya menetapkan matlamat pada masa sekarang dan masa hadapan. Seperti saya, sudah sedar apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya.” ~Looi Lai Yan~

“Tajuk yang disampaikan oleh En Osman memang berkesan dan ia membuka minda kami.” ~Anis Nadia Jefri~

“Program ini seronok, enjoy dan happy sebab pengajarannya berunsur lawak dan seterusnya membakar semangat saya untuk lebih berjaya.” ~Arisha Farra Erwin~

“Dalam program ini saya dapat belajar pelbagai teknik untuk memperbaiki diri saya.” ~Lo Choon Sieng~

Have Fun With SmartStudy

Pada tahun 2010 saya akan mula menjalankan Public Programme SmartStudy selama 2 hari. Program ini saya namakan ‘Have Fun With SmartStudy’. Di dalam program ini, pelajar akan dapat menguasai beberapa teknik penting Kemahiran Belajar iaitu

  • Teknik Memori SmartStudy.
  • Teknik melihat kekuatan dan potensi diri sendiri.
  • Teknik Pengurusan Masa SmartStudy.
  • Teknik Bacaan Pantas & Berkesan.
  • Teknik Berfikir Kreatif untuk pelajar.
  • Teknik Gaya Belajar Berkesan.
  • Teknik Menghapuskan Halangan Minda (Mental Block)

Saya amat menggalakkan anda yang berminat untuk melayari laman web www.SmartStudy.com.my yang telah saya isi dengan isi kandungan yang baru. Di sana anda akan mendapat gambaran mengapa seorang pelajar program Have Fun With SmartStudy memberi komen ini selepas mengaplikasikan teknik-teknik yang dikongsikan di dalam program.

“Program ini bagaikan menyuntik kembali semangat saya untuk mencipta kecemerlangan dalam pelajaran. Sesuatu yang sangat manis untuk saya kenang. Selepas kali pertama menghadiri program ini, saya berjaya mengubah diri menjadi pelajar yang paling cemerlang dalam kelas. Saya Berjaya berubah diri dari seorang yang ‘tiada apa-apa’ kepada seorang yang paling cemerlang. Pastinya ia sesuatu yang membanggakan! Terima kasih En. Osman Affan!- Nadia binti Hj Puri, Universiti Darul Iman.

Setakat ini saya sudah ada 3 tarikh dalam bulan Februari untuk program ini. Satu akan dijalankan di

  • Pusat Motivasi Smartstudy Kuala Lumpur  (6-7 Februari 2010)

  • TS Hotel, Taman Scientex Pasir Gudang Johor. (20-21 Februari 2010)

  • Sunway Hotel Georgetown, Pulau Pinang (27 - 28 Februari 2010)

Layari laman web www.SmartStudy.com.my untuk maklumat lanjut dan juga untuk mendaftar kerana tempat adalah terhad.

Osman Affan 

Khamis lalu (17 Disember 2009) saya berada di Felda Bilut bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Menuju Kecemerlangan Berterusan’ kepada lebih kurang 140 pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Program ini turut dihadiri ibu bapa pelajar-pelajar yang kelihatan begitu gembira dengan kejayaan anak-anak masing. Sudah tentulah. Siapa yang tidak rasa bangga atau gembira jika anak sendiri berjaya mendapat keputusan cemerlang. Ketika adik saya sendiri mendapat 5A dalam UPSR 3 tahun lalu, saya sendiri turut rasa gembira yang teramat sangat.

Di dalam ceramah ini, saya kongsikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelajar dan ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan berterusan. Satu perkara yang saya ingatkan kepada pelajar dan ibu bapa ialah tentang usaha untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak.

Menurut pemerhatian saya, anak-anak cemerlang selalunya akan berpeluang bersekolah di sekolah yang baik dan selalunya ini adalah sekolah berasrama penuh. Dalam usia 13-15 tahun, anak-anak ini sedang mencari identiti mereka tersendiri. Mereka akan cari kawan-kawan mana yang sesuai dengan identiti yang mereka suka. Hasilnya, hubungan mereka akan jadi sangat rapat dengan kawan-kawan yang mereka katakan ’satu kepala’ ini.

Apa yang berlaku selepas itu ialah ibu bapa akan mula sedar yang anak-anak ini seolah-olah lebih suka meluangkan masa dengan kawan-kawan mereka berbanding dengan keluarga sendiri. Jika musim cuti sekolah dan waktu pulang daripada asrama, anak-anak ini akan mencari peluang untuk menziarahi kawan-kawan mereka dan mungkin tidur di rumah mereka. Malah, ada ketikanya mereka memilih untuk melakukan aktiviti bersama kawan-kawan di masa cuti sekolah berbanding meluangkan masa melakukan sebarang aktiviti dengan keluarga sendiri.

Jika ini tidak dikawal, ibu bapa akan rasa hubungan dengan anak-anak ini semakin renggang dan kurang mesra seperti dulu. Apa yang saya sarankan kepada pelajar dan ibu bapa ialah mereka patut sedar sekarang ini mungkin berlaku suatu masa nanti. Jadi mereka perlu merancang dan bersetuju untuk meluangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga. Keluarga perlu diutamakan. Saya percaya, jika hubungan ibu bapa dan anak-anak rapat, kecemerlangan di masa akan datang akan jadi lebih mudah diperolehi.

Osman Affan

Di kesempatan menjalankan program ini, saya turut berpeluang mempromosikan buku-buku saya dalam siri ‘Menjadi Remaja SmartStudy’. Saya percaya buku-buku ini mempunyai beberapa tips dan panduan penting untuk pelajar mencapai kecemerlangan berterusan. Alhamdulillah, sambutan terhadap buku ini sangat baik hingga saya jadi agak sibuk untuk menandatangani buku-buku yang telah dibeli.

Osman Affan

Sedang sibuk-sibuk menandatangani buku-buku yang telah dibeli, saya terpandang 3 orang urusetia yang sedang sibuk membaca buku. Saya tersenyum melihat mereka sedang membaca ketiga-tiga buku saya dan kelihatan begitu khusyuk mendalami isi kandungan buku-buku tersebut. Sempat juga saya minta bantuan staf saya untuk mengambil gambar mereka. Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana jarang saya  lihat orang dewasa yang berminat membaca buku tentang pelajar.

Osman Affan

Ceramah ini adalah program terakhir sesi jelajah Felda Wilayah Mempaga Koyan 2009. Insyaallah ada rezeki saya akan teruskan lagi dengan program-program SmartStudy bersama pelajar dan ibu bapa pada tahun depan. Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Amna Saufi yang telah bertungkus lumus sejak awal untuk memastikan kejayaan program SmartStudy jelajah Felda ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak urusetia dan pegawai yang terlibat sepanjang program SmartStudy dijalankan sejak bulan November 2009. Insyaallah kita akan berjumpa lagi.

Osman AffanSabtu ini, 19 Disember 2009 saya akan berada di negeri Terengganu Darul Iman bagi menjayakan program SmartStudy learning Skills. Ini adalah peluang keemasan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program SmartStudy kerana agak sukar dan tinggi kosnya jika mahu pergi ke Kuala Lumpur bagi menghadiri program ini.

Buat peserta yang telah mendaftar, jumpa anda Sabtu ini! :)

Maklumat lanjut mengenai program ini:

Tarikh: 19 Disember 2009, Sabtu.

Tempat: Institut Kemahiran Showme, Bangunan Wisma Kokitab, Kuala Terengganu.

Masa: Pukul 9.00 pagi hingga 5 petang

Maklumat lanjut: Hubungi 09-6227525 atau 012-9855548

Politeknik Port Dickson 

Isnin lalu, 30 November 2009 saya sekali lagi menjejakkan kaki ke Politeknik Port Dickson bagi menjayakan dua sesi program bersama pelajar fakulti kejuruteraan. Sesi pertama ialah untuk pelajar semester pertama yang bertajuk Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan. Sesi kedua pada waktu petang pula ialah untuk pelajar semester 2 dan 3 yang bertajuk Kemahiran Belajar.

Untuk sesi yang pertama, saya rasa amat gembira kerana pelajar di dalam semester pertama lagi sudah didedahkan dengan topik-topik pembangunan diri seperti menulis matlamat. Selama ini, saya kerap kali menjalankan program berbentuk begini untuk pelajar yang hampir sudah tamat pengajian. Akibatnya, mereka rasa terkilan kerana kata mereka, jika mereka tahu tentang topik ini sejak awal pengajian, tentu mereka dapat lakukan sesuatu yang berbeza.

Poli PD

Jadi, dengan pelajar semester pertama di Politeknik Port Dickson ini, mereka telah didedahkan dengan teknik merancang kejayaan di universiti dan juga merancang kejayaan pada masa depan. Mereka juga telah saya dedahkan tentang potensi sebenar yang masih terpendam di dalam diri mereka. Jadi harapan saya agar mereka semua akan berjaya dengan sangat cemerlang satu hari nanti.

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Nuratikah Seman dan suami yang telah banyak berurusan dengan saya sejak awal lagi untuk menjayakan program ini. Tidak lupa kepada urusetia program yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang membuat saya rasa sangat selesa berada di Politeknik Port Dickson dari awal pagi hinggalah ke petang.

Poli PD

Semoga pelajar mendapat banyak manfaat daripada program ini dan semoga kita semua akan bertemu lagi di dalam program-program yang akan datang. :)

Program Cuti Sekolah 

Alhamdulillah, sepanjang cuti persekolahan bulan November dan Disember 2009 ini, saya akan membawa Program SmartStudy Learning Skills menjelajah beberapa Felda di Pahang. Program ini bakal dijalankan untuk pelajar di peringkat darjah 4 hinggalah ke tingkatan 5. Di bawah adalah jadual dan tempat program-program tersebut dijalankan.

       1)  Zon Mempaga Koyan  (sekolah rendah)     

                     Tarikh        : 24.11.2009
                     Tempat      : Balai Raya Mempaga 2,Felda Mempaga 2, 28600 Karak
                      Masa         : Jam 8.30 pagi     

        2)   Felda Tersang (Sekolah menengah

                     Tarikh: 7.12.2009 ( Isnin ) 
                     Tempat : Balai Raya Felda Tersang 3, 27600 Raub,   
                       

                   

       3)    Zon Bera Mendi    (Sekolah rendah)

                      Tarikh        : 8.12.2009
                     Tempat      : Sekolah
Kebangsaan Mengkuang,28340 Triang, Pahang 
                   

       4)    Felda Lurah Bilut   (Sekolah menengah)     

                     Tarikh        : 9.12.2009 ( Rabu ) 
                     Tempat      : Sekolah Agama Felda Lurah Bilut, 28600 Bentong,  Pahang 
              

        5)   Felda Tersang (sekolah rendah)

                              Tarikh : 14.12.2009 ( Isnin ) 
                              Tempat  :   Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tersang 1

            6)    Felda Mempaga (sekolah menengah)

                            Tarikh  : 16.12.2009 ( Rabu ) 
                            Tempat      : Balai Raya Mempaga 2, 28600 Karak,  Pahang DM
                        

Jika anda berada di kawasan berdekatan dan berminat untuk turut sama menyaksikan program ini, saya persilakan.

 SmartStudy Memory Skills

Jumaat hingga Ahad lalu saya berada di Mutiara Motor Resort, Johor bagi menjayakan program Bengkel Bijak Belajar untuk lebih kurang 50 orang pelajar darjah lima dan tingkatan 2. Program ini adalah anjuran Pasukan Pelindung Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Psikologi & Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor.

Di dalam program ini, modul utama yang saya sampaikan ialah program SmartStudy Memory Skills. Saya kongsikan bersama pelajar beberapa teknik utama yang berkesan untuk membantu mereka ingat apa yang telah mereka pelajari.

Menurut pemerhatian dan pengalaman saya, para pelajar di sekolah, kolej atau universiti di seluruh Malaysia telah banyak terdedah kepada program-program motivasi. Ini menyebabkan mereka menyangka program motivasi adalah sama semuanya. Mereka sangka program motivasi ialah program ceramah untuk menaikkan semangat. Mereka sangka program motivasi ialah program yang mereka perlu duduk diam, bosan dan tahan diri daripada tidur terlalu lena.

SmartStudy Memory Skills

Berbeza dengan progam motivasi yang biasa, program SmartStudy Memory Skills sebenarnya lebih menekankan tentang teknik ‘BAGAIMANA‘ untuk lebih ingat apa yang telah dipelajari. Saya percaya ini adalah satu soalan yang jarang di jawab dengan teliti dan berkesan di dalam program motivasi yang biasa dihadiri pelajar. Di dalam program ini, fokus utamanya ialah memberikan pelajar teknik yang mereka boleh aplikasikan di sekolah untuk menghafal fakta dan ingat apa sahaja yang telah mereka pelajari.

Percaya atau tidak, kebanyakan pelajar tidak tahu apakah cara terbaik untuk menghafal dan mengingat apa yang dipelajari. Mereka gunakan cara yang biasa orang berikan kepada mereka iaitu ulang, ulang dan ulang. Ada seorang pelajar  memberitahu saya bahawa dia pernah dinasihatkan untuk membaca satu fakta berulang-ulang kali sehingga 200 hingga 300 kali untuk ingat.

Benar, teknik itu sudah pasti berkesan. Dalam masa yang sama, cuba bayangkan, satu fakta baca 300 kali. Dalam satu buku teks, ada berapa banyak fakta? Cuba kita darabkan dengan 300 kali. Kemudian, ada berapa subjek pula? Cuba darabkan lagi. Saya lihat jika ‘HANYA’ teknik ini yang digunakan, pasti pelajar akan mudah hilang semangat dan tidak cukup masa.

SmartStudy Memory Skills

Teknik yang saya kongsikan di dalam program SmartStudy Memory Skills sebenarnya ialah hasil olahan teknik-teknik memori yang digunakan oleh pakar memori peringkat dunia. Di pasaran, saya lihat ada banyak buku teknik memori tetapi hampir kesemuanya tidak menjurus ke arah sukatan pelajaran di Malaysia. Jadi tugas saya ialah mengolah dan menyusun teknik-teknik tersebut agar mudah difahami dan dikuasai oleh pelajar. Malah saya bekerja keras untuk mencari contoh-contoh yang relevan di dalam sukatan pelajaran dan bagaimana ia boleh dihafal menggunakan teknik memori. Sebagai contoh, saya tunjukkan kepada pelajar bagaimana mereka boleh hafal gambarajah dalam subjek Sains di bawah.

Subjek Sains tingkatan 2

Saya juga tunjukkan bagaiman mereka boleh hafal fakta di dalam bentuk jadual seperti dibawah.

Menghafal maklumat dalam jadual 

Bukan itu sahaja, saya kongsikan juga bagaimana untuk belajar dengan cara lebih menyeronokkan dan kreatif. Hasil daripada keseronokan belajar dan kreativiti itu pula, pelajar boleh menghafal fakta seperti tarikh dan formula dalam bentuk ilustrasi-ilustrasi di bawah.

Formula kepada gambar      

Tarikh kepada gambar

Teknik hasil olahan saya ini saya namakan Teknik Memori SmartStudy.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Unit Psikologi & Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor kerana menjemput saya untuk menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada sahabat saya En Rafek daripada Saidina Smart Consultancy yang menguruskan dan merancang program ini bersama saya sejak awal lagi. Kepada semua pelajar yang mengikuti program ini, saya ucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai program SmartStudy Memory Skills, anda boleh layari laman web www.SmartStudy.com.my . Program yang terkini akan dijalankan pada 29 November (Ahad) dan 12 Disember (Sabtu) 2009. Jumpa anda di sana.

SmartStudy Memory Skills

Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen 

Pada 20 Disember, Ahad, saya sekali lagi akan menjalankan Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen di Pusat Motivasi SmartStudy. Bengkel ini akan membincangkan beberapa topik utama bagaimana caranya untuk menjana wang dengan mengajar tuisyen.

Di dalam 2 program yang telah saya jalankan sebelum ini, sambutan yang saya terima adalah lebih 80% daripada pengusaha pusat tuisyen dan selebihnya guru yang mengajar home tuition. Bagi saya ini adalah sangat menarik kerana kami dapat berbincang tentang banyak perkara terutamanya mengenai promosi dan branding pusat tuisyen.

Saya juga seronok mendengar kisah-kisah dan pengalaman peserta yang mengajar tuisyen ini. 2 perkara utama yang menjadi kebanggaan keseronokan apabila mengajar tuisyen ialah

  • Kepuasan hati apabila dapat membantu pelajar.
  • Ketenangan hati dan fikiran kerana bebas bekerja sendiri dan bebas menyusun jadual kerja sendiri mengikut kehendak dan citarasa masing-masing.

Namun untuk pengusaha pusat tuisyen pula, saya sedar satu topik yang paling menarik perhatian dan minat mereka ialah teknik belajar SmartStudy. Saya mendapat maklumbalas bahawa jika mereka boleh aplikasi teknik belajar SmartStudy di tempat mereka, lebih besar peluang untuk mereka membantu memajukan pencapaian akademik pelajar mereka dan lebih besar peluang untuk menarik lebih banyak pelajar ke pusat tuisyen mereka.

Maklumat lanjut mengenai bengkel ini termasuk cara mendaftar boleh didapati di www.BengkelTuisyen.com. Jumpa ada di Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen 20 Disember ini. :)

MRSM Kota Putra 

Pada 13 November (Jumaat) lalu, saya berpeluang sekali lagi menjalankan program untuk MRSM Kota Putra, Besut Terengganu. Sebelum ini saya telah temui semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 dalam 3 program berasingan. Kini saya berpeluang pula berjumpa dengan semua guru dan staf MRSM Kota Putra ini.

Kursus ini dijalankan di Gem Beach Resort, Batu Rakit Terengganu. Kursus ini adalah selama 2 hari namun sesi bersama saya adalah satu hari penuh pada hari pertama.

Di dalam program ini, ada beberapa objektif yang cuba dicapai oleh penganjur program. Antaranya ialah meningkatkan kerjasama dan ukhuwwah di kalangan guru dan staf. Ini dapat dicapai melalui beberapa aktiviti yang telah saya rancang dan jalankan.

Ada satu topik penting yang saya diminta sampaikan pada program ini ialah ‘Law of Attraction’. Ini merupakan satu topik yang sangat saya suka dan terasa begitu dekat di hati saya. Walaupun kebanyakan orang yang pernah menonton DVD The Secret fokus kepada pengetahuan bahawa Law Of Attraction ialah mengenai bagaimana cara menggunakan minda untuk mendapatkan sesuatu tetapi apa yang saya fokuskan ialah konsep bersyukur.

MRSM Kota Putra

Saya fokuskan kepada teknik pertama dalam Law Of Attraction iaitu Gratitude/Syukur dan bagaimana dengan bersyukur kita boleh dapat lebih banyak nikmat dan kejayaan di dalam dunia ini. Melalui aktiviti ringkas yang saya jalankan bersama peserta juga saya dedahkan bahawa beza utama antara perkara yang membuat kita merungut atau bersyukur ialah cara kita fokus kepadanya. Maksud saya, perkara yang membuat kita merungut dan mengeluh sebenarnya juga boleh membuat kita bersyukur jika betul cara kita fokus kepadanya.

Jika kita boleh fokus kepada perkara yang membuat kita bersyukur pula, saya percaya kita akan mula hargai kawan sekerja yang ada sama-sama berkerja dengan kita. Kita akan mula hargai segala kemudahan yang disediakan di tempat kerja meskipun ia tidak seberapa. Malah kita akan hargai apa sahaja yang kita ada sekarang.

Tuan Haji AbdullahKepada semua peserta program kursus pemantapan ini, saya ucapkan selamat berjaya dalam mencapai matlamat dan cita-cita masing-masing. Terima kasih khas saya ucapkan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdullah yang turut sama mengambil bahagian di dalam kursus ini.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Kak Jun yang sejak daripada awal berusaha untuk menjadikan kursus ini satu kejayaan. Terima kasih juga di atas layan baik dan istimewa yang saya terima sepanjang berada di tempat kursus. Semoga ada rezeki di lain masa untuk kita berjumpa lagi.

Di bawah ini adalah beberapa maklumbalas yang saya terima daripada peserta program.

“Program ini mampu menjadikan saya sebagai salah seorang ahli organisasi yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, menyeronokkan dan banyak ilmu dipelajari untuk diri dan organisasi.” ~Junidah Salleh~

“Keep up the good work Bro Osman & Co. May Allah bless you. This is an eye opener for me and the rest of us. I’m starting to ‘see’ my purpose of life, more positively. I’m looking forward to start ‘writing’ my dreams and aims (which I’ve left behind for quite sometimes). May Allah give me courage and istiqamah in doing good deeds. Jazakallahu Khairan.” ~Noorhayani Mohd Ibrahim~

“Program ini memberi ruang untuk saya mengembangkan potensi diri menjadi kenyataan, Insyaallah.” ~Raja Fatmazura Raja Ismail~

Program ini memberi kesan yang berguna untuk saya sebagai seorang guru terutamanya dalam seni persembahan dan komunikasi berkesan.” ~Farah Ayuni Ramly~

“Dapat memberi keyakinan diri bahawa setiap individu ada kelebihan dan pasti boleh berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.” ~Aini Hasan~

“Saya pasti akan menulis matlamat dan impian saya di atas kertas dan semoga dapat mencapai matlamat tersebut dengan izin Allah. Terima kasih kerana banyak perkara baru yang saya belajar pada hari ini. Syukran Jazilan.” ~Masliana Muda~

“Sangat seronok, segala pengetahuan yang saya ada digilap dan diperbaharui dengan pengalaman baru. Satu perkongsian bijak namun hanya orang yang berfikir dan tersingkap fikiran dan hatinya sahaja dapat memahami.” ~Ustaz Mohammad Adzli Mansor~

“Program yang sangat seronok dapat mengetahui tips-tips untuk berjaya dalam hidup. Especially teknik menulis. Insyaallah akan diamalkan.” ~Hjh Noriha Abd Ghani~

MRSM Kota Putra

“Amat memuaskan hati. Teknik komunikasi berkesan, tidak membosankan. Cara penggunaan minda dalam sesuatu pemikiran dalam menghadapi masalah dan mengatasinya.” ~Tg. Azlinda Tg. Adnan~

“Komunikasi secara berkesan paling berguna untuk guru-guru. Tahniah dan terima kasih.” ~Nor Syahazila Ismail~

“An entertaining, fun-filled session with Mr Osman Affan; yet the trails he left behind proven to be a booster and provides as a catalyst to be a better person – targeting in achieving one’s maximum potential.” ~Fatihah Nur Izzati Banjamin Abdullah~

“Program ini telah membuka minda dan lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari selepas ini. Keyakinan diri untuk melakukan sesuatu lebih yakin dan tidak rasa rendah diri, Insyaallah.” ~Nor Hidayah Che Nordin~

“Saya baru sedar betapa besarnya nikmat bersyukur. Bukan tak pernah bersyukur tapi mungkin kesungguhannya kurang jadi nikmat dan keberkatannya belum dinikmati sepenuhnya. Semoga ilmu yang disampaikan akan membantu saya menjadi ibu, guru dan kakitangan yang lebih baik, Amin.” ~Norazida Mat Jam~

“Dapat mengetahui maklumat-maklumat yang baru, berasa lebih yakin dengan tips-tips yang diberi dan mesti lebih berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dalam kehidupan ini.” ~Mazliada Mohamad~

“Kita mesti menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Jangan mempedulikan kutukan orang lain jika apa-apa yang kita lakukan betul.” ~Norizan Yaso~

“Kursus ini dapat memberi pelbagai aspek seperti keyakinan diri, semangat perjuangan yang tinggi untuk mengharungi cabaran yang akan datang dan menjadi seorang lebih cemerlang pada masa akan datang. (Ia sangat seronok). Syabas!” ~Tengku Rahaimi Tg. Abd Aziz~

“Ceramah yang tidak bosan dan berilmu. Orang putus cinta pun boleh happy.” ~Nuriha Mohamed~

“Saya mendapat banyak ilmu daripada En Osman Affan. Kursus yang amat bermakna dan memberi manfaat kepada saya.” ~Teh Faizah Mohd Nor @ Abd Halim~

“Komunikasi berkesan penceramah, ilmu yang diberikan amat berguna untuk digunakan dalam hidup. Terima kasih.” ~Myazman Mansor~

“Program ini nampak simple tetapi terdapat banyak ilmu yang tersirat.” ~Kamarulzaman Muhamad~

“Semoga idea-idea ini boleh dikembangkan kepada masyarakat umum.” ~Mamat Ali~
“Powerpoint presentation was great.” Abdullah Abdul Rahman~

“Kursus yang boleh membuka mata dan minda. Memberi seribu erti.” ~Mohd Faez Mohamad~

“The art of public speaking – beneficial for teachers as to enhance their teaching skills and therefore producing excellent and quality students.” ~Mohd Haniez Md Akhair~

“Lots of information that never occurred in my mind before. It states that everyone has potential to succeed. This course make me happier and better person.” ~Rudiyana Abdul Rahim~

“Selepas kursus ini saya rasa lebih yakin untuk berdepan dengan pelajar untuk tingkatkan prestasi mereka.” ~Nik Zubaidah Nik Ismail~

“Alhamdulillah. Banyak maklumat yang berguna yang dapat saya kutip dalam bengkel ini. Insyaallah akan saya gunakan untuk meningkatkan kredibiliti diri.” ~Nor Fairuz Muda~

“Saya berasa sangat seronok. Program ini banyak memberi ilmu yang berguna kepada saya. Membuatkan saya bertambah yakin dan membuatkan saya berfikir ke arah yang positif.” ~Salizahwati Rikin~

“Sangat baik sekali persembahannya.” ~Muhamad Yaacob~

“Program ini mencari dan menjejak potensi sebenar setiap individu. Syabas dan ribuan terima kasih kerana menunjukkan jalan keluar mencari potensi diri saya. Terima kasih En Osman Affan.” ~Mohd Haizam Ibrahim~

“Program ini amat membantu untuk meningkatkan diri khususnya dari segi mengeluarkan kelebihan yang ada pada diri. Terima kasih saudara Osman Affan.” ~Asyuna Azhar~

“Kursus kali ini sangat menarik. Saya dapat memberikan fokus dengan baik. Hebat, fantastic, lain daripada yang lain. Lain daripada kursus yang pernah saya ikuti. Good and tahniah!” ~Abdul Halim Mohamad~

 SmartStudy

Pada 29 November ini, saya akan jalankan  program SmartStudy Memory Skills di Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh di dapati di laman web www.SmartStudy.com.my .

Untuk program ini,  sesiapa yang mendaftar untuk program sebelum 15hb November akan mendapat senaskhah buku buku terbaru saya, Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan. Tambahan pula tempat adalah terhad dan pihak kami selalu mendengar rayuan ibu bapa yang mahu mendaftar di saat akhir. Sayangnya kami tidak dapat menerima pendaftaran apabila ia sudah penuh.

Seperti biasa, antara yang bakal diperolehi oleh peserta apabila menyertai program ini ialah, para peserta akan faham

Subjek Sains tingkatan 2

Bagaimana untuk menghafal rajah dalam subjek Sains

Menghafal maklumat dalam jadual

Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh dalam jadual.

Formula kepada gambar

Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.

Tarikh kepada gambar

Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.

 

5893548217653764781474882597463444037071

Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah.

(Cuba anda ambil masa 5 minit dan cuba hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)

Semoga dapat bertemu anda di program SmartStudy Memory Skills ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

 

Arif

: 012-902 8747 (Jika panggilan tidak dijawab, boleh tinggalkan pesanan sms dan kami akan hubungi semula. Terima kasih.)

Emma

: 03-4260 1103

 

Banting 

Pada Sabtu lalu,  saya sekali lagi ke dewan besar Institut Latihan Perindustrian Banting bagi menjayakan program ‘Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan’ untuk pelajar peringkat PMR dan SPM. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Hampir 400 orang pelajar yang turut sama menjayakan program ini.

Tuan Fitri Shukri

Untuk program kali ini, saya bekerjasama dengan sahabat saya, Tuan Fitri Shukri yang sudah tidak asing lagi dalam menjalankan program-program teknik belajar. Tuan Fitri telah menjayakan sesi ini pada waktu pagi dan membincangkan tentang langkah-langkah yang perlu diambil menjelang peperiksaan yang sudah begitu hampir ini. Saya pula menjayakan sesi ini pada waktu petang dan membincangkan aspek-aspek psikologi semasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

Osman Affan

Bagi saya, program ini sangat meriah dan menceriakan. Pelajar yang hadir semuanya kelihatan ceria dan bersemangat. Ramai juga pelajar yang memanggil-manggil saya sebaik sahaja saya masuk ke dewan kerana mereka telah berjumpa saya dalam program SmartStudy pada awal tahun dahulu.

Banting

Satu teknik yang saya kongsikan di dalam program ini ialah bagaimana cara untuk berdoa agar pelajar merasa lebih tenang dan yakin untuk menghadapi peperiksaan. Teknik ini bukan sahaja boleh diamalkan semasa menjelang peperiksaan malah ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Banting

Satu lagi teknik yang saya kongsikan ialah teknik untuk berkomunikasi. Teknik ini boleh digunakan sepanjang tahun namun ia sangat berguna menjelang peperiksaan ini. Ia kerana pelajar perlu banyak mendapat pertolongan dan sokongan daripada kawan-kawan, guru dan ibu bapa. Jadi teknik berkomunikasi berkesan boleh membantu mereka untuk tujuan. Saya dapat rasakan betapa peserta di sini sangat sukakan topik teknik komunikasi ini berdasarkan maklumbalas dan reaksi yang mereka tunjukkan sepanjang sesi ini.

Osman Affan

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang hadir dalam program ini. Saya doakan agar semua kejayaan yang diidamkan akan berada di dalam genggaman. Saya doakan juga agar semua peserta berjaya mengharungi cabaran sepanjang bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Selamat berjaya.

Terima kasih diucapkan kepada En Hamdan Bin Sapar yang berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih khas untuk sahabat saya, Tuan Fitri Shukri. Beliau bukan sahaja menjayakan program, malah memberikan khidmat beliau dalam memberikan gambar-gambar yang berkualiti ini. Apabila saya lihat gambar-gambar yang beliau ambil ini, barulah saya tahu bezanya antara:

  • cara orang professional mengambil gambar berbanding tidak professional,
  • beza mengambil gambar dengan kamera biasa berbanding mengambil gambar dengan kamera professional beliau, Canon EOS 50D (15 Megapixels, High ISO until 12800).

Terima kasih Tuan Fitri.

UITM Melaka

Pada hari Ahad lalu, 4 Oktober 2009, pertama kali saya jejakkan kaki saya ke UITM Melaka Kampus Bandar. Saya tiba di dewan program seawal pukul 7.30 pagi untuk melihat suasana auditorium di mana program akan dijalankan. Kehadiran saya itu membuat beberapa urusetia terkejut kerana menyangka saya akan tiba pada pukul 8 atau 8.30. Sesi saya akan bermula selepas perasmian program iaitu pada pukul 9 pagi. Bagi saya, jika saya tiba awal, saya lebih tenang dan dapat berehat seketika sebelum program bermula.Program ini telah dirancang sejak 2 bulan yang lalu.

Alhamdulillah, berkat usaha pihak urusetia yang terdiri daripada barisan pelajar dan juga bantuan daripada Profesor Madya Zaihan, program ini berjaya dijalankan dengan lancar.Di dalam program ini, mesej utama yang saya sampaikan adalah sama dengan mesej yang ingin saya sampaikan kepada semua pelajar di Malaysia ini. Mesej saya adalah berkenaan potensi dan kebolehan yang masih terpendam di dalam diri kita. Kebanyakan pelajar mudah memandang rendah kepada kebolehan diri mereka sendiri. Kebanyakan pelajar mengukur kebolehan dan potensi diri mereka berdasarkan kegagalan yang lepas.

Jadi di dalam program ini saya bentangkan beberapa teknik dan tips bagaimana pelajar boleh mengenalpasti kekuatan dan potensi yang masih terpendam di dalam diri mereka. Cara saya menyampaikan program juga mungkin sedikit berbeza dengan program motivasi yang pernah pelajar hadiri. Ini adalah kerana saya tidak begitu pandai berceramah secara formal. Saya hanya tahu bagaimana untuk menyampaikan program seperti saya sedang bercerita dengan adik-adik dan kenalan saya. Ternyata cara ini mampu menarik perhatian dan memudahkan peserta memahami apa yang cuba saya sampaikan.

UITM Melaka

Kepada pelajar yang mengikuti program ini, saya ucapkan tahniah sekali lagi kerana sanggup korbankan masa rehat pada hujung minggu untuk mempelajari sesuatu. Kepada urusetia program terutamanya pengarah program, Tuan Abu Bakar, saya ucapkan tahniah di atas kelancaran program ini. Ucapan terima kasih khas saya untuk Professor Madya Zaihan kerana telah membantu mengaturkan program ini bersama pihak saya sejak awal lagi. Terima kasih juga kepada beberapa orang pensyarah yang kekal bersama program kami dari awal hingga akhir.Di sini saya sertakan beberapa maklumbalas yang kami terima.

Kami memohon maaf kerana tidak mampu untuk sertakan kesemua sekali maklumbalas yang diterima. Kami agak buntu dalam memilih maklumbalas ini kerana ada lebih 300 maklumbalas di tangan kami yang kami rasakan begitu bermakna buat kami. Terima kasih.

“En Osman pandai mengendalikan pelajar. Saya tidak jemu mendengar setiap perkataan yang dituturkannya semasa program.” ~Fifizilla Ahmad~

“Program motivasi yang best! En Osman menyampaikan ceramah yang senang untuk difahami. Penyampaian yang spontan dan bernas. Best! Tahniah!” ~Nurul Farhana Rahmat~

“Pada sebelum majlis, saya sudah nyatakan kepada kawan saya bahawa saya tidak menyukai program seperti ini. Tetapi selepas separuh hari bersama program, banyak perkara yang saya pelajari dan amat berterima kasih buat En Osman dalam membantu saya dalam mencapai matlamat dan mengajar cara untuk belajar. Terima kasih and keep it up!” Syaza Syahira Ridzuan~

” En Osman Affan memang best! Walaupun mengantuk sebab tidur lewat tapi saya tetap bersemangat hari ini untuk mendengar ceramah En Osman. En Osman memang pandai memberi motivasi. Saya harap En Osman akan teruskan kerjaya ini dan saya harap En Osman datang ke UITM kampus bandaraya Melaka lagi.” ~Abidah~

“Program ini adalah program yang terbaik bagi saya kerana dari mulanya program ini hingga habis saya bersemangat untuk mendengarnya dan membuatkan saya rasa tidak mengantuk. Terima kasih kepada penganjur yang menganjurkan program ini.” ~Tanpa Nama~

“Program ini sangat menarik. Walaupun cara penyampaian En Osman santai namun isi kandungan ceramahnya sangat menarik dan bernas.” ~Siti Hawa Anuar~

UITM Melaka

“Program yang paling tidak membosankan dan buat pertama kali saya tumpukan perhatian daripada awal hingga akhir. Seronok!!” ~Nur Syaidah Radzali~

“Program yang menyeronokkan dengan pelbagai info yang berguna. En Osman sangat berpengalaman dalam memotivasi dan menaikkan semangat pelajar. Tahniah!” ~Norliana

“Program yang diadakan ini bagus dan memberikan kesan dan suatu suntikan semangat motivasi yang tinggi. Saya kagum dengan cara En Osman menyampaikan ilmu dengan pendekatan yang lebih mesra. Tahniah En Osman dan semoga berjumpa lagi. Terima kasih!” ~Nor Amira Ayon~

“You are great Mr Osman Bin Affan! You are such a good motivator. En Osman dah bagi saya kesedaran to build myself in a positive manner. Thank you.” ~Siti Zawahir Faudzi~

“One simple comment, En Osman BEST!!” ~Siti Nazamimah Rahmat~”En Osman seorang penceramah yang bagus. En Osman juga pandai menarik minat kami untuk terus mendengar ceramahnya yang agak santai dan contoh-contoh yang diberikan amat mudah untuk difahami.” ~Nur Ain Hamzah~

“Program ini harus dilakukan agar pelajar-pelajar dapat mengenalpasti di mana kedudukan pelajar tersebut dan cara untuk mengatasi dan menjadi lebih baik. Bagi saya, tiada kelemahan di dalam program ini kerana ia lain daripada program atau seminar yang saya hadiri sebelum ini. Penyampaian yang sungguh effective, innovative dan berkesan untuk diaplikasikan.” ~Wan Nor Syamimi~

UITM Melaka

“Saya sangat gembira dan terhibur mengikuti seminar ini dan saya merasa kejang pipi kerana terlalu banyak ketawa. Disamping terhibur, saya juga mendapat ilmu-ilmu baru yang bagus untuk dipraktikkan dalam teknik pembelajaran dan cara komunikasi yang betul. Semoga berjumpa lagi.” ~Nur Syahida Rosli~

“Perkara pertama apabila program bermula saya memikirkan hanya mahu tidur sepanjang program ini sambil mendengar lagu. Tetapi kriteria yang ada pada En Osman Affan membuatkan saya menarik balik niat tersebut dan sangat seronok dengan program ini. Syabas En Osman Affan!” Nazrol Jemaron~

“Saya amat suka cara En Osman menyampaikan ucapan penuh berisi, lucu dan amat berkesan. Saya harap En Osman akan mengekalkan gaya begini dalam ceramah En Osman seterusnya.” ~Tanpa nama~

“Kalau hendak dihitung memang amat sedikit program motivasi yang menyeronokkan tetapi En. Osman telah berjaya membuat peserta semua segar mata dan segar minda melihat, mendengar dan memahami ‘talk’ dari beliau. Syabas diucapkan. Confirm tidak mengantuk. Bukan sahaja mendapat keseronokkan tetapi juga ilmu yang ingin dikongsikan oleh beliau.Tidak jemu kalau ingin datang lagi.”- Noor Fadzlin binti Johar,

“Osman memang best.Sepanjang program ini, kitorang asyik gelak je.Non-stop Banyak yang saya dapat dari program ini. Walaupun penat, tetapi semua itu hilang bila ceramah ini bermula.”- Norazilah binti Abd. Jabar,

“Saya rasa tak pernah saya menghadiri ceramah tanpa menguap besar. Tapi bagi ceramah ini, belum sempat saya menguap dan ketawa. Overall, saya rasa seminar ini berjaya meningkatkan lagi confident level saya dan mengenali gaya belajar saya dengan lebih baik. Keinginan nak jadi kaya pun membuak-buak. For me, this seminar is a success. Congratulations.”- Nurashikin binti Muhammad Shukor,

“Program yang sangat menarik dan ia boleh dibuat dan dilakukan dimasa hadapan kerana En Osman telah mengajar dengan amat berkesan dan menarik. Beliau dapat memberi petunjuk dan pengajaran dengan bentuk yang berbeza dan ianya berkesan kepada pelajar. Kami dapat keyakinan dan membuka laluan untuk lebih berjaya dimasa hadapan.”- Nur Musyarrafah binti Daud,

“Saya sudah mempunyai perancangan masa hadapan. Ditambahkan lagi dengan program dan motivasi dari En. Osman, saya bertambah yakin untuk mencapai masa depan yang telah saya rancang.”- Zahani binti Md. Johari,

“Seminar ini mempunyai banyak informasi. En. Osman berjaya menarik perhatian kami, kami tidak mengantuk malah mendapat banyak input serta gelak ketawa. Beliau berjaya membuka mentality pelajar. Syabas Encik Osman. Terima kasih dan selamat maju jaya.”- Fathiyah binti Kamaludin,

“Karisma yang ada pada Encik Osman dalam memberi motivasi sangat tinggi. Beliau bijak menarik perhatian serta menggunakan aksi yang bersesuaian dengan perkara yang disampaikan.”- Muhammad Adly bin Zakaria,

“Pada saya,Encik Osman telah berjaya membawa pelajar yang mendengar ceramahnya kejalan yang benar-benar berguna untuk pelajar dan ceramah yang diberikan amat berkesan.”- Farawahidayah binti Sahak,

“Tidak rugi rasanya saya hadir ke program ini. Program ini amat menarik hati saya dengan pelbagai ilmu yang disampaikan disamping lawak jenaka yang diselitkan dalam motivasi itu yang membuatkan saya rasa terhibur. Ini membuatkan saya lebih cenderung untuk menumpukan perhatian dari pagi hinggalah ke petang.”- Siti Shuhanis binti Ahmad Kosnan,

“Program yang diadakan begitu seronok. Tak seperti seminar yang lain yang agak membosankan. Apa yang diperkatakan memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Harapan saya, agar dapat menghadiri lagi program seperti ini.”- Nurul Amira binti Abd. Aziz,

“En. Osman merupakan antara penceramah motivasi yang hebat dan berkesan penyampaiannya. Beliau berjaya merubah persepsi saya terhadap program ini. Selepas mengikutinya, saya dapati program ini penting untuk sesiapa sahaja. Ianya cara yang berkesan untuk memotivasikan diri.”- Munirah binti Rahman,

“Cara penyampaian beliau menarik dan tidak membosankan. Sangkaan saya sebelum masuk ke dewan ini memang meleset sama sekali. En. Osman telah berjaya memberikan panduan dengan begitu berjaya dan berguna. Tahniah dan terima kasih banyak-banyak.”- Farahana binti Basri,

“Program yang dijalankan amat membina diri saya dan memotivasikan diri saya. Tahniah sekali lagi, program ini tidak membosankan, satu petikan dari En. Osman, “Hidup ini umpama ukiran batu, sekali datang sekali ketuk, lama-lama menjadi ukiran batu yang indah.” Insyaallah,Amin,”- Siti Aisyah binti Noraziman

“Program motivasi yang paling best!” Tak rugi korbankan masa minggu untuk datang ke program ini. Banyak input-input yang berguna yang telah saya dapat. Terima kasih kepada Penganjur yang telah menjemput En. Osman Affan.”- Farah Umaina binti Fajar Kareem,

“Program ini sungguh menarik dan memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan, sehinggakan saya berasa rugi untuk meninggalkan tempat duduk saya walaupun seminit.”- Nurul Aida Maria binti Abdul Rahim,

“Encik Osman melakukan tugas yang baik dalam penyampaiannya kerana ilmu yang dicurahkan olehnya amat berkesan dan gurau sendanya menyebabkan kami tidak bosan mendengar ceramahnya sepanjang 8 jam.”- Sameena Siraj,

“Program yang sangat berguna dan memberi banyak informasi dan memotivasikan diri saya, cara yang beliau gunakan sangat berkesan untuk menarik para pelajar berfikir, memecahkan minda dari sudut yang kreatif dan positif dan teknik yang betul untuk study untuk beroleh kejayaan. Terima kasih banyak En. Osman.”- Amira Zainal,

“Program yang hebat. En. Osman berjaya membuat pelajar teruja dengan motivasi beliau. Beliau bijak berkomunikasi dengan pelajar.”- Norzaidani binti Nordin,

“Saya paling tidak suka kursus-kursus motivasi kerana semuanya amat membosankan tetapi kursus kali ini telah membuka mata dan minda saya kerana sepanjang sesi ini saya telah mempelajari banyak perkara dan dapat mengenali diri saya dengan lebih mendalam. Terima kasih En. Osman kerana berjaya membuat kami gelak dan enjoy sepanjang sesi ini.”- Adilah bt Ayub,

“Kursus motivasi ini sangat berbeza dengan kursus motivasi yang lain. Cara penyampaian lebih mudah untuk difahami dan sangat baik. Lebih relaks, dan cara penyampaian yang menarik. Dapat membuka minda pelajar dengan lebih berkesan.”- Nor Faezah binti Azizan,

“Satu-satunya program motivasi yang saya ikuti dan menarik dan secara tidak langsung dapat membuka minda. Program yang hebat dan penuh dengan ilmu. Ini patut diberi kepada pelajar seperti kami. You rock!.”- Aisyah binti Othman,

“Seminar ini sangat best dan tidak membosankan.Encik Osman Affan pandai berinteraksi dengan student dan manrik perhatian untuk focus sepanjang sesi ceramah yang diberi.”- Nur Salafina binti Rabu Salim,

“Saya dapat merasa perbezaan yang amat ketara terhadap program ini berbanding dengan program-program lain yang pernah saya sertai. Saya dapat mengenalpasti potensi sebenar diri saya. Terima kasih.”- Fatin Fashareena binti Misrom,

“En. Osman mempunyai cara yang tersendiri dalam ceramahnya. Cara-cara yang digunakan amat bersesuaian dengan pelajar-pelajar universiti maupun golongan professional.”- Fadhlur Rahim bin Azmi,

“Program yang sangat menarik dan berpengetahuan. Encik Osman menyampaikannya dengan cara yang menyeronokkan. Banyak membantu saya dalam meningkatkan cara pembelajaran saya dengan lebih efektif dan efisyen.”- Nur Hidayat binti Abdul Ghani,

“Saya rasa program ini sangat menarik. Walaupun saya sangat penat sepanjang minggu ni, saya tidak rasa mengantuk dan lesu mendengar ceramah Encik Osman. Semua penyampaian beliau sangat berkesan sehingga saya rasa ingin mengikut segalanya yang Encik Osman perkatakan. Semoga En. Osman dipermudahkan jalan oleh Allah dalam segalanya. Doakan saya juga.”- Hairunisa binti Anuar,

“Seminar ini sangat memberangsangkan saya dan tidak membosankan sehingga tamat seminar. Selain itu pelbagai maklumat penting dan efektif saya dapat untuk meningkatkan kesedaran diri.”- Najwa binti Abdul Jalil,

“Saya sangat suka seminar ini sebab ia telah menyuntik semangat kepada saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk apa sahaja yang ingin dikecapi. Seminar ini sangat seronok keran aEncik Osman sangat pandai menarik perhatian para pelajar untuk mendengar dan turut serta dalam aktiviti-aktivitinya.”- Yusmalisa binti Mohd. Yusof

“Saya sangat berbangga dapat meluangkan masa hujung minggu saya bersama Osman Affan kerana saya mendapat sesuatu yang tidak dapat ditempat lain. Saya berharap dapat mengaplikasikan segala yang telah dicurahkan oleh Encik Osman dalam kehidupan saya.”- Lily Suryana binti Roslaili,

“Program ini amat bermakna untuk diri saya sendiri dan kawan-kawan. Encik Osman pandai memberikan contoh-contoh yang berkesan kepada kami dan program ini tidak membosankan malah membuat kami lagi gembira. Saya berharap agar Encik Osman dapat memberikan ceramah-ceramah ini lagi.”- Nur Faizah binti Tahwan,

“Saya rasa tidak cukup dengan apa yang diberikan pada hari ini. Saya ingin lebih lagi. Ia amat berguna dalam memotivasikan diri ini.”- Normazura binti Mohd. Zaini,

“Program ini sangat bagus. Saya rasa berbesar hati kerana banyak perkara telah diajar oleh Encik Osman. Program ini telah memotivasikan diri saya dan telah meningkatkan azam saya untuk mencapai segala impian saya. Saya berharap dapat peluang lagi bagi menghadiri program Encik Osman di lain masa.InsyaAllah.”- Noor A’ienawati binti Md. Nasir,

“Program ini sangat bagus. Saya sangat gembira dengan cara Encik Osman menyampaikan dan mengawal majlis dengan baik. Saya amat menyukai program ini.Datangla lagi.”- Nur Shazlin binti Jamaludin,

“Program yang sangat bagus. Best sangat-sangat.Gelak je.Pandai bagi ceramah. Takdela ngantuk sangat bila dengar ceramah-ceramah sebelum ini. Harap dapat jemput En.Osman lagi sebagai penceramah untuk program yang akan datang. InsyaAllah.”- Asdilla,

“Inilah kali pertama saya merasa sangat tertarik mendengar ceramah motivasi daripada seorang penceramah yang sangat berkaliber.”- Intan Suhaily binti Ahmad Ismail,

“Program ini sangat bagus, dari awal hingga ke akhir program, saya berasa bersemangat, gembira dan tidak berasa mengantuk. Disamping itu juga, saya telah memperoleh pelbagai idea dan pengetahuan yang sangat berguna untuk meningkatkan lagi diri kearah yang lebih maju. En. Osman adalah seorang yang sangat bagus dan saya sangat menghormati.”- Siti Normazwani binti Mohd. Hasim,

“Saya amat suka program ini walaupun pada mulanya saya ingat bosan. Setelah saya duduk didalam dewan ini selama sehari, perasaan semangat untuk berjaya lagi kuat dalam diri saya. Syabas diucapkan.”- Wan Noor Hafizah binti Anuar,

“Program ini sangat bagus.Penyampaian motivasi oleh Encik Osman Affan sangat baik dan boleh difahami oleh saya dengan cepat. Banyak petua, dan maklumat boleh dipraktikkan oleh saya. Saya suka cara penyampaian En. Osman. Pertama kali, saya tidak berasa bosan mendengar ceramah motivasi. Saya tidak mengantuk walau sesaat pun.”- Norhaini binti Ghazali,

“Pada mulanya saya fikir program ini sama seperti program-program yang pernah saya hadiri, dimana kurang menarik dan tidak menyeronokkan. Ternyata saya silap. Program bersama En. Osman ini satu program yang amat menarik, ceria dan amat berguna. Saya rasa bertuah kerana berpeluang mengikuti seminar ini. En. Osman memang best la.”- Roslina binti Abu Bakar,

“Program ini sangat bagus dan perlu diteruskan untuk masa hadapan. Penggunaan teknik-teknik yang ditonjolkan amat menarik dan memberi kesan yang mendalam untuk semua pelajar. Kehadiran Encik Osman dengan memberi motivasi juga sangat berkesan untuk pelajar dan pensyarah dalam meningkatkan keupayaan diri masing-masing. Semoga program ini berterusan dan diperkenalkan kepada semua rakyat Malaysia.”- Nurashikin,

“Encik Osman bagus giler bagi motivasi dan banyak tips yang dikongsi bersama saya dan rakan-rakan yang lain. Bagi saya, saya seperti mendapat semangat baru untuk merealisasikan impian saya. Keep up the good work. Hidup Encik Osman!”- Amiratul Nadiah Razarudin~

“Saya berasa sungguh gembira dan bertuah kerana dapar menyertai program yang dianjurkan oleh En. Osman. Dalam tempoh sehari saya dapat mengetahui dan mempelajari kelemahan dan kelebihan dalam diri saya dan cara untuk mengatasi dan bagaimana untuk menonjolkan diri. Semoga saya dapat mengikuti program seperti ini lagi.”- Nur Syahirah binti Mansor~

“Saya sangat sukakan program seperti ini kerana bagi saya ianya suatu program motivasi dan seminar yang 100% sempurna. Dengan persembahan dan ajaran yang menarik, slide presentation yang penuh dengan gambar dan adanya contoh-contoh audiovisual yang menarik dan berkesan.”- Mohd. Syahmi bin Ahmad Sanusi,

“Syabas, saya ucapkan kepada Encik Osman, penyampaian yang sangat menarik dan info yang sangat berguna untuk masa akan datang. Tahniah juga kepada Encik Osman kerana berjaya mengawal audience dengan baik. Semoga program seperti ini tetap berjalan dimasa akan datang. Saya sangat seronok mendengar program ini, sebelum saya datang, saya terfikir mesti program yang bosan tapi apabila sudah seharian lalui program ini, sungguh menyeronokkan dan banyak ilmu yang dicurahkan dan amat berguna pada masa akan datang. Syabas Encik Osman, semoga mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Terima kasih.”- Norjan binti Saleem~

Program Tuisyen Rakyata Selangor 

Sabtu lalu, 18 Julai 2009, saya berada di Quality Hotel Shah Alam bagi menjayakan satu slot bersama guru-guru yang terlibat dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor. Program ini dihadiri hampir 100 orang guru yang bertugas mengajar dan mengendalikan kelas-kelas tuisyen yang diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar di Negeri Selangor.

Sejak awal tahun, saya turut terlibat dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor ini. Namun penglibatan saya bukanlah sebagai guru tuisyen. Tugas saya ialah menjalankan program sehari SmartStudy Learning Skills untuk pelajar-pelajar tuisyen ini di beberapa zon yang terpilih. Maklumbalas pelajar mengenai program tersebut boleh dibaca di www.OsmanAffan.com/testimoni.htm .

Osman Affan

Kali ini, saya berdepan dengan guru-guru pula. Tajuk yang diberikan kepada saya ialah Petua Mengajar Berkesan. Topik ini sangat dekat di hati saya. Ini kerana saya juga berasal daripada guru yang mengajar tuisyen. Tambahan pula, saya benar-benar rasa begitu penting untuk setiap guru mempunyai teknik dan kebolehan untuk mengajar dengan baik. Apabila seorang guru boleh mengajar dengan baik, peluang untuk menukarkan seorang murid biasa kepada murid yang luar biasa cemerlangnya adalah lebih besar.

Di dalam program ini saya kongsikan bersama guru 4 topik utama iaitu:

  • Prinsip mengajar
  • Petua mengajar
  • Etika mengajar
  • Salam Mesra

Kesemua topik ini berkisar mengenai bagaimana seorang guru boleh mengajar dengan lebih baik. Malah lebih penting lagi, jika ia diamalkan, seorang guru akan menjadi seseorang yang hebat dan pakar dalam subjek yang diajarnya.

Satu contoh mudah yang saya berikan adalah pengalaman saya sendiri mengajar tuisyen. Ramai yang tahu, pelajar yang menghadiri tuisyen selalunya terdiri daripada pelajar yang agak lemah daripada segi pencapaian akademik. Ada juga yang sudah cemerlang namun jumlahnya tidak seramai yang kurang cemerlang. Jadi cabaran mengajar tuisyen ialah seorang guru tuisyen perlu membuat pelajar faham dalam masa yang singkat berbanding dengan guru yang mengajar di sekolah.

Osman Affan

Jika guru tuisyen asyik merungut mengatakan bahawa anak muridnya lemah, tidak ada asas dan tidak berpotensi untuk skor A dalam peperiksaan, sudah tentulah tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan. Namun, jika seorang guru tuisyen itu mula berfikir, “bagaimana aku boleh buat pelajar ini lebih mudah faham?” atau “apa agaknya cara terbaik untuk buat pelajar aku ni ingat dan kuasai topik ni dengan secepat mungkin?”, saya percaya satu perubahan besar akan berlaku.Buat Duit Dengan TuisyenBukan sahaja guru ini mula akan berfikiran positif, beliau juga akan mula mengasah dan meningkatkan kebolehannya untuk mengajar.

Apabila saya amalkan teknik ini, saya dapati diri saya sentiasa mencari jalan untuk memajukan cara saya menyampaikan sesuatu. Akibatnya, saya sentiasa (sengaja atau tidak sengaja) jumpa cara dan kaedah terbaik untuk menyampaikan sesuatu. Cara dan kaedah itu pula bukan sahaja sesuai untuk digunakan kepada pelajar, malah juga kepada peserta yang mengikuti program-program kendalian saya seperti program Mind Power dan juga program-program Public Speaking. Hasil daripada cara berfikir begitu juga membuat saya dapat menghasilkan beberapa buku mengenai teknik belajar seperti Persediaan Minda Pelajar Cemerlang, Kemahiran Belajar dan juga Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan. Bayangkan apa akan jadi jika semua guru boleh amalkan cara berfikir tadi dan akhirnya semua menjadi pakar dan menulis dalam bidang kepakaran masing-masing?

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En Hamdan Bin Sapar yang telah menjemput saya bagi menjayakan program ini. Saya doakan agar Program Tuisyen Rakyat Selangor ini berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan supaya hasilnya dapat dinikmati oleh anak-anak bangsa kita sendiri.

Catatan: Maklumat lanjut mengenai Prinsip mengajar, petua mengajar dan etika mengajar boleh dibaca di dalam buku saya yang bertajuk ‘Buat duit dengan tuisyen’ terbitan PTS Professional.

MRSM Besut 

Pada hari Isnin, 13 Julai yang lalu, saya sekali lagi berada di Besut bagi menjalankan program bersama pelajar MRSM. Namun pada beberapa bulan lepas, saya berada di MRSM Kota Putra, Besut manakala kali ini saya berada di MRSM di Besut juga yang lebih dikenali sebagai MRSM YT (Yayasan Terengganu). Program kali ini ialah program SmartStudy Learning Skills untuk lebih kurang 160 orang pelajar tingkatan 4.

Di dalam program yang agak singkat ini (kini saya rasa program sehari adalah amat singkat) saya kongsikan bersama pelajar beberapa teknik berkesan dalam mengingati dan memahami apa yang hendak dipelajari. Namun ada dua tips yang paling penting saya sampaikan kepada pelajar ini semua.

  • Pertama, jangan terlalu takut dan bimbang apa yang orang hendak kata kepada kita. Jika kita sedang lakukan sesuatu yang baik dan sesuatu yang boleh membantu kita menjadi pelajar dan insan yang lebih baik, tidak ada sebab mengapa kita perlu takut apa orang kata. Malah jangan takut jika ada rakan-rakan yang mengejek atau menjuihkan mulut mereka.
  • Kedua, bila lihat sahabat lain mendapat keputusan cemerlang, jangan mula fikir, “oh…bijaknya budak ni..kenapalah aku tak bijak macam dia?” Soalan ini secara tidak langsung membawa minda pelajar ke arah, “kenapalah aku ni bodoh sangat, tak pandai macam orang lain?”

Bagi saya, kedua-dua tips ini adalah sangat penting kerana ia merupakan salah satu sebab utama mengapa pelajar di sekolah berasrama penuh gagal memenuhi potensi sebenar diri mereka. Jika mereka tidak ingat dua tips ini, berkemungkinan mereka akan mudah merasa lemah semangat, hilang keyakinan diri dan mula tidak berani meletakkan cita-cita yang besar.

Jadi peranan saya dalam setiap program ialah untuk menyedarkan pelajar ini semula tentang kebolehan dan kekuatan yang ada dalam diri mereka. Saya sentiasa cuba buktikan kepada mereka bahawa mereka ada kebolehan dan potensi yang mereka tidak pernah sedar selama ini. Jadi, kepada semua pelajar tingkatan 4 MRSM Besut, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga apa yang telah ditulis tentang impian dan matlamat peribadi, akan menjadi kenyataan. Selamat berjaya.

MRSM Besut

Berikut adalah beberapa maklumbalas yang saya terima daripada pelajar mengenai program ini.

“Program bersama En Osman best sangat! Tidak pernah saya hadiri program yang seronok begini. Melalui program ini, saya dapat rasakan satu perubahan besar akan berlaku dalam diri saya. Keputusan yang tidak begitu memuaskan semasa semester lepas, saya amat yakin akan cemerlang dalam semester akan datang iaitu mendapat 3.5 ke atas selepas menjalani program ini! Saya yakin! Terima kasih En Osman! I love your programme!” ~Afiqah Abdul Warith~

“Buat kali pertama saya tidak mengantuk ketika menghadiri ceramah. Saya berasa sangat gembira kerana saya telah mengetahui kelemahan dan kelebihan diri saya. Saya harap program ini akan diadakan sekali lagi di MRSM Besut ini.” ~Nur Fadhilah Mohd Nazri~

“Seronok! Saya langsung tidak merasa mengantuk atau boring. Sebaliknya saya memberi fokus sepenuhnya. Harap menghadirkan diri lagi dalam program ini.” ~Intan Nazira Ab. Ghani~

Wow! Awesome! Best sangat. Saya baru mengenali diri saya yang sebenar and nothing is impossible in this world. Saya hope dengan tips yang En Osman bagi saya akan menjadi lebih top dalam pelajaran.” ~Siti Raisyah Mohd Maniyamin~

“Satu program yang amat-amat baik! It’s very amazing! I get a lot of knowledge and it can’t be expressed in a word. Just Wonderful! Hope can see you again next time.” ~Nur Syuhada Azmi~

“Terima kasih kepada cikgu Osman yang begitu memahami dan saya rasa saya tahu di golongan yang mana sekarang. Saya juga rasa begitu seronok di atas apa yang telah dijayakan melalui program ini. Harap suatu hari nanti segala yang telah saya catatkan dapat dijadikan  panduan sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke depan.” ~Nur Akmal Rosli~

“Program ini banyak membantu dalam gaya belajar, cara untuk menggunakan daya memori dan ke arah pemikiran yang kreatif. Saya simpulkan program ini adalah sangat seronok, menarik dan sesuai untuk pelajar-pelajar. Program ini juga dapat membentuk karekter individu saya yang tidak saya ketahui selama ini. Terima kasih En Osman and the crew!” ~Nur Amira Syairah Abdul Halim~

“Best sangat. Walaupun hanya duduk tetapi semangat untuk belajar semakin membara. En Osman tahu apa yang pelajar inginkan untuk lebih berjaya. En Osman adalah ‘pembuka botol’ yang sebenarnya. Saya harap En Osman boleh datang lagi tahun hadapan untuk menghadapi peperiksaan SPM 2010. Insyaallah selepas ini saya akan lebih bersemangat! I can di the best!” ~Nur Haziqah Mat Hassan~

“Saya berasa amat seronok dan gembira sekali selepas melalui kursus ini. Saya berasa amat bersemangat sekali untuk belajar dan capai cita-cita saya dan saya yakin yang saya akan peroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Terima kasih.” ~Nor AkmalYuni Ibrahim~

“Saya begitu seronok mengikuti program ini. Sekarang saya rasa yakin bahawa saya juga boleh menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang. Sekarang saya yakin akan kemampuan diri saya. Melalui program ini juga, saya telah dapat mencungkil pelbagai kemahiran terpendam dalam diri saya. Terima kasih En Osman.” ~Nur Asyilah Akmal Abdullah~

“Program sebegini banyak manfaat dan faedah tersirat dan tersurat. Program ini sangat seronok dan yang paling penting bagi kami seorang pelajar ianya tidak memboringkan seperti sesetengah program. Disamping itu, saya juga bersyukur dengan program ini, saya dapat mengenali siapa diri saya sebenarnya. Kalau sudi datanglah lagi ya! Terima kasih sangat-sangat.” ~Nor Idayu Mat Rifin~

MRSM Besut

“Hari ini saya rasa sangat seronok. Tidak pernah saya rasa keluar dari tekanan danmasalah. En Osman seorang yang sangat hebat. Dia bukan sahaja menaikkan semangat saya malah membuatkan saya rasa hidup ini sangat cerah dan selama ini saya sedar saya yang sembunyi dalam gelap. Thank you so much!” ~Nurul Athirah Junaidi~

“Program ini bagus sangat. Saya rasa sangat gembira sepanjang mendengar ceramah ini dan ia sangat berkesan kepada saya. Selepas mengikuti program ini, saya berasa sangat yakin untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan mencapai matlamat saya.” ~Nur Syahirah Mohd Sukery~

“Best gilerr. Tak tau nak cakap macam mana. Saya berharap En Osman akan datang lagi untuk memberikan motivasi. Program ini menjadikan saya lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.” ~Nurul Najwa Abdullah~

“Thank you En Osman. You are a wonderful motivator.” ~Salwani Mohd Din~

“Program ini sangat seronok dan menghiburkan. Jikalau boleh, saya ingin lagi mendengar ceramah ini bersama En Osman. Melalui ceramah beliau, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dan mengetahui banyak ilmu yang berguna.” ~Ahmad Mustakim Mohamed Yusoff~

“The best program, sampai tak tahu nak kata macam mana! Harap-harap kawan-kawan yang belum pernah dengar atau terlibat jemputlah En Osman ke sekolah anda. Dijamin halal dan tak kering gusi! ~Zulaika Abdullah~

“Program ini sangat seronok dan berkesan. Bagi saya En Osman merupakan pakar motivasi yang pertama yang dapat mengubah diri saya untuk lebih berkeyakinan. Terima kasih.” ~Wan Nur Aina Najihah Wan Abd Rahim~

“Program sangat best! En Osman Affan amat pandai bagi motivasi kepada pelajar. Beliau juga pandai membuat aktiviti bagi menarik minat pelajar. Tidak mengantuk langsung! Motivasi ini berjaya membuat saya bersemangat untuk belajar. Terima kasih. Arigato Hozaimas.” ~Nur Amirah Zulwardi~

“Program ini merupakan program yang paling best!! Sampaikan saya tidak tidur pun sepanjang program ini berlangsung. Syabas! Saya menemui kaedah yang baru untuk belajar. Pasti selepas ini saya semakin rajin untuk belajar. Terima kasih kepada En Osman yang ‘cute’ dan kelakar. Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang.” ~Siti Raihan Mamat~

“No boring! Cikgu Osman is a good speaker. Bagi motivasi dan ceramah dengan cara tersendiri. Saya yang fikir sebelum datang ke program ni dah rancang nak buat homework lain, tiba-tiba tak jadi. Cikgu Osman pandai pikat pendengar. Thanks Cikgu Osman.” ~Assila Anis Asnawi~

“Dalam banyak-banyak program yang saya telah lalui, saya rasa program yang disampaikan oleh En Osman Affan adalah yang terbaik sekali dan saya rasa seronok sepanjang seminar ini berlangsung. Program ini juga sangat berkesan kepada saya dan juga rakan-rakan saya yang lain.” ~Nur Arina Abd Ghani~

“Program ini best giler. Saya amat mengagumi En Osman Affan. Ceramah dan program ini dapat merubah pelajar menjadi cemerlang dan sedar akan potensi diri sendiri. Ia juga dapat memberikan semangat baru dalam pembelajaran dan kehidupan.” ~Wan NurShaidatul Shafira Wan Ahmad Nasri~

” Ini adalah program terbaik pernah saya ikuti. Ia penuh dengan kegembiraan dan setiap yang diberitahu amat bermakna dan berguna untuk mencapai kejayaan. En Osman, you are the best motivator in the world! Thank you.” ~Nurul Nadhirah Daud~

“Program ini sangat berkesan pada diri saya. Sangat menyeronokkan. Ia juga dapat menanamkan sikap yakin dalam diri saya. Diharap agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang. En Osman seorang yang sangat pandai berkomunikasi dan sporting!” ~Nur Ain Suzianie Che Hamid~

“Best sangat! Tidak pernah rasa bosan. Harap dapat mengikuti program bersama En Osman lagi. En Osman is the best pakar motivasi.” ~Nur Nadira Ramzi~

MRSM Besut

“Kursus ini sangat seronok dan enjoy!! Saya harap En Osman dapat bersama kali lagi lain kali. Saya berterima kasih kepada En Osman kerana membuatkan kami yakin memperoleh apa yang kami idamkan. Saya juga berasa teramat yakin dan bersemangat untuk menghadapi SPM tahun depan. Thanks En Osman Affan. We love you.” ~Normaenah Mokhtar~

“Program ini memang best! En Osman seorang yang pandai menarik perhatian kami. Selalunya ceramah motivasi yang diadakan memang boring. Tapi dengan En Osman kami rasa sangat teruja untuk menyertainya lagi pada masa yang akan datang. Program ini memang memberi manfaat kepada pelajar. En Osman memang sporting! I like this programme!!” ~Nur Asmaa Ahmad Zubaidillah~

“Program ini memang sangat menarik. Rasanya seperti tidak puas untuk bersama beliau. Banyak maklumat yang telah dikongsi. Terima kasih sangat-sangat. Harap sangat program ini dapat diadakan lagi secepat mungkin!” ~Nurul Fatihah Abdullah~

“Program yang diadakan ini sangat bagus. Saya respect giler dengan cara cikgu Osman menyampaikan segala perkara. Saya juga amat menyukai cara penyampaian beliau yang begitu bernas sehingga memberi impak yang besar dalam diri saya. Harapan saya agar Cikgu Osman dapat lagi datang ke sekolah saya.” ~Wan Nor Aisyah Wan Marizam~

“Assalamualaikum. Kepada semua peserta lain di luar sana, cepat-cepatlah anda mendaftar menyertai program ini kerana anda tidak akan berasa rugi malah untung seuntungnya. Pengalaman saya bersama En Osman amatlah banyak dan best sangat… tak terkata…” ~Mira Farahim Mat Harun~

“Sangat luar biasa. Sebelum ini program yang saya ikuti membuatkan saya mengantuk. Berbeza dengan program kali ini yang telah menyedarkan saya bahawa saya sangat boleh berjaya. Terima kasih En Osman Affan.” ~Wan Atikah Wan Kamarudin~

“Alhamdulillah. I think En Osman is the best motivator because I can follow all the information for the whole session. I hope I can join any programme from you next time. Thanks and congratulations!” ~Norazmira Othman~

“Everything is perfect! Memang best sangat-sangat. Banyak yang saua pelajari daripada program ini. So happening dan menaikkan lagi semangat saya untuk belajar. Harap En Osman Affan dapat datang lagi untuk memberi motivasi kepada kami. Thanks.” ~Nurul Izzaty Dzulkeple~

“Buat pertama kalinya saya rasa sangat-sangat seronok mengikuti kursus seperti ini. Tidak membosankan and I love it so much. Thanks Cikgu Osman. Kami ‘adik-adik’ di MRSM Besut sangat sukakannya.” ~Nur Aidah Nabihah Dandang~

“Program ini merupakan program motivasi terbaik pernah saya ikuti. En Osman seorang yang boleh ‘ngam’ dengan para pelajar remaja macam kami. Saya dapat merasakan perbezaan yang ketara selepas mengikuti program ini. Saya harap agar dapat mengikuti lebih banyak program bersama En Osman.” ~Nur Hazwani Fauzi~

“Program ini sangat menyeronokkan dan dapat membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. Terima kasih kepada En Osman yang bersungguh-sungguh berkongsi ilmu dengan pelajar MRSM Besut. Saya akan mempraktikkan apa yang diajar supaya lebih cemerlang dalam pelajaran dan juga dalam peperiksaan SPM 2010. Saya juga berharap En Osman dapat memberi ceramah lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih En Osman.” ~Wan Nur Diyana Wan Omar~

“Program ini sangat bermakna dan amat berkesan untuk saya dan rakan-rakan. En Osman seorang yang open minded, sporting, kelakar dan cara penyampaian amat jelas dan terang. Sekarang En Osman, saya berasa sangat bersemangat dan perasaan saya amat berkobar-kobar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM yang akan datang. Terima kasih Cikgu Osman.” ~Azzahara Izzatur Balqish Ahmad Tamrin~

“Program ini adalah yang terbaik! Saya begitu kagum dengan Cikgu Osman yang pandai berinteraksi dengan pelajar. Sangat mengkagumkan. Tahniah. Harap program sebegini akan diadakan lagi.” ~Siti Nur Zuhafifah Mohd Zaki~

“Bombastic! Program ini sangat berkesan dan saya rasa macam ada semangat baru untuk belajar. Cikgu Osman memang happening and cute. Hope semua student kat dunia ni berpeluang dapat program macam ni. Thank you all! I’ll call you once SPM result comes out!” ~Aimi Najwa Ahmad Najib~

MRSM Besut

“I don’t know how to say but I feel very happy. saya seronok sangat sampai tak boleh nak kata apa. Kalau boleh datang la lagi kat maktab ni. Saya suka sangat. Saya boleh tau tips untuk belajar. Saya juga dapat tau kebolehan yang ada dalam diri saya. Lastly, cikgu memang BEST. Tabik r…wassalam.” Norwani Mohd Latif~

“Saya rasa program ni sangat seronok. Pertama kali saya menyertai program yang tidak membosankan. En Osman sememangnya seorang penceramah yang sangat bagus dan understanding.” ~Siti Suriani Mustafa~

“Bagi saya program ni best sangat! Saya tidak rasa mengantuk semasa mengikuti program padahal sebelum ini saya agak mengantuk kalau mendengar ceramah. En Osman sangat peramah! Good luck for everything you do!” ~Siti Nurul Ain Shaary~

“Seronok sangat. Saya tak rasa mengantuk pun. Semua apa yang diajar dan diberitahu adalah perkara yang dapat membantu dan meningkatkan semangat dan kecemerlangan saya. Next time saya nak join lagi program ini!! Chaiyok!!” ~Noor Amalina Mat Zin~

“Program ini adalah program pertama saya mengikuti cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Teknik Cikgu Osman menaikkan semangat saya untuk belajar semula. Saya harap dengan teknik ini dapat membantu saya dalam pelajaran dan berharap juga dapat mengikuti lagi program ni.” ~Mohd Syahiran Ahmad Shukri~

“The best, memang hebat! Pertama kali saya melalui program yang berkesan dalam hidup. Saya berasa yakin untuk menghadapi setiap exam.” ~Mohd Khairul Suhaimin~

“Inilah kali pertama saya dapat mengetahui teknik belajar dengan betul. Program ini juga sangat seronok dan tidak membosankan kerana penceramah yang begitu pakar mengendalikannya. Saya berasa sangat yakin untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.” ~Muhammad Aqil Fahmi Mohd Shari~

“Program ini memang seronok sangat. Selalunya saya bosan jika mengikuti program ceramah tetapi hari ini saya rasa sangat happy. Program ini memang berkesan kepada saya. En Osman Affan Zulhakimi Che Zulkifli~

“Program ini best sangat!! Saya teruja dengan semua yang saya pelajari dalam program ini. Terutama sekali saya suka cara cikgu Osman mengajar Gaya Belajar yang sesuai untuk saya supaya lebih cemerlang. Harap cikgu Osman sudi datang lagi ke sini pada tahun hadapan bagi membantu kami semua membuat persiapan yang lengkap untuk menghadapi SPM.” ~Nur Atira Syafiqah Mohd Ali~

“Seronok dan bermanfaat. Selama ini tidak pernah saya temui cara ‘SmartStudy’ yang sangat seronok dan berkesan. Namun En Osman telah tunjukkannya.” ~Fawwaz Zamir Mansor~

“Memang seronok. Penuh dengan gelak ketawa. Saya harap program ini patut diteruskan agar lebih ramai pelajar yang dapat mengenali gaya dan cara belajar yang betul. Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Osman. semoga dapat berjumpa lagi.” ~Muhammad Fadhullah Kamalruzzaman~

 IMR

Pada 15 hingga 16 Jun yang lalu, saya buat pertama kalinya berpeluang mengendalikan program bersama kakitangan Institute of Medical Research, Kuala Lumpur. Intitut ini betul-betul terletak di sebelah Hospital Besar Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh staff-staff IMR yang terdiri daripada Doktor-doktor perubatan, kakitangan penyelidikan dan juga beberapa orang kakitangan sokongan. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya mengendalikan program untuk peserta yang bertaraf doktor perubatan.

Ini merupakan sebahagian daripada program Motivasi Insan Cemerlang yang dianjurkan oleh pihak IMR sendiri dengan dua konsultan iaitu syarikat Brilliant Management Qalbu (BMQ) yang diterajui oleh Ustaz Subhi, Ustaz Zul dan Ustaz Ramadhan dan juga syarikat saya Creative Questions Enterprise (CQE).

Di dalam program ini, seperti program Mind Power yang pernah saya jalankan selama ini, menekankan aspek pemahaman terhadap kebolehan minda dalam menangani segala konflik dan pemasalahan. Ada 3 topik besar di dalam program ini yang menyentuh kepentingan membuka minda dengan menulis matlamat, mempertingkatkan daya tahan diri apabila menghadapi masalah dengan melihat sikap dalam kreativiti dan juga topik terpenting iaitu memahami bagaimana ‘Syukur’ boleh mengubah cara kita melakukan sesuatu. Lebih menarik, peserta diberikan pendedahan kepada konsep bagaimana ‘Syukur’ boleh meningkatkan produktiviti dan kebolehan yang terpendam di dalam diri masing-masing.

IMR

Berikut adalah beberapa maklumbalas yang saya terima daripada para peserta mengenai program ini.

“Program ini haruslah diperluaskan kepada semua staff agar memperolehi dapat difahami pengisian dari konteks komunikasi, kewangan dan sebagainya.” – Janariah Jaafar, Institute of Medical Research,KL.

“Amat berkesan dan mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian.” – Suzidah bt Zainuddin, Institute of Medical Research,KL.

“Very interesting! Sekarang saya dah Nampak apa matlamat serta impian yang terpendam selama ini. Terima kasih En. Osman.” – Izan Shahrina, Institute of Medical Research,KL.

“Saya tidak pernah menghadiri kursus sebegini, seronok, senang difahami dan juga bermotivasikan diri saya agar selalu berfikiran positif dan berbaik sangka. Terima kasih En. Osman Affan, anda dapat memberi semangat baru kepada saya.” - Norlida Omar, Institute of Medical Research,KL.

“Suatu program yang cukup berguna untuk segenap lapisan umur, baik dari segi pemikiran mahupun spiritual.” – Norfarhana Khairul Fahmy, Institute of Medical Research,KL

“Antara banyak-banyak program yang saya pergi, inilah kali pertama program yang paling best. Memang masuk dalam kepala tentang apa yang En. Osman bercakap. Thanks En. Osman. Keep it up!.” – Norbaizura bt Nurizan Bakri, Institute of Medical Research,KL.

“Kursus ini amat bermakna dan berfaedah. Kursus ini membuka minda dan setiap impian/matlamat akan tercapai dengan usaha yang berterusan. Saya akan war-warkan kursus ini kepada kawan-kawan yang lain.” – Wan Marina Wan Mohamad, Institute of Medical Research,KL.

“Kursus yang penuh motivasi yang mendidik saya erti bersyukur dan sentiasa percaya bahawa saya juga berjaya dalam hidup ini.” – Hj Azali b Hj Bakar, Institute of Medical Research,KL.

“Moga program ini diperluaskan pada semua staff IMR yang lain.” – Noor Faezah Abdullah, Institute of Medical Research,KL.

“Dapat mengubah pemikiran dan pengurusan kewangan saya.” – Nik Fazlina Nik Mustafa, Institute of Medical Research,KL.

“Ia membantu menaikkan semangat baru yang sebenarnya dan keinginan dan dikecapi dengan usaha tanpa jemu diselangi dengan doa.” – Norziyana bt Idris, Institute of Medical Research,KL.

“Kursus yang sangat bertuah diikuti kerana apa diajarkan adalah yang berlaku dalam kehidupan harian tetapi kita yang tak pernah ambil peduli akan perkara tersebut.” – Sharifah Sharif, Institute of Medical Research,KL.

IMR

“Program ini memberi kesan yang amat mendalam terutama dalam penilaian diri dan kebolehan diri untuk berubah. Yang penting kita kena ada matlamat dan keyakinan dan selebihnya usaha untuk mencapainya. Kita kena hapuskan halangan minda yang melemahkan kita dan menghalang kita dari berjaya.” – Norul Ashikin Yahya, Institute of Medical Research,KL.

“Mudah dipraktikkan topic-topik yang dibincangkan dan seronok sepanjang berkursus.” – Mohd. Hafizul b Mohd. Hafizul, Institute of Medical Research,KL.

“Satu kursus menarik kerana banyak perkara baru yang dipelajari, penyampaian yang tidak membosankan dan mencuit hati.” – Jalilah Hasan, Institute of Medical Research,KL.

“Sesuatu kaum tidak dapat diubah, kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Program ini benar-benar memberi kesan kepada saya untuk lebih berubah kepada yang lebih positif, berinovasi dan bermatlamat.” – Nor Idayu Razali, Institute of Medical Research,KL.

“Penyampaian yang sangat menyeronokkan dan memberi kesan dalam diri saya.” – Noordini Abdullah, Institute of Medical Research,KL

“Saya sering menghadiri program seperti ini, biasanya saya menjadi pendengar yang akhirnya akan menjadi bosan. Tetapi kali ini, bukan setakat mendengar sahaja, tetapi aktiviti/praktikal amat menyeronokkan, dan banyak ilmu yang saya tahu untuk kehidupan harian saya dan juga meningkatkan prestasi perkhidmatan saya.” – Radzan Taib, Institute of Medical Research,KL.

“Ramai orang akan sedar supaya mereka patut bersyukur dengan apa yang ada.” – Dr. Mohd. Khadri Shahar, Institute of Medical Research,KL.

 

 

Next Page »