Program Motivasi


Terdapat sedikit kekeliruan tentang tempat yang masih ada di dalam program teknik memori yang saya anjurkan. Jika anda lihat posting saya yang lepas, tempat kosong itu telah berubah disebabkan penyertaan baru yang kami terima. Untuk mendapatkan tarikh-tarikh yang masih ada tempat kosong, anda boleh lawati laman web www.SmartStudy.com.my.

Terima kasih atas sokongan anda. :)

Alhamdulillah. Sambutan yang diterima untuk program Teknik Memori SmartStudy sangat menggalakkan. Walaupun saya buka untuk pelajar tahun 4 ke atas, namun ada juga ibu bapa yang bersemangat untuk menghantar anak mereka yang berada di tahun 1, 2 dan 3. Walaupun teknik ini mungkin kurang digunakan pada tahap mereka, saya percaya pendedahan awal akan mampu membuka minda mereka untuk melihat betapa teknik yang betul akan membuat proses pembelajaran menjadi seronok dan berkesan.

Saya juga teramat gembira melihat kesungguhan ibu bapa yang mahu menyertai program ini meskipun berada di luar kawasan Kuala Lumpur. Ada peserta kali ini yang datangnya daripada Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Malah, ada yang akan terbang daripada Kota Kinabalu Sabah untuk menyertai program ini. Hebat sungguh semangat, sokongan dan kesungguhan ibu bapa pelajar ini untuk membantu anak-anak mereka. Tahniah saya ucapkan.

Jika ada di antara anda yang berminat untuk menghantar anak-anak ke program ini, cuma ada beberapa tempat sahaja lagi yang tinggal seperti dibawah.

Tarikh

Masa

Tempat

Penyertaan

Ahad, 23 November 2008

9.00 a.m. – 6.p.m.

Pusat Motivasi SmartStudy

Penuh!

Ahad, 30 November 2008

9.00 a.m. – 6.p.m.

Pusat Motivasi SmartStudy

Penuh!

Ahad, 14 Disember 2008

9.00 a.m. – 6.p.m.

Pusat Motivasi SmartStudy

7 tempat lagi

Rabu, 17 Disember 2008

9.00 a.m. – 6.p.m.

Pusat Motivasi SmartStudy

Penuh!

Ahad, 21 Disember 2008

9.00 a.m. – 6.p.m.

Pusat Motivasi SmartStudy

Dibuka

 

Pengalaman menjalankan program Mind Based Learning pada 6-8 November lalu sesungguhnya meninggalkan kesan yang amat positif kepada diri saya. Selain dapat berkongsi dengan guru-guru daripada sekolah seluruh negeri Terengganu Darul Iman, saya mula mendapat satu impian baru. Mungkin saya akan kongsikan mengenai impian baru ini.

Alhamdulillah, saya mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada peserta program ini. Maklumbalas ini semua menaikkan lagi semangat saya untuk terus mengkaji dan mencari jalan bagaimana para pelajar di sekolah, kolej atau universiti mampu mempelajari sesuatu dengan mudah dan dalam keadaan yang menyeronokkan. Di sini saya kongsikan beberapa maklumbalas yang saya terima. Saya memohon maaf kepada guru yang memberikan maklumbalas tetapi tidak dipaparkan di sini kerana bagi saya semuanya begitu menarik hingga saya tidak pasti yang mana saya patut paparkan di sini.

“Saya telah mengikuti banyak kursus seumpama ini sejak beberapa tahun yang lepas tetapi saya paling berpuas hati dengan kursus ini kerana adanya penambahbaikan kepada ilmu yang sedia ada. Terima kasih.” ~Wan Nor Zuaini Wan Abdullah~

“Sebelum menghadiri kursus ini, saya memandang setiap kursus adalah sesuatu yang negatif, membosankan dan hambar tetapi kursus kali ini menangkis perspektif tersebut. Saya bersemangat untuk mengikuti kursus seperti ini lagi.”~Nur Hazana Mohd Aris~

“Banyak maklumat baru yang dapat saya ketahui. Secara tidak langsung dapat saya aplikasi dalam profesion saya sebagai seorang pendidik. Saya harap dapat menjadi seorang yang pandai berkomunikasi seperti En Osman Affan.” ~Noor Zahrah Mustaffa~

“Sangat energetic, ceria dan menghiburkan di samping pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari di dalam bengkel ini. Tahniah En Osman kerana telah mendedahkan Do’s and Don’ts dalam Microsoft PowerPoint. Sangat berguna buat saya!” ~Norbaity Azura~

“Program ini menjadikan saya seperti BAYI GENIUS yang baru lahir melihat dunia dengan mata hati yang positif dan bermatlamat lagi kreatif.” ~Siti Khairiah Jalaludin~

“Program ini amat bermakna dan berkesan terutama untuk guru-guru dan perlu disampaikan kepada orang lain bahawa program ini membangkitkan keupayaan dan semangat diri kita, dalam mendidik anak bangsa dan menjadi seseorang yang pakar dalam bidang pendidikan. Pendek kata, program En Osman ni memang best la!” ~Norsuriani Awang~

“Program yang paling seronok pernah saya hadiri. Banyak menyedarkan saya tentang perkara-perkara yang selama ini dianggap remeh. Terima kasih. Alangkah bagusnya kalau semua guru di Malaysia mempunyai ciri-ciri seperti En Osman. TAHNIAH!” ~Azizah Abd Rahman~

“Program ini sangat baik untuk guru yang mempunyai matlamat tinggi tetapi tidak tahu bagaimana mahu mencapai matlamatnya. Kini saya lebih bersemangat untuk mengendali pelajar yang lemah dan lebih berkeyakinan untuk ‘mencerahkan‘ masa depan pelajar-pelajar saya selain mendidik anak-anak saya dengan cara yang lebih ke arah psikologi.” ~Rahamah Abd Hamid~

“Sangat seronok, rasa tidak sabar nak ikuti slot seterusnya. Sangat selesa, langsung tidak mengantuk, bertenaga, sangat bermakna dan sukar untuk dilupakan. Congratulation! Thank you very much! Saya sangat berminat dengan fasa kedua program ini, Insyaallah.” ~Wan mahfudzah Wan Ibrahim~

“Memang best. Dapat menarik minat peserta dengan lawak selamba yang bermaklumat. Saya dapat menyedari kelemahan yang ada pada diri sendiri. Menambah ilmu dengan ‘hapuskan halangan minda’. Teruskan usaha untuk memberi kesedaran baru kepada peserta-peserta lain.” ~Zuziliati Zulkepli~

“Bengkel yang diadakan sungguh seronok. Tidak boring macam bengkel-bengkel lain. Tahniah kepada En Osman kerana menyediakan isi kandungan yang cukup jelas dan menarik.” ~Nor Hazliana Mat Jusuf~

“Saya merasa cukup seronok dan rasa ingin teruskan lagi program ini. Banyak tips dan ilmu yang saya boleh praktikkan untuk diri saya sendiri dan juga untuk anak didik. Semoga kita semua cemerlang dalam membangunkan modal insan, cemerlang dunia dan akhirat. Amin.”~Fatimah Ibrahim~

“Syabas! En Osman berjaya membuat peserta dapat beri tumpuan sepenuhnya pada setiap slot motivasi. Penyampaian yang tepat dan peserta tertunggu-tunggu untuk mengikuti slot yang seterusnya.” ~Mimi Sharahana Jamaludin~

“Saya salute pada En Osman kerana dapat handle program ini dengan berkesan, menyentuh emosi dan merangsang motivasi dalaman kami.” ~Wan Norhaizam Wan Hassan~

“Tidak rugi dan sangat enjoy. Rupa-rupanya ada misteri yang tidak pernah kita fikir boleh dibuat hanya dengan minda. Saya sangat teruja, bukan sahaja menjadi lebih semangat tetapi punya cita-cita baru yang dulunya rasa mustahil untuk dicapai.” ~Zubaidah Samat~

“Program yang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri, sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Beliau pandai mengaitkan apa yang disampai untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar. Beliau sememangnya yang paling terbaik di antara yang terbaik.” ~Susilawati Sidek~

“Sangat seronok! Saya jarang berpeluang mengikuti program motivasi. Selepas ini jika ada program bersama En Osman Affan, saya ingin join, ajak kawan-kawan sekali.”~Sharifah Manisah Syed Ahmad~

“Program ini amat berkesan kerana banyak mempunyai contoh-contoh dan cerita yang menarik untuk peserta mengingati setiap cerita kreatif yang diberikan. Tahniah En Osman, teruskan usaha anda demi agama dan bangsa. Kembangkan pasukan Osman Affan ke peringkat global.” ~Rohaliza Idris~

“Saya sangat seronok mengikuti program ini. Cara penyampaian oleh En Osman amat berkesan dan tidak membosankan. Saya mendapat keyakinan untuk berkomunikasi di depan audience yang ramai.” ~Rahimah Daud~

Begitu mencuit hati. Saya jarang berseronok semasa berkursus begini. Tahniah dan syabas En Osman.” ~Hayati Munirah Zahkai~

“Amazing… saya tidak pernah tahu kebolehan/kelebihan menggunakan otak kanan sehingga berjumpa En Osman. Thank you & Congratulations.” ~Norlinda Mardi~

“Program yang terbaik pernah saya ikuti. Satu-satunya program yang selama ini saya impikan untuk membantu pelajar-pelajar saya dalam meningkatkan minat belajar.” ~Zarina Azian Mohamed Yusop~

“Bengkel yang amat menarik dan menyeronokkan. Semoga akan menjadi seorang motivator yang akan dikagumi bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia.” ~Nik Rusmaria Md Nur~

“Program ini amat memberi kesan positif kepada saya. Ia sungguh menyeronokkan. Saya harap dapat bersama En Osman dalam sesi motivasi akan datang.” ~Nurul Hani Baharudin~

“Amat berkesan dalam meningkatkan kemahiran belajar kepada para guru. Amat menyeronokkan dan ‘happening’. Tahniah En Osman.” ~Norliza Ramli~

“Cara dan gaya persembahan yang sangat menarik. TQ.” ~Kamaruddin Yusoff~

“Program ini sangat berguna kepada saya kerana dapat membuka minda tentang bagaimana ingin membentuk / mencapai sesuatu kejayaan. Tahniah kepada En Osman Affan kerana berjaya mengendalikan program ini sehingga tamat tanpa saya berasa boring atau bosan.” ~Nooriah Ibrahim~

“Program ini sangat menarik dan sangat berkesan. Saya sangat beruntung terpilih untuk menyertai program seumpama ini. Harapan saya agar dapat menyertai program yang dianjurkan oleh En Osman di lain masa, Insyaallah. Terima kasih kerana menyampaikan segala ilmu kepada saya.” ~Cik Rusfariza Embong~

“Sangat best! Lebih-lebih lagi En Osman menyampaikan ceramah dengan cara yang tidak skema dan yang penting, pandai berjenaka serta guna bahasa loghat Terengganu pulak tu. Program ini mampu meningkatkan keyakinan guru-guru untuk menjadi pendidik yang lebih cemerlang.” ~Sharifah Ayuni Syed Mustaffa~

” Amat seronok. En Osman dapat mengendalikan program ini dalam suasana yang seronok dan kelakar. Banyak benda baru yang dipelajari.” ~Asma Jusoh~

“Sangat berguna dan berkesan. Nampak En Osman cukup bersedia dan bersemangat. Semoga cepat-cepat dapat Phd. Nanti kita boleh panggil Dr Os. ” ~Mat Didik Awang Senik~

“Program ini sangat bagus dan seronok. Persembahan daripada En Osman sentiasa bertenaga dan tidak ada rasa bosan.” ~Norshida Kadir~

Terima kasih kepada semua guru yang memberikan maklumbalas. Sampai disini sahaja yang larat saya taip maklumbalas yang saya perolehi. :) Saya benar-benar hargai segala penghargaan yang diberikan. :)

Mindcet 

Pada 6-8 November lalu, saya sungguh bertuah kerana berpeluang menjalankan program Mind Based Learning (Cara Belajar berasaskan minda)bersama wakil guru daripada semua sekolah menengah seluruh Terengganu. Program ini adalah anjuran Pusat Minda Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Haji Saidi dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Setiap sekolah menengah di seluruh Terengganu menghantar 2 wakil guru yang menjadikan peserta program ini seramai hampir 300 orang.

Program ini adalah amat istimewa bagi saya kerana saya rasa saya mampu memberi semula apa yang pernah saya perolehi di Terengganu. Saya menceburi bidang pendidikan ini sekarang kerana saya pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)di SMK Menerong dan SMK Ajil pada tahun 2003. Bermula daripada itu, minat saya berkembang di dalam ini hinggalah saya kini mampu berdiri di hadapan hampir 300 orang guru untuk berkongsi maklumat yang ilmu yang telah saya kuasai selama ini.

Mindcet

Dalam program ini, saya kongsikan bagaimana minda guru dan pelajar boleh membantu proses pembelajaran. Saya ketengahkan bagaimana minda pelajar yang tertutup boleh dibuka dengan bantuan guru. Saya juga kongsikan pantang larang semasa mengajar agar minda pelajar tidak tertutup selamanya.

Selain daripada itu, saya juga sempat kongsikan beberapa teknik belajar yang berkesan. Saya kongsikan teknik-teknik untuk mudah menghafal kepada guru-guru dengan harapan mereka dapat aplikasikannya dan mengajarnya kepada para pelajar di sekolah mereka nanti.

mindcet

Program kali ini adalah program pertama dalam projek ini. Insyaallah beberapa program susulan akan dijalankan pada tahun 2009 dalam kumpulan yang lebih kecil untuk melatih guru yang berminat untuk mendalami ilmu mengajar berasaskan minda ini. Insyaallah dalam posting yang akan datang akan saya kongsikan maklumbalas positif yang saya terima daripada guru-guru ini.

Urusetia

Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kerana menganjurkan program ini. Terima kasih khas untuk Pusat Minda Terengganu terutamanya kepada Dato’ Hj Saidi dan Dr Wan Shaari kerana memberikan saya kepercayaan untuk menerajui program ini. Tidak lupa kepada sahabat saya Ridzal Yusof dan isteri, Fatimah Zahra yang sanggup mengambil cuti dan memandu ke Terengganu kerana hendak membantu saya menjalankan program. :)

 Osman Affan di Motivasi Pagi TV3

Dua minggu lalu saya telah berjaya menyiapkan penggambaran untuk rancangan Motivasi Pagi TV3 bagi episod 6 hingga 8 buat saya. Penggambaran ini dijalankan di Bukit Cahaya Shah Alam. Alhamdulillah, semua proses penggambaran berjalan dengan sangat lancar. Saya juga dipermudahkan untuk membuat rakaman ini tanpa masalah lupa atau hilang idea semasa bercakap.

Di sini saya berikan tarikh yang diberikan kepada saya untuk tayangan 3 rakaman tadi. Tayangan bermula pada pukul 7 pagi.

Ahad 9/11/2008     Tajuk: Ketenangan menjawab soalan (terutama untuk pelajar menduduki peperiksaan SPM)

Ahad 6/12/2008     Tajuk: Mengisi masa cuti selepas SPM 

Ahad 27/12/2008    Merancang masa depan selepas SPM

Bersama Krew TV3

Terima kasih saya ucapkan kepada semua krew TV3 yang terlibat dalam proses penggambaran ini terutamanya kepada Ustaz Fasil yang memberi kepercayaan kepada saya dan juga kepada Cik Anita yang memastikan proses penggambaran ini berjalan lancar. Kepada anda semua saya ucapkan selamat menonton.

Osman Affan di KUIS 

Pada 23-24 Oktober (Khamis & Jumaat) lalu, saya bersama beberapa rakan trainer menjayakan satu program kepimpinan siswa bersama barisan pemimpin pelajar di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Program ini disertai lebih kurang 120 pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan atau pertubuhan universiti.

Pelajar

Apa yang sangat menarik dalam program ini ialah ini adalah kali pertama khidmat saya dan beberapa rakan trainer lain digabungkan di dalam satu program. Ia bermaksud, inilah kali pertama (bagi saya mungkin) modul kepimpinan dihasilkan dan digabungkan daripada lebih 8 orang trainer berpengalaman. Kemudian ia dijalankan pula bersama oleh pembuat modul-modul ini semua.

Pelajar

Antara trainer yang terlibat dalam program ini ialah

  • Sifu Puan Ainon Mohd – PTS Publishing Group
  • YM Dr. Tengku Asmadi – MAP Training
  • Tuan Fadzli Yusof – RK Training
  • Tuan Abdul Razak – RK Training
  • Tuan Hj Sabtu – IIR Consultancy
  • Tuan Azzam Sabtu – IIR Consultancy
  • Tuan Shamsuddin Kadir – Ultra Mind Resources
  • Puan Norlela Zubir – Yuzuki Melaka Sdn Bhd
  • Tuan Zamri Mohamad – Penulis bebas, jurulatih penulisan dan pengurusan
  • Osman Affan - Creative Questions Enterprise.

 Trainer

Di dalam program ini, para pelajar didedahkan kepada beberapa tajuk penting yang mereka perlukan sebagai pemimpin. Pemimpin yang digambarkan bukan sahaja pemimpin dikalangan pelajar malah mereka ini merupakan bakal-bakal pemimpin di masa akan datang. Antara topik yang dibincangkan ialah bagaimana cara untuk berfikir dengan kreatif, kemahiran berkawan dan berkomunikasi, menjadi bakal hartawan, kaedah pembentangan terbaik dan sebagainya.

Pelajar

Saya diamanahkan untuk mengendalikan slot kaedah pembentangan iaitu slot yang membincangkan tentang Presentation Skill. Buat beberapa orang rakan trainer, ini adalah kali pertama mereka melihat saya beraksi semasa membuat presentation. Harapnya mereka tidak terlalu terkejut jika ada sedikit gaya ‘gila-gila’ dalam cara persembahan saya dan dalam cara saya mencuri perhatian pelajar untuk fokus dalam sesi saya. :) Ini kerana ada rakan trainer dan krew memberi komen yang mereka rasa seperti melihat orang lain pula semasa saya membuat presentation.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, kerjasama dan maklumbalas yang diberikan oleh pelajar sangat memberangsangkan walaupun masa yang ada sangat singkat. Saya telah kongsikan dengan pelajar tentang satu teknik di mana jika mereka bentangkan sesuatu, bagaimana untuk menjadikannya mampu menarik perhatian penonton dan bagaimana untuk meninggalkan kesan di dalam hati penonton.

Pelajar

Jika anda tanya saya apakah yang saya faham tentang definisi seorang pemimpin yang baik? Saya akan kata, seorang pemimpin yang baik ialah tidak semestinya seorang yang paling kuat, bijak, bersemangat atau mempunyai rupa paras yang menawan. Seorang pemimpin yang baik ialah seorang pemimpin yang pandai menggunakan sumber-sumber yang ada di dalam kumpulan pimpinannya. Seorang pemimpin yang baik bijak menggunakan kekuatan ahli pimpinannya untuk membawa kumpulannya itu semakin mara ke hadapan.

Kepada semua rakan trainer saya ucapkan tahniah diatas kejayaan menjalankan program yang sudah dirancang sejak bulan Mac lagi ini. Terima kasih atas perkongsian dan tunjuk ajar yang diberikan. Kepada semua pelajar yang mengikuti program ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga berjumpa lagi.

UITM Dungun 

Sabtu lalu, 11 Oktober 2008, saya buat pertama kalinya menjalankan program di UITM Dungun. Sebenarnya, ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke UITM Dungun. Kali pertama dulu ialah ketika saya mewakili PPP ITM Shah Alam ke pertandingan Bola Keranjang dan Catur antara semua cawangan UITM negeri. Tidak silap saya ia berlangsung pada tahun 1995.

UITM Dungun

Kali ini, saya sebagai alumni UITM, menjalankan program SmartStudy kepada para ‘junior’. :)   Fokus utama program ini ialah seperti biasa teknik-teknik belajar yang berkesan. Saya juga masukkan teknik ‘Presentation Skills’ dan teknik komunikasi berkesan.

UITM Dungun

Setiap kali saya jalankan program begini, saya selalu terfikir betapa beruntungnya pelajar mendapat peluang untuk menghadiri program-program sebegini. Saya lihat pihak pengurusan universiti sama ada kaunselor atau pensyarah begitu bersemangat untuk menjayakan program sebegini. Hasilnya, pelajar yang hadir mendapat sesuatu yang sukar mereka perolehi jika hanya dengan membaca buku atau mencuba sehingga dapat (trial and error).

UITM Dungun

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Haslenna yang menguruskan program ini dari awal lagi. Dengan bantuan beliau, saya merasa cukup selesa sepanjang berada di UITM Dungun. Terima kasih juga kepada En Jeff yang membantu perjalanan program. Akhir sekali, tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang menyertai program ini. Semoga senarai apa yang anda semua mahu capai akan termakbul dalam masa yang paling singkat.

Selamat berjaya!

Mas 

Pada 23 September (Selasa) yang lalu, saya menerima satu panggilan daripada Kudat Sabah. Panggilan tersebut datangnya daripada Cikgu Aishah. Beliau bertanyakan kepada saya jika ada kemungkinan saya menjalankan program SmartStudy bersama pelajar sekolah beliau iaitu SMK Kudat Sabah. Seperti biasa, saya kata boleh saja.

Namun cabarannya ialah ia mahu dijalankan pada hari Khamis, minggu itu juga. Terkejut juga saya pada mulanya. Ada rasa hendak menolak program ini memandangkan saya ada majis berbuka puasa bersama ahli Tamrin pada 24 September. Namun setelah berbincang, akhirnya saya setuju untuk ke Kudat Sabah. Di situlah ‘adventure’ ini bermula.

Adventure pertama datangnya daripada cabaran untuk mendapatkan tiket kapal terbang dalam masa yang terdekat. Puas saya telefon ke sana ke mari untuk mendapatkan harga yang berpatutan namun ia terbukti mencabar kerana masa begitu suntuk. Alhamdulillah, dapat juga saya satu tiket yang agak berpatutan.

Pada hari Rabu, 24 September, saya terpaksa batalkan dua janjitemu. Saya maklumkan kepada sahabat-sahabat mengenai majlis buka puasa yang tidak dapat saya hadiri. Saya juga perlu batalkan temujanji dengan penerbit untuk buku terbaru saya dan jadualkan semula pertemuan itu selepas raya. Sekali lagi, saya berada di KLIA untuk terbang ke Kota Kinabalu Sabah.

Adventure hari ini bermula dengan flight delay. Nasib baik juga ‘delay’nya tidak lama. Perjalanan ke KK mengambil masa 2 jam 30 minit. Alhamdulillah setelah sampai ke KK lebih kurang pukul 3.30 petang, saya dijemput oleh En Jai dengan kereta sewa. Tergamam juga saya apabila diberitahu perjalanan ke Kudat mungkin memakan masa selama 3 jam. Saya asyik terbayang apalah yang saya hendak buat di dalam kereta selama 3 jam itu. Ia memakan masa lebih lama daripada penerbangan tadi.

Ke Kudat

Apa yang menarik mungkin kerana hari ini saya akan berbuka puasa 1 jam lebih awal daripada Semenanjung dan saya akan berbuka puasa hanya dengan sebotol air mineral di dalam kereta sewa. Rasa macam betul-betul tengah mengembara. Seronok juga. Saya tiba di Kudat pada pukul 7 malam. Hari sudah gelap. Saya sampai ke hotel yang disediakan. Satu lagi adventure. Saya diberitahu bahawa hotel itu mengalami masalah bekalan air. Tidak tahu bila akan ada semula. Tergamam sekali lagi. Dengan pantas saya buat keputusan untuk cari hotel lain sendiri. Dengan bantuan En Jai, saya pergi bertanya ke hotel-hotel berdekatan. Alhamdulillah, dapat satu yang sesuai.

Badan saya sudah penat ketika itu. Belakang saya terasa sakit. Perut pula terasa lapar kerana baru berbuka dengan sebotol air. Untung juga ada kedai makan yang dekat dengan hotel saya menginap.

Keesokan harinya, 25 September (Khamis), saya mendapat sms daripada Cikgu Aishah memberitahu saya program akan bermula pada pukul 10 pagi. Lewat juga fikir saya kerana selalunya saya mulakan program pada pukul 8 atau 8.30 pagi. Tambahan pula, saya mesti tamatkan program pada pukul 2 petang. Ini kerana saya perlu bergegas ke lapangan terbang kerana penerbangan saya ke Kuala Lumpur adalah pada petang ini. Jika lewat daripada pukul 2.30 petang daripada Kudat, saya mungkin ketinggalan kapal terbang dan tidak ada jaminan bila saya boleh dapatkan penerbangan seterusnya.

SMS cikgu Aishah tadi juga agak menakutkan. Beliau kata ada masalah elektrik di sekolah ketika itu. Beliau harap bekalan elektrik akan pulih sebelum program bermula. Sekali lagi jantung berdegup dengan agak laju. Lebih kurang pukul 10 pagi, saya tiba ke SMK Kudat buat pertama kalinya. Terima kasih diucapkan kepada cikgu Fatimah kerana menjemput saya. Alhamdulillah, bekalan elektrik sudah ada dan saya berjumpa dengan pengetua dan beberapa orang guru.

SMK KUdat

Program bermula tepat jam 10 pagi. Saya selalu percaya jika begitu banyak cabaran dan halangan untuk saya melakukan sesuatu, pasti ada sesuatu yang hebat disebalik apa yang saya mahu lakukan itu. Kehebatan yang saya lihat di sini ialah semangat dan kesungguhan pelajar SMK Kudat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Mereka kelihatan begitu ceria dan sentiasa memberi maklumbalas yang baik setiap kali saya bertanya soalan atau mengajak mereka berbincang tentang sesuatu idea. Keletihan dan debaran yang saya rasakan sejak awal datang ke Sabah hilang serta-merta. Saya rasa selesa seolah-olah saya berada di tempat yang saya sudah biasa benar.

SMK Kudat

Di dalam program ini, saya banyak tekankan tentang potensi untuk pelajar berjaya. pelajar di peringkat sekolah selalunya suka melabelkan diri mereka berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Jika mereka biasa dapat gred C, mereka akan labelkan kebolehan diri mereka sebagai C juga. Apa yang saya cuba tunjukkan ialah kebolehan pelajar adalah lebih jauh dan hebat daripada itu. Semoga para pelajar dapat bawa pulang sesuatu daripada apa yang saya kongsikan bersama mereka. :)

SMK KUdat

Program saya tamat pada pukul 2.15 petang. Sambil sibuk berkemas, sibuk juga saya bergambar dengan pelajar dan guru. Sekali sekala terasa juga masa bintang filem dan penyanyi. :)

Adventure saya bermula sekali lagi. Saya bertolak daripada Kudat ke KK lebih kurang pukul 3 petang. Saya mahu sampai ke lapangan terbang sebelum pukul 5.30 atau selewat-lewatnya pukul 6 petang.  Pemandu kereta sewa ketika itu kelihatan agak bimbang jika saya tidak sempat sampai memandangkan jalan akan sesak apabila menuju masuk ke Kota Kinabalu.

Dipendekkan cerita, saya selamat tiba ke lapangan terbang 5 minit sebelum pukul 6 petang. Ramai pula penumpang sedang ‘check-in’ untuk ke Kuala Lumpur. Hari ini, ketika azan Maghrib, saya masih berada di dalam barisan. Namun saya masih rasa lega kerana dapat sampai tepat pada masanya.

Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Cikgu Aishah kerana bekerja begitu keras untuk menjayakan program ini. Jika saya rasa banyak cabaran dan halangan di sepanjang usaha menjalankan program ini, pasti cikgu Aishah hadapi cabaran yang lebih hebat lagi. Terima kasih cikgu Aishah. Terima kasih juga kepada cikgu Fatimah, salah seorang guru kaunseling di SMK Kudat ini. Tidak lupa kepada Pengetua yang banyak menaikkan semangat saya dengan ucapan beliau.

SMK KUdat

Ucapan terima kasih khas untuk urusetia program yang terdiri daripada barisan pelajar. Mereka telah jalankan satu kerja yang hebat dan patut dicontohi oleh rakan pelajar yang lain. Kepada semua pelajar SMK Kudat, saya ucapkan selamat berjaya! :)

 Politeknik PD

Siang tadi saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kali ini, saya kendalikan program SmartStudy selama 4 jam. Rasanya, inilah kali pertama saya jalankan program SmartStudy selama 4 jam tanpa henti.

Disebabkan masa yang agak singkat, saya sedikit bimbang jika tidak banyak yang dapat saya kongsikan bersama pelajar. Jadi saya setelah program berjalan selama lebih kurang 2 jam setengah, saya tanya pelajar sama ada mereka mahu berehat seketika selama 10 hingga 15 minit. Namun, agak mengejutkan (dalam konteks gembira) para pelajar meminta saya meneruskan program hingga habis. Sekali lagi saya terlupa yang hari ini hari puasa. Kekal ceria dan bertenaga sepanjang program disebabkan maklumbalas dan semangat yang pelajar tunjukkan ini.

Politeknik PD

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En Hazree yang bertungkus lumus mengendalikan program ini. Tidak lupa juga kepada para pelajar yang bertugas sebagai urusetia program. Semoga dapat berjumpa lagi di lain kali. Saya sertakan serba sedikit maklumbalas pelajar mengenai program ini.

“Program ini amat menyeronokkan keran En Osman memang berkebolehan memberi ceramah dengan cara yang mudah difahami. Thank you.” ~Suzianah Umat~

“Best giler! 4 jam pun macam tak cukup je. We want more!” ~Muhammad Fareezul Akmal~

“En Osman sangat bagus untuk memberi ceramah atau motivasi. Beliau telah membuat saya mengenali diri dengan lebih mendalam.” ~Siti Nadirah Mohd Razib~

“Enjoy, puas hati, gembira, sangat-sangat seronok. Program yang sangat bagus untuk semua pelajar. Tidak membosankan langsung.” ~Qurratu Aini Ridzwan~

“Sangat seronok, tidak mengantuk, lebih ceria dan amat bagus. Boleh dipraktikkan.”~ Siti Nur Munirrah Kamaruddin~

“Jika boleh hari-hari nak mengikuti program En Osman. Rasa saya dah mendapat keyakinan diri yang sebenar.” ~Siti Nurul Huda Mohd Din~

“Best and thanks. Sangat-sangat seronok. Apa yang didedahkan mudah difahami. Cara penyampaian tidak membosankan dan dapat menarik perhatian.” ~Muhammad Asyraf Sapiee~

“Menyeronokkan. Dapat menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang tersembunyi.” ~Jumaidah Shahrial~

“Program ini terlalu seronok bagi saya, Saya rasa begitu yakin apabila mendengar apa yang disampaikan oleh En Osman. Terima kasih En Osman. Sesungguhnya program ini sangat membangkitkan keyakinan saya.” ~Atiqah Nabilah Kamarul Zaman~

“Program ini dapat membantu pelajar memotivasikan diri dan menjadi lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran masa akan datang. Pendekatan oleh penceramah juga amat bagus dan berkesan. Thank you Mr Osman.” ~Nurul Ain Abdul Razak~

“Sangat seronok. Program ini dapat mengajar saya cara belajar yang berkesan. May lead to my success.” ~Siti Nor Anis Mohd Yunos~

“Program ini amat bagus sekali. Walaupun dah banyak kali saya menghadiri program seperti ini tetapi saya lebih suka program En Osman.” ~Siti Rohaisha Johari~

“Saya suka cara penyampaian En Osman dan setiap bahan yang ditunjukkan amat berkesan.” ~Sharifah Syamimi Tuan Amza~

Politeknik PD

“Best sangat, kalau boleh nak lama lagi, sikit pun tak boring, mengantuk pun tidak. Banyak yang dapat dipelajari dan dijadikan sebagai pengetahuan am. Cara penyampaian En Osman sangat efektif dan mempunyai cara yang tersendiri untuk tarik minat peserta program.” ~Nurul Ain Nabilah Rahim Omar~

“Program yang saya rasa paling seronok dalam hidup saya selama 18 tahun ini. Teruskan usaha serta maju bangsa.”~Mohd Syafiq Ashraf Mohamed Siddq~

“Terima kasih En Osman. Tanpa anda tiadalah keyakinan dan keistimewaan dalam diri saya.” ~Muhammad Iskandar Hashim~

“Saya terasa diri semakin bersemangat untuk memangkin pembelajaran saya ke arah yang lebih baik. Terima kasih En Osman Affan!” ~Jasmani Abdullah~

“Inilah program motivasi yang paling best saya sertai.” ~Muhammad Hazim Muntasir~

“Saya sangat suka program ini. Belum pun keluar daripada dewan selepas mendengar ceramah En Osman, saya rasakan ada satu suntikan semangat untuk saya berusaha mencapai matlamat saya. Terima kasih, syabas dan selamat maju jaya. Semoga Allah akan memberi kemudahan kepada anda atas segala ilmu yang disampaikan.” ~Noraini Johan~

 

Semalam tamatlah program Train The Trainer yang saya dan beberapa rakan trainer ikuti bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Setelah 5 hari bertungkus lumus mempelajari teknik dan tips menjadi trainer yang lebih beretika dan professional, ia diakhiri dengan ujian membuat ‘presentation’ yang diselia oleh 2 master trainer PSMB. Semasa saya menyertai kursus ini pada awalnya, saya langsung tidak tahu yang kami akan diberi ujian untuk melihat sama ada kami mempunyai keupayaan dan kebolehan sebagai seorang trainer. Masa yang diberikan cuma 20 minit untuk mengajar sesuatu kepada para peserta lain.

Presentation

Peserta kursus seramai 15 0rang dibahagi kepada 2 kumpulan. Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Azzam berada bersama kumpulan saya. Saya memilih tajuk ‘Memory Skills for beginners’, Tuan Shamsuddin memilih tajuk ‘Tips to avoid impulse buying’ dan Tuan Azzam memilih tajuk ‘Interpreting facial expression’ sebagai tajuk presentation.

Walaupun sudah banyak kali membuat presentation, debaran kali ini agak berbeza. Mana tidaknya, yang berada di kami ialah master trainer yang bakal memberi markah untuk menentukan sama ada kami lulus atau tidak. Tambahan pula para peserta juga kebanyakannya terdiri daripada trainer berpengalaman. Ditambah lagi dengan debaran yang presentation itu hanya 20 minit (mungkin ada yang kata masa ini agak panjang namun rasanya ia agak pendek untuk menerangkan sesuatu dengan jelas).

Tuan Azzam Sabtu

Di dalam kumpulan saya, saya adalah peserta pertama yang membuat presentation manakala kumpulan lagi satu dimulai oleh YM Dr Tengku Asmadi. Orang yang ‘present’ mula-mula kurang sedikit kelebihannya kerana kami tidak ada sebarang rujukan bagaimana ia akan berjalan. Peserta selepas itu semuanya sudah nampak apa yang patut dan tidak patut dilakukan berdasarkan kesilapan peserta-peserta awal. Walaubagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan apa yang telah saya persembahkan.

Tuan Shamsuddin Kadir

Di dalam program 5 hari ini, banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Tidak dinafikan ada beberapa perkara yang saya sudah tahu tetapi saya selalu berpegang kepada prinsip bahawa, ‘jika hendak menuntut ilmu, kita perlu hadir dalam keadaan gelas yang kosong’. Hasilnya, saya dapat lihat banyak perkara daripada sudut yang baru. Saya juga dapat lihat beberapa kessilapan yang sering saya lakukan sebelum ini. Jadi, kursus ini sangat-sangat bermanfaat buat diri saya.

Puan Siti Sahlah Ibrahim

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada master trainer Puan Siti Sahlah Ibrahim yang mengendalikan kursus selama 5 hari ini. Beliau sabar sahaja melayan kerenah trainer-trainer yang kebanyakannya gila-gila juga perangainya (termasuklah saya). :) Semoga dapat lagi berjumpa dan bekerjasama dengan beliau.

PSMB

Terima kasih dan tahniah juga kepada semua peserta kerana memberi kerjasama sepenuhnya dan berseronok bersama-smaa sepanjang program kursus dijalankan. Tahniah kepada Mr. Chong, Mr. Karthig, Tuan Azlan, Ms. Nicole, Ms. Chan, Ms. Angie, Mr. Eddie, Ms Thila, Mr. Vincent, Tuan Shamsuddin, Tuan Hj Sabtu, Tuan Fadzli, YM Dr Tengku Asmadi dan Tuan Azzam. Keputusan ujian tersebut belum kami perolehi. Dengar katanya kami akan tahu keputusan sama ada kami lulus atau tidak lebih kurang 3 minggu daripada sekarang. Rasa macam menunggu keputusan peperiksaan SPM pula rasanya. :) Selamat berjaya!

UITM Perak 

Sabtu lalu saya berada di Universiti Teknologi Mara, cawangan Seri Iskandar Perak. Program yang saya kendalikan ini bertajuk ‘Bengkel Kecemerlangan Akademik’ untuk fakulti senibina perancangan dan ukur. Ini merupakan kali ketiga saya menjejakkan kaki dan menjalankan program di UITM Perak ini. Seperti biasa, layanan yang saya terima adalah sangat baik dan para penceramah di sini membuat saya rasa seperti saya sedang pulang ke kampung halaman saya sendiri. :) Terima kasih saya ucapkan.

UITM Perak

Walaupun sedang berada di dalam bulan Ramadhan, ia tidak menghalang pelajar untuk hadir ke program ini. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan keyakinan diri pelajar bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan, malah untuk bercakap dikhalayak ramai dan menyuarakan pendapat kepada orang lain.

Puasa seperti tidak terasa bagi saya apabila mendapat kerjasama dan maklumbalas yang sangat baik daripada para pelajar ini. Pada awalnya, saya dapat lihat dan rasakan yang ramai antara pelajar yang hadir ini mempunyai masalah keyakinan diri. Ini berdasarkan cara mereka menjawab soalan saya dan cara mereka memberi maklumbalas kepada aktiviti dan persoalan yang saya berikan. Itu adalah perkara biasa. Mana-mana universiti yang saya pergi, saya boleh perkara ini.

UITM Perak

Namun apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah selepas rehat tengahari iaitu pada sesi petang, semua pelajar ini seolah-olah telah berubah menjadi sekumpulan pelajar yang lain! Mereka kelihatan lebih bertenaga berbanding waktu pagi dan mereka mula memberikan jawapan dan maklumbalas yang cepat di dalam program ini. Saya turut merasa bertenaga diatas perubahan ini. Apa yang berlaku semasa rehat tadi? Mereka balik ke bilik dan makan tengahari kah? hehe… saya pasti tidak. :)

UITM Perak

Apa yang berlaku ialah para pelajar ini sudah mula merasa selesa dan keyakinan diri mereka sudah mula meningkat. Ini terbukti apabila saya jalankan aktiviti di mana pelajar perlu hadir ke depan untuk bercakap selama beberapa minit, ada pelajar yang menawarkan diri untuk tampil tanpa disuruh atau dipaksa.

Seronok melihat pelajar yang berusaha mencabar diri mereka. Seronok saya lihat pelajar bertungkus-lumus melawan rasa takut yang sedang mencengkam diri mereka. Pesan saya kepada mereka, siapa yang berani mencabar rasa takut mereka, akan wujud rasa berani untuk berjaya dalam bidang apa sahaja suatu hari nanti.

Hasilnya, saya dapat banyak penyertaan pelajar dalam aktiviti bercakap di hadapan khalayak ramai secara spontan ini. Saya bawa bersama beberapa hadiah untuk saya berikan. Pemenangnya ialah dua pelajar perempuan (gambar di bawah) yang kelihatan agak gementar dan resah pada mulanya tetapi dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan memenuhi kehendak dan objektif yang telah saya berikan. Tahniah saya ucapakan.

UITM Perak

Saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat terutamanya Cik Asniza dan En Zul yang banyak melayan kerenah saya semasa berada di sana. Semoga kita berjumpa lagi. :)

Alhamdulillah, maklumbalas yang saya terima daripada peserta program Fasilitator Cemerlang di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tempohari sangat-sangat memberangsangkan. Bayangkan ada lebih 200 kertas maklumbalas di tangan saya dan saya tidak tahu yang mana satu saya mahu paparkan di blog ini.

Walaubagaimanapun, saya telah memilih beberapa maklumbalas untuk dikongsikan di sini. Selebihnya akan menjadi rujukan peribadi saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta yang meluangkan masa untuk menulis maklumbalas ini semua.

KMPP

“Wa la… Marvellous! I always feel sleepy during talk but this programme make my eyes open like a SPOT LIGHT. Thank you so much.” ~Iman Mahmud~

“Menyeronokkan. Saya tidak pernah mengantuk sepanjang program ini sedangkan saya amat mudah mengantuk.” ~Foo See Yun~

“At first I thought this programme will be like the usual, boring programme taht I had attended. But I was wrong, I was not even bored for a single second! And what’s best about this programme is I actually get the message that Mr Osman wants to deliver. Thank you. I’ll be looking forward to attend programmes like this more and hopefully they are the one conducted by En Osman.” ~Cheah Lyn Maye~

“Well, through this I got to learn many things that I cannot learn through books & notes. It is fun, nice to play. Hope I will meet Mr Osman Affan again and as he said, I will be the one who present in front of him and being comment. Thanks!” ~Tan Yeng Hoong~

“Sorry that at first I did say something bad about this programme but in the end I really appreciate it and it was really a professional and good talk given by professional and effective presenter. ” ~Boey Fook Hong~

KMPP

“Having fun and fantastic! Selalunya kalau dengar ceramah je mesti fikir boring dan mengantuk but this is very different dan memberi impak yang sangat besar. Ia memberi satu semangat baru untuk menjadi lebih cemerlang tidak kira di mana, bila dan bagaimana. Love your programme!!” ~Nur Buhairah Mohd Ali~

“Saya suka cara presentation En Osman kerana beliau cakap dengan kita seperti seorang abang yang sayangkan kita semua. Abang yang mahu kita semua berjaya dalam hidup kita. Terima kasih, abang Osman!!” ~Sim Toh Mean~

“Program yang boleh dikategorikan sebagai ‘one-of-a-kind’! Saya sebenarnya sudah banyak kali menghadiri program dan seminar sebegini tetapi En Osman sememangnya lain dari yang lain. Keep it up!” ~Nur Aishah Mohd Yusof~

“En Osman, kehadiran saya dalam program ini telah meningkatkan keyakinan diri dalam diri saya untuk berjaya 10 tahun akan datang. Terima kasih atas ilmu Encik. Saya begitu enjoy sepanjang bersama Tuan. Kalau seminggu pun saya sanggup dengar tuan berceramah.” ~Nor Hazirah Mohd Zuki~

“Encik Osman, you are the man! Thanks for all your help.” ~Ahmad Nurwidad Aminuddin~

“Program ini dapat menambahkan keyakinan. En Osman seperti seorang rakan yang membantu rakan (peserta yang lain). We enjoy during the session! Seperti kata En Osman, Have Fun!” ~Noor Farhana Zakaria~

“Gaya En Osman sangat bersahaja. Nampak rilex. Mudah memahami apa yang ingin disampaikan.” ~Nur Iznie Nabila Othman~

“Program ini memang bagus dan menyeronokkan.  Program ini secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan diri sendiri dan mempercayai bahawa KAMI BOLEH! En Osman juga amat memahami masalah dan fikiran kami semua, dan seterusnya cuba membantu kami menyelesaikan masalah.” ~Er Yan Jing~

KMPP

“Program ini bukan semacam program biasa yang saya sertai dahulu!. En Osman Affan amat bagus…. Nice, fun and professional! Tak boring langsung!!” ~Low Kher Yee~

“Saya memang suka program En Osman. Tak tahu nak cakap apa. Memang baik! Terima kasih.” ~Lm Wun Sean~

“Program ini benar-benar memberikan semangat baru kepada diri saya untuk mencapai impian yang selama ini saya nampak tak mungkin dapat dicapai.” ~Siti Fatimah Nur Omar~

“Program ini amat komprehensif dan mengandungi pelbagai input dan contoh yang amat penting dalam hidup kita. En Osman menyampaikan ceramah seperti seorang rakan yang belajar sama dengan kami. Thank you En Osman.” ~Tanpa nama~

“Program ini sangat menarik. En Osman sangat profesional untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Very clear” ~Ng Chinn Hooi~

“…’Dunia ini memang banyak halangan. Yang berani sahaja yang mampu mencapai matlamat’ Ayat itulah yang membangunkan diri saya.” ~Atikah Munirah Haron~

“This is the best seminar that I have attended. I have more confident to speak in front of public. Thanks En Osman Affan.” ~Uzair Matamin~

“Program ini banyak memotivasikan saya! Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada En Osman.” ~Poh Boon Kar~

KMPP

“Sangat menarik. Tidak langsung membosankan dan sangat lucu dan bagus. Saya sangat suka cara En Osman bercakap dan melayan kami seperti kawan.” ~Lee Tsu Yen~

“Program ini menyedarkan saya bahawa saya mempunyai potensi yang besar dalam bidang yang saya ceburi. Saya suka gaya En Osman menyampaikan ceramah yang bersahaja, tapi penuh maklumat.” ~Nurhidayah Ahmad Tahir~

“Iceberg dalam diri kita akan pecah dan mampu menonjolkan bakat sebenar jika anda menghadiri program ini.” ~Niratulakma Mustakim~

“Komunikasi yang digunakan En Osman sangat berkesan sehingga membuatkan peserta tidak malu untuk ke hadapan. Saya sendiri tidak percaya yang saya akan menjadi sukarelawan untuk membuat presentation. Syabas!” ~Nurdini Zakaria~

“Sangat seronok dan bermanfaat. Saya tengah tension semasa hadiri kerana ada sedikit konflik. Tetapi semasa sertai kem semua perkara tension sudah hilang. Terima kasih En Osman. Salute you.” ~Muhammad Shafiq Saari~

Terima kasih kepada semua maklumbalas yang diberikan. Untuk lebih banyak maklumbalas yang saya terima daripada KMPP ini, boleh lawati link ini ==> Testimoni. (Skroll dan cari rujuk testimoni daripada KMPP)

Terima kasih. Semoga berjumpa lagi. :)

Kolej Matrikulasi Penang 

Pada 27 Ogos saya selamat sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 11 malam dan sampai ke rumah dalam pukul 12.10 pagi. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan untuk saya pulang. Kemudian pada 28 Ogos, saya dan Ihsan bertolak ke Pulau Pinang pada awal pagi bagi menjayakan satu program bertajuk ‘Fasilitator Cemerlang’ untuk para pelajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Program 3 hari ini dihadiri oleh lebih kurang 260 pelajar yang terpilih untuk menjadi fasilitator atau pembimbing rakan sebaya dalam subjek Biologi. Mereka ini semua merupakan pelajar yang sangat cemerlang. Mereka ditugaskan untuk membimbing beberapa rakan sebaya mereka dalam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk subjek Biologi. Ini merupakan satu tugas yang murni disamping berpeluang untuk meningkatkan tahap penguasaan soft skills mereka.

KMPP

Bagi saya, pelajar yang menghadiri program ini dan pelajar yang bergelar fasilitator ini sangat bertuah kerana mereka mempunyai peluang untuk melatih kebolehan mereka dalam berkomunikasi dengan rakan sebaya. Teknik berkomunikasi ialah satu teknik yang tidak dapat dikuasai dengan hanya membaca buku. Ia memerlukan latihan. Jadi, apabila mereka perlu membimbing dan mengajar rakan sebaya, kemahiran ini akan semakin terasah dengan baik.

KMPP

Sekali lagi, ini merupakan satu program yang sangat menyeronokkan buat saya. Saya akui saya secara fizikal berasa amat letih disebabkan program yang berterusan dan aktiviti fizikal (saya perlu bergerak dari hujung ke hujung dewan sepanjang hari kedua program).  Namun keletihan itu seolah-olah tidak memberi kesan kerana kerjasama dan tumpuan yang diberikan oleh para pelajar.

KMPP

Saya juga ada diberitahu oleh para pensyarah dan beberapa pelajar yang ada sejumlah besar pelajar yang pada mulanya tidak berminat untuk menghadiri program ini. Saya percaya ia disebabkan mereka sangka ini adalah program ceramah semata-mata sepanjang 3 hari. Menurut pelajar juga, pengalaman menghadiri program yang lepas membuat mereka rasa program ini juga pasti akan membosankan dan boleh membuat mereka terlena.

KMPP

Namun, berdasarkan maklumbalas yang saya terima di akhir program, hampir semua pelajar mengatakan bahawa program ini ada kelainannya. Rasanya ini adalah kali pertama saya mendapat maklumbalas yang saya tidak tahu yang mana satu hendak dipaparkan di blog ini. Ini kerana hampir semuanya mampu menyentuh hati saya dan mampu menaikkan semangat saya untuk terus berkongsi apa yang saya tahu. Jadi saya akan paparkan maklumbalas itu semua dalam posting yang akan datang.

KMPP

Di dalam program ini, saya kongsikan bersama pelajar beberapa tips dan teknik penting yang boleh mereka gunakan untuk membantu rakan sebaya mereka. Tips dan teknik yang saya rasa paling penting ialah teknik memori dan pengurusan masa. Ini kerana pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang ialah pelajar yang lemah atau kurang kemahiran belajar. Akibatnya mereka belajar separuh mati dan hasilnya masih jauh daripada tahap memuaskan.

Para pensyarah KMPP

Terima kasih saya ucapkan kepada urusetia program terutamanya Puan Fadzlijan yang banyak berurusan dengan staff saya En Arif bagi menjayakan program ini. Beliau juga banyak membantu melancarkan program yang saya kendalikan ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Puan Mardiana selaku ketua program, En Azman, En Arman dan semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini. Saya doakan agar semua fasiltator ini mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk mereka.

Jabatan Penerangan Brunei 

Hari ini (Rabu 27 Ogos) adalah hari terakhir saya mengendalikan program pembangunan kapastiti diri dan organisasi bersama para pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan negara Brunei Darussalam. Mungkin disebabkan rasa letih dan tidur yang tidak berapa betul semalam, kepala saya agak sedikit berat hari ini. Namun semangat saya untuk meneruskan program sentiasa membara. Mungkin ini disebabkan kerjasama dan sifat ‘sporting’ yang ditunjukkan oleh peserta sepanjang dua hari pertama program. :)

Hari ini saya telah simpulkan semua topik-topik yang saya bentangkan selama 3 hari bersama peserta. Saya kongsikan juga bersama peserta tentang perasaan saya yang terasa begitu cepat 3 hari berlalu. Setelah tamat sesi terakhir saya pada pukul 3 petang, satu majlis penutup diadakan yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Penerangan, Tuan Haji Mahrub A. Hj Murni. Beliau telah menyatakan harapannya agar ilmu-ilmu yang telah dikongsikan dapat dipraktikkan agar kemajuan boleh dilihat bukan sahaja di peringkat individu tetapi diperingkat organisasi.

Aktiviti

Seperti biasa, sesi bergambar menjadi tumpuan utama. Rasa semakin pening kepala saya yang asyik merenung ke arah flash daripada kamera. Namun, suasana meriah itu membuat saya rasa ingin terus berada di situ. Saya juga agak terharu dengan cenderahati yang diberikan oleh pihak Jabatan Penerangan. Selepas terima cenderahati daripada pihak jabatan, saya dipanggil sekali lagi untuk menerima cenderahati daripada semua peserta. Kemudian dipanggil sekali lagi untuk menerima cenderahati daripada kumpulan 6 (Gambar di bawah), salah satu kumpulan paling ceria dan bertenaga sepanjang program. Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta. Pengalaman saya menjalankan program 3 hari di Brunei akan menjadi satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kumpulan 6

Setelah tamat sesi bergambar, sekali lagi saya ditemuramah oleh pihak Akhbar The Brunei Times. Mereka banyak bertanya tentang bagaimana cara saya menjalankan program dan bagaimana cara saya menaikkan semangat peserta sepanjang program 3 hari itu. Saya sebenarnya juga agak terkejut (dalam erti kata gembira) apabila melihat peserta begitu bersemangat dan yakin terutamanya pada hari ketiga. Apa yang saya lihat pada hari ketiga ini, apabila saya minta peserta tampil ke depan untuk membentangkan hasil perbincangan, mereka berebut-rebut untuk tampil dahulu. Ini adalah satu permandangan yang sangat menggembirakan saya kerana saya percaya keyakinan diri mereka telah meningkat dengan begitu mendadak sekali. Ini semua adalah hasil kerjasama dan keinginan peserta sendiri untuk berubah. Apabila mereka sudah bersedia, sudah tentu mereka mampu meningkatkan keyakinan diri ke tahap yang saya dapat lihat ini. Tahniah saya ucapkan.

Lebih kurang pukul 5 petang, saya bergegas ke lapangan terbang antarabangsa Brunei untuk mendapatkan penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Walaupun agak terkilan kerana tidak sempat untuk bersiar-siar ke kawasan menarik di Brunei, saya percaya saya akan kembali lagi dan memperolehi peluang tersebut. Saya perlu balik hari ini juga kerana saya dijadualkan untuk menjalankan program bersama pelajar di Kolej Matrikulasi Penang pada esok hari.

Aktiviti

Kepada En Zul dan krew daripada Zol & Company Services (gambar di bawah), saya ucapkan terima kasih atas layanan baik yang saya terima sepanjang berada di Brunei. Tidak lupa kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, ketua-ketua unit dan semua peserta yang menjadikan program ini satu program yang amat istimewa bagi saya. Di bawah saya sertakan beberapa komen baik yang saya perolehi daripada para peserta program.

En Zul dan Krew Zol & Company Service

Sungguh luar biasa kerana saya dapat merasakan segala penyampaiannya yang amat jelas dan nyata segala yang disampaikan mengenai kehidupan pada diri masa ini yang perlu kita fikirkan dan ubah untuk sentiasa bahagia, dan bersyukur akan nikmat hidup.”~Mohd Abdul Kafi Hj Sulaiman~

Sangat seronok. Ilmu dan mesej yang disampaikan dapat diterima dengan baik. Akhir sekali Congratulations & Thanks Mr Osman Affan for the valuable knowledge. Thanks.”~Anang Idris Hj Ramli~

Sangat-sangat mengagumkan dan ianya memang betul dan benar-benar berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari mahupun di masa akan datang. So I call it ‘Magic’.” ~Mas’Ayu Abdullah~

Pada hari pertama program ini saya sudah tertarik untuk mengetahui semua maklumat yang disampaikan kerana ianya amat membantu saya untuk menguruskan hal peribadi dan kerja di samping meningkatkan keyakinan saya dalam pekerjaan. Syabas dan tahniah diucapkan.”~Mohd Suzawadeen Mohd Zaidi~

Program yang sangat bagus. Cara penyampaian yang menyeronokkan dan membina. Terima kasih kepada En Osman.” ~Henyzan Hj Jamudin~

Sepanjang yang pernah saya alami seperti mengikut kursus-kursus atau ceramah, inilah pertama kalinya saya sangat suka pada program kursus. Saya sangat-sangat tertarik dengan semua motivasi yang disampaikan. Jikalau masa dapat diulang kembali (semasa zaman sekolah) insyaallah saya boleh jadi pelajar cemerlang. Syabas saya ucapkan kepada En Osman… yang terpenting sekali, saya memang enjoy sepanjang kursus ini dijalankan….dengan pengajaran yang saya dapat, insyaallah saya akan ajarkan pada bakal anak-anak saya.” ~Nurul Jannah Hassan~

Kursus ini banyak memberikan pengetahuan yang amat berguna disamping penyampaian yang berkesan oleh penceramah yang berkebolehan. Setiap kursus tidak akan mendapat feedback yang baik sekiranya penceramah tidak pandai menarik perhatian audience nya. Overall excellent ad looking forward for more course in the future especially with our expert facilitator Mr Osman Affan. Congratulations!” ~Surani Sharil @ Hanny~

Sangat berkesan untuk membina kapasiti diri dan organisasi melalui penyampaian topik-topik yang sungguh menarik dan memberangsangkan. Tuan Osman Affan seorang penceramah yang sungguh berkaliber dengan cara, peribadi, personaliti dan nada suara yang tidak membosankan.” ~Hjh Nor~

Melalui program ini saya banyak menerima inpt dari segi perkara-perkara baru bagi memperbaiki kualiti kerja saya disamping dapat mengingatkan saya kembali kepada perkara-perkara asas yang mungkin atau telah saya ketepikan termasuk kepentingan memiliki kewangan stabil atau simpanan mencukupi.”~Ampuan Roza Amalyati Ampaun Hussain~

Ini adalah hari kedua (Selasa 26 Ogos) saya menjalankan program untuk para pegawai Jabatan Penerangan Brunei. Pagi ini sedikit istimewa bagi saya apabila saya terbaca kisah program yang saya jalankan di dua akhbar utama Brunei iaitu Akhbar The Brunei Times dan Akhbar Media Permata. Akhbar ini melaporkan tentang majlis pembukaan program ini semalam dan ada juga bercerita sedikit tentang temuramah yang dijalankan bersama saya. Terdapat 3 artikel yang membicarakan tentang kursus pembinaan kapastiti diri dan organisasi ini.

Ini adalah sedikit petikan daripada akhbar The Brunei Times.

The Brunei Times

Artikel 1 – Feeling grateful can lead to a better person, organisation

Bandar Seri Begawan - Gratitude is one of the most important elements in building an individual’s capacity and that or organisation. This was said by Hj Yussof Hj Ladi, the deputy director of the Information Department, during the motivational cum wealth management seminar by invited Malaysia speaker Osman Affan.

……. Discussions took place amongst the participants in regards to work challenges and how to overcome them and Osman Affan regaled the audience with success stories of inspirational figures such as Victor Sebriokoff, the founder of Mensa to open their eyes to endless possibilities of success.

This is the first time Osman Affan has been to Brunei and he hopes to come again. He will be holding the workshop for three days starting yesterday. The participants consist of officers and staff from the different departments of the Information Department and also four members of staff from Royal Brunei Catering.’ ~The Brunei Times~

Artikel 2 – Motivational speaker share tips for self improvement

The conference room at the Information Department where a seminar titled “Building the capacity of the individual and the organisation” took place, was abuzz with activity yesterday. From morning till noon, the participants of the seminar conducted exercises that were designed to motivate as well as open their minds to endless possibilities and opportunities for a brighter future

Osman Affan, the facilitator for the event, made the atmosphere more lively with his exercises and included religious examples that can be emulated to achieve a successful future.

…….. “You should never ever call a person stupid, because once you do it will demotivate them and it will stick with them for the rest of their lives,”said Osman.

……He spoke of leadership skills and mentioned that a leader does not just need to be clever and efficient. “A good leader needs to learn how to use their resources, which means that a good leader must be able to bring out the best in their groups by helping each individuals realise their potential so that they will be able to contribute their best ideas,” he said.

…… After the seminar, one participant from Royal Brunei Catering, who declined to be identified, said she found the seminar to be beneficial, and was eager to share the knowledge she gained with her collegues. “I feel inspired and will probably start my list now,” she said. ~The Brunei Times~

Ini adalah sedikit petikan daripada akhbar Media Permata.

Akhbar Media Permata Brunei

Bandar Seri Begawan, Isnin – meningkatkan kapasiti diri dan kapasiti organisasi adalah satu keperluan dan syarat bagi memastikan sesebuah organisasi dapat berperanan dan menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan dan berkualiti.

………seramai 58 peserta iaitu 54 pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan dari semua bahagian dan cawangan bersama empat peserta dari Royal Brunei Catering Sdn Bhd menyertai program tiga hari itu yang menampilkan penceramah undangan Osman Affan dari Malaysia.

…… Beliau (Tuan Haji Yussof Hj Ladi) menambah kata sifat syukur juga akan membentuk keyakinan diri yang teguh dan kukuh, mengelak diri daripada berbelanja di luar kemampuan, bersedia menerima kritikan dan sentiasa berterima kasih kepada majikan dan negara yang menyediakan peluang pekerjaan dan aktiviti bagi menyara kehidupan. ~Media Permata~

Tuan Haji MahrubSelain daripada paparan dan pendedahan program melalui akhbar, hari ini juga amat istimewa kerana Tuan Pengarah Jabatan Penerangan sendiri iaitu Tuan Haji Mahrub A. Hj Murni turut serta duduk di dalam program bagi memberi sokongan dan mendengar isi kandungan program yang saya kongsikan bersama peserta.

Ini menunjukkan kesungguhan pihak Jabatan Penerangan untuk mengamalkan budaya menimba ilmu dikalangan pegawai dan kakitangannya. Saya juga sangat bertuah dapat mendengar banyak kisah dan pengalaman beliau sepanjang beliau mengetuai Jabatan ini dan juga pengalaman-pengalaman beliau yang lepas. Apa yang pasti, pengalaman dan pengetahuan ini semua tidak akan dapat saya perolehi dengan mudah di mana-mana.

« Previous PageNext Page »