Thu 12 Apr 2007
Program SmartStudy di SMK Benta Pahang
Posted by Osman Affan under Cerita, Khas, Motivasi, Persediaan Minda, Psikologi Peperiksaan, Teknik Belajar
No Comments
Sabtu lalu, saya berpeluang menjalankan program SmartStudy di Negeri Pahang Darul Makmur. Program akan dijalankan di SMK Benta. Pada pagi hari tersebut, setelah melihat peta sekolah tersebut sepintas lalu malam sebelumnya, saya pun keluar daripada rumah tepat pukul 6 pagi. Saya bawa dengan agak tenang kerana saya jangka saya pasti boleh sampai ke tempat tersebut dalam pukul 7.15 atau 7.30 pagi. Program hanya akan bermula pada pukul 8.30 pagi, pasti saya banyak masa untuk berehat seketika.
Entah kenapa, jangkaan saya agak meleset. Tempat yang saya hendak pergi itu rupa-rupanya agak jauh dari yang saya jangkakan. Rupa-rupanya saya tersalah anggap. Saya sangka benta tu sangat dekat dengan bentong, tetapi agak jauh juga rupanya. Saya mula memandu dengan lebih laju. Apabila dah mula rasa cemas bimbang lewat, mulalah macam-macam perkara yang tak diingini berlaku. Saya tersalah jalan sebanyak 4 kali. nasib baik juga saya sedar saya dah salah jaan dan sempat berpatah semula.
Apabila saya rasa dah tersesat dan mula mengejar masa, saya mula rasa panik, berdebar dan sedikit tertekan. Saya asyik melihat jam saya. Kemudian, saya teringat apa yang pernah saya ajarkan kepada para peserta saya. Kalau kita fokuskan perhatian kita kepada keadaan yang tidak elok, keadaan tidak elok itu akan semakin menjadi-jadi. Jika saya fokuskan kepada rasa gelisah, gelisah saya akan menjadi-jadi. Dan jika saya fokuskan kepada perkataan ‘lewat’ saya akan benar-benar lewat nanti. Akhirnya, saya tenangkan semula perasaan saya dan fokuskan minda saya kepada imej bahawa saya akan sampai pada masa yang sesuai.
Alhamdulillah, apa yang saya fokuskan benar menjadi. Saya sampai pada pukul 8.15 pagi, 15 minit sebelum program bermula. Para pelajar pula ketika itu sedang sibuk membuat persiapan untuk program ini dan program hanya bermula pada pukul 8.40 pagi.
Di SMK Benta ini, saya kongsikan bersama pelajar teknik-teknik belajar yang berkesan. Teknik utama yang saya kongsikan ialah teknik menghafal dan teknik membuat nota kreatif. Setelah saya ajarkan teknik tersebut, pelajar masuk ke kumpulan masing-masing dan mula menulis nota kreatif mereka sendiri. Mereka diberi beberapa jam untuk proses ini dan mereka perlu bentangkan hasil kerja mereka selepas makan tengahari.
Sementara menunggu pelajar menyiapkan kerja mereka, saya dan para guru bergerak ke bilik gerakan guru untuk sesi ‘SmartStudy for teachers’. Saya berpeluang berkongsi konsep SmartStudy saya bersama guru dan juga berbincang tentang teknik-teknik dalam meingkatkan kadar motivasi guru dan pelajar. Satu harapan yang saya kongsikan bersama guru ialah agar guru-guru mempunyai matlamat yang sama iaitu untukmenaikkan tahap prestasi sekolah dan meningkatkan tahap kerjasama dan keakraban sesama guru. Insyaallah, perkara ini pasti akan tercapai.
Program ini berakhir pada pukul 5 petang. Setelah bersalaman dengan beberapa pelajar dan guru, saya pun bertolak semula ke Kuala Lumpur dengan perasaan yang puas dan hati yang tenang kerana program ini berjalan lancar, sama seperti yang telah saya bayangkan……… Sekalung ucapan tahniah kepada semua pelajar yang turut serta dalam program ini….ribuan ucapan terima kasih kepada para guru yang sungguh bersemangat dan berdedikasi….ucapan terima kasih khas buat Cikgu Hassan Basri yang membuat program ini menjadi kenyataan….. ![]()
Minggu lepas, saya ke Kijal mengendalikan program SmartStudy Learning Skills bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kijal. Pelajar yang turut serta adalah pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SK Kijal terutama kepada Guru Besar, Penolong Kanan dan guru-guru yang mendidik pelajar tahun 5 dan 6 kerana menjemput dan membantu saya dalam menjalankan program tersebut. Ucapan terima kasih Khas buat Cikgu Jang yang berurusan dengan saya dan menjadikan program ini berjaya dijalankan dengan baik dan lancar.
Mesej saya kepada semua pelajar melalui cerita ini ialah, kejayaan pelajar bukan terletak di dalam ramalan cikgu atau pandangan sesiapa terhadap pelajar. Tidak kisah jika ada ramai orang memandang rendah pada kebolehan atau kemampuan anda kerana anda sendiri yang menentukan apa kekuatan anda yang sebenarnya.
Hari Rabu dan Khamis yang lepas, saya berada di Terengganu Darul Iman bagi menjalankan program SmartStudy Learning Skills untuk dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan dan Sekolah Kebangsaan Durian Burung. Program ini adalah untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini.
Setelah pelajar itu semua keluar daripada bilik guru besar, mereka kelihatan gembira dan bangga. Saya pergi kepada beberapa orang pelajar tersebut dan cuba bertanya apa yang guru besar kata di dalam bilik tadi. Seorang kawan saya menjawab..” Aduhhh.. kitorang kena rotan tadi tu…..”. Dia berkata begini dengan muka tersengih-sengih. Seorang lagi menyambung lawak kawan saya ini, “ye la… abis lebam badan aku kena rotan…” kemudian mereka ketawa dan tidak menjawab soalan saya tadi….
Semalam (22/1/07), saya terlibat dalam rakaman satu rancangan Motivasi TV RTM “Get Set Go” yang biasa ditayangkan pada pagi hari Ahad. Rakaman dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa. Saya dijadualkan menyiapkan 3 episod. Tajuk-tajuk saya adalah berkenaan konsep SmartStudy hasil tulisan saya sendiri iaitu persediaan minda, teknik belajar dan psikologi peperiksaan.
Bila sampai, cuma ada 2 krew sahaja di situ. Yang lain belum sampai. Tekpe la, boleh rehat dan breakfast dulu. Tetapi sampai pukul 10 pagi pun krew belum sampai. Rupa-rupanya ada miscommunication. Jadi, lebih kurang pukul 11 lebih baru krew datang.
Dugaan….. semasa scene kedua untuk episod kedua dirakamkan, cuaca semakin mendung…. pengarah mula mencari ‘angle’ yang sesuai supaya cahaya mencukupi. Rakaman perlu dihabiskan hari ini.
Akhirnya, setelah berteduh beberapa ketika dan melihat masa yang menunjukkan hampir pukul 5 petang, pengarah membuat keputusan bahawa rakaman perlu di tangguhkan ke hari Rabu ini…..

















Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 











