Soft Skills


 Universiti Darul Iman

Program ini sebenarnya telah dijalankan pada 26 Julai 2008. Hampir setahun setengah yang lalu. Ketika itu, saya kongsikan bersama lebih 200 pelajar yang hadir tentang tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai mahasiwa dan mahasiswi pusat pengajian tinggi.

Di dalam program ini, turut ada satu slot bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri semasa berucap di hadapan khalayak ramai dan disamping itu bagaimana untuk menarik minat pendengar semasa kita berucap atau berkata sesuatu.

Sejak kebelakangan ini saya banyak terima soalan berkenaan tips dan petua untuk bercakap di hadapan khalayak ramai atau tips pengucapan awam. Saya tidak mahir dalam teknik berceramah atau berpidato tetapi saya tahu beberapa tips dan teknik untuk menarik perhatian dan minat pendengar semasa kita sedang bercakap di hadapan mereka.

Universiti Darul Iman

Jadi dalam 2 video Youtube ini saya kongsikan satu slot bersama pelajar Universiti Darul Iman Terengganu. Di dalam slot ini, ditunjukkan beberapa mahasiwi yang bercakap di hadapan kawan-kawan mereka secara sukarela. Ini benar-benar menunjukkan semangat, keyakinan dan keberanian diri mereka. Sebelum mereka bercakap, saya kongsikan dahulu beberapa tips dan langkah untuk menarik perhatian pendengar. Jadi, selepas mereka bercakap di hadapan, saya berikan sedikit komen kepada mereka.

Universiti Darul Iman

Saya percaya, jika mereka cuba sendiri dan kemudian dikomen, mereka akan lebih mudah ingat dan lebih mudah untuk memajukan diri mereka. Itulah juga caranya saya majukan cara saya bercakap di hadapan khalayak ramai. Saya masih ingat bagaimana beberapa Sifu awal saya dalam bidang training berada di belakang audiens untuk memberikan komen tentang cara saya mempersembahkan sesuatu. Setelah selesai, saya akan dengar komen mereka.

Komen selalunya agak pedas apabila didengar kerana ia mencabar ego yang ada dalam diri kita. Namun komen yang pedas dan bernas itulah yang berjaya merubah cara saya dalam menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan. Selamat menonton klip pendek ini dan jika ada sahabat atau kenalan anda yang mungkin boleh mendapat manfaat daripada klip pendek ini, hebahkanlah kepada mereka. :)

Klip 1

Klip 2

 SmartStudy

Pada 29 November ini, saya akan jalankan  program SmartStudy Memory Skills di Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh di dapati di laman web www.SmartStudy.com.my .

Untuk program ini,  sesiapa yang mendaftar untuk program sebelum 15hb November akan mendapat senaskhah buku buku terbaru saya, Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan. Tambahan pula tempat adalah terhad dan pihak kami selalu mendengar rayuan ibu bapa yang mahu mendaftar di saat akhir. Sayangnya kami tidak dapat menerima pendaftaran apabila ia sudah penuh.

Seperti biasa, antara yang bakal diperolehi oleh peserta apabila menyertai program ini ialah, para peserta akan faham

Subjek Sains tingkatan 2

Bagaimana untuk menghafal rajah dalam subjek Sains

Menghafal maklumat dalam jadual

Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh dalam jadual.

Formula kepada gambar

Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.

Tarikh kepada gambar

Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.

 

5893548217653764781474882597463444037071

Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah.

(Cuba anda ambil masa 5 minit dan cuba hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)

Semoga dapat bertemu anda di program SmartStudy Memory Skills ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

 

Arif

: 012-902 8747 (Jika panggilan tidak dijawab, boleh tinggalkan pesanan sms dan kami akan hubungi semula. Terima kasih.)

Emma

: 03-4260 1103

 

Program Tuisyen Rakyata Selangor 

Sabtu lalu, 18 Julai 2009, saya berada di Quality Hotel Shah Alam bagi menjayakan satu slot bersama guru-guru yang terlibat dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor. Program ini dihadiri hampir 100 orang guru yang bertugas mengajar dan mengendalikan kelas-kelas tuisyen yang diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar di Negeri Selangor.

Sejak awal tahun, saya turut terlibat dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor ini. Namun penglibatan saya bukanlah sebagai guru tuisyen. Tugas saya ialah menjalankan program sehari SmartStudy Learning Skills untuk pelajar-pelajar tuisyen ini di beberapa zon yang terpilih. Maklumbalas pelajar mengenai program tersebut boleh dibaca di www.OsmanAffan.com/testimoni.htm .

Osman Affan

Kali ini, saya berdepan dengan guru-guru pula. Tajuk yang diberikan kepada saya ialah Petua Mengajar Berkesan. Topik ini sangat dekat di hati saya. Ini kerana saya juga berasal daripada guru yang mengajar tuisyen. Tambahan pula, saya benar-benar rasa begitu penting untuk setiap guru mempunyai teknik dan kebolehan untuk mengajar dengan baik. Apabila seorang guru boleh mengajar dengan baik, peluang untuk menukarkan seorang murid biasa kepada murid yang luar biasa cemerlangnya adalah lebih besar.

Di dalam program ini saya kongsikan bersama guru 4 topik utama iaitu:

  • Prinsip mengajar
  • Petua mengajar
  • Etika mengajar
  • Salam Mesra

Kesemua topik ini berkisar mengenai bagaimana seorang guru boleh mengajar dengan lebih baik. Malah lebih penting lagi, jika ia diamalkan, seorang guru akan menjadi seseorang yang hebat dan pakar dalam subjek yang diajarnya.

Satu contoh mudah yang saya berikan adalah pengalaman saya sendiri mengajar tuisyen. Ramai yang tahu, pelajar yang menghadiri tuisyen selalunya terdiri daripada pelajar yang agak lemah daripada segi pencapaian akademik. Ada juga yang sudah cemerlang namun jumlahnya tidak seramai yang kurang cemerlang. Jadi cabaran mengajar tuisyen ialah seorang guru tuisyen perlu membuat pelajar faham dalam masa yang singkat berbanding dengan guru yang mengajar di sekolah.

Osman Affan

Jika guru tuisyen asyik merungut mengatakan bahawa anak muridnya lemah, tidak ada asas dan tidak berpotensi untuk skor A dalam peperiksaan, sudah tentulah tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan. Namun, jika seorang guru tuisyen itu mula berfikir, “bagaimana aku boleh buat pelajar ini lebih mudah faham?” atau “apa agaknya cara terbaik untuk buat pelajar aku ni ingat dan kuasai topik ni dengan secepat mungkin?”, saya percaya satu perubahan besar akan berlaku.Buat Duit Dengan TuisyenBukan sahaja guru ini mula akan berfikiran positif, beliau juga akan mula mengasah dan meningkatkan kebolehannya untuk mengajar.

Apabila saya amalkan teknik ini, saya dapati diri saya sentiasa mencari jalan untuk memajukan cara saya menyampaikan sesuatu. Akibatnya, saya sentiasa (sengaja atau tidak sengaja) jumpa cara dan kaedah terbaik untuk menyampaikan sesuatu. Cara dan kaedah itu pula bukan sahaja sesuai untuk digunakan kepada pelajar, malah juga kepada peserta yang mengikuti program-program kendalian saya seperti program Mind Power dan juga program-program Public Speaking. Hasil daripada cara berfikir begitu juga membuat saya dapat menghasilkan beberapa buku mengenai teknik belajar seperti Persediaan Minda Pelajar Cemerlang, Kemahiran Belajar dan juga Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan. Bayangkan apa akan jadi jika semua guru boleh amalkan cara berfikir tadi dan akhirnya semua menjadi pakar dan menulis dalam bidang kepakaran masing-masing?

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En Hamdan Bin Sapar yang telah menjemput saya bagi menjayakan program ini. Saya doakan agar Program Tuisyen Rakyat Selangor ini berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan supaya hasilnya dapat dinikmati oleh anak-anak bangsa kita sendiri.

Catatan: Maklumat lanjut mengenai Prinsip mengajar, petua mengajar dan etika mengajar boleh dibaca di dalam buku saya yang bertajuk ‘Buat duit dengan tuisyen’ terbitan PTS Professional.

 Bengkel Tamrin

Hari ini berlangsung satu bengkel anjuran Tamrin (Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia) mengenai bagaimana hendak menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Secara khususnya, pelanggan yang dimaksudkan ialah pegawai yang menjaga bahagian latihan (training). Ini adalah sebahagian daripada modul bagi menyediakan peserta untuk memasuki pasaran latihan di Malaysia.

Program ini dikendalikan oleh Sifu yang amat saya hormati, Puan Ainon Mohd. Pengalaman beliau dalam bidang training amatlah luas hingga kadangkala saya terasa begitu kecil apabila bercakap tentang training bersama beliau. Puan Ainon terangkan tentang adab-adab dan juga pantang larang dalam menjalinkan hubungan dengan pegawai yang menguruskan bahagian training tidak kira di jabatan kerajaan atau swasta. Pengetahuan yang dicurahkan ini sangat bermakna.

Walaupun saya sendiri berada di dalam pasaran training, banyak tips dan nasihat beliau yang sangat praktikal dan berguna jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh. Saya bayangkan, jika maklumat ini semua mahu diperolehi melalui pembacaan sahaja, tentu ia memakan banyak masa dan tenaga. Jadi saya percaya program ini sangat membantu diri saya dan juga semua peserta yang hadir.

bengkel Tamrin

Kebanyakan peserta yang hadir adalah penulis-penulis PTS dan juga peminat setia program-program anjuran Puan Ainon. Seronok berjumpa dan bergaul dengan peserta-peserta ini semua. Saya tidak pasti kenapa tetapi saya percaya ia disebabkan mereka ini semua begitu positif, ceria dan begitu selesa untuk didekati.

Saya dan Tuan Shamsuddin Kadir hadir untuk belajar dan sekaligus mewakili Tamrin sebagai Bendahari dan Timbalan Bendahari. Para peserta dikenakan bayaran yuran minimum dan jumlah kutipan ini disumbangkan ke dalam tabung Tamrin yang baru bermula sejak penubuhannya disahkan secara rasmi November tahun lalu.

Ustaz ZamriProgram ini juga membolehkan saya buat pertama kali bertemu dengan Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang merupakan seorang trainer dan motivator yang begitu dikenali kini. Selalu saya lihat beliau di kaca televisyen dan Alhamdulillah dapat juga bertemu akhirnya. Di mata saya, beliau adalah seorang yang mempunyai personaliti yang begitu hebat namun dalam masa yang sama beliau begitu merendah diri semasa berbicara. Semoga dapat bertemu lagi. :)

Kepada Sifu Puan Ainon, terima kasih setinggi gunung diucapkan di atas segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah menambahkan dan melimpahkan rahmat buat Sifu setiap kali kami berjaya melaksanakan dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dikongsikan tadi. Kepada semua peserta, selamat berjaya dan semoga bertemu lagi di dalam program-program yang akan datang.

Pada 27 Februari lalu, saya berpeluang menjalankan program Mind Power untuk kakitangan Skim Pelatih Pengurusan UDA Holdings yang bertempat di Pejabat UDA Holdings, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memberi satu perspektif baru kepada barisan pelatih baru ini tentang bagaimana menguruskan diri mereka sepanjang latihan kerja di UDA Holdings dengan menguruskan minda mereka.

Mungkin ramai yang agak ragu-ragu bahawa kejayaan menguruskan diri dan kerjaya bermula dengan kejayaan menguruskan minda sendiri. Pekerja yang tertutup mindanya mempunyai peluang yang lebih besar untuk gagal naik pangkat dan kekal di takuk yang lama. Pekerja yang terbuka luas dan hebat mindanya mampu mencapai sesuatu yang mungkin gagal dicapai oleh orang lain.

Jadi di dalam program ini, saya kongsikan bersama peserta bagaimana minda dapat dibuka dengan luas dan bagaimana kejayaan boleh disusun dan dirancang dengan menguatkan kebolehan minda. Inilah sebabnya program ini dinamakan ‘Mind Power’.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Kamli, Tuan Ami dan juga Cik Syafinaz yang menjemput dan memastikan program ini berjaya dijalankan dengan lancar. Saya sentiasa gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dan tips-tips praktikal dengan semua peserta program ini. Berikut adalah beberapa maklumbalas yang saya terima daripada peserta mengenai program ini.

UDA

“Banyak yang telah saya pelajari tentang matlamat dalam hidup saya yang selama ini saya sendiri pun masih tidak jelas tentangnya. Melalui kursus ini saya akan jadi lebih teratur dalam menyusun dan menyelesaikan masalah yang saya hadapi di hari mendatang. Thank you to En. Osman Affan. May GOD bless you.”- M.Shaiful Redzal bin Che Mahmood, UDA Holdings.

“Saya tidak pernah terfikir, selama ini segala energy banyak dibantu dengan pengetahuan minda yang terbuka, bukan dengan kekuatan tubuh badan sahaja”- Ahmad Fadzil bin Hassan, UDA Holdings. 

“Only one word….’WOW!’…Thank you Mr. Osman”- Mohd Khairul Asraf Nordin, UDA Holdings.

“Mesej yang disampaikan amat jelas, dapat membuka minda serta mindset dalam menjalankan kehidupan seharian. Terima kasih”- UDA Holdings.  

“Satu kursus yang amat berguna kepada saya, banyak benda baru saya pelajari bukan hanya dengan kerja makan gaji, malah kursus ini juga telah menunjukkan dan memberi peluang kepada saya mengetahui peluang-peluang yang lain”- Noorazlina binti Ramlee, UDA Holdings.

“Kursus ini sangat menarik dan menyeronokkan. Banyak topik yang berkaitan dengan diri kita sendiri dan kehidupan sekeliling yang dibincangkan, dimana dapat mengajar dan memantapkan keperibadian diri kita dimasa depan”- Ku Nurhazliya binti Ku Abd. Rahim, UDA Holdings.  

“Program ini sangat bermakna pada diri saya kerana dari kursus ini saya boleh tahu bakat yang ada, lebih positif dan lebih bersemangat serta menghargai benda yang ada. Terima kasih kerana membuka minda saya kearah yang lebih cemerlang”- Hazlin binti Ali, UDA Holdings.

“Program yang mencungkil bakat terpendam dan mendidik seseorang itu kearah yang positif”- Jamarul Akmarl bin Basir, UDA Holdings.  

“Think out of the BOX, that is what I have learned. Sangat seronok dengan modul-modul yang En. Osman bawakan, dan berharap lebih lagi dapat dikupas jika diberi peluang”- Nurulfatheem binti Roslan.UDA Holdings.

“Saya menjadi lebih bersemangat untuk mencari dan meneruskan impian yang bakal saya kecapi”- Siti Farhana binti Musa. UDA Holdings.  

“Berbanyak terima kasih kepada En. Osman Affan kerana banyak bagi ilmu dan pengetahuan serta dapat meningkatkan kepercayaan pada diri saya. Semoga berjumpa lagi”- Siti Aisyah binti Ibrahim, UDA Holdings.

“Satu program yang sangat hebat. Menjadikan diri saya lebih focus terhadap apa yang ingin dicapai. Akhir sekali, thank you so much En. Osman. Ilmu yang anda kongsi akan saya manfaatkan dalam kehidupan seharian. Thanks once again”- Noorzamzurida binti Rejab, UDA Holdings.

“Kursus yang sangat bagus dan menarik. Pendekatan yang digunakan adalah bertepatan dengan jiwa saya sebagai seorang belia. Dapat membuka mata bahawa orang dewasa pun masih boleh bercita-cita dan mencapai impian”- Nur Natasha Syiba binti Musa, UDA Holdings.

“Program yang sangat berguna buat saya bagi memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelum dan untuk menjadi insan yang lebih positif dan tahu potensi diri”- Roziana binti Bahiki, UDA Holdings.

“Program ini padat dengan mesej-mesej ilmu yang mudah difahami. Penyampaian yang sangat menarik melalui ilmu yang disampaikan sangat baik dan diluar jangkaan saya”- Nor Diana binti Ramli, UDA Holdings.

“Amat menarik. Mind Power telah buka minda saya untuk capai matlamat hidup dan tukar mindset saya untuk menjadi seorang yang luar biasa hebat. Congrats En. Osman and Smart Study!!…Thank you”- Farhana Mansor, UDA Holdings.

 

“Kursus yang sangat bermakna dan bertuladan. Saya rasa lebih berkeyakinan dan sangat seronok bila mengikuti kursus ini. Tahniah kepada Encik Osman Affan. Kalau ada masa, boleh teruskan lagi kursus ini kepada saya”- Siti Rafidah Md. Othman, UDA Holdings.

“Program ini sepatutnya perlu diterapkan diperingkat pusat pengajian tinggi supaya para penuntut lebih bersedia untuk mengikuti proses pembelajaran dipusat pengajian mereka”- Ahmad Zairol Apandi, UDA Holdings.

“Sangat hebat! Terasa seperti satu kelahiran semula”- Izrul Ikhwan bin Ibrahim, UDA Holdings.

MAP Training Team 

Ahad lalu, 8 Februari 2009, saya meluangkan masa selama 2 jam bagi mempersembahkan tajuk ‘Pandai bercakap dan kaedah terbaik membuat persembahan’ di hadapan lebih kurang 90 orang pelajar Kolej Mara Banting. Program ini dijalankan di Lembah Azwen, Ulu Langat, Selangor. Program ini merupakan program SPIES anjurang kerajaan Negeri Selangor yang telah diamanahkan kepada MAP Training & Consultancy. Tidak asing lagi, syarikat ini diterajui oleh YM Dr. Tengku Asmadi. Terima kasih saya ucapkan kepada YM Dr. Tengku Asmadi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan slot ini.

Percaya atau tidak, tajuk kaedah persembahan sebenarnya adalah sangat mencabar. Ini kerana, jika persembahan saya sendiri adalah sederhana atau tidak menarik, sudah pasti saya tidak boleh menyampaikan mesej yang terkandung di dalam modul yang saya bina ini. Jadi sudah pasti saya rasa berdebar setiap kali menjalankan program begini.

Kolej Mara Banting

Namun Alhamdulillah, pelajar ini semua sangat ceria dan ’sporting’ orangnya. Begitu mudah untuk saya menyampaikan mesej yang saya bawa. Mereka semua kelihatan sangat cergas dan ceria sepanjang program. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar yang sedang membuat persediaan untuk pergi ke luar negara. Lebih khusus, persediaan sebelum menyambung pelajaran ke United Kingdom. Saya rasa begitu kenal dengan mereka kerana saya juga pernah mengikuti program yang sama pada 1994-1996 di PPP ITM Shah Alam. Malah kami pernah mengadakan program sukan persahabatan antara PPP ITM dan juga Kolej Mara Banting.

Beberapa hari selepas program, Tuan Shuhaimi daripada MAP Training menghubungi saya bagi memberikan laporan maklumbalas pelajar mengenai sesi  yang saya jalankan. Agak menakutkan juga cara Tuan Shuhami memulakan bicaranya kerana saya sangka beliau membawa berita yang pelajar tidak sukakan slot tersebut. Namun sekali lagi Alhamdulillah, menurut beliau, lebih 95% pelajar memberi markah penuh kepada slot tersebut. Malah kata beliau, ada 10 pelajar yang memberi ‘rating’ 6 sedangkan rating tertinggi yang ada adalah 5. Baik sungguh hati mereka ini. :)

Kolej Mara Banting

Kepada semua pelajar yang mengikuti program ini, saya ucapkan selamat berjaya mencapai apa sahaja yang anda impikan. Semoga anda semua pulang nanti membawa kejayaan dan kehebatan yang boleh dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia.

LHDN 

Selasa dan Rabu lalu saya menjalankan program Pembangunan Modal Insan sesi kedua untuk para pegawai LHDN bahagian cukai korporat. Program kali ini juga dihadiri lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah yang mempunyai pengalaman antara 10 hingga 30 tahun bersama LHDN.

Menurut apa yang saya diberitahu oleh peserta, biasanya para pegawai ini semua akan menjalani program-program atau kursus yang berbentuk teknikal. Kursus teknikal pula selalunya agak memenatkan kerana banyak perkara rumit yang perlu dipelajari dalam masa yang sangat singkat.

Jadi dengan adanya program begini, para peserta merasa ia agak kurang memenatkan. Malah ramai antara peserta kelihatan begitu ceria dan seronok sepanjang program. Saya sendiri langsung tidak terasa penat semasa menjalankan program bersama mereka.

LHDN

Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang begitu ’sporting’ dan bersemangat dalam mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Semoga ada rezeki di masa akan datang agar saya dapat bertemu kembali dengan anda semua.

Beberapa maklumbalas daripada peserta program:

“Ingin menghadiri kursus ini lagi (lanjutan) dengan lebih lanjut (lebih detail) lagi.” ~Ruhani Che Ibrahim~

“Terima kasih kepada En Osman kerana melalui kursus ini saya lebih berkeyakinan dalam mencapai matlamat yang selama ini saya rasa sukar untuk dicapai. Ilmu yang saya perolehi akan saya gunakan untuk mendidik anak-anak saya untuk jadi insan yang punya matlamat dalam hidup dan lebih yakin.” ~Haslindah Mohd Yusoff~

“Satu kursus yang perlu dihadiri oleh semua pegawai dan staff LHDN. Satu-satunya kursus pernah saya hadiri yang saya tidak jemu dari hari pertama sehingga ke akhir kursus. Tahniah!” ~Roslina Ibrahim~

“Program yang tidak membosankan dan membuatkan suasana ceria selalu. Penceramah senang didekati dan suka berkongsi pengalaman. Tahniah dan terima kasih.” ~Che Mustaffa Che Ali~

LHDN

“Program seperti ini sangat bagus untuk membuka minda, meningkatkan motivasi, kemahiran komunikasi dan mengenal potensi diri. Sangat bagus jika didedahkan kepada golongan remaja.” ~Mohd Nasir Deraman~

“Program ini sangat berlainan kerana tidak seperti program motivasi lain. Kita dapat memahami diri kita dengan lebih lagi. Syabas diucapkan, kelakar habis!” ~Laili A. Ghani~

“Program ini amat berguna sebagai panduan untuk mereka yang ingin mencungkil keistimewaan diri yang tidak diketahui selama ini.” ~Zaiton Rakun~

“Walaupun program ini cuma 2 hari, topik yang disentuh sangat padat tetapi tidak berat. Cara penyampaian yang bersahaja, tak sempat nak rasa mengantuk.”~Rosenah Abd Rashid~

Urusetia Program

“Program ini amat memberangsangkan dan berjaya membuka minda saya tentang peluang yang boleh dicapai oleh seseorang individu dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.” ~Shalehah Yahya~

“Saya telah banyak hadiri kursus & program motivasi tapi kursus kali ini berbeza dan menyentuh beberapa perkara menarik yang belum saya dengar sebelumnya. Saya harap dapat mengikuti lagi kursus Tuan di masa depan.” ~Khadijah Mohd Jaafar~

“This program teaches me to go back to basics. Overcome my weaknesses and build my confidence. I find that En Osman is very sincere in disseminating his knowledge and experience by making the program lively and interesting. And so I convey my sincere thanks.” ~Angela Low~

“Satu kursus yang amat seronok. Sebagai peserta saya sentiasa merasa seronok dan menjadi sebahagian dari sesi perbincangan secara natural dan memberikan respons secara bersahaja. Kandungan kursus senang difahami. Penceramah adalah seorang yang berilmu dan mampu ’stimulate’ penyertaan peserta secara spontan dan menyeronokkan. Terima kasih En Osman.”~Zailani Ibrahim~

“A lot of laughter. Many interesting anecdotes. On the whole, very stress relieving.” ~Yap Siow Moy~

“Program ini sangat berguna kepada saya. Fruitful is the word. Keep it up!” ~Khoo Lean See~

“Sangat seronok. Tidak membosankan. Rasanya dua hari kursus tidak mencukupi,s angat sesuai untuk generasi muda agar mereka mempunyai impian yang ingin dicapai.” ~Nik Marzan Mohamad~

“Program pembelajaran yang sungguh memberi kesan kepada individu mahupun kepada organisasi kerana mewujudkan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan.” ~Abu Samah Abu Bakar~

“Satu kursus yang unik dan memberi keyakinan diri yang tinggi di dalam diri kita. Syabas!” ~Khatijah Abu Bakar~

“Program ini adalah program motivasi yang sangat berbeza daripada program-program yang pernah saya hadiri sebelum ini. Semua topiknya akan meninggalkan kesan kepada pesertanya. Insyaallah.” ~Fauziah Danian~

LHDN

“Satu kursus yang amat bermakna…kerana sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menyenaraikan keinginan yang menjadi idaman, yang boleh membahagiakan hati rupanya.”~Siti Rusnah Mohd Ali~

“Satu program yang sangat bagus dan berguna, bukan sahaja kepada orang yang telah lewat usia seperti saya (53 tahun) namun ia juga amat berfaedah untuk pegawai generasi muda yang akan menempuh perjalanan kehidupan mendatang lebih jauh.” Syabas ‘CQE’ (Creative Questions Enterprise).”~Jamaliah Amad Saian~

“Salah seorang penceramah yang telah berjaya menarik perhatian 100% peserta sepanjang menghadiri program ini selama 2 hari.” ~Zakaria Ismail~

“Program ini memberi suntikan yang segar dan cara pendekatan oleh En Osman dapat menghilangkan tekanan kerja dengan gurauan yang mencuitkan dan fakta-fakta rujukan yang tidak memberatkan dan membosankan. Syabas dan saya doakan kejayaan dan pada suatu hari nanti anda akan menjadi tersohor di Malaysia.” ~Che Maheran Zainal Abidin~

LHDN 

Hari ini telah berakhir program 2 hari yang saya jalankan untuk pegawai ’senior’ bahagian cukai korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Program 2 hari ini dijalankan di dewan latihan blok 9, bangunan kerajaan Jalan Duta. Tajuk program ini ialah Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan.

Program kali ini agak istimewa disebabkan beberapa perkara. Pertama, ini ialah kali pertama saya menjalankan program untuk para pegawai LHDN. Kedua, program ini telah lama dirancang dan banyak juga halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi sebelum ia akhirnya berjaya dilaksanakan. Ucapan setinggi terima kasih kepada pihak penganjur program terutamanya Puan Ruhani yang banyak membantu dalam memastikan projek kursus ini berjalan seperti yang dirancang.

Paling istimewa, program ini dihadiri oleh hampir 40 pegawai yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah. Daripada pandangan pertama saya, saya lihat hampir 40 peserta yang begitu berpengalaman dan professional duduk di hadapan saya. Kecil sungguh terasa diri saya apabila mendapat tahu ada diantara peserta saya ini mempunyai pengalaman bekerja bersama LHDN selama 30 tahun.

LHDN

Namun, apa yang menenangkan hati saya ialah tugas saya di dalam program ini bukanlah sebagai seorang guru. Saya tidak datang untuk mengajarkan para peserta ini sesuatu. Tidak mampu rasanya saya hendak mengajar seseorang yang begitu berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang sangat tinggi. Tugas saya adalah sebagai pemudah cara. Pemudah cara bermaksud saya cuma perlu kongsikan apa yang saya tahu kepada peserta agar peserta mendapat beberapa perspektif baru dalam cara menguruskan sesuatu. Dengan tugas begini, ringanlah sedikit beban saya. :)

Lebih ringan lagi beban di bahu saya, peserta yang hadir begitu ’sporting’ dan mudah memberi kerjasama. Usaha saya menyampaikan apa yang saya tahu menjadi mudah dan ringkas kerana peserta sentiasa fokus dan peka kepada mesej yang terselit dalam perbualan saya dengan mereka. Ini membuat program 2 hari ini menjadi begitu singkat dan saya sendiri tidak terasa yang program sudah sampai ke akhirnya.

Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta. Hari Selasa dan Rabu depan ini saya akan mengendalikan program yang sama untuk kumpulan yang kedua pula. Saya doakan agar apa sahaja yang telah ditulis di dalam nota bahagian matlamat akan tercapai dalam masa yang paling singkat. Selamat berjaya!

LHDN

Beberapa testimoni dan maklumbalas daripada peserta:

“Program ini sangat berfaedah dan menyeronokkan. lebih membuka minda dan sangat sesuai untuk setiap individu menyertainya. Perlu dihadiri oleh setiap pekerja tanpa mengira peringkat jawatan dan usia. Tahniah!” Merwati Basri~

“Penyampaian dengan contoh-contoh yang tepat dan disampaikan dengan secara berseloroh dan kasual.” ~Zainal Arifin Omar~

“Very funny most of the time. I enjoyed your talk immensely! You have managed to convey your message/messages very well. I didn’t feel sleepy!!” ~Tian Chai Liang~

“Program memberi benefit terutama cara penyelesaian masalah dan skill komunikasi. Cara penyampaian yang berbagai adalah bagus dan digalakkan kursus untuk peserta lain (oleh En Osman Affan).” ~Vijaya Kumar~

LHDNLHDN

LHDN

“Program ini adalah sesuai untuk setiap golongan staf sebabnya ianya melibatkan character building, human interaction dan telah dapat membuka minda dan menukarkan mindset terutama bagi staf yang telah lama berkhidmat. It changes the way we do & see things from now on (from positive angle).” ~Chan Lai Peng~

“Program yang mempunyai tarikan tersendiri.” ~Aishah Aman~

“Program ini dapat memberi idea di dalam mengejar segala cita-cita untuk berjaya dalam kehidupan kita.” ~Rosli Abu Hanif~

“Amat bagus dan berfaedah. Program ini menyeronokkan all the way.” ~Nik Roslini Nik Mansor~

“Pergi ceramah seperti ini kepada orang-orang yang telah berumur; saya expect dan bersedia untuk tidur kerana telah banyak kali melalui kursus motivasi. Tetapi Alhamdulillah, TIDAK SESAAT pun saya terlelap. Ianya tidak terlalu akademik dan lebih banyak mencabar minda. TQ” ~Wan Alwiyah Wan Ismail~

“Seronok. Setiap lawak yang En Osman tunjukkan adamesej yang disampaikan.” ~Haniza Che Ahmad~

“Saya berasa banyak mendapat faedah untuk kecemerlangan diri, keluarga dan organisasi di mana saya bekerja dan saya berasa amat seronok, tidak jemu dan tidak letih.” ~Radziah Selamat~

LHDN

“Sangat seronok. Kursus yang tidak tension.” ~Alia Saadi Abdul Rashid~

“Satu program yang sebenarnya menerangkan dan membantu dengan lebih jelas apa yang berlaku di sekitar kita baik sekarang, dulu dan mungkin akan datang.” ~Jamaliah Jamlus~

“Program ini memberi jaminan bahawa fikiran positif memang boleh membawa kebaikan kepada kita. Bagus kerana program ini tidak menyebabkan mengantuk di dalam kelas.” ~Koh Siew Hong~

Maktab kerjasama malaysia 

Selasa lalu saya berada di PJ Hilton bagi menyampaikan satu slot pembentangan yang bertajuk ‘Konsep dan Prospek perniagaan internet’. Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia dan dibuka kepada ahli koperasi seluruh Malaysia. Saya diberitahu yang pada mulanya hanya dijangka seramai 500 orang sahaja yang akan hadir. Namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Pada hari program saya diberitahu ada hampir 700 peserta yang menyertai program 2 hari ini.

Saya dijemput bagi membentangkan konsep asas perniagaan internet. Saya merupakan penceramah pertama dalam program 2 hari ini. Sesi saya dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Naim Bin Datuk Haji Mohamad, ahli majlis Maktab Kerjasama Malaysia.

Ini adalah topik yang sangat menarik buat saya. Terasa sudah agak lama saya tidak berbicara tentang perniagaan internet. Kali terakhir mungkin pada awal tahun 2008 di mana saya jalankan program keusahawanan internet untuk para pensyarah IKM Lumut. Walaupun sudah lama, topik ini sentiasa berada di hati saya kerana internet merupakan medium utama saya jalankan perniagaan training saya. Saya terangkan kepada para peserta bahawa lebih 80% perniagaan yang saya perolehi ialah melalui laman web. Melalui laman web, saya mampu menyampaikan kepada bakal pelanggan tentang apa yang saya tawarkan dan jelaskan perbezaan utama saya berbanding pembekal khidmat training yang lain.

MKM

Konsep perniagaan internet jugalah yang membuatkan saya begitu peka tentang kepentingan meningkatkan kualiti perkhidmatan saya dan menambahkan tahap kredibiliti diri saya dalam bidang motivasi dan teknik belajar. Selalunya saya perlu ambil masa sekurang-kurangnya sehari untuk menerangkan konsep perniagaan internet namun dalam masa yang sangat singkat, Alhamdulillah dapat juga saya jelaskan maklumat paling asas mengenai perniagaan internet kepada peserta.

Alhamdulillah sekali lagi, saya mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada peserta program. Ramai yang bertemu saya selepas program yang mengucapkan tahniah atas penyampaian maklumat yang mereka rasakan mudah dan jelas. Ini membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu-ilmu sebegini yang dapat memajukan diri dan perniagaan seseorang.

MKM

Terima kasih saya ucapkan kepada Maktab Kerjasama Malaysia kerana mengundang saya sebagai penceramah dalam program ini. Semoga kerjasama berterusan dapat diadakan pada masa yang akan datang. Terima kasih khas untuk En Faiz Mohd Yatim, pegawai latihan Maktab Kerjasama Malaysia kerana banyak membantu saya terutamanya dalam berurusan dengan staf saya sebelum program ini dijalankan.

Kepada semua peserta program ini, saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya dalam menggunakan internet sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan aktiviti koperasi.

SAM Hishamuddin 

Beberapa minggu lalu saya telah dijemput oleh Puan Siti, guru kaunseling Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Sungai Bertih Klang untuk memberikan ceramah ringkas kepada pelajar tingkatan 1. Ceramah ini adalah berkenaan pembinaan sahsiah cemerlang.

Sesi ceramah itu adalah biasa sahaja bagi saya. Namun satu perkara yang amat menarik hati saya mengenai sekolah ini ialah semasa saya tiba ke sana. Disebabkan sekolah ini terletak di Klang, saya keluar rumah seawal 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Saya tiba ke kawasan sekolah pada pukul 7.15 pagi. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, saya meletakkan kereta saya di tempat letak kereta di hadapan kawasan sekolah. Saya keluar dan berdiri di sisi kereta saya sambil memerhatikan gelagat pelajar. Ketika itu pelajar tingkatan 3 sedang bersedia untuk masuk dewan peperiksaan.

Setelah saya berdiri lebih kurang 5 minit, tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki datang menghampiri saya. Dia masih menyandang beg sekolah yang bermakna dia baru tiba dan dalam perjalanan masuk ke kelas. Dia juga memang sengaja berjalan ke arah saya kerana di tempat saya berdiri itu bukanlah laluan untuk pelajar ke kelas. Pelajar ini berkata, “Assalamualaikum Encik…”

“Waalaikumsalam warahmatullah..” jawab saya.

“Boleh saya bantu Encik…? Encik ada hendak cari sesiapa?” Tanya pelajar lelaki tersebut dengan nada yang sangat sopan dan merendah diri.

Saya tersenyum. Sepanjang pengalaman saya beberapa tahun pergi ke sekolah, kolej dan universiti, inilah kali pertama ada pelajar yang datang menegur pelawat yang datang untuk memberi bantuan. Saya menjawab,

“Tak apa dik, saya tengah tunggu nak jumpa Cikgu Siti. Cikgu Siti akan datang ke sini sekejap lagi.”

Pelajar lelaki ini menganggukkan kepala sambil tunduk dan berkata, “Assalamualaikum.” Lalu dia bergegas menuju ke kelas.

Saya begitu gembira dan kagum dengan kelakuan ini hingga saya terlupa untuk bertanyakan nama dan umurnya. Rasa bangga juga memenuhi diri saya kerana pelajar ini datang daripada sekolah agama dan apa yang baru dilakukannya benar-benar mencerminkan keindahan adab dan budaya seorang muslim sejati. Hati saya tidak henti-henti memuji pelajar ini.

Dalam masa yang sama, saya percaya semua guru dan pihak pentadbiran sekolah ini juga harus diberi pujian yang tinggi. Sikap yang ditunjukkan oleh pelajar tadi adalah sesuatu yang sukar diajar. Bagi saya ia cuma boleh diajarkan dengan berkesan jika sikap itu diamalkan dengan meluas di sesebuah sekolah. Saya percaya pihak pentadbiran sekolah termasuk pengetua dan guru-guru telah berjaya mewujudkan suasana yang menggalakkan amalan baik dan adab-adab muslim sejati seperti ini.

Sekalung tahniah sekali lagi kepada pelajar yang tidak sempat saya tanyakan nama ini. Semoga sikap, kelakuan dan adab beliau menjadi contoh kepada semua pelajar di negara kita ini.

 PSMB

Bermula Isnin lalu (8 September) hingga esok (Jumaat, 12 September), saya dan beberapa rakan trainer mengikuti program anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang bertajuk ‘Train The Trainer’. Tujuan utama mengikuti program ini sudah tentunya adalah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ‘Certified Trainer’ daripada PSMB ini. Dengan pengiktirafan ini, saya dan rakan trainer boleh menjalankan program-program kami untuk syarikat-syarikat swasta yang mempunyai peruntukan daripada PSMB.

PSMB

Asalnya, selepas menghadiri program bersama Malaysian Institute Of Management pada pertengahan Julai (laporannya ada di sini http://www.motivasibelajar.com/soft-skills/bengkel-3-hari-bersama-malaysian-institute-of-management-mim.html), saya meletakkan azam untuk mengikuti program PSMB ini. Jadi saya panjangkan idea ini kepada Tuan Shamsuddin Kadir. Entah macam mana, beliau mahu turut serta. Kemudian kami panjangkan lagi idea ini kepada beberapa rakan trainer kerana bagi kami bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk mengikuti program disebabkan ada lebih masa yang terluang. Dipendekkan cerita, akhirnya daripada idea pergi training seorang diri, saya pergi dengan 5 rakan trainer yang lain iaitu Tuan Shamsuddin Kadir, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Azzam Sabtu, Tuan Sabtu Ali dan YM Dr. Tengku Asmadi.

Setakat ini program ini sangat menyeronokkan buat kami. Selain daripada banyak belajar ilmu baru secara tersusun dan sistematik, kami mempunyai banyak peluang untuk bertukar-tukar idea sesama sendiri dan sesama rakan trainer daripada syarikat lain. Banyak idea baru yang saya perolehi. Banyak perspektif baru yang saya lihat. Banyak azam baru yang terdetik di hati saya. Ini membuatkan bulan Ramadhan tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun yang sudah.

PSMB

Insyaallah saya akan ceritakan sedikit apa yang telah saya pelajari melalui kursus ini minggu depan. :)

Alhamdulillah, maklumbalas yang saya terima daripada peserta program Fasilitator Cemerlang di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tempohari sangat-sangat memberangsangkan. Bayangkan ada lebih 200 kertas maklumbalas di tangan saya dan saya tidak tahu yang mana satu saya mahu paparkan di blog ini.

Walaubagaimanapun, saya telah memilih beberapa maklumbalas untuk dikongsikan di sini. Selebihnya akan menjadi rujukan peribadi saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta yang meluangkan masa untuk menulis maklumbalas ini semua.

KMPP

“Wa la… Marvellous! I always feel sleepy during talk but this programme make my eyes open like a SPOT LIGHT. Thank you so much.” ~Iman Mahmud~

“Menyeronokkan. Saya tidak pernah mengantuk sepanjang program ini sedangkan saya amat mudah mengantuk.” ~Foo See Yun~

“At first I thought this programme will be like the usual, boring programme taht I had attended. But I was wrong, I was not even bored for a single second! And what’s best about this programme is I actually get the message that Mr Osman wants to deliver. Thank you. I’ll be looking forward to attend programmes like this more and hopefully they are the one conducted by En Osman.” ~Cheah Lyn Maye~

“Well, through this I got to learn many things that I cannot learn through books & notes. It is fun, nice to play. Hope I will meet Mr Osman Affan again and as he said, I will be the one who present in front of him and being comment. Thanks!” ~Tan Yeng Hoong~

“Sorry that at first I did say something bad about this programme but in the end I really appreciate it and it was really a professional and good talk given by professional and effective presenter. ” ~Boey Fook Hong~

KMPP

“Having fun and fantastic! Selalunya kalau dengar ceramah je mesti fikir boring dan mengantuk but this is very different dan memberi impak yang sangat besar. Ia memberi satu semangat baru untuk menjadi lebih cemerlang tidak kira di mana, bila dan bagaimana. Love your programme!!” ~Nur Buhairah Mohd Ali~

“Saya suka cara presentation En Osman kerana beliau cakap dengan kita seperti seorang abang yang sayangkan kita semua. Abang yang mahu kita semua berjaya dalam hidup kita. Terima kasih, abang Osman!!” ~Sim Toh Mean~

“Program yang boleh dikategorikan sebagai ‘one-of-a-kind’! Saya sebenarnya sudah banyak kali menghadiri program dan seminar sebegini tetapi En Osman sememangnya lain dari yang lain. Keep it up!” ~Nur Aishah Mohd Yusof~

“En Osman, kehadiran saya dalam program ini telah meningkatkan keyakinan diri dalam diri saya untuk berjaya 10 tahun akan datang. Terima kasih atas ilmu Encik. Saya begitu enjoy sepanjang bersama Tuan. Kalau seminggu pun saya sanggup dengar tuan berceramah.” ~Nor Hazirah Mohd Zuki~

“Encik Osman, you are the man! Thanks for all your help.” ~Ahmad Nurwidad Aminuddin~

“Program ini dapat menambahkan keyakinan. En Osman seperti seorang rakan yang membantu rakan (peserta yang lain). We enjoy during the session! Seperti kata En Osman, Have Fun!” ~Noor Farhana Zakaria~

“Gaya En Osman sangat bersahaja. Nampak rilex. Mudah memahami apa yang ingin disampaikan.” ~Nur Iznie Nabila Othman~

“Program ini memang bagus dan menyeronokkan.  Program ini secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan diri sendiri dan mempercayai bahawa KAMI BOLEH! En Osman juga amat memahami masalah dan fikiran kami semua, dan seterusnya cuba membantu kami menyelesaikan masalah.” ~Er Yan Jing~

KMPP

“Program ini bukan semacam program biasa yang saya sertai dahulu!. En Osman Affan amat bagus…. Nice, fun and professional! Tak boring langsung!!” ~Low Kher Yee~

“Saya memang suka program En Osman. Tak tahu nak cakap apa. Memang baik! Terima kasih.” ~Lm Wun Sean~

“Program ini benar-benar memberikan semangat baru kepada diri saya untuk mencapai impian yang selama ini saya nampak tak mungkin dapat dicapai.” ~Siti Fatimah Nur Omar~

“Program ini amat komprehensif dan mengandungi pelbagai input dan contoh yang amat penting dalam hidup kita. En Osman menyampaikan ceramah seperti seorang rakan yang belajar sama dengan kami. Thank you En Osman.” ~Tanpa nama~

“Program ini sangat menarik. En Osman sangat profesional untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Very clear” ~Ng Chinn Hooi~

“…’Dunia ini memang banyak halangan. Yang berani sahaja yang mampu mencapai matlamat’ Ayat itulah yang membangunkan diri saya.” ~Atikah Munirah Haron~

“This is the best seminar that I have attended. I have more confident to speak in front of public. Thanks En Osman Affan.” ~Uzair Matamin~

“Program ini banyak memotivasikan saya! Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada En Osman.” ~Poh Boon Kar~

KMPP

“Sangat menarik. Tidak langsung membosankan dan sangat lucu dan bagus. Saya sangat suka cara En Osman bercakap dan melayan kami seperti kawan.” ~Lee Tsu Yen~

“Program ini menyedarkan saya bahawa saya mempunyai potensi yang besar dalam bidang yang saya ceburi. Saya suka gaya En Osman menyampaikan ceramah yang bersahaja, tapi penuh maklumat.” ~Nurhidayah Ahmad Tahir~

“Iceberg dalam diri kita akan pecah dan mampu menonjolkan bakat sebenar jika anda menghadiri program ini.” ~Niratulakma Mustakim~

“Komunikasi yang digunakan En Osman sangat berkesan sehingga membuatkan peserta tidak malu untuk ke hadapan. Saya sendiri tidak percaya yang saya akan menjadi sukarelawan untuk membuat presentation. Syabas!” ~Nurdini Zakaria~

“Sangat seronok dan bermanfaat. Saya tengah tension semasa hadiri kerana ada sedikit konflik. Tetapi semasa sertai kem semua perkara tension sudah hilang. Terima kasih En Osman. Salute you.” ~Muhammad Shafiq Saari~

Terima kasih kepada semua maklumbalas yang diberikan. Untuk lebih banyak maklumbalas yang saya terima daripada KMPP ini, boleh lawati link ini ==> Testimoni. (Skroll dan cari rujuk testimoni daripada KMPP)

Terima kasih. Semoga berjumpa lagi. :)

Hari ini 24  Ogos 2008 saya menjejakkan kaki buat pertama kali di Brunei Darussalam. Saya akan berada di sini hingga hari Rabu bagi menjayakan Kursus Pembinaan Kapasiti Diri & Organisasi untuk para pegawai Jabatan Penerangan yang bernaung dibawah Jabatan Perdana Menteri Brunei.

Program ini sebenarnya adalah menggunakan modul program yang saya bina iaitu Program Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan yang pernah saya jalankan untuk beberapa organisasi seperti IKM Besut, KKTM Pasir Mas Kelantan dan Kolej Teknologi Bestari Terengganu.

Saya tuliskan mengenai program ini sekembalinya saya ke Kuala Lumpur nanti.

 UITM Johor

Selasa lalu saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke UITM Johor bagi menjayakan program Towards Dean’s List bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Mara, Segamat Johor. Program ini dihadiri seramai 200 pelajar yang majoritinya ialah pelajar tahun pertama. Mereka ini dipilih berdasarkan potensi mereka untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan semester yang akan datang.

Entah kenapa saya rasa agak kurang sihat ketika program ini bermula. Mungkin ini kerana beberapa program yang jalankan berterusan sebelum sampai ke UITM Johor ini. Namun rasa tidak sihat itu seperti hilang dan langsung tidak terasa apabila mendapat kerjasama, tumpuan dan fokus yang amat hebat daripada para peserta ini. Mereka hadir dengan semangat ingin belajar dan menumpukan perhatian mereka dari awal hinggalah ke akhirnya.

Uitm Johor

Seperti biasa, mesej saya kepada pelajar ialah pelajar harus cintai diri mereka dan yakin bahawa mereka berpotensi mencapai apa sahaja yang mereka inginkan. Saya telah kongsikan beberapa tips dan teknik bagaimana mereka boleh capai matlamat dan impian mereka itu. Di akhir program, saya telah mendapat beberapa maklumbalas yang banyak membantu saya untuk lebih maju di dalam mengendalikan program bersama pelajar ini.

“Satu program yang paling menggembirakan dan banyak memberi input. Semoga dapat bertemu lagi di program lain. En Osman memang best! Suasana sangat happening… Hebat Ah!! ~Nurul Hidayah Mamat~

“Ya Allah, best sangat kursus ni. En Osman pandai mengambil hati kami untuk mengikuti program seperti ini di masa akan datang. Tahniah untuk En Osman di atas kursus yang amat berjaya ini.”~Nur Atirah Jaafar~

UITM JOhor

“Happening habis! En Osman memang seorang motivator yang bagus dalam memberi motivasi serta menerangkan gaya belajar dengan terang!” ~Nur’Atiqah Mohamed Rodzi~

“Saya berasa sangat seronok dan tidak pernah seronok di mana-mana program. Inilah program paling best dan tidak membosankan. Ia meningkatkan keyakinan saya untuk terus belajar.”~Siti Soleha Mohd Salleh~

“Program ini lain daripada yang lain kerana mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan tidak boring.”~Tanpa nama~”

“En Osman Affan adalah seorang penceramah yang bagus. Beliau sangat pandai berkomunikasi dengan penonton.”~Zuraidah Ahmad~

UITM Johor

“Saya bersemangat dan akan mencuba petua-petua En Osman. Selama ni saya kecewa dengan result saya sehingga mengganggu aktiviti harian. Now, saya percaya dengan advice En Osman. Program hari ini sangat menarik dan berkesan.”~Nor Sazrina Zulkifli~

“En Osman is AWESOME!”~Nurul Izati Shazli~

“Program ini amat bagus dan bermakna kepada saya kerana ia membuka mata saya sendiri untuk mengatasi masalah saya. Thanks and congratulations. En Osman seorang yang sempoi dan pengajarannya amat berkesan.”~Anina Tumiran~

“En Osman best. Susah nak dapat penceramah sebegini. Saya happy mendengar ceramah En Osman. Saya harapkan apa yang saya dapat adalah berkesan.”~Siti Nurfarhana Nayan~

“Program ini sangat bagus dan berfaedah dan sesiapa yang mengikuti program ini pasti akan pulang dengan senyuman yang lebar.” ~Muhammad Khairul Zharif Nor A’zam~

“Program ini sangat menyeronokkan. Tidak ada satu saat pun saya rasa bosan ketika menjalani program ini.”~Ili Yasmin Harun~

“Sangat menghiburkan! Saya sangat suka cara penyampaian dan slide show yang dipaparkan oleh En Osman.”~Muhammad Hazwan Hairuddin~

UITM JOhor

“Program ini amat memberi saya dan rakan-rakan saya keyakinan dan semangat untuk mencapai gred purata 3.5 ke atas…”~Muhammad Azwan Musa~

“Wow! I’m speechless! Penceramah sangat mahir berkata-kata hinggakan semua yang diajarkan dipraktikkan oleh saya sampai sekarang.”Akmal Hadi Sulaiman~

“Antara seminar yang paling berguna, bermakna dan seronok. One complete package.”~Muhammad Amir Zaki Zainal Alam~

“Program ini menyedarkan peserta bahawa mereka mempunyai potensi diri yang masih belum diterokai. Tiada program seumpama ini pernah saya hadiri sebelum ini. Terima kasih kepada En Osman.”~Muhammad Ariff Hussin~

“This kind of talk should be compulsory to all student in every level. Even dean’s list feel small compare to En Osman in term of study and time management.”~Muhammad Izzat Zahari~

“Program ini amat memberangsangkan, seronok dan banyak faedah-faedah yang saya boleh nampak. Cara beliau berceramah seperti bercakap dengan kami, jelas dan kreatif, banyak contoh-contoh yang terbaik yang boleh diikuti dan diamalkan seharian. Program ini juga dapat menarik minat saya yang anti kepada ceramah. Walau apa pun, tahniah dan saya amat berterima kasih kerana sudi datang berceramah memberi kami lebih semangat untuk berjuang mendapat apa yang kami impikan.”~Aida Zulinda Zabadi~

“Sangat memikat hati dan jiwa. Program ini amat bagus. Tahniah En Osman kerana berjaya menerokai hati kami semua.”~Husni M.Nor~

“Best sangat, kelakar, tak mengantuk dan tak membosankan. En Osman yang begitu petah bercakap dan pandai menarik perhatian kami untuk dengar ceramah beliau. Saya ada rasa keyakinan diri yang lebih tinggi bila menghadiri ceramah ini. Terima kasih En Osman dan fakulti TMSK!” Iza Amira Shaharudin~

“Seronok sangat sehingga memberi kesan kepada diri saya. En Osman adalah penceramah terbaik yang pernah saya jumpa!”~Siti Nooraishah Borhanaldin~

Terima kasih kepada semua peserta yang sangat sporting dalam program ini. Tidak lupa terima kasih kepada Puan Ana, koordinator program dan Puan Azliza yang berurusan dengan pihak SmartStudy untuk menjayakan program ini. Selamat berjaya!

English SeminarSaya baru sahaja dimaklumkan oleh sahabat baik saya Coach Ridz dan Coach Sha yang mereka akan mengadakan bengkel Bahasa Inggeris untuk guru tadika di Akademi Irsyadiah, seksyen 7 Shah Alam pada 22 Ogos (Jumaat). Yuran penyertaan yang dikenakan cuma RM50 dan bengkel ini terhad dan eksklusif kepada 20 peserta sahaja. Saya sendiri rasa terkejut dengan harga yang sangat rendah dan jumlah peserta yang sangat rendah ini. Ini menyebabkan saya buat keputusan untuk turut sama datang dan menyertai bengkel ini.

Saya pernah lihat Coach Ridz dan Coach Sha menyampaikan program sebelum ini. Banyak sungguh yang dapat saya pelajari daripada mereka. Ia menyebabkan sayaEnglish Seminar mahu datang ke program mereka setiap kali saya mempunyai kesempatan. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini atau ingin menmpah tempat yang terhad ini, anda boleh hubungi coach Sha di coachsha@englishguru.com.my atau sms 012-201 7353.

Anda juga boleh lawati laman web mereka di www.EnglishGuru.com.my

Next Page »