Tue 10 Jun 2008
MotivasiBelajar.com di majalah e-Baca terbitan Karangkraf
Posted by Osman Affan under Cerita, Jawapan, Teknik Belajar
1 Comment
Terima kasih saya ucapkan kepada kak Ida, pengendali ruangan Bersama Kak Ida majalah e-Baca terbitan Karangkraf, kerana memberi alamat www.OsmanAffan.com dan blog ini sebagai sumber rujukan dalam satu soal jawab keluaran bulan Jun ini. Terima kasih juga kerana menghubungi saya mengenai perkara ini. Di sini saya tuliskan semula hasil tulisan Kak Ida. Untuk membaca lagi hasil tulisan beliau, anda boleh rujuk pada majalah E-Baca keluaran Karangkraf setiap bulan atau lawati http://www.karangkraf.com/e-majalah/ebaca/.
Soalan oleh adik Amirul Hafifi Hamzah:
“Hai Kak Ida, saya pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Mohd Arif Abdullah. Saya mempunyai masalah untuk menghafal nota-nota yang diberikan oleh cikgu dan surah-surah Al-Quran. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk lari daripada masalah ini? Harap Kak Ida boleh memperjelaskannya.”
Jawapan Kak Ida:
“Hai Amirul, jangan risau jika Amirul merasa sukar untuk menghafal. Masalah ini bukan berpunca daripada daya ingatan yang lemah tetapi mungkin selama ini adik cuba menghafal tulisan, bukannya gambar. Untuk itu, adik perlu menukar cara menghafal dengan menukarkan semua nota ke dalam bentuk gambar. Teknik begitu lebih memudahkan. Teknik pengulangan juga banyak membantu. Ada pepatah Inggeris menyatakan Repetition is the mother of all skills – bermaksud pengulangan ialah ibu kepada segala kemahiran. Ini bermakna, setelah guru adik mengajar dan adik memahaminya, adik perlu membacanya kembali dalam tempoh 48 jam. Jika tidak, adik akan lupa 90% daripada apa yang telah dipelajari. Untuk mengetahui lebih tip dalam menghafal dan cara bijak belajar, adik bolehlah melayari laman sesawang www.OsmanAffan.com atau www.MotivasiBelajar.com .”
Seperti kata Kak Ida tadi, jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai teknik memori, sila klik pada pautan di bawah.
http://www.osmanaffan.com/hafal.htm atau
http://www.osmanaffan.com/hafal1.htm
Selamat membaca.
Pada hari Jumaat hingga Ahad lalu (15-17 Feb) saya bersama beberapa associate trainer (Ihsan, Coach Ridz & Coach Sha) berada di Savannah Hill, Johor. Program yang saya kendalikan kali ini bertajuk ‘Towards First Class’ untuk pelajar cemerlang daripada Universiti Tun Hussein Onn.
Apabila saya berada di hadapan pelajar cemerlang, saya dapat rasakan tenaga dan semangat mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Mereka mudah berikan tumpuan dan cepat memberi maklumbalas terhadap apa yang dipersembahkan kepada mereka. Malah mereka cepat ‘tangkap’ atau faham lawak jenaka yang disampaikan. Ini bukanlah kerana mereka dilahirkan berbeza tetapi mereka telah latih diri mereka untuk fokus dengar dan lihat dengan teliti pada apa yang sedang mereka pelajari.
Kita semua boleh jadi begini. Kita semua mempunyai kebolehan untuk menjadi pelajar cemerlang. Tidak kira sama ada kita sedang belajar atau sudah bekerja, kebolehan untuk mempelajari sesuatu yang baru adalah sangat penting. Bayangkan jika anda sudah berumur lebih 30 tahun tetapi tidak pandai untuk belajar sesuatu yang baru. Akibatnya, anda kekal di takuk lama. Betapa anda tidak suka keadaan hidup anda sekalipun, anda akan kekal begitu kerana anda tidak pandai untuk menambahkan koleksi ilmu yang baru.
Hari ini (seperti tarikh di atas) saya kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Kuala Berang, Terengganu. Jika anda pernah membaca kisah bagaimana saya bermula dalam bidang pendidikan (seperti yang tertulis
Ulang kembali, pada Mac 2003, setelah gagal beberapa perniagaan yang saya ceburi, saya mendapat tawaran bekerja sebagai GSTT, Guru Sandaran Tidak Terlatih selama 3 bulan. Saya dihantar ke SMK Menerong ini yang terletak lebih 50km daripada tempat tinggal saya di Kuala Terengganu. Asalnya saya patut mengajar Prinsip Akaun, tetapi akibat kekurang tenaga pengajar Bahasa Inggeris, saya ‘dipaksa’ mengajar subjek tersebut. Saya kata dipaksa kerana saya ketika itu tidak pernah terfikir untuk mengajar subjek tersebut. Namun terus jugalah mengajar. Dalam masa mengajar inilah saya terlihat bakat dan kekuatan yang ada dalam diri saya. Disinilah juga mulanya bagaimana saya mula terjun ke dalam dunia pendidikan.
Habis cerita tersebut, saya kembali sekali lagi ke sekolah ini kerana dijemput oleh guru penyelaras tingkatan 3, Cikgu Rozita (saya biasa panggil Kak Ita ) dan guru kaunseling, Ustaz Baharuddin. Saya diberi 2 slot untuk bercerita kepada pelajar tentang potensi kejayaan yang mereka miliki.
Saya masih ingat bagaimana saya berusaha melatih pasukan drama dalam masa lebih kurang 4 minggu hingga menang tempat kedua daerah (sebelum itu, setahu saya SMK Menerong belum pernah memenangi apa-apa tempat dalam pertandingan sebegini.) Hasilnya, nama SMK Menerong ini (menurut Kak Ita) sudah sinonim dengan pertandingan drama. Malah para pelajar yang menyertai pasukan drama selalu dikaitkan dengan pelajar yang mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi.
Alhamdulillah. Saya telah berjaya menulis 7 petua skor A untuk tahun 2008 ini. Petua-petua ini sebenarnya adalah hasil bacaan saya selama ini dan juga hasil pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar cemerlang yang saya kenali. Saya selalu percaya bahawa skor A dalam peperiksaan adalah umpama kita sedang belajar memasak daripada seorang Chef yang handal. Jika kita ikut satu-persatu apa yang dilakukan termasuk menggunakan sukatan yang 100% sama, kita pasti akan dapat hasil yang sama.
Kita sudah sampai ke tips terakhir dalam 7 petua skor A 2008 ini. Dalam petua ketujuh yang lepas, saya sudah terangkan kepentingan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa dan guru. Kali ini saya akan terangkan kepentingan dan juga teknik untuk menjaga hubungan baik dengan rakan sebaya.
Untuk skor A 2008 ini, ada beberapa tips yang perlu kita praktikkan.
Petua ketujuh untuk skor A 2008 ini ialah ‘dapatkan sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan’. Semalam saya sudah terangkan bagaimana untuk mendapat sokongan ibu bapa. Kali ini, mari kita bincangkan bagaimana untuk mendapat sokongan guru dan rakan-rakan.
Mengapa? Sepanjang pengalaman saya berkenalan dengan guru sama ada di zaman persekolahan atau dewasa, saya lihat semua guru mahu anak muridnya berjaya. Satu sebabnya tentulah kerana itu tanggungjawab mereka. Namun satu sebab yang boleh kita percayai ialah kejayaan anak murid melambangkan kejayaan guru itu juga. Guru yang hebat pasti boleh melahirkan anak murid yang hebat. Jadi, persoalan guru tidak serius atau tidak bersungguh-sungguh harus diketepikan.
Begini. Semasa kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Rintangan dan cabaran ini mungkin datang dalam bentuk kegagalan, kekecewaan dan rasa sakit hati akibat macam-macam perkara. Contohnya, kalau kita nak skor A dalam subjek Bahasa Inggeris, mungkin kita tidak akan selalu mendapat gred tersebut. Ada kalanya kita dapat gred B, C, D atau gagal. Cabaran ini boleh menggugat keyakinan dan semangat kita untuk berjaya.
Pertama, belajar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada ibu bapa. Masalah biasa dikalangan pelajar dan ibu bapa ialah hilangnya kebolehan untuk mereka berkomunikasi dengan baik. Perkara ini selalu saya lihat dalam sesi kaunseling yang saya jalankan terutamanya apabila anak-anak meningkat dewasa (dari umur 12 hingga 17 tahun). Jika anda ada masalah atau kerisauan, cuba bincangkan dengan ibu bapa. Saya faham ini bukan perkara mudah. Namun setelah anda buka mulut dan berkongsi masalah dengan ibu bapa, fikiran mereka akan jadi lebih terbuka untuk menyokong kita. Contohnya, jika kita sedang risau dan tertekan, jangan hanya berdiam diri dan mula menunjukkan perangai-perangai yang tidak menyenangkan. Perasaan tertekan tidak akan hilang dengan cara begitu. Apa kata jumpa ibu bapa, beritahu mereka yang kita sedang rasa tertekan dan minta nasihat mereka untuk membantu diri kita. Saya percaya mereka akan bantu.
Kita perlu faham, kadangkala tekanan perasaan yang kita rasa sebagai pelajar boleh menjadi terlalu hebat hingga ia memusnahkan kebolehan kita untuk berfikiran rasional. Ada ketikanya, pelajar boleh jatuh sakit secara fizikal (demam, letih badan, pening kepala atau kerengsaan kulit) atau secara mental (separuh gila, gila atau hilang akal). Berat juga perkara ini kerana saya sendiri pernah menyaksikan sahabat saya sendiri jatuh sakit secara mental akibat tekanan perasaan semasa belajar dan masih tidak pulih sepenuhnya hingga ke hari ini.
Mula berkawan rapat dengan kawan-kawan yang ceria, cemerlang dan yang suka memberi dorongan dan sokongan. Tujuan ini bukan untuk kita pergi kepada mereka dan luahkan masalah kita kerana masalah yang kita bawa akan melemahkan mereka juga. Pergi kepada mereka untuk tiru cara mereka hadapi tekanan perasaan mereka. Pelajar cemerlang selalunya berfikiran positif dan menganggap tekanan perasaan sebagai satu cabaran yang seronok untuk ditempuhi. Ia sama seperti kita bermain sukan. Semakin sukar permainan itu, semakin seronok untuk kita cuba memenanginya.
Selalunya, apabila sudah terlalu bersemangat untuk skor A, pelajar lupa menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Mereka terperap dalam rumah atau bilik untuk membaca buku. Mereka enggan keluar berjalan-jalan atau bersenam. Mereka juga mula tidak menjaga makan minum mereka di mana mereka tidak makan dengan cukup, makan berlebihan atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
Luangkan masa 30 hingga 60 minit sehari untuk berpeluh. Mudah sahaja bunyinya kan? Kalau kita berjalan kaki ke kedai pun kadang-kadang sudah ambil masa 30 minit dan kita akan berpeluh. Itu pun sudah lebih baik daripada asyik terperap di dalam rumah.
Semalam segmen motivasi belajar yang pernah saya ceritakan minggu lalu telah disiarkan di RTM1, rancangan Selamat Pagi Malaysia, pukul 8.30 pagi. Seronok juga melihat hasil usahasama saya dan pihak RTM hingga terhasilnya slot motivasi belajar ringkas yang cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit itu.
Langkah pertama – Tulis gred yang hendak dicapai. Jika kita mahu jadi pelajar cemerlang, kita mesti tahu dengan jelas gred apa yang kita mahu dapat dalam peperiksaan sebenar nanti. Jika kita tidak tahu atau tidak pasti, hasilnya pasti mengecewakan kita nanti.
Langkah keempat – Belajar teknik belajar. Teknik belajar adalah kenderaan kita untuk sampai ke sesuatu destinasi. Kalau guna kenderaan berbanding berjalan kaki, kita akan sampai lebih cepat dan kurang meletihkan. Cari peluang untuk belajar teknik belajar seperti teknik menghafal, teknik menulis nota, teknik pengurusan masa dan teknik fokus di dalam kelas. Ini semua boleh dipelajari melalui buku, seminar atau kursus motivasi dan teknik belajar yang dianjurkan berhampiran tempat kita.
Alhamdulillah. Saya telah kongsikan beberapa adab jika kita mahu menuntut ilmu secara online. Adab-adab ini amat penting jika kita hendak menuntut ilmu tanpa berdepan dengan seseorang yang berkongsi ilmu itu.
Harapan saya ialah tips-tips ini dapat difahami tanpa melihat dari arah yang salah. Arah yang salah ialah arah di mana anda melihat tips-tips ini sebagai arahan saya kepada anda supaya bersopan apabila berurusan dengan saya di laman web ini. Bukan itu mesej yang hendak disampaikan oleh tips-tips ini.
Adab keempat dan adab terakhir yang ingin saya kongsikan jika kita menuntuy ilmu secara online ialah ‘apa yang perlu dilakukan ketika tetamu meninggalkan rumah‘. Sekarang bayangkan jika kita menjadi tetamu di rumah seseorang. Setelah kita dihidangkan dengan minuman dan dilayan dengan baik, apa yang perlu kita lakukan sebelum meninggalkan rumah tersebut? Mudah sahaja bukan? Apa yang perlu dilakukan ialah meminta diri dan ucapkan terima kasih atas layanan yang kita terima.
MENGGUNAKAN HURUF BESAR UNTUK SEMUA HURUF! Menggunakan huruf besar memberi gambaran seolah-olah kita sedang meninggikan suara. Ia tidak sepatutnya dilakukan. Tambahan pula, semasa kita belajar di sekolah bermula di tadika dulu, kita sudah diajar di mana patut digunakan huruf besar dan huruf kecil bukan? Jadi, kita perlu aplikasikannya.





















