Universiti


13 Mac lalu, saya sekali lagi menjejakkan kaki ke Universiti Darul Iman Terengganu bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills bersama hampir 100 mahasiswa dan mahasiswi. Program kali ini terasa agak berbeza kerana ia dijalankan pada hari Jumaat. Ini kerana masa program pada waktu agak terhad disebabkan perlu rehat awal bagi membolehkan pelajar lelaki (termasuk saya sendiri) untuk menunaikan solat Jumaat.

Namun, saya percaya program ini berjaya dijalankan seperti biasa. Terima kasih kepada Puan Rosni, kaunselor UDM kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan program ini. Ini adalah beberapa maklumbalas yang sempat saya perolehi daripada pelajar.

UDM

“Sangat mengujakan dan tertarik untuk mendengar apa yang bakal disampaikan. Syabas buat Encik Osman bin Affan! Segala tunjuk ajar yang diberikan, hanya Allah S.W.T yang mampu memberi balasan yang terbaik, insyaAllah”- Nursyahirah binti Azman, Universiti Darul Iman.

“Program memberi dan membuka peluang untuk saya terus maju ke hadapan tanpa memikirkan halangan yang ada. Menarik!”- Nurul Aiaini Baharum, Universiti Darul Iman.

“Program ini banyak membantu diri saya supaya lebih positif dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri”- Nurul Jannah binti Harun, Universiti Darul Iman.

“Banyak ketawa tapi banyak input yang diperolehi. Dapat belajar sesuatu dengan cara santai. Tidak terasa bosan walaupun 8 jam berkursus”-Shazan Jusoh, Universiti Darul Iman.

“Sangat menarik dan jelas akan tips-tips untuk memperbaiki dan menjadi pelajar yang lebih cemerlang”- Siti Atiqah binti Zukeri, Universiti Darul Iman.

“Program yang menyeronokkan. Mudah untuk difahami apa yang dibentangkan. Percakapan amat selesa dan melucukan membuatkan pelajar tertarik. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk memberi respon kepada soalan ditanya. Ada ‘eye contact’ dan amat berkesan”- Nadzirah binti Shaafi, Universiti Darul Iman.

“Kalau ada lagi, pasti saya akan datang lagi program sebegini. Rasa selesa saja dan tidak kekok ketika bertanya soalan. Thanks!”- Muhammad Aizuddin bin Abdul Azid, Universiti Darul Iman.

“Never before have I participated in a program that is more interesting from the first minute till the last second. Awesome!”- Nabila Nadia binti Saad, Universiti Darul Iman.

“Program ini amat menyeronokkan dan sangat memberangsangkan fikiran kami. Sepatutnya ia dijalankan dengan lebih lama dan lebih dari satu hari. Lastly, it was such a great day with En. Osman and he is a fantastic person.Thank you. Congratulation Mr. Osman!!! KEEP IT UP…”- Wan Nor Nadhirah binti Wan Mansor, Universiti Darul Iman.

“Program ini telah menaikkan lagi semangat saya untuk belajar dengan cara yang betul.Teruskan usaha!!! Tahniah”- Siti Nuratiqah binti Abd. Aziz, Universiti Darul Iman.

“Program ini bagaikan menyuntik kembali semangat saya untuk mencipta kecemerlangan dalam pelajaran. Sesuatu yang sangat manis untuk saya kenang. Selepas kali pertama menghadiri program ini, saya berjaya mengubah diri menjadi pelajar yang paling cemerlang dalam kelas. Saya Berjaya berubah diri dari seorang yang ‘tiada apa-apa’ kepada seorang yang paling cemerlang. Pastinya ia sesuatu yang membanggakan! Terima kasih En. Osman Affan!- Nadia binti Hj Puri, Universiti Darul Iman.

“Alhamdulillah, saya rasakan suatu semangat baru untuk Berjaya, memperbaiki kelemahan diri dan ingin menjadi orang luar biasa hebat. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti saya pula akan menghasilkan teknik-teknik tersendiri dan berjaya berdiri dihadapan pula sepertimana En. Osman. Mudah-mudahan. “- Noor Azreen binti Md. Yusoff, Universiti Darul Iman.

“Program ini sangat seronok, disamping penceramah yang menghiburkan. Very interesting!”- Nurul Huda binti Ahmad Razali, Universiti Darul Iman.

“Great! Program yang sangat menarik. I like it! Penceramah yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi. Semoga program sebegini lebih mendapat sambutan”- Rohani binti Dormi, Universiti Darul Iman.

“Program ini amat bagus untuk diikuti. Penyampaian yang bagus dan memberangsangkan minat pelajar untuk meningkatkan kualiti belajar sekaligus menambahkan keyakinan diri”- Nurul Hakimi binti Ismail, Universiti Darul Iman.

“Absolutely amazing…This is the program which helped to learn new ways of taking a good notes and improve my style of learning. Thanks”- Nur Amira Syuhada binti Ahmad Sobri, Universiti Darul Iman.

“Saya seronok mengikuti program ini kerana banyak input-input yang amat berguna yang dapat saya perolehi serta teknik-teknik penyampaiannya yang mesra dan selesa untuk semua orang”- Nurul Islam Mohd. Isa, Universiti Darul Iman.

“Pernah mengetahui teknik-teknik pembelajaran seperti ini, tetapi kurang pendedahan tapi hari ini saya dapat pendedahan yang agak mencukupi”- Nurshakina binti Mohd. Abdul Wahab, Universiti Darul Iman.

“Amat memberangsangkan..penuh dengan input-input yang berkualiti yang amat diperlukan oleh pelajar. Tahniah En. Osman Affan”- NurZaleha Nazir, Universiti Darul Iman.

“Program ini amat baik untuk saya, kerana sebelum ini saya sangat kurang keyakinan dan tidak bersemangat untuk merealisasikan impian dan cita-cita, tetapi selepas program ini, berlaku sebaliknya. Tahniah dan terima kasih banyak-banyak buat En. Osman dalam menggerakkan dan meningkatkannya”- Nurhidayah binti Mohamad, Universiti Darul Iman.

“Program ini amat menarik. Banyak input-input yang kami dapat melalui program ini. Program membuka minda saya untuk lebih berjaya tanpa merendahkan diri pada orang lain”- Nadiawati binti Abdul Razak, Universiti Darul Iman.

“Buat lagi kat UDM. Best sangat. Tak puas rasa!!! Wallah..Smart Study memang smart lah..Fuyoo!!!”- Radhiah binti Muhammad Shamsuddin, Universiti Darul Iman.

“Program yang sangat menarik dan mampu menimbulkan suatu rasa kelainan dalam diri. Hanya sedikit masa diperlukan untuk meningkatkan keyakinan diri. Sangat Hebat!!!”- Che Maznah binti Che Musa, Universiti Darul Iman.

“Penceramah mempunyai komunikasi yang bagus dan program ini penuh dengan aktiviti selain dari mendengar sahaja“-Nursalihah Md. Salim, Universiti Darul Iman.  

“Saya amat menyukai program ini. Ianya amat menyeronokkan. Teknik yang diberikan oleh En. Osman amat berkesan dan menarik. Gaya beliau amat menyeronokkan”- Nuratikah binti Rohadi, Universiti Darul Iman.

“Orang yang lemah dan malas akan berkeyakinan apabila selesai program ini dengan syarat guna semua teknik”- Nushuhaibah binti Othman, Universiti Darul Iman.

“Lagu-lagu yang menarik, saya pun suka juga. Banyak benda-benda yang saya boleh ambil sebelum memulakan suatu ucapan”- Irma Shukri binti Khodori, Universiti Darul Iman.

“Sangat bagus, sangat seronok. Program ini memberikan semangat kepada mereka yang tidak ada arah tuju dan matlamat hidup. Program ini banyak memberikan input yang sangat positif dan patut diteruskan pada masa akan datang. Tahniah dan syabas!!!”- Nor Bahiyah Abu Bakar, Universiti Darul Iman.

“Encik Osman amat pandai menarik perhatian para peserta, dengan membawakan contoh-contoh permasalahan yang amat berkaitan dengan para peserta. Apa yang boleh saya katakan, saya rasa amat bersyukur dan bertuah kerana menyertai program ini. Amat menarik. Terima kasih.”- Nur Fajrin binti Ma’arop, Universiti Darul Iman.

“Program ini sangat bagus dan saya amat berpuas hati kerana dalam banyak-banyak program yang saya sertai, program ini banyak memberi input-input yang berguna kepada diri saya”- Nur Samanah binti Mohamad, Universiti Darul Iman.

“Saya enjoy dalam program ini, banyak maklumat yang saya dapat dari En. Osman. Gaya penyampaian En. Osman amat menarik. Congratulations and thanks”- Nor Hafiza binti Azmi, Universiti Darul Iman.

“Program ini sangat menarik, selain itu ia dapat meningkatkan motivasi pelajar. Saya cukup tertarik dengan cara penyampaian En. Osman. Segala teknik yang disampaikan pemberian satu suntikan semangat yang baru untuk saya”- Siti Fatimah Sofiyati binti Zulkefli, Universiti Darul Iman.

“Program ini sangat seronok. Saya amat berminat dengan program ini. Jika diberi peluang ceramah bersama Osman Affan. Saya akan datang untuk menjadikan saya lebih motivasi”- Siti Nurazreen binti Norodin, Universiti Darul Iman.

“Program ini sangat bagus dan menarik kerana En. Osman tidak terlalu formal dalam memberi ucapan dan diselitkan dengan lawak-lawak yang berkesan”- Nor Hazalinda Ismail, Universiti Darul Iman.

“Menarik dan menyeronokkan. Berjaya meningkatkan motivasi seseorang. Merangkumi tips-tips yang sangat berguna untuk diamalkan”- Nadhirah binti Mamat, Universiti Darul Iman.

“Sangat seronok En. Osman banyak memberi motivasi yang berkesan dan berkomunikasi dengan baik. Program ini dapat membina keyakinan diri yang tinggi. Program ini juga dapat mengetahui kelemahan diri dan dapat memperbaikinya dengan berkesan”- Nuur Naeimah binti Ahmad, Universiti Darul Iman.

Osman AffanAlhamdulillah, berjaya juga saya akhirnya menulis kesemua 7 tanda seorang pelajar bakal gagal di universiti. Untuk pengetahuan anda, kesemua tujuh tanda ini adalah menurut pendapat dan pemerhatian saya selama menjalankan program dan berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia.

Satu perkara penting yang perlu saya utarakan ialah melalui posting ini, anda tidak perlu membuang masa untuk berdebat sama ada benarkah tanda-tanda ini boleh menyebabkan pelajar di universiti gagal. Masa anda yang berharga lebih baik digunakan untuk mengkaji apakah yang bakal anda perolehi di masa akan datang jika anda dapat atasi kesemua tujuh tanda yang telah saya terangkan. Apakah kelebihan anda berbanding pelajar lain jika anda berjaya atasi semua masalah dan perkara tidak baik yang dinyatakan melalui 7 tanda ini.

Mahasiswa dan mahasiswi di IPTA dan IPTS seluruh negara adalah harapan bangsa kita untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan disegani. Saya percaya ia dapat dicapai jika 7 tanda ini dapat dihindari mulai hari ini. Selamat berjaya!

p/s Anda boleh membaca kompilasi 7 tanda ini di ruangan kompilasi tips dan petua. Klik di sini.

Percaya atau tidak, 6 tanda pertama yang telah saya terangkan di dalam siri ’7 tanda anda akan gagal di universiti’ ini bermula dengan tanda ketujuh ini. Mahasiswa dan mahasiswi yang tidak pernah fikirkan dengan teliti tentang apa yang mereka mahu lakukan dan capai dalam hidup akan

  • Susah bangun tidurSusah tidur malam dan susah hendak bangun pagi.
  • Takut salah lalu tidak mahu mencuba.
  • Tidak bawa payung hujan dipersalahkan.
  • Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas.
  • Sanggup berkawan dengan orang tidak mandi pagi.
  • Tidak berani jadi berbeza.

Tulis matlamatSaya beri contoh tentang fenomena tidak suka menghadiri kursus atau bengkel di kalangan pelajar. Boleh saya katakan hampir semua universiti yang saya pernah hadiri mengalami masalah ini. Masalahnya ialah jika program motivasi dan teknik belajar dijalankan untuk pelajar yang mendapat CGPA rendah, kadar kehadiran juga selalu rendah. Walaupun mereka diberi amaran tindakan keras akan diambil jika mereka tidak hadir, mereka tetap tidak hadir. Jelas menunjukkan mereka belum terfikir tentang bagaimana bengkel dan program sebegini boleh membantu mereka. Jelas mereka sedang memanah di dalam gelap. Itulah sebabnya tidur di dalam bilik lebih kuat pengaruhnya kepada mereka berbanding kemungkinan diambil tindakan atau kemungkin mereka akan pelajari sesuatu yang berguna.

Pelajar yang memanah di dalam gelap akan sentiasa diselubungi kegelapan. Mereka jauh berbeza dengan pelajar berjaya yang bukan sahaja tekun dalam belajar malah mereka seolah-olah telah tahu dengan jelas apa yang mereka mahu lakukan setelah tamat belajar. Ada dua tips pantas untuk memanah di dalam terang dan dengan mata yang terbuka. Walaupun ini tips pantas, ia akan memakan masa yang agak panjang. 2 tips itu ialah

  • Baca buku-buku pembangunan diri sebanyak mungkin.
  • Hadiri kursus, seminar dan bengkel yang boleh meningkatkan pembangunan diri dan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan suatu hari nanti.

Minggu ini, apa kata anda cari masa terluang selama 1 jam. Ambil beberapa keping kertas dan senaraikan 3 perkara.

  • Memanah didalam terangPertama, siapakah orang-orang yang sangat penting dalam hidup anda dan mengapa?
  • Kedua, senaraikan apa sahaja yang anda hendak capai sebelum anda meninggal dunia termasuk sesuatu yang anda mahu lakukan kepada orang-orang yang sangat penting kepada anda.
  • Ketiga, buka mata dan minda mulai sekarang untuk mencari jalan dan semua kemahiran yang anda perlukan untuk mencapai semua perkara yang telah anda senaraikan.

Saya percaya, jika anda dapat cari masa dan lakukan perkara ini, suasana disekitar anda akan menjadi lebih cerah. Mata anda akan mula terbuka. Perlahan-lahan anda akan mula dapat lihat jalan yang anda cari selama ini.

Selamat memanah di dalam terang dengan mata yang terbuka!

PanahTanda ketujuh dan terakhir dalam siri posting mengenai 7 tanda anda akan gagal di universiti ialah ‘memanah di dalam gelap dengan mata yang tertutup‘.

Apa yang saya maksudkan ialah sebahagian besar pelajar di universiti tidak pernah berfikir dengan jelas apa yang mereka mahu capai selepas mereka habis belajar. Jika anda tidak percaya, tanya diri anda sendiri atau rakan-rakan yang sama belajar di universiti, apa yang mereka mahu lakukan sebaik sahaja tamat belajar hingga 5 tahun akan datang? Menurut kajian dan berdasarkan pemerhatian saya, lebih 90% pelajar tidak boleh menjawab dengan yakin.

Panah dalam gelapMereka mungkin boleh kata, saya mahu dapatkan kerja tetap, mahu bekerja dalam bidang ini dan itu, mahu jadi kaya dan sebagainya. Namun jawapan itu semua sebenarnya hanyalah jawapan umum yang tidak pernah difikirkan dengan teliti.

Saya banyak juga menjalankan program untuk pelajar yang bakal tamat belajar di universiti. Apabila saya tanya apakah rancangan mereka selepas itu, begitu ramai yang menunjukkan reaksi kosong, tidak ada apa-apa idea untuk menjawab soalan ini. Adakah anda sama seperti pelajar-pelajar ini?

Ada dua perkara saya perlu terangkan di sini. Mengapa saya kata tanda ini sebagai memanah di dalam gelap dengan mata tertutup dan mengapa ia merupakan satu tanda anda akan gagal.

Bayangkan anda pandai memanah. Diberi apa sahaja anda boleh panah dengan tepat. Bayangkan pula anda perlu memanah sesuatu sasaran yang kecil di dalam sebuah bilik yang sangat gelap. Mata anda pula ditutup rapat. Apakah peluang dan kebarangkalian untuk memanah dengan tepat? Hampir kosong bukan? Pelajar yang tidak pernah fikirkan dengan jelas apa yang mahu dicapai dalam hidup dan merancang jalan untuk mencapainya adalah umpama memanah di dalam gelap.

Mereka setiap hari datang ke kuliah dan tutorial kerana semua orang lakukan perkara yang sama. Apabila mereka diberi tugasan, mereka merungut kerana susah. Apabila disuruh membuat presentation, mereka merungut lagi. Ini tanda mereka tidak tahu apakah manfaat yang bakal mereka perolehi daripada aktiviti-aktiviti itu tadi. Mereka tidak nampak tujuan dan sasaran daripada aktiviti tersebut. Mengapa? Kerana mereka tidak pernah fikirkan apa yang hendak dicapai. Kerana mereka sedang seronok menutup mata sambil memanah di dalam gelap.

Panah dalam gelapApabila pelajar tidak pernah fikirkan dengan teliti apa yang mereka mahu capai, apa yang mereka mahu buat, apa yang mereka mahu beli,ke negara mana mereka hendak pergi melawat, kerjaya apa yang membuat mereka rasa seronok dan sebanyak mana duit yang mereka ingin kumpul, mereka akan mudah leka dan malas semasa belajar. Akibatnya, mereka kerap ponteng kelas kerana tidur lebih seronok daripada mendengar ceramah. Pelajar yang biasa berfikir tentang masa depan pula lebih seronok dengar ceramah dalam kuliah berbanding tidur kerana mereka akan belajar sesuatu yang satu hari nanti akan membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka mahukan.

Pelajar yang memanah di dalam gelap selalu merungut.  Itu tak kena, ini tak kena. Orang itu salah dan orang ini salah. Pelajar yang memanah dalam keadaan terang dan mata yang terbuka luas pula malas mahu merungut. Bagi mereka, jika sesuatu perkara itu susah, tentu ada cara untuk membuatnya senang, dan merungut bukanlah caranya. Mereka juga percaya, semakin susah satu perkara itu semakin besarlah kepentingan dan kelebihan yang mereka bakal perolehi. Sama seperti melombong berlian. Begitu banyak tanah yang perlu dikorek, ditapis dan diayak untuk menghasilkan sejumlah kecil berlian. Namun harga yang diletakkan pada berlian itu membuatkan kerja-kerja berat semua itu tadi amat berbaloi.

Apa kata hari ini anda buat sesuatu tentang perkara ini. Sebagai langkah permulaan, apa kata anda ambil sekeping kertas kosong dan senaraikan sekurang-kurang 10 perkara yang anda mahu capai daripada sekarang hingga 10 tahun akan datang. Anda boleh tulis anda mahu beli kereta, rumah, ada simpanan wang yang banyak, ingin menunaikan haj, memberi wang saku kepada ibu bapa sebanyak RM1000 sebulan dan sebagainya. Tulis apa sahaja yang anda inginkan. Jangan fikirkan langsung tentang halangan untuk mendapat semua perkara ini. Jangan risau jika anda ambil masa yang agak lama untuk memikirkan perkara ini.

Saya akan terangkan dalam posting seterusnya mengapa tanda ini merupakan tanda anda akan gagal di universiti.

Berani diketawakanSoalan saya kepada anda, beranikah anda jadi berbeza? Beranikah anda jika ada kemungkinan anda dipulaukan, diketawakan, dipersendakan dan sebagainya kerana mempertahankan apa yang anda percaya?

Apabila saya katakan berani jadi berbeza, ia bukan bermaksud kita sengaja mahu jadi berbeza berbanding orang lain. Contohnya jika semua orang lelaki pakai Baju Melayu dan kita mahu jadi berbeza dengan memakai Baju Kurung. Perbezaan yang dimaksudkan ialah apabila kita buat sesuatu keputusan yang berbeza daripada orang lain, kita mesti berani untuk mempertahankannya. Contohnya jika ditanya soalan di dalam dewan kuliah, anda berani beri jawapan menurut pendapat anda sendiri walaupun mungkin pelajar lain tidak bersetuju. Kemudian berani pula mempertahankan jawapan dan pendapat anda itu.

Saya banyak mendengar aduan pelajar lelaki dan juga perempuan yang mereka sukar berjaya kerana kawan-kawan mereka ialah jenis pelajar yang malas, suka bertangguh, suka ponteng kelas, suka bangun lambat dan sebagainya. Malah ada pelajar yang bangun awal pagi tetapi tidur semula kerana melihat kawan-kawan mereka masih terus tidur. Kalau bangun dan belajar, nanti berbeza pula daripada kawan-kawan. Nanti disindir pula. Pelik bukan, lebih takut disindir dan diketawakan berbanding gagal dan menyesal sepanjang hayat.

Berani jadi berbeza juga mungkin bermaksud anda berani meninggalkan kumpulan pelajar yang anda dampingi selama ini. Maksud saya, jika kumpulan kawan-kawan yang anda dampingi sekarang hanya membawa anda ke arah lebih teruk, anda mesti berani untuk meninggalkan mereka. Bukan bermaksud memutuskan sahabat tetapi memberikan sedikit jarak agar anda boleh bina cara hidup baru. Jika anda tinggal serumah dengan kawan-kawan yang menjatuhkan semangat belajar anda, mungkin anda perlu berani untuk keluar daripada rumah itu dan cari rumah yang mempunyai penghuni yang boleh membantu anda.

Amat menyedihkan, saya lihat pelajar begitu takut meninggalkan kumpulannya walaupun mereka tahu kumpulan itu merosakkan mereka. Saya banyak buat program untuk pelajar yang mendapat CGPA rendah. Apa yang saya dapati, mereka ini datang dari kumpulan yang sama. Ada juga saya buat program susulan. Lebih menyedihkan, pelajar begini masih hadir (kerana prestasi belum meningkat) dan mereka hadir dengan orang-orang dan kawan-kawan yang sama juga.

Menentang arusKetika saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan, ada yang memberi komen kepada saya bahawa saya sedang menentang arus.  Bahaya, nanti boleh lemas. Benar, memang boleh lemas. Namun belum pernah lemas lagi walaupun banyak kali tertelan air. Apa yang menariknya ketika menentang arus ini, sampai ke satu tahap, arus menjadi lebih tenang. Tidak perlu menentang arus lagi. Golongan yang tidak menentang arus pula sentiasa resah dan gelisah kerana mereka harus ikut sahaja kemana arus mahu membawa mereka.

Jadi apa kata anda buat keputusan sekarang. Mahu menentang arus, bersusah payah sekarang dan berenang dengan tenang kemudian, atau ikut sahaja arus sekarang hingga anda tersangkut di mana-mana perangkap sampah yang ada di sepanjang sungai.

Tanda keenam seseorang pelajar akan gagal di universiti ialah ‘Tidak berani jadi berbeza’. Untuk pengetahuan anda, setiap pelajar berbeza. Kekuatan dan kelemahan setiap pelajar juga berbeza. Jika anda mahu berjaya, anda perlu kenal pasti apakah kekuatan diri anda dan cuba sebaik mungkin untuk menggilap dan menonjolkannya.

Ini juga bermakna, jika kekuatan anda membuat anda jadi lain daripada orang lain, anda mesti berani menghadapinya. Sebab saya mengutarakan tanda ini ialah saya lihat dan dengar banyak kisah pelajar yang cuba mengikut arus pelajar lain. Kalau pelajar lain mahu cemerlang kerana mahu dapat pekerjaan yang baik, mereka juga ikut sama. Jika pelajar malas belajar kerana pensyarah membosankan, mereka juga ikut sama. Pendek kata, majoriti keputusan yang mereka lakukan ialah berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pelajar lain.

Jadi berbezaAda beberapa situasi yang membuat saya melihat perkara ini dengan jelas. Pertama, dalam program motivasi saya bersama pelajar universiti, ada ketikanya saya bertanya soalan yang meminta pelajar mengangkat tangan untuk menentukan pendirian mereka. Contohnya saya suruh pelajar pilih keputusan A atau B. Ada yang angkat tangan untuk A dan ada yang angkat tangan untuk B. Agak menyedihkan, ramai yang tidak mengangkat tangan kerana tidak boleh membuat keputusan. Mereka takut salah lalu tidak berani mengangkat tangan.

Pelajar begini selalunya suka melihat apa yang pelajar lain lakukan. Mungkin mereka mahu angkat tangan untuk jawapan A, tetapi lihat tidak ramai yang mengangkat tangan. Jadi untuk tidak mahu berbeza, mereka tunggu jawapan untuk B. Namun apabila lihat tidak ramai juga pelajar angkat tangan untuk jawapan B, mereka buat keputusan untuk tidak angkat tangan. Berita buruk untuk pelajar begini, selagi mereka tidak ubah sikap ini, seumur hidup mereka, keputusan yang dibuat akan berdasarkan apa yang orang lain lakukan. Ini bermaksud, jika orang buat keputusan untuk terjun longkang, mereka akan ikut sama.

R. Ian Seymour dalam bukunya ‘Discover your true potential’ menyatakan tentang satu keputusan eksperimen yang agak membimbangkan. Dalam eksperimen tersebut, 10 pelajar dipanggil untuk duduk dalam satu kumpulan. Mereka ditanya beberapa soalan dan diminta mengangkat tangan untuk menyatakan jawapan. Dalam 10 orang pelajar ini, 9 daripada mereka sudah dipilih oleh pembuat eksperimen. Mereka sudah berpakat untuk menjawab dengan cara tertentu. Cuma pelajar yang kesepuluh sahaja yang mahu diuji.

BerbezaJadi, pembuat eksperimen memberikan soalan pertama iaitu garisan manakah yang paling panjang (sambil menunjukkan 3 garisan A, B dan C). Jika pelajar rasa garisan yang sedang ditunjukkan paling panjang, mereka perlu mengangkat tangan). Garisan yang paling panjang ialah garisan C, tetapi apabila garisan A ditunjukkan (garisan kedua terpanjang), sembilan pelajar (yang telah berpakat tadi) mengangkat tangan. Mereka telah diarahkan untuk menjawab begini untuk melihat reaksi pelajar kesepuluh tadi.

Apa yang berlaku ialah, pelajar kesepuluh pada mulanya tidak mahu mengangkat tangan, tetapi setelah melihat semua pelajar lain mengangkat tangan, dia turut mengangkat tangan. Ini berterusan hingga ke soalan-soalan seterusnya. Jelas kelihatan pelajar kesepuluh ini hanya mengikut sahaja jawapan yang salah.

Setelah tamat eksperimen, pelajar kesepuluh ditanya mengapa dia menjawab dengan jawapan yang salah. Katanya, pada awalnya, dia sangka dia tersalah dengar soalan.  Jadi dia ikut sahaja jawapan pelajar lain. Namun dalam soalan-soalan berikutnya, dia tahu yang jawapan pelajar lain itu salah, tetapi dia tidak berani hendak memberikan jawapan yang lain. Dia bimbang jika dia seorang sahaja yang berbeza berbanding pelajar lain. Dia bimbang jika dia seorang sahaja yang betul. Eksperimen ini diteruskan dengan beberapa kumpulan pelajar lain dan didapati hampir 80% pelajar berkelakuan begini – tidak mahu jadi berbeza.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai tanda ini? Adakah anda juga sanggup gagal, salah atau kurang menyerlah semata-mata hendak menjaga hati kawan atau hendak menyesuaikan diri dengan orang lain? Adakah anda lebih rela mengenepikan apa yang anda rasa betul semata-mata kerana tidak mahu dilihat berbeza atau dikritik disebabkan tidak sama dengan orang lain? Adakah anda sanggup hantar assignment pada saat-saat akhir kerana tidak seorang pun kawan-kawan anda menghantarnya awal? Bolehkah anda membuat keputusan anda sendiri dan mempertahankannya?

Saya akan sambung situasi seterusnya dalam posting saya yang akan datang.

KatakSeperti yang saya terangkan dalam posting sebelum ini, tanda kelima yang perlu anda perhatikan ialah apabila anda rasa ‘Bawah tempurung lebih  selesa daripada padang yang luas’. Pelajar yang selesa berada di bawah tempurung ini selalunya tidak suka mencuba sesuatu yang baru. Mereka begitu cepat menilai kebolehan diri mereka berdasarkan apa yang pernah berlaku pada masa lepas. Contohnya,

  • Jika mereka pernah memegang jawatan dalam persatuan dan gagal menguruskannya dengan baik, mereka kata mereka tidak berbakat dan tidak lagi mahu memegang apa-apa jawatan.
  • Jika mereka tidak pernah memegang apa-apa jawatan sebelum ini, mereka mahu kekal begitu kerana mereka labelkan diri sebagai ‘pelajar yang tidak berminat dengan pangkat dan kedudukan’.
  • Rasa takut untuk gagal lebih besar daripada keinginan untuk mendapatkan pengalaman yang baru.

Apa yang saya lihat universiti ialah satu tempat di mana anda perlu meneroka peluang-peluang dan kemungkinan yang baru. Ia tempat di mana anda melihat sejauh mana bakat dan kebolehan anda boleh dikembangkan dan diperluaskan. Jika anda tidak pernah bercakap di depan khalayak ramai, inilah masanya untuk mencuba. Jika anda tidak pernah anjurkan apa-apa program berbentuk pendidikan atau kebajikan, inilah masanya untuk mencuba apa rasanya jika ia dilakukan. Namun penerokaan ini hanyalah untuk yang berbentuk positif, bukan untuk yang negatif dan merosakkan diri. :)

YakinAda yang mungkin terfikir, kalau saya cuba bercakap dihadapan khalayak ramai dan gagal melakukannya dengan baik, apa akan jadi kepada saya? Hmmm…. kalau anda adalah orang yang paling teruk sekalipun apabila bercakap di hadapan khalayak ramai, saya pasti ia tidak akan membawa maut. Paling teruk pun ada yang ketawakan anda. Jika mereka ketawa pun, dalam sehari dua mereka akan lupa tentang perkara tersebut. Jadi apa yang perlu anda takutkan. Satu perkara yang anda perlu tahu, pengalaman gagal atau diketawakan ini sebenarnya boleh menjadi satu pengalaman yang sangat manis satu hari nanti.

Jadi apa kata hari ini anda tanamkan azam untuk mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang boleh melonjakkan lagi kebolehan dan bakat yang sedia ada dalam diri anda. Mana tahu, anda akan terjumpa bakat dan kebolehan yang selama ini anda fikir tidak ada dalam diri anda.

Padang luasTanda kelima yang perlu anda perhatikan ialah apabila anda rasa ‘Bawah tempurung lebih  selesa daripada padang yang luas’. Begini.

Dua perkara yang membimbangkan mengenai pelajar di universiti ialah

  • Selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah.
  • Tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Jika anda perhatikan betul-betul, sebilangan besar pelajar di universiti masih belajar Tempurungmenggunakan cara mereka belajar di sekolah rendah dan menengah. Mereka masih tidak mahu berubah. Mereka sangka jika cara dulu boleh berjaya, tentu ia boleh berjaya untuk sekarang juga. Ada kebenarannya tetapi ada juga yang tidak benar mengenai perkara ini.

Kata Albert Einstein (terjemahan), tahap pemikiran yang membawa anda kepada tempat anda berdiri sekarang tidak boleh membawa anda kepada tempat yang anda mahu pergi.

Maksudnya lebih kurang begini. Katakan anda hendak pergi ke pasar dan ia terletak lebih kurang 5 kilometer daripada rumah anda. Untuk pergi, apa yang perlu anda fikirkan…….? Tentu anda kena fikirkan kenderaan apa yang mahu digunakan, bila masa sesuai untuk pergi ke sana dan apakah barang keperluan yang anda perlu bawa (Duit? Bakul? Senarai barang hendak dibeli?). Ini adalah cara atau tahap pemikiran untuk sampai ke pasar. Dengan cara berfikir ini, tentu anda akan berjaya sampai dan berjaya membeli apa yang anda mahu bukan?

Kemudian, setelah selesai membeli di pasar, anda buat keputusan untuk pergi ke Muzium Negara. Saya mahu tanya anda, bolehkah anda gunakan cara pemikiran dan strategi untuk pergi ke pasar tadi…..? Tentu tidak bukan? Takkanlah anda mahu bawa bakul dan senarai beli barang untuk berjaya melawat Muzium Negara? Tentu pelik bunyinya.

Sama seperti di universiti. Untuk berjaya sampai ke universiti, anda telah gunakan strategi tersendiri semasa di peringkat Katak bawah tempurungsekolah rendah dan menengah. Apabila sampai di universiti, anda perlu gunakan strategi lain pula kerana apa yang hendak di capai ialah berbeza.

Cuba tanya diri anda, adakah anda sedang menggunakan strategi baru atau masih terperangkap dengan strategi lama? Adakah anda masih menulis nota atau membaca dengan cara lama dan tidak mahu mencuba cara yang lebih cepat dan berkesan? Tanda kelima ini berasal daripada kata pepatah seperti katak bawah tempurung. Katak di bawah tempurung hidup dalam dunia yang sempit. Jadi pandangannya pun sempit. Apa yang menyedihkan ialah apabila ia dapat keluar dan melihat padang yang luas, ia akan rasa tidak selesa buat seketika. Kadangkala, ia akan masuk semula ke bawah tempurung kerana ia lebih selesa dan dirasakan selamat buat mereka. Adakah anda juga rasa lakukan begini apabila berdepan dengan peluang untuk melakukan sesuatu yang baru…..?

Sudahkah anda perhatikan gelagat dan tabiat rakan-rakan yang rapat dengan anda? Adakah mereka mempunyai ciri-ciri yang anda mahu miliki satu hari nanti? Adakah anda sedar yang selama ini perangai dan gelagat anda juga sudah hampir sama atau memang sudah sama seperti mereka.

Tidak mandi pagiDi dalam program yang saya jalankan bersama pelajar di peringkat universiti, saya mendengar banyak keluhan tentang rakan sebilik yang malas belajar, malas bangun pagi, buat assignment saat akhir, suka ponteng kuliah, tidur lewat malam dan bermacam-macam lagi. Apa yang menjadi masalah ialah walaupun pelajar ini mahu berubah menjadi lebih baik, ia terasa terlalu sukar kerana rakan sebilik mereka begitu. Jika berubah dan tidak ikut kawan, mereka bimbang nanti dipinggirkan dan tidak ada orang yang mahu berkawan dengan mereka.

Ini satu perkara penting yang saya mahu kongsikan bersama anda. Saya faham jika anda kata anda bimbang nanti anda disisihkan jika tidak mengikut kehendak kawan. Saya faham kerana saya juga jenis pelajar yang begini satu masa dahulu. Bimbang tidak diterima kawan. Namun lama-kelamaan saya tersedar beberapa perkara:

  • Mandi pagiKawan-kawan yang ‘tidak mandi pagi’ ini selalunya agak mementingkan diri mereka. Mereka asyik fikir tentang perasaan mereka. Perasaan kita tidak berapa mereka hiraukan. Adakah itu kawan yang baik?
  • Kawan-kawan begini juga suka bergurau dan menyakitkan hati dengan sindiran-sindiran pedas jika kita belajar, mengulangkaji atau sibuk mahu mendapat markah yang baik. Namun jika kita sindir dan bergurau dengan mereka, mereka cepat pula terasa hati atau merajuk.
  • Saya terfikir, kalau mereka ini betul-betul kawan, tentu mereka mahu lihat saya berjaya bukan? Tetapi jika mereka mahukan sebaliknya, bolehkah mereka digelarkan sebagai kawan?
  • Lebih menakutkan, saya terfikir, jika saya gagal satu hari nanti, adakah kawan-kawan ini akan menolong saya mencari kerja, mencari nafkah untuk menanggung hidup saya?
  • Bagaimana pula jika saya gagal kerana terikut cara mereka sedangkan mereka berjaya? Tidakkah saya akan sakit hati suatu hari nanti?

Mandi pagiSaya faham mahu mengelakkan diri daripada kawan-kawan sebegini memang sukar. Namun mahu tidak mahu, anda mesti mencari jalan untuk menjauhkan diri agar anda tidak terpengaruh dan terikut-ikut dengan tabiat yang memusnahkan diri. Rujuk kaunselor di unit kanseling dan minta nasihat praktikal bagaimana anda boleh hadapi situasi yang mencabar ini. Saya percaya, jika anda bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada kawan yang malas mandi pagi ini, anda pasti akan berjaya. Malah, jika ada pelajar yang malas mandi pagi menghampiri dan cuba mendampingi anda, mereka pula yang akan terikut-ikut perangai anda yang suka mandi pagi.

Selamat berjaya! :)

Malas mandiTanda yang keempat ialah ‘Berkawan dengan orang yang malas mandi pagi’. Hmm… siapalah pula yang malas mandi pagi dan siapalah yang suka berkawan dengan orang begini?

Tanda keempat ini bermaksud, pelajar ini suka berkawan dengan orang-orang yang jelas boleh menjatuhkan prestasi dan menjatuhkan semangat untuk berjaya. Contohnya begini, pernahkah anda melihat sekumpulan pelajar yang malas pergi ke kuliah, malas buat assignment dan tidak serius apabila ditugaskan membuat presentation? Sedarkah anda perangai mereka ini semua kelihatan sama. Sama-sama malas dan sama-sama tidak menunjukkan kesungguhan untuk berjaya. 

Malas mandiNamun apa yang mungkin anda tidak sedar, diantara pelajar yang malas ini, ada yang pernah terlintas di fikiran mereka untuk berubah dan mahu berjaya. Namun, disebabkan mereka masih berkawan dengan kawan-kawan yang malas dan tidak ada kesungguhan, mereka turut sama jadi malas dan tidak bersungguh-sungguh.

Mengapa saya kata ia umpama seperti berkawan dengan orang yang tidak suka mandi pagi? Begini. Jika pertama kali anda berkenalan dengan orang yang malas mandi pagi, anda akan rasa pelik, janggal dan tidak selesa. Mungkin bau mereka tidak menyenangkan. Namun, setelah lama berkawan, anda sudah mula biasa dengan bau tersebut. Jadi anda rasa semakin selesa.

Apa yang membimbangkan ialah anda akan mula rasa bahawa tidak mandi pagi itu adalah bukan satu isu yang besar. Itu perkara biasa sahaja. Jadi, lama-kelamaan, anda pun akan jadi malas untuk mandi pagi. Malah, anda mungkin akan mula menyokong dan mempertahankan idea tidak mandi pagi sebagai satu perkara yang tidak perlu dihairankan.

Malas mandiBagaimana pula dengan ponteng kuliah? Jika sebahagian kawan-kawan anda, terutamanya kawan-kawan yang rapat dan selalu meluangkan masa bersama anda, termasuk dalam kumpulan pelajar suka ponteng kuliah, anda akan rasa tidak selesa pada mulanya. Anda akan mungkin cuba menasihati mereka. Namun, lama-kelamaan, anda akan mula terfikir, kalau ponteng sekali dua tentu tidak mengapa. Tidak boleh menjejaskan prestasi pelajaran anda.

Sedar tidak sedar, anda sudah mula jadi seperti kawan-kawan yang suka ponteng tadi. Sedar tidak sedar juga prestasi anda semakin menurun dan anda hairan mengapa ia berlaku. Pelikkah mengapa prestasi anda menurun?

Apa kata hari ini anda perhatikan gelagat, tabiat dan perangai kawan-kawan yang rapat dengan anda. Adakah mereka mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang anda mahu miliki suatu masa nanti? Jika tidak, apa yang perlu anda lakukan?

Antara 7 tanda yang akan saya bincangkan, ini adalah tanda yang saya rasa penyebab utama mengapa ramai mahasiswa dan mahasiswi tidak cemerlang dari segi akademik atau keterampilan diri. Untuk pengetahuan anda, jika kita mahu, kita boleh salahkan sesiapa sahaja di dunia ini. Malah ada yang menyalahkan tuhan di atas nasib tidak baik yang menimpa diri mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini tidak berilmu tentang bagaimana cara untuk menghadapi dugaan di dalam dunia ini.

Salahkan hujanApabila saya kata jangan salahkan hujan apabila anda tidak membawa payung, adakah ia bermaksud jika pensyarah anda mengajar dengan cara yang sangat membosankan, dia langsung tidak bersalah? Hmm…. bagi saya, sudah tentu dia bersalah. Seorang pensyarah bukan sahaja perlu tahu dengan mendalam ilmu yang sedang disampaikan, dia juga perlu mahir dalam ilmu untuk menyampaikan sesuatu ilmu. Seorang pensyarah perlu menjadi seorang yang mampu menaikkan semangat pelajar untuk mempelajari apa yang diajarnya.

Namun, pensyarah yang membosankan tidak boleh menjadi alasan mengapa anda tidak boleh belajar dengan baik. Contoh yang saya selalu berikan kepada peserta program saya ialah, jika anda bangun pagi dan tiba-tiba hujan, adakah anda patut salahkan hujan dan tidak pergi ke kuliah? Jawab mereka tidak. Soalan seterusnya, jika tidak boleh salahkan hujan, apa yang perlu dilakukan? Sudah tentu jawapannya mereka gunakan payung atau baju hujan.

Ini adalah pengajaran yang sangat penting. Dalam usaha anda mencapai kejayaan, anda akan temui bermacam-macam masalah dan dugaan. Bak kata Anthony Robbins, masalah dan dugaan umpama graviti, ia memang sentiasa ada. Jadi jika anda terjatuh ketika berkasut roda, anda tidak boleh salahkan graviti.

Salahkan hujanPelajar yang bakal gagal kuat merungut dan mengutuk. Apabila mereka hadir program kursus atau seminar, mereka kutuk makanan yang tidak sedap. Mereka kutuk dewan yang terlalu panas. Mereka kutuk masa yang terlalu panjang. Apa yang peliknya, mereka jarang atau tidak langsung cuba mengutuk diri mereka atau menyalahkan diri mereka sendiri. Jadi, bagi saya, mereka ini adalah pengecut. Pengecut kerana tidak berani melihat dan mengakui kesilapan diri sendiri. Akibatnya, mereka habiskan sisa-sisa hidup mereka dengan menuding jari ke arah orang atau situasi yang menyebabkan kegagalan mereka.

Buka mata anda di universiti dan anda akan lihat seribu macam benda yang tidak kena. Jika anda habiskan tenaga untuk merungut dan menuding jari, ia tetap tidak kena. Apa kata anda lakukan sesuatu untuk menyelesaikannya. Jika pensyarah membosankan, anda belajar bagaimana untuk terus faham walaupun anda rasa bosan. Jika assignment terlalu sukar, anda cari jalan bagaimana anda boleh memudahkannya. Jika presentation terlalu menakutkan anda,  cari jalan bagaimana mahu membuat anda tidak sabar untuk melakukan presentation.

Usaha anda untuk menahan diri daripada menuding jari dan mencari jalan penyelesaian ini akan membawa anda ke arah kejayaan. Anda akan dapati hidup anda lebih ceria dan kurang masalah. Walaupun seribu masalah beratur mengambil giliran untuk memeluk anda, kejayaan anda tidak terganggu kerana anda sentiasa mampu mencari cara untuk mengatasinya. Apabila ini berlaku, jika hari hujan dan anda terlupa untuk membawa payung, anda akan bergembira dan bergelak ketawa sambil menikmati keseronokan berlari di dalam hujan. :)

Selamat berlari di dalam hujan.

Salahkan hujanTanda ketiga yang anda perlu perhatikan ialah ‘ tidak bawa payung, salahkan hujan’. Ini adalah ditujukan kepada pelajar yang suka menuding jari untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri.

Saya pernah coretkan sedikit tulisan mengenai tanda ini hampir 2 tahun lalu di blog ini. Apa kata kita lihat kembali. Ketika itu saya tulis, ‘anda adalah orang yang sangat malang jika…

  • Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana? berada di tengah jalan anda.
  • Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
  • Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
  • Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau.
  • Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang Salahkan hujananda hendak katakan.
  • Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih.
  • Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti.

Mungkin situasi yang saya bayangkan kelihatan agak ekstrem dan keterlaluan. Anda tidak mungkin mempunyai ciri-ciri begitu bukan? Namun pernahkah anda ada rasa anda dapat gred yang tidak baik kerana pensyarah anda membosankan, tidak pandai menarik perhatian dan tidak pandai menerangkan sesuatu dengan jelas? Pernahkah anda merungut atau terfikir, “pensyarah aku ni tak pernah belajar teknik presentation ke?” Akibat rungutan ini, anda mula tidak berminat apa yang pensyarah anda ajarkan. Apa kata kita lihat situasi sebenar di universiti pula.

  • Anda pilih untuk duduk kerusi paling belakang dewan kuliah dan kemudian merungut suara pensyarah terlalu perlahan.
  • Anda tidak membaca bahan bacaan asas untuk kuliah dan kemudian merungut pensyarah mengajar terlalu laju.
  • Anda lewat 15 minit ke kuliah dan merungut apa yang diajarkan terlalu sukar difahami.
  • Anda tidak pernah berjumpa pensyarah untuk bertanya apa yang diharapkan dalam assignment yang diberi. Apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan, anda kata pensyarah ini kedekut markah dan pilih kasih.
  • Anda tidak membuat persiapan rapi untuk presentation lalu gugup dan terlalu gementar semasa sesi presentation. Anda salahkan pensyarah kerana mewajibkan presentation.

Apa kata hari ini anda fikirkan sejenak semua rungutan dan keluhan yang pernah diluahkan atau terlintas di hati anda. Fikirkan juga jika ini adalah tanda bahawa anda akan gagal di universiti.

Takut cubaAdakah anda takut untuk mencuba? Adakah anda takut untuk salah? Pelajar-pelajar yang takut mencuba mempunyai kehebatan yang sama dengan semua pelajar cemerlang dan berjaya. Namun disebabkan mereka takut mencuba, mereka tidak dapat kecapi kejayaan. Bayangkan ada sepinggan kuih di hadapan anda. Walau sedap bagaimanapun kuih itu, anda tidak akan dapat merasainya jika anda tidak cuba atau usahakan untuk menyuapkannya ke dalam mulut anda.

Takut dan tidak mahu mencuba ini juga adalah tanda seseorang pelajar itu bakal menghadapi kesukaran untuk menuntut ilmu yang baru. Contohnya, baru sahaja lihat buku yang agak tebal, mereka sudah takut dan tidak mahu ‘cuba’ membuka atau membacanya.

Di dalam program saya bersama pelajar universiti, saya ada berikan satu cabaran untuk menghafal sekumpulan nombor yang panjang. Kadangkala saya berikan 20 digit nombor untuk dihafal dan kadangkala saya berikan 40 digit. Selepas saya berikan beberapa minit untuk pelajar menghafal, saya akan turut sama menghafal. Namun, saya lebih suka memerhatikan gelagat pelajar yang sedang menghafal.

Osman Affan

Jika di hadapan saya ialah pelajar-pelajar yang selalu mendapat keputusan cemerlang dan aktif dalam aktiviti universiti, mereka selalunya kelihatan bersemangat, bersungguh-sungguh dan ceria semasa cuba menghafal nombor-nombor tersebut. Namun kalau program itu untuk pelajar yang kurang cemerlang, bermasalah disiplin dan berada dalam situasi bakal di buang universiti, mereka langsung tidak ada kesungguhan untuk mencuba. Mereka lihat nombor-nombor itu terlalu susah untuk dihafal lalu mereka tidak mahu langsung mencuba untuk menghafalnya.

Takut mencubaJika mereka hafal, mereka MUNGKIN gagal atau MUNGKIN berjaya untuk menghafal kesemuanya. Namun jika mereka tidak cuba hafal, mereka memang sudah GAGAL.

Jadi, apa kata kita kaji sikap dan cara kita berfikir selama ini. Adakah bimbangkan salah atau gagal menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang baru, sesuatu yang hebat dan sesuatu yang bakal merubah masa depan kita? Adakah kita lebih sanggup berdiam diri daripada diketawakan apabila gagal menyampaikan idea kita dengan baik? Adakah kita lebih sanggup berdiri di belakang tabir sepanjang hayat daripada malu berada dihadapan pentas buat seketika? Mari sama-sama kita fikirkan.

Tanda kedua yang perlu anda perhatikan ialah ‘Takut salah, tidak mahu mencuba.’

Ada satu perangai pelajar di universiti yang turut membimbangkan saya dan beberapa rakan saya yang bekerja sebagai pensyarah. Kebanyakan mereka terlalu takut buat salah hingga langsung tidak mahu mencuba. Contohnya, jika di dalam program, saya akan minta pelajar teka jawapan kepada satu soalan sama ada A atau B. Ada yang mengangkat tangan untuk A dan ada yang mengangkat tangan untuk B.

Namun, begitu ramai sekali yang langsung tidak mengangkat tangan. Kata mereka mereka tidak pasti. Bagi saya, masalahnya ialah mereka ini tidak boleh membuat keputusan dan takut salah. Daripada salah, lebih baik mereka tidak mengangkat tangan. Bukankah ini satu tabiat yang merugikan?

Siapa yang tidak pernah salah di dunia ini? Jika tidak ada salah, tentu juga tidak ada yang betul. Ada juga pelajar-pelajar ini yang bimbang jika mereka dianggap tunjuk pandai jika menjawab atau mengangkat tangan apabila disoal. Pelik sungguh cara mereka berfikir. Apakah akibat takut buat salah ini?

Takut mencubaApa yang pasti takut buat salah akan membuat pelajar ini tidak akan berani mencuba. Jika mereka pandai melukis, mereka tidak akan berani masuk pertandingan kerana takut kalah. Jika mereka pandai menulis, mereka tidak akan berani menulis kerana bimbang orang tidak suka hasil tulisan mereka. Jika mereka banyak idea, mereka tidak akan berani luahkan kerana takut orang tidak bersetuju dengan idea mereka.

Ini bermakna, tidak berani mencuba sama dengan tidak berani berjaya (Tidak berani cuba = tidak berani berjaya). Jika hendak berjaya pun tidak berani, apakah mereka akan kecapi kejayaan? Jauh sekali.

Sejarah telah banyak membuktikan kejayaan datangnya daripada kebijaksanaan.  Kebijaksanaan datangnya daripada pengalaman. Dan pengalaman pula datangnya daripada kegagalan. Jadi, mengapa anda harus takut GAGAL? Mengapa anda harus takut kalau ‘terbuat’ salah??

Tidak boleh tidur malamSudahkah anda fikirkan mengapa anda sukar untuk tidur malam? Ada pelajar atau usahawan yang sukar tidur malam kerana ada ilham atau idea yang datang mencurah-curah. Ini menyebabkan semangat mereka naik lalu sukar untuk tidur. Namun mereka ini selalunya tidak ada masalah untuk bangun pagi kerana mereka tahu banyak perkara yang boleh mereka capai jika bangun awal pagi.

Ketika saya belajar di peringkat A-Level, saya dapati ada beberapa orang sahabat saya selalu benar ponteng kelas. Untuk mengelakkan dikenakan tindakan, mereka mengambil MC (cuti sakit) dengan seribu satu alasan. Mereka tidak dikenakan tindakan tetapi mereka jauh ketinggalan dari sudut pelajaran. Pernah sekali saya tidur di bilik salah seorang sahabat ini. Semasa saya tidur, saya kerap kali terjaga dan lihat sahabat saya ini belum tidur lagi. Mereka asyik berborak sambil bermain gitar. Apa yang diborakkan? Saya pun tidak pasti. Apa yang saya pasti, mereka tidak tidur sehinggalah lebih kurang pukul 5.30 pagi. Saya tahu kerana saya sudah mula mendengar suara azan. Pelik, apabila sudah azan, mereka mula tertidur.

Tidak tidur malamDipendekkan cerita, sahabat saya ini gagal dalam peperiksaan A-Level. Dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke luar negara walaupun keputusan peperiksaan SPMnya sangat cemerlang. Saya tidak pasti di mana dia berada sekarang. Cuma saya rasa agak  terkilan dan bimbang jika ramai lagi pelajar-pelajar yang berpotensi besar seperti sahabat saya ini di universiti-universiti Malaysia sekarang.

Saya semakin bimbang apabila saya mengendalikan program-program untuk pelajar universiti yang mendapat CGPA 2.0 ke bawah. Kebanyakan yang hadir mempunyai tanda-tanda tidak boleh tidur malam. Muka mereka pucat sepanjang program dan mereka kelihatan mengantuk walaupun semasa aktiviti dijalankan. Mereka akan mengantuk sepanjang hari dan kembali segar pada waktu malam. Jadi, mereka tidak akan tidur lagi. Kitaran ini akan berterusan sehingalah mereka keluar daripada universiti. Tidak kiralah keluar pada hari graduasi atau terkeluar awal daripada jangka masa yang ditetapkan.

Jika anda ada tanda ini, berhati-hatilah. Cari jalan bagaimana anda boleh hentikan tanda ini. Dapatkan nasihat kaunselor universiti dan benar-benar usahakan agar tanda ini tidak menghantui hidup anda sepanjang pengajian di universiti.

Next Page »