Youtube


Saya baru sahaja masukkan dua rakaman motivasi pagi iaitu

  • Motivasi Pagi TV3 - Persediaan Akhir Sebelum Peperiksaan.
  • Motivasi Pagi Selasa Salam FM - Disebalik tabir rakaman di Salam FM

Anda boleh menonton sedutan rakaman ini di youtube dengan menaip ’search osmanaffan’ atau atau boleh klik pada video di bawah. Selamat menonton. :)

Motivasi Pagi TV3

 

Di sebalik tabir rakaman Motivasi Pagi Salam FM

Youtube Osman Affan 

Sejak beberapa minggu lalu, saya telah usahakan untuk memuatkan beberapa klip video program SmartStudy kendalian saya ke dalam Youtube. Walaupun sudah merancang melakukan perkara ini, hasrat itu terhalang oleh batasan waktu. Kini Alhamdulillah saya telah berpeluang memasukkan beberapa video ke dalam Youtube ini.

Di bawah ini adalah sebahagian kecil daripada program yang saya jalankan dengan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Darul Iman Terengganu pada bulan Mac 2009. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan tambahkan lagi beberapa video untuk tatapan anda pengunjung setia blog ini. Mungkin ini dapat memberikan anda sedikit gambaran bagaimana cara saya menjalankan program dan bagaimana cara saya berbicara dengan anda di dalam blog ini.

Jika anda berminat untuk melihat beberapa video SmartStudy yang lain, anda boleh klik pada ikon Youtube (seperti gambar di atas) di sebelah kanan blog ini. Selamat menonton.

Video 1

Video 2

 Universiti Darul Iman

Program ini sebenarnya telah dijalankan pada 26 Julai 2008. Hampir setahun setengah yang lalu. Ketika itu, saya kongsikan bersama lebih 200 pelajar yang hadir tentang tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai mahasiwa dan mahasiswi pusat pengajian tinggi.

Di dalam program ini, turut ada satu slot bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri semasa berucap di hadapan khalayak ramai dan disamping itu bagaimana untuk menarik minat pendengar semasa kita berucap atau berkata sesuatu.

Sejak kebelakangan ini saya banyak terima soalan berkenaan tips dan petua untuk bercakap di hadapan khalayak ramai atau tips pengucapan awam. Saya tidak mahir dalam teknik berceramah atau berpidato tetapi saya tahu beberapa tips dan teknik untuk menarik perhatian dan minat pendengar semasa kita sedang bercakap di hadapan mereka.

Universiti Darul Iman

Jadi dalam 2 video Youtube ini saya kongsikan satu slot bersama pelajar Universiti Darul Iman Terengganu. Di dalam slot ini, ditunjukkan beberapa mahasiwi yang bercakap di hadapan kawan-kawan mereka secara sukarela. Ini benar-benar menunjukkan semangat, keyakinan dan keberanian diri mereka. Sebelum mereka bercakap, saya kongsikan dahulu beberapa tips dan langkah untuk menarik perhatian pendengar. Jadi, selepas mereka bercakap di hadapan, saya berikan sedikit komen kepada mereka.

Universiti Darul Iman

Saya percaya, jika mereka cuba sendiri dan kemudian dikomen, mereka akan lebih mudah ingat dan lebih mudah untuk memajukan diri mereka. Itulah juga caranya saya majukan cara saya bercakap di hadapan khalayak ramai. Saya masih ingat bagaimana beberapa Sifu awal saya dalam bidang training berada di belakang audiens untuk memberikan komen tentang cara saya mempersembahkan sesuatu. Setelah selesai, saya akan dengar komen mereka.

Komen selalunya agak pedas apabila didengar kerana ia mencabar ego yang ada dalam diri kita. Namun komen yang pedas dan bernas itulah yang berjaya merubah cara saya dalam menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan. Selamat menonton klip pendek ini dan jika ada sahabat atau kenalan anda yang mungkin boleh mendapat manfaat daripada klip pendek ini, hebahkanlah kepada mereka. :)

Klip 1

Klip 2

(Saya kurang pasti apakah masalahnya video Youtube di atas tidak muncul di sini. Jika anda ingin menontonnya, anda boleh klik di sini dan klik pada video Youtube yang dipaparkan. Terima kasih. http://www.motivasibelajar.com/motivasi/you-tube.html

Pada 25 Oktober yang lalu, saya telah memecahkan rekod peribadi berdiri dihadapan lebih 3000 orang pelajar SPM negeri Selangor. Ini adalah sumbangan saya dalam menjayakan slot Minda Segar untuk peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor yang terdiri daripada pelajar SPM yang terpilih di seluruh negeri Selangor.

Minda Segar Bersama Osman Affan

Program ini amat istimewa buat saya kerana dua perkara utama. Pertama, ini adalah kumpulan terbesar yang pernah saya kendalikan setakat ini. Sebelum ini kumpulan paling besar saya kendalikan ialah pelajar seramai 2200 orang di Wisma Darul Iman Terengganu pada Februari 2009.

Jadi ini merupakan satu cabaran baru yang agak besar buat saya kerana agak mencabar untuk menarik perhatian dan fokus pelajar seramai ini. Tambahan pula kehadiran pelajar adalah diluar jangkaan di mana kerusi yang disediakan kurang mencukupi pada awalnya. Ini menyebabkan beberapa ratus orang pelajar terpaksa bermula dengan bersila di atas lantai. Namun saya percaya program tetap berjalan lancar dan tidak ada masalah berkaitan isu tidak cukup kerusi buat sementara ini.

Minda Segar Bersama Osman Affan

Sesi Minda Segar yang saya kendalikan ini adalah berkaitan bagaimana untuk mengawal tekanan perasaan menjelang peperiksaan. Saya tekankan kepada pelajar bahawa menjelang peperiksaan, adalah amat penting mereka mempunyai hati yang tenang dan ceria. Apabila hati tenang, peluang untuk ingat apa yang telah dipelajari adalah jauh lebih besar.

Kedua, program ini adalah untuk pelajar di seluruh Selangor. Ia istimewa buat saya kerana saya juga belajar di sekolah di Selangor semasa mengambil peperiksaan SPM walaupun saya dibesarkan di Kuala Terengganu. Sekolah saya di Klang, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) adalah satu tempat yang banyak memberikan kenangan manis dan detik perubahan dalam hidup saya.

Anda boleh melihat sedikit rakaman semasa program ini dijalankan. Walaupun visualnya agak kurang jelas disebabkan lampu yang berada di belakang pentas, audionya sangat jelas dan boleh difahami.

Minda Segar Bersama Osman Affan

Kepada semua pelajar yang menyertai program ini saya ucapkan selamat bersedia dalam saat akhir menjelang peperiksaan SPM dan selamat berjaya mencapai apa sahaja matlamat yang telah ditetapkan untuk peperiksaan SPM 2009 ini. Selamat berjaya.

p/s Ada masalah teknikal dalam gambar yang diambil oleh sahabat saya sepanjang program di mana semuanya rosak. Jika anda berasa di program ini dan ada mengambil gambar, sudilah kiranya kirimkan kepada saya agar dapat saya paparkan di blog ini. Mohon kirimkan kepada saya di info@motivasibelajar.com. Terima kasih.