LHDN 

Hari ini telah berakhir program 2 hari yang saya jalankan untuk pegawai ’senior’ bahagian cukai korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Program 2 hari ini dijalankan di dewan latihan blok 9, bangunan kerajaan Jalan Duta. Tajuk program ini ialah Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan.

Program kali ini agak istimewa disebabkan beberapa perkara. Pertama, ini ialah kali pertama saya menjalankan program untuk para pegawai LHDN. Kedua, program ini telah lama dirancang dan banyak juga halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi sebelum ia akhirnya berjaya dilaksanakan. Ucapan setinggi terima kasih kepada pihak penganjur program terutamanya Puan Ruhani yang banyak membantu dalam memastikan projek kursus ini berjalan seperti yang dirancang.

Paling istimewa, program ini dihadiri oleh hampir 40 pegawai yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah. Daripada pandangan pertama saya, saya lihat hampir 40 peserta yang begitu berpengalaman dan professional duduk di hadapan saya. Kecil sungguh terasa diri saya apabila mendapat tahu ada diantara peserta saya ini mempunyai pengalaman bekerja bersama LHDN selama 30 tahun.

LHDN

Namun, apa yang menenangkan hati saya ialah tugas saya di dalam program ini bukanlah sebagai seorang guru. Saya tidak datang untuk mengajarkan para peserta ini sesuatu. Tidak mampu rasanya saya hendak mengajar seseorang yang begitu berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang sangat tinggi. Tugas saya adalah sebagai pemudah cara. Pemudah cara bermaksud saya cuma perlu kongsikan apa yang saya tahu kepada peserta agar peserta mendapat beberapa perspektif baru dalam cara menguruskan sesuatu. Dengan tugas begini, ringanlah sedikit beban saya. :)

Lebih ringan lagi beban di bahu saya, peserta yang hadir begitu ’sporting’ dan mudah memberi kerjasama. Usaha saya menyampaikan apa yang saya tahu menjadi mudah dan ringkas kerana peserta sentiasa fokus dan peka kepada mesej yang terselit dalam perbualan saya dengan mereka. Ini membuat program 2 hari ini menjadi begitu singkat dan saya sendiri tidak terasa yang program sudah sampai ke akhirnya.

Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta. Hari Selasa dan Rabu depan ini saya akan mengendalikan program yang sama untuk kumpulan yang kedua pula. Saya doakan agar apa sahaja yang telah ditulis di dalam nota bahagian matlamat akan tercapai dalam masa yang paling singkat. Selamat berjaya!

LHDN

Beberapa testimoni dan maklumbalas daripada peserta:

“Program ini sangat berfaedah dan menyeronokkan. lebih membuka minda dan sangat sesuai untuk setiap individu menyertainya. Perlu dihadiri oleh setiap pekerja tanpa mengira peringkat jawatan dan usia. Tahniah!” Merwati Basri~

“Penyampaian dengan contoh-contoh yang tepat dan disampaikan dengan secara berseloroh dan kasual.” ~Zainal Arifin Omar~

“Very funny most of the time. I enjoyed your talk immensely! You have managed to convey your message/messages very well. I didn’t feel sleepy!!” ~Tian Chai Liang~

“Program memberi benefit terutama cara penyelesaian masalah dan skill komunikasi. Cara penyampaian yang berbagai adalah bagus dan digalakkan kursus untuk peserta lain (oleh En Osman Affan).” ~Vijaya Kumar~

LHDNLHDN

LHDN

“Program ini adalah sesuai untuk setiap golongan staf sebabnya ianya melibatkan character building, human interaction dan telah dapat membuka minda dan menukarkan mindset terutama bagi staf yang telah lama berkhidmat. It changes the way we do & see things from now on (from positive angle).” ~Chan Lai Peng~

“Program yang mempunyai tarikan tersendiri.” ~Aishah Aman~

“Program ini dapat memberi idea di dalam mengejar segala cita-cita untuk berjaya dalam kehidupan kita.” ~Rosli Abu Hanif~

“Amat bagus dan berfaedah. Program ini menyeronokkan all the way.” ~Nik Roslini Nik Mansor~

“Pergi ceramah seperti ini kepada orang-orang yang telah berumur; saya expect dan bersedia untuk tidur kerana telah banyak kali melalui kursus motivasi. Tetapi Alhamdulillah, TIDAK SESAAT pun saya terlelap. Ianya tidak terlalu akademik dan lebih banyak mencabar minda. TQ” ~Wan Alwiyah Wan Ismail~

“Seronok. Setiap lawak yang En Osman tunjukkan adamesej yang disampaikan.” ~Haniza Che Ahmad~

“Saya berasa banyak mendapat faedah untuk kecemerlangan diri, keluarga dan organisasi di mana saya bekerja dan saya berasa amat seronok, tidak jemu dan tidak letih.” ~Radziah Selamat~

LHDN

“Sangat seronok. Kursus yang tidak tension.” ~Alia Saadi Abdul Rashid~

“Satu program yang sebenarnya menerangkan dan membantu dengan lebih jelas apa yang berlaku di sekitar kita baik sekarang, dulu dan mungkin akan datang.” ~Jamaliah Jamlus~

“Program ini memberi jaminan bahawa fikiran positif memang boleh membawa kebaikan kepada kita. Bagus kerana program ini tidak menyebabkan mengantuk di dalam kelas.” ~Koh Siew Hong~