Sun 31 Aug 2008
3 hari bersama pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Posted by Osman Affan under Cerita, Program Motivasi
Pada 27 Ogos saya selamat sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 11 malam dan sampai ke rumah dalam pukul 12.10 pagi. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan untuk saya pulang. Kemudian pada 28 Ogos, saya dan Ihsan bertolak ke Pulau Pinang pada awal pagi bagi menjayakan satu program bertajuk ‘Fasilitator Cemerlang’ untuk para pelajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Program 3 hari ini dihadiri oleh lebih kurang 260 pelajar yang terpilih untuk menjadi fasilitator atau pembimbing rakan sebaya dalam subjek Biologi. Mereka ini semua merupakan pelajar yang sangat cemerlang. Mereka ditugaskan untuk membimbing beberapa rakan sebaya mereka dalam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk subjek Biologi. Ini merupakan satu tugas yang murni disamping berpeluang untuk meningkatkan tahap penguasaan soft skills mereka.

Bagi saya, pelajar yang menghadiri program ini dan pelajar yang bergelar fasilitator ini sangat bertuah kerana mereka mempunyai peluang untuk melatih kebolehan mereka dalam berkomunikasi dengan rakan sebaya. Teknik berkomunikasi ialah satu teknik yang tidak dapat dikuasai dengan hanya membaca buku. Ia memerlukan latihan. Jadi, apabila mereka perlu membimbing dan mengajar rakan sebaya, kemahiran ini akan semakin terasah dengan baik.

Sekali lagi, ini merupakan satu program yang sangat menyeronokkan buat saya. Saya akui saya secara fizikal berasa amat letih disebabkan program yang berterusan dan aktiviti fizikal (saya perlu bergerak dari hujung ke hujung dewan sepanjang hari kedua program). Namun keletihan itu seolah-olah tidak memberi kesan kerana kerjasama dan tumpuan yang diberikan oleh para pelajar.

Saya juga ada diberitahu oleh para pensyarah dan beberapa pelajar yang ada sejumlah besar pelajar yang pada mulanya tidak berminat untuk menghadiri program ini. Saya percaya ia disebabkan mereka sangka ini adalah program ceramah semata-mata sepanjang 3 hari. Menurut pelajar juga, pengalaman menghadiri program yang lepas membuat mereka rasa program ini juga pasti akan membosankan dan boleh membuat mereka terlena.
Namun, berdasarkan maklumbalas yang saya terima di akhir program, hampir semua pelajar mengatakan bahawa program ini ada kelainannya. Rasanya ini adalah kali pertama saya mendapat maklumbalas yang saya tidak tahu yang mana satu hendak dipaparkan di blog ini. Ini kerana hampir semuanya mampu menyentuh hati saya dan mampu menaikkan semangat saya untuk terus berkongsi apa yang saya tahu. Jadi saya akan paparkan maklumbalas itu semua dalam posting yang akan datang.

Di dalam program ini, saya kongsikan bersama pelajar beberapa tips dan teknik penting yang boleh mereka gunakan untuk membantu rakan sebaya mereka. Tips dan teknik yang saya rasa paling penting ialah teknik memori dan pengurusan masa. Ini kerana pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang ialah pelajar yang lemah atau kurang kemahiran belajar. Akibatnya mereka belajar separuh mati dan hasilnya masih jauh daripada tahap memuaskan.

Terima kasih saya ucapkan kepada urusetia program terutamanya Puan Fadzlijan yang banyak berurusan dengan staff saya En Arif bagi menjayakan program ini. Beliau juga banyak membantu melancarkan program yang saya kendalikan ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Puan Mardiana selaku ketua program, En Azman, En Arman dan semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini. Saya doakan agar semua fasiltator ini mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk mereka.










Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














October 21st, 2008 at 8:02 am
Assalamualaikun…
Kami dari unit Biologi , KMPP mengucapkan ribua jutaan terima kasih diatas segala bantuan dan kerjasama yang amat baik dan efektif serta mendapat respon yang amat positif dari para peserta. Insyaalah kami akan menjemput lagi pihak tuan untuk menggegarkan Dewan Al Farabi, KMPP. Sekian
Kami dari Unit Biologi, KMPP.