Wed 11 Jun 2008
4 hari bersama kakitangan Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu
Posted by Osman Affan under Cerita, Program Motivasi, Soft Skills
Kolej Teknologi Bestari bukanlah satu nama yang asing buat saya. Sebab utamanya ialah isteri saya sendiri adalah graduan daripada kolej tersebut lebih kurang 7 tahun lalu. Jadi setiap kali kami lalu kawasan tersebut, saya akan selalulah mendengar semula imbasan kenangan isteri saya ni.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mengendalikan 2 program pada dua minggu berbeza. Program bertajuk ‘Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan’ ini dijalankan untuk dua kumpulan kakitangan iaitu kakitangan sokongan dan kakitangan akademik. Ada beberapa perbezaan modul untuk kedua-dua program ini namun kedua-duanya mempunyai beberapa mesej utama yang sama.

Program kali ini amat istimewa bagi saya. Selain daripada mendapat kerjasama hebat daripada semua peserta, program ini juga menemukan saya semula dengan sahabat satu sekolah yang sudah hampir 20 tahun tidak berjumpa. Jadi setiap kali program dijalankan, saya asyik terkenang kisah di zaman persekolahan. Ada sekali saya terfikir, jika saya masih di dalam darjah enam, adakah saya akan terfikir berada di dalam situasi begini? Hmm… tentu tidak.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua peserta yang banyak memberi maklumbalas dan kerjasama yang sangat baik hingga semua perkara yang saya rancangkan dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali. Saya ucapkan terima kasih kepada dua sahabat saya, Ustaz Zubaidi dan En Suhaili yang menjadikan program ini satu kenyataan.
Ini adalah antara komen yang saya perolehi melalui borang maklumbalas.
“Satu kursus yang mampu merangsang minda, mencetus idea-idea dan memberi impak yang besar pada pembangunan diri dan rohani. Keinginan dan kemahuan diri menjadi lebih tepat dan keazaman memberangsang jiwa supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dicitakan. Terima kasih En Osman kerana membuka minda saya.” ~Nor Nazirawati Anang~
“Ini adalah kursus pertama yang saya hadiri yang mana saya boleh ’stay awake’ tak mengantuk dari hari pertama hingga habis kursus.” ~Mariana Jusop~
“Program yang amat memberi kesan kepada mereka yang merasakan diri mereka tiada keistimewaan atau lemah. Program ini mampu meningkatkan keyakinan diri……” ~Azlinah Ambak~
“Program bersama En Osman Affan banyak membantu saya memperbaiki kelemahan diri saya, cara-cara untuk meningkatkan prestasi pengajaran & pembelajaran di dalam kelas serta menyuntik semangat ke dalam diri saya untuk mencapai sesuatu yang saya fikirkan mustahil untuk dicapai sebelum ini.”~Nadia Nawawi~
“Selalu masuk kursus mesti mengantuk dan boring. But you’re not. You are a great man En Osman Affan.”~Saloma Mohd Yusoff~

Terima kasih Kolej Teknologi Bestari. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













