Thu 13 May 2010
Anakanda Hana Khalilah.
Posted by Osman Affan under Cerita
[2] Comments
![]()
Esok, genaplah umur anakanda saya Hana 4 bulan. Hana masih belum pandai meniarap tetapi sejak 2 bulan lepas sudah pandai senyum dan ketawa. Apabila Hana ketawa, saya, isteri dan abang-abang Hana pula akan ketawa. Sememangnya senyuman kanak-kanak yang masih bergelar ‘baby’ sangat menarik perhatian dan menambahkan rasa geram untuk mencubit-cubit pipinya.
Apabila saya ingat-ingat kembali, sebelum saya berkahwin, sebelum saya bertemu dengan isteri saya, saya sudah ada cita-cita tentang nama anak perempuan pertama saya. 2 tahun sebelum saya bertemu isteri saya, saya sudah ada nama “Hana Khalilah” untuk anak perempuan pertama saya. Tidak pasti pula mengapa namun selalu juga saya ceritakan kepada rakan-rakan dan kenalan mengenai perkara ini. Alhamdulillah, isteri saya juga bersetuju dengan nama ini. Jadi, apabila kami sudah tahu tentang jantina anakanda kami seawal 5 bulan dalam kandungan (pertama Darwish dan kedua Danish), kami teruskan dengan memanggil namanya, “Hana Khalilah”.
Moga hidup Hana sentiasa dipenuhi dan disirami kasih sayang keluarga, saudara-mara, sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali dirinya.























May 14th, 2010 at 4:28 am
Happy Birthday HAna..cute girl.
May 21st, 2010 at 1:58 pm
yaeh…happy birthday birthday..da 4 bulan seh,,haha..