Fri 28 Nov 2008
Bersama pegawai Bahagian Cukai Korporat LHDN
Posted by Osman Affan under Cerita, Soft Skills
Selasa dan Rabu lalu saya menjalankan program Pembangunan Modal Insan sesi kedua untuk para pegawai LHDN bahagian cukai korporat. Program kali ini juga dihadiri lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah yang mempunyai pengalaman antara 10 hingga 30 tahun bersama LHDN.
Menurut apa yang saya diberitahu oleh peserta, biasanya para pegawai ini semua akan menjalani program-program atau kursus yang berbentuk teknikal. Kursus teknikal pula selalunya agak memenatkan kerana banyak perkara rumit yang perlu dipelajari dalam masa yang sangat singkat.
Jadi dengan adanya program begini, para peserta merasa ia agak kurang memenatkan. Malah ramai antara peserta kelihatan begitu ceria dan seronok sepanjang program. Saya sendiri langsung tidak terasa penat semasa menjalankan program bersama mereka.

Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang begitu ’sporting’ dan bersemangat dalam mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Semoga ada rezeki di masa akan datang agar saya dapat bertemu kembali dengan anda semua.
Beberapa maklumbalas daripada peserta program:
“Ingin menghadiri kursus ini lagi (lanjutan) dengan lebih lanjut (lebih detail) lagi.” ~Ruhani Che Ibrahim~
“Terima kasih kepada En Osman kerana melalui kursus ini saya lebih berkeyakinan dalam mencapai matlamat yang selama ini saya rasa sukar untuk dicapai. Ilmu yang saya perolehi akan saya gunakan untuk mendidik anak-anak saya untuk jadi insan yang punya matlamat dalam hidup dan lebih yakin.” ~Haslindah Mohd Yusoff~
“Satu kursus yang perlu dihadiri oleh semua pegawai dan staff LHDN. Satu-satunya kursus pernah saya hadiri yang saya tidak jemu dari hari pertama sehingga ke akhir kursus. Tahniah!” ~Roslina Ibrahim~
“Program yang tidak membosankan dan membuatkan suasana ceria selalu. Penceramah senang didekati dan suka berkongsi pengalaman. Tahniah dan terima kasih.” ~Che Mustaffa Che Ali~

“Program seperti ini sangat bagus untuk membuka minda, meningkatkan motivasi, kemahiran komunikasi dan mengenal potensi diri. Sangat bagus jika didedahkan kepada golongan remaja.” ~Mohd Nasir Deraman~
“Program ini sangat berlainan kerana tidak seperti program motivasi lain. Kita dapat memahami diri kita dengan lebih lagi. Syabas diucapkan, kelakar habis!” ~Laili A. Ghani~
“Program ini amat berguna sebagai panduan untuk mereka yang ingin mencungkil keistimewaan diri yang tidak diketahui selama ini.” ~Zaiton Rakun~
“Walaupun program ini cuma 2 hari, topik yang disentuh sangat padat tetapi tidak berat. Cara penyampaian yang bersahaja, tak sempat nak rasa mengantuk.”~Rosenah Abd Rashid~

“Program ini amat memberangsangkan dan berjaya membuka minda saya tentang peluang yang boleh dicapai oleh seseorang individu dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.” ~Shalehah Yahya~
“Saya telah banyak hadiri kursus & program motivasi tapi kursus kali ini berbeza dan menyentuh beberapa perkara menarik yang belum saya dengar sebelumnya. Saya harap dapat mengikuti lagi kursus Tuan di masa depan.” ~Khadijah Mohd Jaafar~
“This program teaches me to go back to basics. Overcome my weaknesses and build my confidence. I find that En Osman is very sincere in disseminating his knowledge and experience by making the program lively and interesting. And so I convey my sincere thanks.” ~Angela Low~
“Satu kursus yang amat seronok. Sebagai peserta saya sentiasa merasa seronok dan menjadi sebahagian dari sesi perbincangan secara natural dan memberikan respons secara bersahaja. Kandungan kursus senang difahami. Penceramah adalah seorang yang berilmu dan mampu ’stimulate’ penyertaan peserta secara spontan dan menyeronokkan. Terima kasih En Osman.”~Zailani Ibrahim~
“A lot of laughter. Many interesting anecdotes. On the whole, very stress relieving.” ~Yap Siow Moy~
“Program ini sangat berguna kepada saya. Fruitful is the word. Keep it up!” ~Khoo Lean See~
“Sangat seronok. Tidak membosankan. Rasanya dua hari kursus tidak mencukupi,s angat sesuai untuk generasi muda agar mereka mempunyai impian yang ingin dicapai.” ~Nik Marzan Mohamad~
“Program pembelajaran yang sungguh memberi kesan kepada individu mahupun kepada organisasi kerana mewujudkan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan.” ~Abu Samah Abu Bakar~
“Satu kursus yang unik dan memberi keyakinan diri yang tinggi di dalam diri kita. Syabas!” ~Khatijah Abu Bakar~
“Program ini adalah program motivasi yang sangat berbeza daripada program-program yang pernah saya hadiri sebelum ini. Semua topiknya akan meninggalkan kesan kepada pesertanya. Insyaallah.” ~Fauziah Danian~

“Satu kursus yang amat bermakna…kerana sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menyenaraikan keinginan yang menjadi idaman, yang boleh membahagiakan hati rupanya.”~Siti Rusnah Mohd Ali~
“Satu program yang sangat bagus dan berguna, bukan sahaja kepada orang yang telah lewat usia seperti saya (53 tahun) namun ia juga amat berfaedah untuk pegawai generasi muda yang akan menempuh perjalanan kehidupan mendatang lebih jauh.” Syabas ‘CQE’ (Creative Questions Enterprise).”~Jamaliah Amad Saian~
“Salah seorang penceramah yang telah berjaya menarik perhatian 100% peserta sepanjang menghadiri program ini selama 2 hari.” ~Zakaria Ismail~
“Program ini memberi suntikan yang segar dan cara pendekatan oleh En Osman dapat menghilangkan tekanan kerja dengan gurauan yang mencuitkan dan fakta-fakta rujukan yang tidak memberatkan dan membosankan. Syabas dan saya doakan kejayaan dan pada suatu hari nanti anda akan menjadi tersohor di Malaysia.” ~Che Maheran Zainal Abidin~
























November 28th, 2008 at 1:27 pm
Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu sepanjang 4 hari bersama dengan peserta dari LHDNM, mereka masih bercakap tentang kursus yang dikendalikan oleh En Osman. Malahan pegawai yang tidak berkesempatan mengikuti dalam program yang lepas berharap dapat mengikutinya suatu hari nanti.
Kami ada buat perbincangan, mohon En Osman kemukakan sebut harga program :
1.’presentation skill and speed reading’ di mana pesertanya ketua-ketua Bahagian beserta dengan sebutan harganya sekali.
2. ‘Pengurusan Kewangan’ oleh sahabat En Osman - Tuan Shamsuddin Kadir.
3. Communicaton skill and negiotation skill’
Kalau dapat kemukakan 1st week of December sebab saya perlu kemukakan kepada pihak pengurusan pada 8 December.
Sekian, hingga jumpa lagi
December 1st, 2008 at 9:57 pm
Puan Ruhani,
terima kasih kerana melawat blog ini. Terima kasih juga kerana menjemput saya untuk menjayakan program pembangunan modal insan yang lalu.
Insyaallah saya akan usahakan segera proposal yang Puan cadangkan.
Terima kasih.
Osman Affan
December 29th, 2008 at 1:17 pm
as’kum…motivasi ini sangat bagus untuk semua orang,terima kasih sangat2kerana dapat berkongsi motivasi ini.dan juga motivasi ini juga dapat mengerat kan silaturahim juga…..
terima kasih.
December 29th, 2008 at 10:23 pm
Waalaikumsalam.
Fatin, terima kasih kembali.