Thu 19 Feb 2009
Hari ini dalam sejarah – Bersama 2000 pelajar Terengganu Darul Iman
Posted by Osman Affan under Cerita, Program Motivasi
[5] Comments

Jumaat lalu, 13 Februari 2009, saya telah melakar sejarah buat diri saya sendiri apabila kali pertama menjalankan program untuk pelajar seramai lebih kurang 2200 pelajar di Negeri Terengganu Darul Iman. Program kecemerlangan pelajar ini dijalankan di Dewan Utama Bangunan Wisma Darul Iman Terengganu. Pada asalnya, pelajar yang dijangka akan hadir ialah seramai 2000 orang sahaja. Namun atas permintaan yang agak tinggi, jumlah yang hadir hampir kepada 2200 orang pelajar.

Program ini adalah hasil kerjasama dengan sahabat baik saya En Redzuan Aziz, pemilik Institusi Kemahiran Showme (kolej kemahiran untuk pelajar lepasan SPM) Kuala Terengganu. Ia juga mendapat kerjasama baik daripada Yayasan Terengganu dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Di dalam program ini, saya dedahkan kepada pelajar tentang teknik belajar yang berkesan terutamanya teknik untuk menghafal apa yang telah dipelajari. Suasana dewan utama ini gamat dengan suara pelajar yang terdiri daripada pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ada juga beberapa orang pelajar di peringkat kolej dan universiti yang menghadiri program ini.
Saya tekankan kepada pelajar bahawa, ‘tidak kira orang kata kita pelajar cemerlang atau tidak, tidak kita sama ada cikgu sasarkan kita untuk menjadi pelajar cemerlang atau tidak, kecemerlangan sebenarnya terletak di atas kemahuan diri kita sendiri’. Saya berkata begini kerana kebanyakan pelajar terlalu bergantung kepada pendapat orang lain mengenai diri mereka. Maksudnya, jika mereka dikelas belakang, mereka rasa mereka tidak pandai dan tidak berpotensi. Padahal, kelas belakang bukanlah petunjuk kepada bakat dan kebolehan mereka untuk berjaya.

Pelajar juga terlalu mudah percaya apa yang orang kata kepada mereka. Jika kawan-kawan atau guru mengatakan bahawa mereka tidak cemerlang dan tidak boleh berjaya, mereka hanya percaya dan menurut sahaja. Jadi mesej saya, ‘jika kita mahu berjaya atau mahu cemerlang, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kita untuk mencapainya.’
Program ini amat besar maknanya buat matlamat hidup saya. ketika saya mula-mula berdiri dihadapan pelajar dan menjalankan program-program teknik belajar pada awal tahun 2005 dulu, saya pernah berangan-angan dan bercita-cita untuk berdiri di hadapan 2000 orang pelajar. Bagi saya ketika itu, ini adalah tanda kejayaan saya dalam bidang ini.

Kini cita-cita itu sudah tercapai. Dengan rasa terharu, saya bersyukur dengan kurniaan ini dan dengan penuh semangat saya meletakkan beberapa cita-cita dan matlamat baru yang hendak dicapai.
Jutaan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada beberapa pihak yang bekerja keras untuk menjayakan program ini terutamanya sahabat saya En Redzuan Aziz dan kakitangan Showme terutamanya Aida dan Aswadi.

Tidak dilupakan kepada para pegawai Yayasan Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang memastikan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya.























February 19th, 2009 at 12:02 pm
tahniah kerana saudara telah memecahkan rekod motivasi..mmg orang cemerlang seperti saudara layak utk di beri pengiktirafan yg sebegitu ..dan saya berharap mereka yg hadir bukan sekadar menghadirkan diri namun jauh dari itu ialah keberkesanan dari program yang saudara jalankan itu.
February 19th, 2009 at 12:51 pm
Terima kasih Tuan Kamarul. Insyaallah, pasti ada keberkesanan jika pelajar segera mengamalkan apa yang telah dikongsikan. Tambahan pula, pelajar jarang didedahkan dengan teknik belajar yang benar-benar berkesan. Jadi pendedahan ini Insyaallah akan dapat membuka minda mereka.
February 19th, 2009 at 4:28 pm
Salam… Encik Osman,
Saya berminat untuk mengulas tentang halangan kejayaan yang dihadapi oleh para pelajar kita. Dahulu sewaktu saya di tingkatan lima ketika saya hendak mengambil SPM, seorang guru Add Math datang kepada saya apabila melihat markah yang saya peroleh terlalu teruk. Beliau berkata kepada saya kebolehan Add Math hanya sesetengah orang shaja yang memperolehnya. Jika anda tidak mampu memahami dan menjawab Add Math dengan baik dalam peperiksaan bermakna kamu tidak memiliki kebolehan itu…
Sejak itu, saya terus mempercayai kata-katanya…. sehingga keputusan SPM sebenar keluar saya hanya memperoleh 8D sahaja..
March 25th, 2009 at 12:55 pm
subhanallah ,semoga anda bisa berkunjung dan berbagi ilmu di indonesia
July 10th, 2009 at 3:24 pm
tahniah.sy sebagai seorg pelajar sgt kagum dgn tuan