Tue 18 Nov 2008
Hmmm…alahai…
Posted by Osman Affan under Cerita
Assalamualaikum Warahmatullah.
Buat pengunjung setia blog motivasibelajar ini, terima kasih kerana setia berada di sini. Dalam beberapa hari kebelakangan ini begitu banyak cabaran untuk saya menulis di sini. Banyak perkara tertangguh untuk ditulis. Sebabnya…..? Biasalah…. virus…virus…virus…..
Laptop saya diserang virus besar-besaran kali ini. Minggu lepas buat pertama kalinya presentation saya di hadapan Pelanggan Korporat terganggu akibat laptop saya berhenti berfungsi. Pelik virus kali ini. Ia membuat laptop saya menjadi ‘MANJA’. Manja bermaksud ia perlu dibelai setiap masa dan tidak boleh dibiarkan bersendirian. Apabila saya guna berterusan, tidak ada masalah. Namun kalau saya tinggalkan ‘idle’ tanpa aktiviti beberapa minit, ia akan tersekat dan berhenti berfungsi. Menarik sungguh…..
Hendak reformat, bimbang jika ada maklumat penting tidak sempat diselamatkan. Jadi untuk penyelesaian jangka masa pendek dan panjang, saya beli satu laptop baru.
Harapannya laptop baru ini boleh digunakan untuk program-program saya minggu ini. Aduhai, entah macam mana pulak virus dalam laptop lama boleh melompat masuk ke laptop baru ni? Silap saya jugalah nampaknya kerana terlupa scan dulu beberapa file yang saya alihkan ke laptop baru. Hmmm…..
Untuk jadi menarik lagi, talian telefon di rumah saya pula tidak berfungsi sejak 3 hari lalu. Jangan kata internet, nada dail telefon pun tidak ada. Sudah 3 kali saya buat laporan ke TM tetapi belum ada yang menghubungi saya untuk memberitahu apa masalahnya. Banyak email yang tidak berjawab dan banyak penyertaan kursus SmartStudy Memory Skills yang tidak dikemaskini. Jadi hari ini saya bawa satu famili masuk pejabat untuk saya gunakan khidmat internet. Sudah lama juga tidak luangkan masa bersama famili di pejabat.
Kalau perkara ini berlaku suatu masa dahulu, sudah pasti saya jadi marah dan mengeluh. Mengapalah perkara sebegini harus berlaku. Mengapa nasib malang datang bertimpa-timpa. Mengapa ia tidak berlaku kepada orang lain sahaja.
Namun dengan apa yang telah saya tahu dan telah saya pelajari, tidak ada apa perlu dikeluhkan. Sekurang-kurangnya setelah apa yang berlaku ini, adalah juga sesuatu yang hendak saya coretkan di sini. Namun apa yang lebih penting, setiap masalah dan cabaran yang hadir itu membawa bersama peluang dan nikmat. Mungkin ia tidak jelas kelihatan. Itulah sebabnya saya perlu lihat dengan teliti. Pernah saya diajar oleh pensyarah saya bahawa jika kebijaksanaan yang kita pohon daripada Allah, Allah mungkin kduga kita dengan masalah untuk diselesaikan agar bertambah kematangan dan kebijasaksanaan fikiran. Jika kita pohon kesihatan berpanjangan, mungkin penyakit yang Allah duga agar kita lebih bersyukur setelah sembuh. Jika kekayaan yang kita inginkan, mungkin Allah duga kita dengan kemiskinan agar kita tabah dan bekerja keras untuk mencari jalan keluar daripada belenggunya.
Jadi, tidak ada apa-apa yang perlu dikeluhkan……
























November 18th, 2008 at 2:29 pm
Assalamualaikum En Osman,
lama juga saya tak singgah kesini..
saya suka dengan ayat2 terakhir dalam post kali ini ,
macam sesuai dengan situasi saya sekarang.
Saya tengah susun file dalam pemikiran saya , ada 4 folder utama yang kena fikir…
tapi saya percaya apa yg diuji oleh Allah kepada kita, adalah satu bebanan yg sudah tentu tertanggung oleh kita…
p/s situasi En Osman lebih baik dari situasi En Fadzli Yusof kan ?
November 18th, 2008 at 4:21 pm
Waalaikumsalam.
Fida…Apa khabar… memang lama tak nampak… saya doakan semoga semua urusan Fida dipermudahkan.
Situasi Tuan Fadzli? Sudah tentu situasi beliau lebih dahsyat. Saya nak bayangkan berada dalam situasi beliau pun sukar.