Mas Airlines

Khamis minggu lalu saya ada tuliskan mengenai saya menunggu di lapangan terbang KLIA untuk menanti penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah. Hari ini, lebih kurang seminggu kemudian saya sekali akan berada di Kota Kinabalu Sabah bagi menjayakan satu program untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5. Program ini akan dijalankan di Kawasan Kudat Sabah. Jadi KLIAdengarnya setibanya saya di Kota Kinabalu International Airport, saya akan dibawa ke Kudat yang memakan masa lebih 2 jam.

Kepada peserta majlis berbuka Tamrin hari ini di Hotel De Palma saya ucapkan selamat berbuka puasa. Sedikit terkilan kerana saya tidak dapat turut serta walaupun sibuk membuat dan membantu persiapan majlis ini sejak awal bulan lalu. Mungkin ada peluang lain nanti untuk kita membuat sesi Networking.

Selamat berbuka puasa. :)