Mon 4 Feb 2008
Kursus Presentation Skills untuk penulis PTS
Posted by Osman Affan under Cerita, Soft Skills
Semalam saya mengendalikan satu program presentation skills untuk beberapa penulis PTS. Program ini dijalankan di pejabat saya Keramat Permai. Alhamdulillah walaupun biliknya agak kecil dan agak panas menjelang petang, program dapat dijalankan dengan lancar.
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Puan Ainon, Sifu PTS kerana membenarkan program ini dijalankan. Terima kasih juga kepada Tuan Hazali yang memberi kebenaran untuk menggunakan LCD projectornya. Projector ini merupakan nadi utama kepada program ini sebenarnya kerana saya perlu terangkan tentang penggunaan powerpoint.
![]()
Akhir sekali, terima kasih dan tahniah kepada para peserta yang menyertai program ini. Ini adalah program presentation skills pertama yang saya jalankan buat penulis. Agak janggal juga pada mulanya kerana bilik tersebut selalunya saya gunakan untuk mengajar teknik belajar kepada para pelajar saya. Namun rasa kekok itu hilang setelah semua peserta merasa selesa dan boleh bergelak ketawa sepanjang program dijalankan.
Di dalam program ini, saya kongsikan 3 langkah untuk memberi satu presentasi yang boleh menarik perhatian dan memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Saya juga kongsikan beberapa tips penting untuk mengurangkan rasa takut, gementar, ‘blank’, lupa dan sebagainya. Harapan saya agar tips-tips ini benar-benar dapat membantu para penulis dalam memulakan atau memasuki bidang training.
Mungkin jika ada kesempatan program begini boleh dijalankan lagi agar para penulis yang sudah sedia ada dengan ilmu dan kepakaran masing-masing dapat menyebarkan dengan lebih luas lagi pengetahuan mereka itu kepada orang ramai. Mesej terbesar saya kepada peserta ialah potensi yang terpendam di dalam diri mereka adalah sangat besar. Jika mereka dapat cungkil potensi tersebut, mungkin tidak akan ada batas kepada tahap kejayaan yang bakal mereka capai suatu hari nanti. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat mencungkil potensi-potensi yang terpendam itu.
Tahniah sekali lagi kepada semua peserta.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














February 4th, 2008 at 10:21 am
Assalamulaikum Tuan Osman,
Semoga Allah mengurniakan sentiasa mengurniakan kebaikan yang datang MENDADAK dan melindungi Tuan daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankan doaku ini.
Terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih di atas ilmu, kemahiran dan segala-galanya. Ianya amat bermakna dan memudahkan kami barisan Trainer menguruskan aktiviti kursus akan datang.
February 4th, 2008 at 11:50 am
Terima kasih Tuan Osman Affan. Semoga rezeki tuan bertambah.
InsyaAllah saya akan cuba menggunakan segala ilmu yang diajar semalam. Membuat bengkel percuma disamping melatih public speaking. Cuma… cuma lagu Be.. be.. be.. be.. tu saya sudah lupa.
February 4th, 2008 at 1:31 pm
Waalaikumsalam.
Tuan Sham, terima kasih kembali. Semoga kejayaan mengiringi ilmu yang dipelajari dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas seperti Tuan.
Azree, selamat berlatih. Mengenai lagu be be be tu, reka lagu sendiri pun boleh rasanya.
February 4th, 2008 at 9:08 pm
Salam Tuan Osman.
I’m glad I came to your FREE seminar with my husband, Ridz. As a trainer, every now and then we need to RECHARGe our energy, right?
I love the SWSWSW and will share it with my seminar participants if you don’t mind.
Thanks again, sir.
Bye bye butterfly……..
February 4th, 2008 at 9:51 pm
Coach Sha & Ridz,
thank you for coming. Sorry that I didn’t know who you guys were. If I knew, I would be the one with butterfly in my stomach throughout the programme.
All the best. I’m looking forward to sit in your great English Programme for students.
February 10th, 2008 at 8:45 pm
Saya boleh menyebut heheheheh selepas program. Tandanya itu berpuas hati, moga-moga saya boleh menjadi sehebat Tuan Osman.
Kebiasaanya, tangan saya yang bercakap, kali ini saya hendak jadikan mulut sepantas tangan saya bercakap.
Sekali lagi.
Hehehehe
February 12th, 2008 at 8:44 pm
Tuan Zamri….Alhamdulillah kalau Tuan berpuas hati. Nampaknya bila saya cerita tentang tangan banyak bergerak masa bercakap, telinga Tuan lah yang terasa panas ye…… HEHEHEHE…