Hari Ahad hingga Rabu lalu saya berada di Terengganu untuk menghadiri mesyuarat bersama beberapa orang pegawai Petronas di Kerteh. Peluang itu saya ambil untuk pulang ke kampung kerana itu kali pertama saya pulang bersama anak saya yang baru lahir lebih kurang sebulan lalu.

PancingSambil-sambil seronok makan makanan Terengganu, terasa pula saya hendak pergi memancing.  Memancing sebenarnya merupakan salah satu hobi saya suatu masa dulu. Oleh kerana sudah sibuk, hampir terlupa pada hobi ini.  Jadi saya ajak ayah saya untuk turun memancing di kawasan ‘Tanjung’ di mana ada satu kawasan memancing yang agak terkenal di situ.

Ikan bertanda dan ikan DepuTenang juga duduk di tepi laut sambil menunggu ikan menyambar umpan yang saya sangkutkan ke mata kail (nasib baik ingat lagi macam mana nak ikat mata kail). Laku juga umpan saya berbanding ayah saya. Sibuk saya menaikkan ikan. Ayah saya hanya tersenyum sambil mengatakan saya pakai joran yang ada ‘ong’. :)

Ada jugalah beberapa ekor ikan yang berjaya saya bawa naik. Salah satu ikan itu Ikan Duri(berwarna coklat gelap) amat berbisa kerana ada beberapa sengat pada badannya. Nasib baik juga saya tidak terlalu berani menyentuh ikan tersebut. Antara ikan yang saya dapat ialah ikan Depu (yang berbisa tu), ikan Duri, ikan Buluh, Ikan Gelama dan akhir sekali ikan Sembilang. Bangga juga sekejap kerana payah nak dapat ikan sembilang tu. :)

Apa-apa pun, saya hanya bawa pulang 2 ekor ikan sahaja, gelama dan sembilang. Selebihnya saya lepaskan semula ke laut sebaik sahaja saya ambil gambar (lebih kurang konsep catch and release la ni). Hmmm… memang seronok memancing. :)