Thu 12 Jun 2008
Memperkenalkan maskot SmartStudy
Posted by Osman Affan under Cerita
Sejak saya mulakan SmartStudy pada akhir tahun 2003, saya sudah mula teringin ada satu watak khas untuk SmartStudy. Apa yang saya lakukan sekarang ini adalah berkaitan dengan kanak-kanak dan remaja. Jadi kalau saya asyik tonjolkan wajah saya yang dah agak berumur ni, jauhlah jarak penghalangnya antara mesej saya dan pelajar nanti. Sebab ini jugalah yang menyebabkan saya mencetuskan idea kepada PTS Millenia untuk meletakkan gambar karikatur saya di depan buku SmartStudy. Saya masih gunakan karikatur ini secara meluas hingga sekarang. Cuma yang sedih sikit ialah pelajar selalu kata gambar karikatur lagi hensem dari orangnya. hehe… tak kisahlah…
Lama juga saya fikirkan mascot atau watak kartun macam mana yang saya mahukan. Entah macam mana pada satu hari dalam awal tahun 2005 rasanya, saya terpandang satu watak kartun perempuan dalam satu majalah. Saya terus suka watak dan gaya lukisan begitu. Bila saya lihat nama pelukisnya, terpampang nama ‘UBI’. Hmmm… terfikir nak gunakan khidmat beliau tetapi masa tu tak cukup inisiatif untuk cari jalan macam mana nak hubungi beliau.
3 tahun selepas itu (macam novel pulak ye), saya terjumpa laman web En Ubi ni. Tak berlengah, saya email terus tentang hasrat saya nak hasilkan maskot smartstudy. Saya sangka mesti susah nak jumpa celebrity kartun ni tetapi agak mengejutkan juga bila EnUbi menyatakan kesediaan beliau untuk bertemu saya dan berbincang secara bersemuka. Bertemulah kami di Alpha Angle, Wangsa Maju. Setelah berbincang dan setelah bertukar beberapa email, akhirnya terhasil lah 2 watak kartun atau maskot untuk SmartStudy. Jadi, saya dengan bangganya ingin memperkenalkan watak Azmil dan Ayu sebagai maskot SmartStudy (bunyi dram……)

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En Ubi di atas kesungguhannya memenuhi kehendak dan citarasa saya dalam menghasilkan maskot ini. Setakat ini saya sudah
gunakan watak-watak ini di dalam kad ucapan SmartStudy, bookmark
SmartStudy dan terbaru fail SmartStudy. Mulai hari ini jika anda terjumpa watak-watak ini, anda akan tahu bahawa ini adalah harta intelek SmartStudy. Sudah agak ramai juga pelajar di peringkat sekolah dan universiti yang pernah lihat saya gunakan watak-watak ini dalam program saya sebenarnya.
Jika anda berminat untuk melihat lagi hasil-hasil kerja EnUbi ini, bolehlah melawat ke laman web beliau iaitu http://www.kartunisubi.com/.























