Kuching SarawakSaya kini sedang berehat-rehat di lapangan terbang Sarawak sambil menunggu untuk menaiki penerbangan pulang ke Semenanjung lebih kurang 3 jam lagi. Mula-mula saya terfikir lama juga kena menunggu tetapi bila ada tempat untuk duduk dan membuka laptop saya ini, saya rasa 3 jam itu sekejap saja akan berlalu nanti.

Ini adalah hari terakhir saya di Sarawak sejak sampai di sini Jumaat lalu. Harapan saya tahun lalu untuk mengembangkan program SmartStudy saya ke Sarawak sudah tercapai. Harapan saya dengan pertolongan beberapa sahabat baru di Sarawak ini, program tersebut akan lebih berkembang di sini.

Sebelum saya bertolak ke lapangan terbang ini pagi tadi, sempat juga saya ke Pasar Tani untuk membeli beberapa barang untuk dibawa pulang. Agaknya, apa yang boleh di sini? Fuhhh…. memang banyak. Nasib baik isteri saya masih dalam pantang. Kalau dia ikut, mesti dia gelap mata nak pilih apa yang nak dibeli. :)

ikan terubuk masinSaya tak pun bercadang nak beli banyak-banyak sangat kerana sukar nak pikul nanti. Satu benda yang memang saya cari ialah ikan Terubuk masin. Dengarnya itulah antara produk terkenal di sini. Jadi bila sampai ke Pasar Tani tadi, itulah perkara pertama yang saya beli.

Hmmm…ada lebih kurang 2 jam 45 minit lagi sebelum berlepas……..